Tulahan Kerana Perikatan Nasional Umno Dan Pas Kehilangan Undi Melayu



Assalam,

Penulis akan membuat sedikit analisa sokongan pengundi Melayu kepada PH , Umno dan Pas selepas kejatuhan kerajaan PH. Sebelum PRU 14, banyak analisa yang penulis buat menetapi jangkaan yang dibuat berdasarkan suasana yang berlaku pada masa berkenaan .

Semasa pemerintahan PH, serangan terhadap PH menggunakan sentimen kaum dan agama sangat berjaya digunakan pembangkang pada masa itu. Mengapa berjaya? Kerana sememangnya , pembangkang terutama Umno dan Pas mewakili majoriti pengundi Melayu. Manakala PH memenangi PRU 14 berbekal undi Melayu sekitar 30 peratus sahaja


Justeru itu, adakah benar PH tidak mendapat sokongan orang Melayu semasa memerintah? Bukan hanya semasa memerintah , sebelum memerintah pun sokongan Melayu  kepada PH adalah sekitar 30 peratus.


Pada PRU 14, PH mendapat hanya 15 ke 25 peratus undi Melayu di kawasan luar bandar. Manakala undi Melayu PH di kawasan bandar adalah 25 hingga 35 peratus sahaja. Kemenangan PH pada PRU 14 adalah disebabkan sokongan pengundi Cina adalah 85 peratus dan sokongan pengundi India sebanyak 70 peratus.


Oleh kerana itu, PH memenangi banyak kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran. PH telah memenangi sebanyak 113 kerusi berbanding BN sebanyak 79 kerusi selebihnya dimenangi PAS, Warisan dan Bebas. PH membentuk kerajaan dengan sokongan Warisan.

Sokongan pengundi Cina kepada PH sebenarnya kekal selepas PRU 14 , walaupun pada PRK Cameron Highlands dan Tanjung Piai mereka mengundi BN. Pengundi Cina boleh bertukar semasa PRK tetapi pada PRU undi ini kembali kepada PH.


Sebab itulah,  selepas PH ditumbangkan berikutan krisis dalaman dalam PPBM dan PKR kemudian Tun M meletak jawatan . Pengundi Cina kembali menyokong PH sama seperti PRU 14 malah semakin besar kerana mereka tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PH dijatuhkan.


Begitu juga, pengundi Melayu asal PH yang agak termakan dengan serangan isu kaum dan agama yang dimainkan oleh Umno dan Pas. Namun, apabila jatuhnya PH, mereka kembali menyokong PH kerana kecewa mandat yang diberikan oleh mereka dicuri.


Sebenarnya, kekuatan Umno dan Pas nampak terjalin rapi melalui Maufakat Nasional. Kedua-dua parti ini sudah berkira akan menang besar pada PRU 15. Umno dan Pas sudah berangan-angan menang banyak kerusi kerana apabila dicampur undi BN dan Pas berjaya mengatasi undi PH di banyak kerusi yang dimenangi PH.


Sebanyak 29 kerusi PH di Semenanjung yang akan jatuh ke tangan Maufakat Nasional jika berlaku PRU 15.  Namun, keseronokan Umno dan Pas tersentak setelah Pas dan Umno memberi sokongan kepada pembetukan kerajaan Perikatan Nasional.


Pengundi Cina dan India yang sudah ada riak menyokong BN dan Pas sudah menarik kembali sokongan. Manakala , pengundi Melayu terutama di kawasan bandar juga sudah mula mengalih sokongan kepada PH  kerana tidak bersetuju kerajaan PH dijatuhkan


Betulkah begitu, bukankah kita lihat di komen-komen facebook ramai orang Melayu yang menyokong kerajaan PN. Seperti yang dinyatakan tadi, sokongan kepada Umno dan Pas memang besar sebelum PRU 14 lagi. Jadi , tidak hairanlah sokongan kelihatan di komen-komen facebook.


