Perikatan Nasional Gali Semula Warisan Gelap Bn




Oleh AHMAD LUTFI OTHMANApril 19, 2020 7:31 pmSaya tidak pasti sejauh mana kerajaan Perikatan Nasional tanpa mandat rakyat ini berhasrat serius mahu membawa negara ke era gelap kebebasan bersuara. Namun isyarat dan mesej semakin jelas dihantar, agenda pembaharuan akan dipatahkan, dan kebiasaan lampau sedang dimurnikan.Sebelum Pakatan Harapan berjaya mengambil kuasa dalam PRU14 dua tahun lalu Malaysia tergolong dalam kategori negara yang menekan kebebasan akhbar dan mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat terhadap pemilikan media serta mengongkong operasinya. Begitu sukar untuk mendapatkan permit, tetapi agak mudah kebenaran itu ditarik balik. Pengedaran lidah rasmi pembangkang juga perlu melalui sekatan yang rumitRegim Najib Razak runtuh selepas lebih 60 tahun BN-Perikatan berkuku. PH berjanji untuk membawa pembaharuan dan agenda reformasi, termasuk menghapuskan pelbagai akta drakonian yang bercanggah dengan hak asasi manusia. Dr Mahathir Mohamad semasa berkempen di Langkawi pada malam pengundian, 9 Mei 2018, bertekad mahu mewujudkan kerajaan yang tidak terlalu berkuasa.Beberapa perubahan awal selepas menang mengejut itu, Dr Mahathir dalam pertemuan tertutup dengan pengamal media pro-PH, mengumumkan dasar-dasar terbukanya mengenai kebebasan bersuara dan pemilikan media. Parti kerajaan tidak lagi menguasai akhbar atau stesen televisyen strategik.Semasa Umno berkuasa dahulu, akhbar-akhbar utama dan saluran TV dikawal mutlak; penerajui utama sidang editorialnya ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Jika berlaku perubahan kepimpinan tertinggi parti, termasuk di peringkat timbalan presiden, misalnya membabitkan Musa Hitam dan Anwar Ibrahim, ketua-ketua editor juga turut dirombak.Di kala kerajaan BN memerintah, semua akhbar utama, dalam bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil, dikuasai secara langsung oleh parti-parti komponen gabungan itu. Namun, apabila PH mengambil alih, tiada usaha serius bagi memiliki mana-mana media. Jika ada kecenderungan laporan ke arah mesra-PH, ia lebih kepada pilihan pemilik media tersebut, selain portal-portal berita yang sedia membuat liputan yang seimbang dan bebas.Malah, timbul kritikan yang agak meluas, khususnya di kalangan pendukung PH, bahawa agensi-agensi media rasmi, seperti Bernama, RTM dan Jabatan Penerangan pun tidak berfungsi secara berkesan dan profesional bagi menyalurkan maklumat kerajaan, apatah lagi untuk menangkis serangan agresif pembangkang.Seorang bekas Menteri Penerangan mendedahkan, “saya dua kali di Angkasapuri, di situ lubuk Umno dan mereka langsung tak berfungsi untuk pertahan kerajaan PH.” Ada juga yang mempersoalkan mengapa kementerian (komunikasi dan multimedia) yang begitu strategik, khususnya kepada masyarakat Melayu luar bandar boleh diserahkan kepada pemimpin DAP.Masa sama, agak ramai juga yang mengeluh tidak puas hati dengan jaminan kebebasan bersuara kerajaan baharu sehingga dilihat berleluasa tohmahan tanpa asas, fitnah merebak, berita palsu dihebahkan tanpa kawalan, sentimen perkauman disuburkan, perasaan kebencian termasuk atas dalil agama tambah parah.Kenyataan menghina Islam dan institusi Melayu digambarkan seperti tidak dipandang serius kerajaan. Kesimpulannya, seolah-olah kebebasan bersuara telah menyebabkan orang semakin berani menyentuh sensitiviti kaum-agama dan menikam balik kerajaan. Pemerintah pula dilihat tidak tegas atau berani menguatkuasa undang-undang.Sehingga ada desakan dalaman agar kerajaan waktu itu mengetatkan kembali peraturan berkaitan kebebasan bersuara. Perlu