Doktor Dedah Saringan Suhu Badan Tak Masuk Akal Ada Yang Sama Macam Suhu Mayat


Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas dan kini PKP Bersyarat (PKPB), boleh dikatakan ramai yang sudah mengamalkan normal baharu dalam urusan kehidupan seharian.
Daripada budaya kerja, bidang pembelajaran kepada perniagaan, pergantungan kepada teknologi digital semakin ketara. Begitu juga amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
Hendak masuk ke mana-mana pejabat dan pusat membeli-belah juga tidak semudah dahulu. Setiap daripada kita pada masa ini wajib melepasi pemeriksaan suhu badan sekiranya ingin melangkah masuk ke dalam bangunan.
Benarlah, pandemik COVID-19 merubah banyak perkara dalam rutin kehidupan kita.
Hanya yang bacaan suhu badan memenuhi SOP akan mendapat lampu hijau untuk masuk daripada pengawal keselamatan yang ditugaskan untuk membuat pemeriksaan. Langkah ini amat penting untuk memastikan tiada penularan wabak COVID-19.
Namun begitu, adakah pengambilan suhu itu benar-benar mengikut SOP yang ditetapkan? Persoalan paling penting, adakah anda yakin bahawa bacaan suhu itu adalah tepat mahupun sebaliknya?
Suhu rendah Ini yang dipersoalkan oleh Pakar Paru-Paru Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmy Haja Mydin dalam satu ciapan di Twitternya baru-baru ini, selepas mengunjungi sebuah restoran di sekitar kawasan Petaling Jaya.
Beliau yang ketika itu sedang menunggu giliran untuk diperiksa suhu badan oleh pekerja restoran berkenaan terkejut sebaik melihat segala rekod suhu badan pelanggan sebelum ini yang dicatatkan mereka di sebuah buku.
Agak luar biasa menurut Dr Helmy kerana kesemua suhu badan pelanggan yang datang ke restoran itu adalah di bawah suhu 36.0 darjah selsius iaitu 33.0, 32.0, 31.5, 33.5, dan paling rendah adalah 29 darjah selsius, sesuatu yang langsung tidak masuk akal! Ini kerana suhu badan manusia normal adalah antara 36.0 darjah selsius sehingga 37.5 darjah selsius dan sekiranya melebihi suhu berkenaan seseorang itu dikira demam dan tidak boleh dibenarkan masuk ke dalam sesebuah premis.
Seperti diketahui, gejala utama COVID-19 adalah demam dan saringan paling mudah untuk memastikan pelanggan sesebuah restoran, pekerja ke pejabat atau sesiapa sahaja untuk melangkah ke dalam bangunan merupakan seorang yang sihat adalah melalui bacaan suhu badan menggunakan termometer.
Itu yang telah ditetapkan dan wajib dipatuhi sektor ekonomi kerana kegagalan mematuhi SOP akan membuatkan mereka berhadapan tindakan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
“Tak guna buat saringan suhu badan sekiranya peralatan yang digunakan tak jitu. Use the right equipment and check your thermometers – we don’t want false assurances! ” kata beliau dalam ciapannya di akaun @dochelmy.
Bernama yang menghubungi beliau baru-baru ini untuk bertanya lebih lanjut mengenai ciapannya itu dimaklumkan bahawa, keadaan tersebut jelas membuktikan pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam restoran berkenaan tidak disaring sebetulnya dan sudah tentu ia membimbangkan.
Ini kerana kemungkinan besar ada antara mereka mempunyai suhu badan lebih daripada 37.5, mempunyai gejala COVID-19 seperti demam tetapi dibenarkan masuk apabila bacaan suhu rendah kerana tidak disaring sebetulnya oleh pihak premis.
Hal ini menjadi kerisauan Dr Helmy kerana berkemungkinan pelanggan tidak disaring sebetulnya ini merupakan pesakit COVID-19 tanpa mereka sedari yang akhirnya menjangkiti orang lain.