Namun sebenarnya, sokongan Umno dan Pas telah mula berkurangan kepada 60 peratus sahaja. Kenapa berkurang ? Sokongan pengundi Melayu kepada PH bertambah sekitar 5 peratus berikutan parti-parti dalam PH menambah ahli dan cawangan parti semasa memerintah.


Semasa pemerintahan kerajaan PH, ramai yang sebelum ini tidak menyertai parti-parti dalam PH telah menyertainya dan terlibat sebagai dalam jentera kerajaan seperti MPKK dan sebagainya. Kebanyakan mereka sebelum ini adalah ahli dan penyokong Umno dan Pas.


Semasa PRU 14, PH masuk pilihanraya dengan bantuan petugas pilihanraya dari sukarelawan , Invoke dan NGO. Namun percayalah pada PRU 15 , parti-parti dalam PH terutama Amanah dan PKR akan menggunakan petugas pilihanraya parti sendiri berikutan penubuhan cawangan parti semasa memerintah.


Perlu diketahui bahawa tidak semua ahli dan penyokong Pas yang bersetuju dengan kerjasama dengan Umno. Terdapat 5 peratus yang menentang kerjasama dengan Umno tapi tetap mengundi Pas semasa PRU 14 kerana Pas bertanding bersendirian . Pada PRU 15, 5 peratus ahli dan penyokong Pas ini akan mengalih sokongan kepada parti yang menentang Umno kerana Pas sudah bekerjasama dengan Umno.


Adakah sokongan kepada Umno dan Pas akan mengurang lagi ? Ya, selagi Umno dan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Pas terutamanya akan menghadapi kehilangan sokongan ketara kerana tidak mampu mempertahankan pringsip perjuangan apabila berada dalam kerajaan.


Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada Pas kerana Pas sebelum ini konsisten memperjuangkan dasar Islam . Namun, baru beberapa bulan menjadi kerajaan semasa PKP Covid 19 , Pas diserang kerana gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Menteri dan Timbalan Menteri Pas setakat ini tidak berani bersuara menentang suara Menteri MCA dan MIC dalam kerajaan.


Ketara sekali apabila, Menteri MCA berani meminta kerajaan Perikatan Nasional tidak dipanggil kerajaan Melayu Islam, Pas tidak membantah. Wanita MCA berani membantah perkahwinan bawah umur yang disokong oleh Pas, Pas tidak membantah. Ada beberapa isu lagi, yang pengundi Melayu boleh lihat Pas tidak mampu bersuara seperti sebelum menjadi kerajaan. Malah, Netizen yang menyerang Menteri dan Timbalan Menteri Pas adalah dahulunya pengundi Pas.


Itu baru beberapa bulan, sanggupkah Pas berhadapan dengan pelbagai isu selepas PKP yang pastinya memerlukan Pas bertindak mempertahankan dasar Islam. Jika gagal, sokongan kepada Pas semakin hari semakin mengurang. Perlu diingat, terdapat hanya 30 peratus pengundi yang mengundi Pas adalah pengundi tegar. Selebihnya, adalah pengundi yang mengundi Pas kerana pringsip Islam yang diperjuangkan.


Sudah ada pemerhati politik yang meminta Pas kembali bergerak secara bersendirian supaya sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan kekal. Penglibatan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional tidak membawa manfaat yang besar kepada Pas.


Apa guna menjadi Menteri , Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC jika Pas gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Lebih lama berada dalam kerajaan, Pas akan berhadapan dengan krisis kepercayaan pengundi Melayu kepada Pas.

