Periksa Suhu Badan Makan Dalam Kelas Amalan Baru Di Sekolah




Pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara kebiasaan baru bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin berkata garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya bergejala tindakan selanjutnya akan diambil.
“Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius…pelajar ini akan diminta berehat dulu bagi memastikan suhu badan kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.
“Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih baru-baru ini.
Kebiasaan baru itu antara kandungan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian hari ini.
Garis panduan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Radzi berkata ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek penjarakkan sosial ketika anak di kantin memandangkan waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di kelas masing-masing.
“Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.
“Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak-anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu…kita akan menjarakkan waktu rehat,” katanya.
Bagi memastikan penjarakkan sosial antara pelajar terjaga, susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak 1 meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.
Kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.
Mengenai pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah, beliau berkata arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.
Guru-guru juga tidak perlu khuatir kerana mengikut garis panduan yang dikeluarkan, keselamatan dan kesihatan mereka turut dititikberatkan oleh kementerian.
“Pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakkan sosial walaupun dalam bilik guru. Guru-guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya,” katanya.
Kementerian turut mengeluarkan garis panduan sama bagi pelajar tinggal di asrama iaitu katil dijarakkan 1 meter malah dewan makan yang disediakan turut menitikberatkan penjarakkan sosial antara pelajar.
Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/04/periksa-suhu-badan-makan-dalam-kelas-amalan-baru-di-sekolah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=periksa-suhu-badan-makan-dalam-kelas-amalan-baru-di-sekolah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peranti Pengimbas Suhu Badan Sukar Dipercayai

Peranti Pengimbas Suhu Badan Sukar Dipercayai

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 899 hits
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat diumumkan banyak kedai kedai dari sektor peruncitan sudah mula beroperasi selepas sekian lama ditutup akibat Namun demikian ianya tertakluk kepada arahan dan peraturan pihak berkuasa tempatan ya...
Kena Rajin Makan Sayur Taugeh Kalau Nak Turunkan Berat Badan

Kena Rajin Makan Sayur Taugeh Kalau Nak Turunkan Berat Badan

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 298 hits
Terdapat lebih dari 50 jenis sayur sayuran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan protein Setiap jenis sayur mempunyai kandungan protein dan khasiat yang berbeza walaupun semuanya memberi manfaat untuk kesihatan Mungkin ada yang ...
Doktor Dedah Saringan Suhu Badan Tak Masuk Akal Ada Yang Sama Macam Suhu Mayat

Doktor Dedah Saringan Suhu Badan Tak Masuk Akal Ada Yang Sama Macam Suhu Mayat

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 316 hits
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas dan kini PKP Bersyarat boleh dikatakan ramai yang sudah mengamalkan normal baharu dalam urusan kehidupan seharian Daripada budaya kerja bidang pembelajaran kepada perniagaan pe...
Baru Sehari Masuk Sekolah 2 Siswa Terinfeksi Corona Padahal Sudah Pakai Masker Dan Jaga Jarak

Baru Sehari Masuk Sekolah 2 Siswa Terinfeksi Corona Padahal Sudah Pakai Masker Dan Jaga Jarak

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 451 hits
2 siswa langsung terinfeksi virus corona di hari pertama masuk sekolah Padahal sudah jaga jarah pakai masker dan cuci tangan Lalu apa yang salah dengan pelaksanaan hari pertama sekolah di Inggris ini Begitulah Pada Senin tanggal 1 Juni 2020...
Untung Bayi Menyusu Badan Dapat Pelbagai Rasa Susu Ibu Walaupun Belum Dapat Makan

Untung Bayi Menyusu Badan Dapat Pelbagai Rasa Susu Ibu Walaupun Belum Dapat Makan

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 408 hits
Hmm sedapnya susu hari ni tak pernah rasa pula sebelum ni Nak lagi lah Suara hati bayi yang menyusui di hari raya Hahaha bayi pun suka rendang raya mak masak Begitulah anak yang minum susu ibu Antara kelebihan dan kehebatan susu ibu bukan s...
Anggota Komisi X Dpr Usulkan Kemdikbud Buat Skenario Tahun Ajaran Baru Sekolah

Anggota Komisi X Dpr Usulkan Kemdikbud Buat Skenario Tahun Ajaran Baru Sekolah

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 272 hits
Anggota Komisi X DPR RI Andreas Hugo Pareira mengusulkan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan membuat skenario tahun ajaran baru Dua skenario yang diusulkan Andreas ada dua yakni optimis dan pesimis
Nostalgia Pengalaman Maju Ke Depan Kelas Buat Ngerjain Soal Momen Paling Horor Saat Sekolah

Nostalgia Pengalaman Maju Ke Depan Kelas Buat Ngerjain Soal Momen Paling Horor Saat Sekolah

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 302 hits
Kayaknya dulu pas zaman sekolah nggak ada yang lebih horor dibandingkan saat kamu disuruh maju ke depan kelas deh D
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Isu Budak Meninggal Akibat Tercekik Gummy

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today