Kena tahu cara guna “Kalau tengok catatan buku tersebut ada yang mempunyai suhu serendah 29 darjah selsius dan ia sangat tidak logik kerana itu sudah suhu tahap mayat. Suhu badan manusia walau di mana saja kita berada termasuklah di negara sejuk, akan tetap sama antara 36.0 darjah selsius sehingga 37.5 darjah selsius.
“Sekiranya ada yang mempunyai suhu bawah 36.0 darjah selsius adalah disebabkan mereka sakit seperti penyakit hypothermia tetapi tidaklah sampai serendah 29 darjah selsius.
“Perkara ini perlu diambil perhatian jitu kerana normal baharu yang menetapkan setiap individu diperiksa dahulu suhu badan sebelum masuk tidak akan berguna sekiranya tidak disaring sebetulnya.
“Bayangkan, pemilik restoran sudah bersedia lengkap mematuhi SOP ditetapkan tetapi disebabkan kesilapan bacaan suhu badan, kita bimbang ada kes demam berkait dengan COVID-19 terlepas masuk,” katanya kepada Bernama menerusi WhatsApp.
Menurut Dr Helmy, ada beberapa faktor yang menyebabkan pembacaan suhu itu tidak tepat antaranya disebabkan kesilapan pengendalian alat berkenaan kerana tidak memahami sebetulnya tatacara penggunaan, kualiti mahupun aspek menyelaraskan fungsi tentukur termometer tidak diambil perhatian.
Walhal, amat penting sebenarnya alat tersebut diselaraskan fungsinya (menentukur) sebelum digunakan buat pertama kali dan juga sekiranya ia terjatuh mahupun apabila diguna berulang kali bagi memastikan bacaan yang akan diambil nanti adalah tepat. Selain perlu juga memahami termometer mempunyai pelbagai jenis dan setiap alat pengimbas suhu ini adalah berbeza cara penggendaliannya.
Paling popular digunakan ketika ini oleh kebanyakan syarikat, restoran adalah termometer temporal artery atau juga dipanggil termometer dahi yang menggunakan sinaran inframerah untuk menentukan suhu pada dahi kerana agak mudah mengendalikannya serta tidak berlakunya sentuhan.
“Sebenarnya, pemeriksaan suhu paling tepat adalah menggunakan termometer merkuri di mana perlu meletakkannya di bawah lidah selama beberapa minit. Ia susah sikit berbanding dengan yang dipakai pada dahi,” jelas Dr Helmy.
Berbeza Sementara itu, menurut Pakar Perubatan Kecemasan KKM, Dr Ahmad Zakimi Abdullah, kepentingan untuk mengetahui fungsi setiap termometer ini penting bukan sahaja untuk memastikan bacaan suhu yang diambil tepat bahkan juga disebabkan cara bacaan suhu alat pengimbas itu adalah berbeza antara satu sama lain,
Berkongsi maklumat berkenaan di laman sosial, Facebook miliknya selepas berhadapan insiden hampir serupa dengan Dr Helmy, beliau terkejut apabila ada penjaga pintu di satu premis yang dikunjunginya tidak tahu suhu yang betul untuk dibenarkan masuk.
“Tak semua orang tahu kan. Oleh itu, kita perlu memberi sedikit penerangan tentang tatacara penggunaan termometer untuk saringan awal.
“Suhu badan normal adalah sekitar 36 darjah selsius hingga 37.4 darjah selsius. Maka suhu 37.5 darjah selsius atau lebih sudah dikira anda demam. Ini hanya untuk bacaan ‘thermoscan infrared’.
“Bacaan suhu dengan termometer jenis lain dikira demam adalah berbeza; ketiak >37.2 darjah selsius, mulut >37.8 darjah selsius dan rektum (punggung) atau telinga >38 darjah selsius. Menurut beliau, cara mengambil suhu tujuan saringan pintu masuk, mestilah dengan menggunakan termometer jenis infrared gun demi mengekalkan penjarakan 1 meter.
“Jarak menggunakan termo gun ini taklah terlalu jauh kerana ia akan memberi ralat dan tidak tepat pada bacaan. Perlu lihat tatacara penggunaan termo gun mengikut pengeluar.
“Penyaring perlu memakai PPE sekurang-kurangnya topeng muka. Penjarakan 1 meter adalah diwajibkan. Bateri termometer ini kena sentiasa diperiksa secara berkala juga,” katanya dalam status tersebut.

Golongan berisiko Sememangnya, hal ini tidak boleh dipandang ringan. Apatah lagi, media sebelum ini ada melaporkan terdapat ramai individu membawa golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 seperti kanak-kanak dan warga emas ke tempat awam sejak PKPB dilaksanakan pada 4 Mei lepas.
Justeru, bayangkanlah apabila golongan berisiko tinggi ini berada di tempat awam yang tidak disaring betul suhu bacaannya dan berkemungkinan besar terdedah kepada jangkitan COVID-19 tanpa disedari. Bukankah ini membahayakan mereka?
Kerana itulah, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berpandangan adalah sebaiknya setiap daripada kita mengelak untuk berada di tempat awam sekiranya tidak ada keperluan penting biarpun sesuatu aktiviti itu dibenarkan mahupun premis itu lengkap dengan SOP ditetapkan.
Jangan mudah selesa dengan angka semasa COVID-19 yang ketika ini berlegar sekitar dua digit. Kecuaian dan kelekaannya memungkinkan Malaysia berdepan peningkatan penularan COVID-19 secara mendadak pada pertengahan Jun berdasarkan pemodelan dan ramalan COVID-19 oleh Institut Kesihatan Negara (NIH) .
“Janganlah kita sesekali sia-siakan pencapaian agak cemerlang yang gigih lagi tekun kerajaan dalam memerangi pandemik COVID-19 sehingga dikitiraf di peringkat dunia!
“(Apa yang kita lalui hari ini adalah) “norma baharu yang bersifat sementara sahaja” sehingga pandemik ini dapat diperangi dengan jayanya tidak lama lagi,” katanya. Sumber: Bernama