Peratus kehilangan sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan dapat dilihat secara jelas selepas setahun Pas bersama kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun begitu, riak-riaknya sudah mula dapat dilihat walaupun baru beberapa bulan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Semasa PRU 14, undi Melayu kepada Umno adalah rendah berbanding Pas. Sokongan undi Melayu kepada Umno ini pula sekarang ini sedang direbut oleh PPBM . PPBM yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional telah mendominasi jawatan utama Menteri dan GLC . PPBM juga pastinya , meletakkan semua pemimpin PPBM menjadi Penyelaras Parlimen di kerusi Melayu dan campuran yang dimenangi PH dalam masa yang sama kerusi PPBM sudah bertambah kerana Ahli Parlimen Umno yang melompat ke PPBM.


Umno juga tidak boleh bergantung kepada undi Melayu yang ada pada Pas kerana Pas juga berhadapan dengan potensi kehilangan sokongan pengundi Melayu. Sudah kedengaran penyesalan pemimpin Umno kerana berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Umno yang sebelum ini boleh bergantung kepada Pas kini terpaksa bergelut sendiri menghadapi ancaman PPBM.


Jadual di bawah menunjukkan 29 kerusi PH di Semenanjung yang akan diatasi jumlah undi BN dan Pas.


PARLIMEN
% M
% C
% I+L
PH
BN/PAS
% PH
% BN/PAS
MAJ
SRI GADING
65
33.2
1.8
21 511
22 771
48.6
51.4
1 260
TANJUNG PIAI
56.8
41.6
1.6
21 255
23 693
47.3
52.7
2 438
KUALA PILAH
77
15.9
7.1
18 045
22 192
44.8
55.2
4 147
TAMPIN
62.8
23.6
13.6
22 435
26 031
46.3
53.7
3 596
TANGGA BATU
71
22.1
6.9
32 420
36 722
46.9
53.1
4 302
RAUB
52.1
38.1
9.8
20 659
25 366
44.9
55.1
4 707
INDERA MAHKOTA
66.6
26.9
6.5
28 578
35 143
44.8
55.2
6 565
KUANTAN
66.4
29.6
4
22 807
28 363
44.6
55.4
5 556
TEMERLOH
66.5
22.5
11
23 998
36 828
39.5
60.5
12 830
BENTONG
46.5
41.7
11.8
25 716
29 350
46.7
53.3
3 634
PARIT BUNTAR
69.4
25.7
4.9
16 753
25 967
39.2
60.8
9 214
TAMBUN
66.3
20.2
13.5
38 661
48 289
44.5
55.5
9 628
LUMUT
72
15
13
21 955
31 690
40.9
59.1
9 735
TANJUNG MALIM
55.6
25.6
18.8
24 672
29 625
45.4
54.6
4 953
JERLUN
91.2
6.9
1.9
18 695
25 242
42.5
57.5
6 547
KUBANG PASU
86.5
8.5
5
29 984
30 350
49.7
50.3
366
POKOK SENA
81.5
15.5
3
28 959
41 791
40.9
59.1
12 832
KUALA KEDAH
78.3
20.3
1.4
36 624
42 543
46.3
53.7
5 919
MERBOK
68.6
15.1
16.3
30 902
40 448
43.3
56.7
9 546
SUNGAI PETANI
60.7
26.8
12.5
45 532
46 723
49.4
50.6
1 191
PADANG SERAI
59.1
19.8
21.1
31 724
38 360
45.3
54.7
6 636
KULIM
69.2
17.7
13.1
23 159
31 184
42.6
57.4
8 025
KANGAR
81.7
15.2
3.1
20 909
23 771
46.8
53.2
2 862
SUNGAI BESAR
68.7
28.8
2.5
17 350
23 856
42.1
57.9
6 506
HULU SELANGOR
60.4
20.8
18.8
40 783
44 012
48.1
51.9
3 229
KUALA SELANGOR
65.4
12.9
21.7
29 842
29 879
49.9
50.1
37
KAPAR
70.7
14.8
14.5
47 731
57 837
45.2
54.8
10 106
KUALA LANGAT
57.2
24
18.8
43 239
44 858
49.1
50.9
1 619
TITIWANGSA
70.5
17.3
12.2
23 840
26 546
47.3
52.7
2 706