tindakan dan hukuman yang keras ke atas penyebar berita palsu, juga fitnah dan pembohongan termasuk dalam kumpulan Whatsapp dan media sosial.Malah tidak sedikit yang mahu kerajaan menarik balik ruang kebebasan yang dijamin kerajaan. Media awam pula digesa berfungsi sebagai jentera propaganda, terutama untuk menyanggah dakyah pembangkang. PH turut disaran agar memiliki media sendiri, seperti Umno dahulu, supaya rakyat mudah dibekalkan dengan informasi tepat.Ada yang mempersoalkan, untuk apa kita membebaskan media jika akhirnya kerajaan terpaksa menanggung bebanan sehingga memungkinkan kuasa terlucut. Pada satu peringkat, seolah-olah PH telah kalah dalam perang persepsi. Kerajaan PH digambarkan hanya mampu bertahan sepenggal.Gabungan pembangkang Umno-Pas yang membentuk Muafakat Nasional seperti menguasai naratif perkauman yang dilakar. PH dalam keadaan tertekan dan sekadar bertahan. Keputusan siri pilihan raya kecil, khususnya di Cameron Highlands, Semenyih dan paling teruk di Tanjung Piai memburukkan lagi keadaan.Jarum halus rupanya menyelinap ke dalam Bersatu; tanpa diduga sudah berjalan perancangan licik untuk mengeluarkan parti itu daripada gabungan PH. Polemik peralihan kuasa perdana menteri dan krisis kepimpinan PKR, umpama retak menunggu belah, tetapi tidak ditangani secara serius.Di kalangan teman-teman, sebahagiannya aktivis PH, juga luahan perasaan dalam media sosial, saya dapat mengesan mesej yang jelas, bahawa mereka tidak senang dengan perdebatan awam yang nampak begitu bebas, sehingga mengungkit isu-isu sensitif dan mudah memarak lagi api perkauman.Lebih ramai tidak bersetuju dengan pengendalian media kerajaan terutama apabila banyak persoalan berkaitan dasar- dasar awam tidak dijawab dengan efektif. “PH berkuasa sekarang, tapi realitinya kita diasak kiri-kanan, dengan fitnah dan tohmah, malangnya ramai orang Melayu mudah terpengaruh. Tambah buruk bila ramai kakitangan tinggi awam seperti masih memihak Umno dan tidak mendukung pembaharuan. Faktor daulah terpendam ini kurang dipandang serius walhal impaknya cukup buruk,” hantaran FB seorang rakan dipetik.Secara peribadi, saya tidak bersetuju kebebasan bersuara kembali dikongkong. Biarlah zaman gelap yang menjadi saksi perlawanan kebenaran-kebatilan itu ditimbus sejarah. Ia detik hitam yang memalukan negara. Usah digali semula. Pembohongan dan penindasan pasti tidak kekal lama. Mungkin pengkhianatan ada masanya nampak berjaya. Komplot jahat bersama gerombolan opurtunis yang sentiasa hadir dalam mana-mana zaman. Pembebasan seiring dengan pencerahan. Bagaikan sinar matahari pagi yang indah.Mungkin ramai beranggapan kebebasan bersuara yang dipelopori PH yang lalu membuka ruang luas buat kritikan, kecaman, juga fitnah bertali arus sehingga melemahkan kerajaan. Sebenarnya pandangan itu tidak pernah dibuktikan. Keruntuhan kerajaan banyak disumbangkan oleh konflik dalaman PH, berpunca krisis kepimpinan PKR dan persepsi dangkal kelompok Bersatu tentang pengaruh DAP, dibantu kerakusan Umno-Pas untuk cepat berkuasa tanpa melalui PRU15.Dalam setiap masa, pasti menyelinap oportunis yang licik menangkap peluang. Di pihak pemerintah pula, terutama apabila baru sahaja mengambil alih daripada regim berakar lebih separuh abad, dan dalam konteks Malaysia, risiko membaca-mengawal sentimen perkauman sentiasa terdedah. Gabungan pemerintah pula begitu lama terendam dalam budaya kepembangkangan dan sedang belajar saling memahami berkongsi kuasa.Mungkin juga pengendali media awam, seperti Bernama dan RTM, tersilap menafsirkan dasar baharu. Polisi kebebasan media adalah hal berbeda dengan memastikan fungsi