The post Doktor Dedah Saringan Suhu Badan Tak Masuk Akal, Ada Yang Sama Macam Suhu Mayat appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/saringan-suhu-badan-tak-masuk-akal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Honor Play 4 Pro Dijangka Hadir Dengan Sensor Ir Untuk Menyemak Suhu Badan Dan Objek

Honor Play 4 Pro Dijangka Hadir Dengan Sensor Ir Untuk Menyemak Suhu Badan Dan Objek

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 350 hits
Honor bakal memperkenalkan telefon pintar terbaru Honor Play 4 Pro di China pada minggu ini Menariknya selari dengan pelancarannya yang dijadualkan kini pihak Honor di China telah mengeluarkan sebuah video acah yang baru Melalui video acah ...
Tak Perlu Oven Atau Mixer Resipi Mango Cheese Cake Mudah Simple Sama Macam Di Kedai

Tak Perlu Oven Atau Mixer Resipi Mango Cheese Cake Mudah Simple Sama Macam Di Kedai

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 378 hits
Sedap betul mango cheese cake rasa cheese dibahagian bawah dan dipadankan pula dengan kombinasi puri mangga di atas memang sangat sedap Teringat pula ketika pertama kali merasai keenakan mango cheese cake di salah sebuah kedai kek yang terk...
Doktor Muda Ini Dedah Kerja 16 Jam Lindungi Orang Tersayang

Doktor Muda Ini Dedah Kerja 16 Jam Lindungi Orang Tersayang

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Seorang doktor perubatan berkongsikan pengalamannya sepanjang bertugas dalam musim wabak Covid 19 ini Dr Wilson Tiang memberitahu semua kakitangan dari Kementerian Kesihatan telah diaktifkan untuk mengawal virus yang sudah mela...
Tak Sama Macam Dulu

Tak Sama Macam Dulu

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 581 hits
Assalamualaikum Salam Sejahtera buat semua Selamat berpuasa semua Lagi 2 hari sahaja lagi Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita Rindu pada Ramadhan pasti mencengkam di hati sebab belum tentu kita akan dipertemukan lagi dengan ia pada tahun ...
Perkara Tak Masuk Akal

Perkara Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 359 hits
Pengkhianatan bos GLC terhadap orang Melayu miskinKITA kerap mendengar ahli politik menipu rakyat dan mencuri wang negara Terdapat banyak contoh pada masa ini bagaimana ramai ahli Parlimen yang sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah dilan...
Hampir Tiap Malam Bayi Tu Datang Muka Macam Tak Cukup Bulan Bekas Kelasi Kapal Dedah Misteri Mistik Di Laut

Hampir Tiap Malam Bayi Tu Datang Muka Macam Tak Cukup Bulan Bekas Kelasi Kapal Dedah Misteri Mistik Di Laut

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 374 hits
Sebagai umat Islam kita wajib percaya kewujudan alam ghaib kerana ia sebahagian rukun iman Namun ketakutan melampau terhadap makhluk lain sehingga menjurus kepada amalan khurafat dan syirik ditegah sama sekali seperti pemujaan roh dan pengg...
Kenapa Orang Mabuk Berbahaya Doktor Dedah Kesan Alkohol Pada Otak Stage By Stage Ikut 5 Tahap Ini

Kenapa Orang Mabuk Berbahaya Doktor Dedah Kesan Alkohol Pada Otak Stage By Stage Ikut 5 Tahap Ini

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 276 hits
Baru baru ini kita mendengar berita kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk Kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk ini bagaikan tak lagi asing di negara kita hingga menimbulkan perdebatan dari pelbagai pihak Biarpun sebelum ini keraja...
Perkara Tak Masuk Akal Pengkhianatan Bos Glc Terhadap Orang Melayu Miskin

Perkara Tak Masuk Akal Pengkhianatan Bos Glc Terhadap Orang Melayu Miskin

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 221 hits
Dasar Lintah Darat KEHORMAT Menghisap Darah Rakyat oleh Para KORPORAT Bajingan Penghisap Darah Anjuran Ahli politik Recycle KITA kerap mendengar ahli politik menipu rakyat dan mencuri wang negara Terdapat banyak contoh pada masa ini bagaima...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp