Peranti Pengimbas Suhu Badan Sukar Dipercayai
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan, banyak kedai-kedai dari sektor peruncitan sudah mula beroperasi selepas sekian lama ditutup akibat wabak Covid-19. Namun demikian ianya tertakluk kepada arahan dan peraturan pihak berkuasa tempatan yang berkuatkuasa, operasi di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan dan pekerja asing wajib menjalani ujian makmal kesihatan COVID-19
Selain dari itu, kerajaan juga mengenakan beberapa syarat termasuk waktu pengoperasian yang menyaksikan tiada restoran yang dibuka 24 jam jam buat masa ini. Setiap pelanggan perlu menulis nama dan nombor telefon sebelum masuk dan berurusan di dalam kedai. Suhu badan juga diambil untuk memastikan mereka yang masuk berurusan bebas dari demam
Apa yang menjadi tanda tanya, ramai netizen mula bersuara apabila ada banyak kes tentang peranti pengimbas suhu menunjukkan bacaan tidak tepat dan sukar dipercayai. Ini dapat dikesan apabila, suhu badan seseorang boleh berubah-ubah dan adakalanya suhu yang tercatat adalah tidak masuk akal, bila suhu mereka diimbas pada kedai berlainan. Untuk info tentang panduan suhu badan yang betul, korang boleh rujuk chart kat bawah ni. Suhu normal badan manusia adalah 36-37°C
Berikut pula merupakan protokol-protokol lain di sektor peruncitan yang perlu dipatuhi jika premis mereka hendak beroperasi dan dibuka kepada orang awam
1. Kebersihan premisProses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan selepas operasiProses nyah kuman dan pembersihan dilaksanakan 3 kali sehari dalam tempoh operasi terutamanya di kawasan umum seperti surau, tandas, stor, pejabat dan kaunter2. Pengurusan pelangganMenghad laluan keluar masuk pelanggan ke premisMeminima kemasukan pelanggan ke dalam premis pada satu-satu masa tertakluk kepada saiz premisMelaksanakan Program Kesedaran Awam3. Saringan kesihatanMemastikan semua staf, pembekal dan pelanggan melalui proses saringan suhu badan4. Penggunaan hand sanitiserHand sanitiser disediakan di pintu masuk dan dipastikan penggunaannya sebelum masuk5. Pemakaian face maskMewajibkan pemakaian face mask oleh pekerja ketika berurusan6. Pemantauan dan pematuhanMenyelaras dan memantau supaya semua peraturan dipatuhi oleh pekerja dan pelangganMeningkatkan kesedaran tentang kebersihan premis dan pekerja7. Penjarakan sosialMemastikan penjarakan sosial 1 meter sepanjang masa8. Transaksi tanpa sentuhanDigalakkan membuat bayaran secara elektronik
Apapon, sama-samalah kita jaga diri dan patuhi arahan pemerintah supaya rantaian Covid-19 ni dapat diputuskan dengan segera. Tetap berada dirumah jika tiada urusan penting untuk berurusan diluar.
LANGKAH CEGAH COVID-19 KETIKA BERURUSAN DI LUAR RUMAH
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2020/05/peranti-pengimbas-suhu-badan-sukar.html