berkesan untuk agensi berita kerajaan. Ia harus sentiasa proaktif menjelaskan polisi pemerintah, menjelaskan kekeliruan dan menyanggah tohmahan, secara berkesan dan kreatif.Mereka sendiri mesti arif dengan pendirian kerajaan dan cermat menghalusi sensitiviti dan tanggapan umum. Amat tidak bijaksana mengekalkan pengendali lama yang masih teragak-agak untuk menyokong agenda reformasi. Saya sendiri kurang faham mengapa cadangan menukar orang kuat Bernama dengan editor berpengalaman, yang pernah bertugas dengan akhbar DAP terpaksa dibatalkan sedangkan beliau lebih dikenali sebagai bekas wartawan ternama dengan pelbagai media popular. Nampak tiada ketegasan untuk membawa pembaharuan, hanya kerana segelintir membantah atas faktor beliau pernah bertugas dengan DAP.Sebenarnya zaman kerajaan menguasai atau memonopoli segalanya, terutama maklumat, sudah berlalu. Kerajaan juga tidak boleh dilihat begitu berkuasa sehingga semua naratif mahu ditentukannya. Apa yang menyimpang terus dianggap berita palsu, dan boleh dijatuhkan hukuman.Benar, tiada kompromi terhadap fitnah tetapi ia mesti dibedakan dengan komentar yang adil. Undang-undang perlu dikuatkuasakan kepada penyebaran fitnah tetapi ia tidak sewajarnya menghalang kritikan dan teguran. Ia juga bukan alasan untuk menafikan keterbukaan dan transparen. Media bebas selamanya tonggak penting dan tiang seri demokrasi.Malah, kejatuhan kerajaan PH, bagi saya, tiada kaitan dengan dasar keterbukaan yang masih dalam proses penambahbaikan. Agenda pembaharuan dalam landasan yang betul, seperti janji manifesto. Biarpun dikatakan perang persepsi dikuasai pembangkang, tetapi ia bukan alasan untuk menamatkan dasar terbuka.Setiap cabaran wajar ditangani dengan bijaksana; dan sebahagiannya perlu dijawab oleh media parti atau membiarkan kepada perdebatan awam yang bebas. Zaman memperkakas kemudahan kerajaan dan mengongkong kebebasan media demi kepentingan politik kepartian sudah berlalu. Sayang sekali media parti PH seperti kehilangan bisa selepas berkuasa. Rungutan keresahan rakyat terbiar tanpa jawapan.Naratif perkauman dan keagamaan sempit tidak dicabar dengan berkesan. Mungkin tugasan rasmi kerajaan menarik sebahagian besar tumpuan. Lebih malang, menjelang separuh penggal, ketika hasil dijangka dapat dituai, kudeta merampas segalanya angkara pembelotan.Peralihan kerajaan tanpa mandat rakyat itu bukan hanya menjejaskan komitmen pembaharuan berkaitan kebebasan bersuara, malah menimbulkan keresahan tentang usaha menyeluruh proses pembaikan yang mungkin terbantut atau terbatal.Sudah terserlah bibit-bibit awal persamaan di antara regim Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional. Bukankah Umno menjadi teras kedua-dua pemerintahan itu, manakala sebahagian besar ahli Parlimen Bersatu pula merupakan wakil rakyat Umno yang menang atas tiket BN dalam PRU14 lalu.Saya sedar, idea tentang kebebasan media ini bakal menjadi polemik yang panjang; mungkin ramai aktivis PH tidak bersetuju khususnya ketika berkuasa dahulu. Ya, ia boleh mengheret penguasa ke kancah yang sukar dan kerajaan terdedah dengan pelbagai risiko.Saya terbuka dengan perbahasan, sambil mengakui kemungkinan ada kesilapan sewaktu mengatur prioriti keutamaan dalam pentadbiran baharu dulu. Segalanya tidak pernah berakhir. Medan perjuangan ini belum tamat. Senario PRU15 tentu berbeda, namun iktibar pengalaman separuh penggal ini usah dipersiakan. Kita berdiri di atas korban yang rebah ditembak pengkhianat di depan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/perikatan-nasional-gali-semula-warisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

Di Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 409 hits
Baru sebulan MCA menjadi sebahagian dari Kerajaan dalam Perikatan Nasional parti tersebut telah menunjukkan taring dan bersuara lantang terhadap kerajaan PN dengan mempersoalkan secara terbuka isu isu penting Hampir dua tahun PH memerintah ...
Konspirasi Menggulingkan Muhyiddin Yassin Dan Kerajaan Perikatan Nasional

Konspirasi Menggulingkan Muhyiddin Yassin Dan Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 196 hits
Satu usaha sedang bergiat dijalankan untuk menjatuhkan perdana menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional melalui sabotage dalaman Selain itu ada usaha juga untuk memecahkan Muafakat Nasional dengan melagakan Umno dan PAS dise...
Tok Mad Umno Tak Pernah Dilema Dalam Perikatan Nasional

Tok Mad Umno Tak Pernah Dilema Dalam Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana ia bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional dan kedudukan parti Melayu itu tidak pernah tergugat Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan men...
Pakatan Harapan Nak Kritik Lantikan Politik Yang Perikatan Nasional Buat

Pakatan Harapan Nak Kritik Lantikan Politik Yang Perikatan Nasional Buat

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 392 hits
SEDANGKAN PH YANG MENJANJIKAN TIADA LANTIKAN POLITIK DALAM KERAJAAN ERA MEREKA PUN BOLEH DICAPATIKAN PH sekarang sedang mainkan isu lantikan politik kerajaan PN Masa PRU14 PH janji bertulis bahawa mereka tidak akan buat lantikan politik Tet...
Tulahan Kerana Perikatan Nasional Umno Dan Pas Kehilangan Undi Melayu

Tulahan Kerana Perikatan Nasional Umno Dan Pas Kehilangan Undi Melayu

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 385 hits
Assalam Penulis akan membuat sedikit analisa sokongan pengundi Melayu kepada PH Umno dan Pas selepas kejatuhan kerajaan PH Sebelum PRU 14 banyak analisa yang penulis buat menetapi jangkaan yang dibuat berdasarkan suasana yang berlaku pada m...
Kenapa Rakyat Menyenangi Perikatan Nasional Dan Membenci Pakatan Harapan

Kenapa Rakyat Menyenangi Perikatan Nasional Dan Membenci Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 573 hits
Ahli politik hari ini menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang sangat berbeza dari ahli politik 30 tahun yang dahulu Sebagai contoh Dr Mahathir berjaya kekalkan kuasa selama 22 tahun ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 tetapi hanya bertaha...
Its Time For Pm Muhyiddin To Make Peace With Pakatan Harapan And To Dish Perikatan Nasional

Its Time For Pm Muhyiddin To Make Peace With Pakatan Harapan And To Dish Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 358 hits
After reading Mohamad Hassan statement that UMNO had joined Muhyiddin Yasin just to topple the Pakatan Harapan government and to form a mere working arrangement to benefit each other April 25 2020 10 05 PMBeliau berkata demikian selepas seo...
Tak Mahu Ambil Hak Orang Lelaki Terima Bantuan Kerana Kesilapan Teknikal Pulangkan Semula Bantuan Prihatin Nasional

Tak Mahu Ambil Hak Orang Lelaki Terima Bantuan Kerana Kesilapan Teknikal Pulangkan Semula Bantuan Prihatin Nasional

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 280 hits
Kerajaan telah memberi Bantuan Prihatin Nasional kepada rakyat yang layak bagi meringankan beban ketika krisis COVID 19 ini Fasa pertama pembayaran BPN telah dikreditkan bermula 6 April lalu dan bakal diteruskan hingga 15 April ini bagi gol...
Cerita Gelandangan Ke Jejak Kasih Hikmah Pkp Dua Beradik Bertemu Semula Sejak 1996

Cerita Gelandangan Ke Jejak Kasih Hikmah Pkp Dua Beradik Bertemu Semula Sejak 1996

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 374 hits
Aturan Allah memang yang terbaik small Cover image via Twitter f4izalhassan small Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan sejak daripada 18 Mac lalu sebagai usaha untuk menangani wabak Koronavirus Covid 19 di negara ini Sepanjang tem...
Calpis Soda One In A Million

Content Marketing For New Business

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Dah Sampai Malaysia Tapi Konsert Batal Di Saat Akhir Feby Putri Nadin Amizah Luah Rasa Kesal

Polis Tidak Gentar Ancaman Di Sempadan Sungai Golok