Kesemua kerusi yang bertanda kuning adalah kerusi yang akan dimenangi oleh PH berikutan pertambahan 10 peratus undi Melayu. Manakala, pertambahan lagi 5 peratus undi Melayu akan memberi kemenangan kepada PH di kerusi yang bertanda ungu


Jadual di bawah menunjukkan 8 kerusi yang dimenangi BN semasa PRU 14. Kerusi Pontian akan dimenangi PH bila berlaku pertambahan 10 peratus undi Melayu kepada PH , manakala 7 kerusi lagi akan jatuh kepada PH jika berlaku pertambahan 5 peratus lagi undi Melayu kepada PH.


PARLIMEN
% M
% C
% I+L
PH
BN/PAS
% PH
% BN/PAS
MAJ
AYER HITAM
57.7
38
4.3
16 773
22 051
43.2
56.8
5 278
PONTIAN
68.2
30.1
1.7
20 299
25 427
44.4
55.6
5 128
JASIN
73.5
16.2
10.3
26 341
35 420
42.6
57.4
9 079
JELEBU
65
24
11
17 017
21 940
43.8
56.2
4 923
JEMPOL
63.4
23.2
13.4
25 188
32 086
43.9
56.1
6 898
REMBAU
73.3
10.3
16.4
31 732
42 124
42.9
57.1
10 392
CAMERON HIGHLANDS
33.5
29.5
37
9 710
13 894
41.1
58.9
4 184
TAPAH
46.2
25.8
28
15 472
20 702
42.8
57.2
5 230

Berdasarkan analisa ini, jangkaan Umno dan Pas akan menang mudah melalui gabungan undi tidaklah semudah itu. Sokongan pengundi banyak bergantung kepada suasana politik yang berlaku dalam negara. Selepas menyertai Perikatan Nasional , jangkaan menang mudah kini akan bertukar sebaliknya sekiranya, Umno dan Pas tidak membuat keputusan yang betul demi kepentingan parti masing-masing.


Pada waktu ini, pemimpin Perikatan Nasional sendiri kurang yakin dengan pembentukan Kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional . Ini kerana, parti-parti dalam Perikatan Nasional kehilangan sokongan orang bukan Islam yang sangat besar lebih teruk daripada semasa PRU 14.


Malaysia adalah negara majmuk yang memerlukan gabungan pemerintahan yang memerlukan sokongan semua kaum. Sudah ada kedengaran, pemimpin Perikatan Nasional dari kumpulan Azmin akan menubuhkan sebuah parti baru yang sama macam PKR.


Tujuannya adalah untuk menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu kepada kerajaan Perikatan Nasional. Mereka juga tidak boleh mengharapkan MCA dan MIC juga untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu.


PPBM, BN, Pas dan Kumpulan Azmin yang memerintah bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional sedang menghadapi suasana yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai agenda sendiri untuk dibawa dalam pemerintahan. Keadaan ini sebenarnya bukan sahaja tidak baik untuk sebuah pemerintahan malah, tidak baik untuk masa depan sesebuah parti.


Wassalam



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tulahan.blogspot.com/2020/04/tulahan-kerana-perikatan-nasional-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

Di Mana Suara Pas Dalam Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 374 hits
Baru sebulan MCA menjadi sebahagian dari Kerajaan dalam Perikatan Nasional parti tersebut telah menunjukkan taring dan bersuara lantang terhadap kerajaan PN dengan mempersoalkan secara terbuka isu isu penting Hampir dua tahun PH memerintah ...
Kaum Cina Dan India Sepakat Untuk Menumbangkan Pas Dan Umno Dalam Pru15

Kaum Cina Dan India Sepakat Untuk Menumbangkan Pas Dan Umno Dalam Pru15

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 180 hits
Hashim RaymanApabila Pas dan umno menggunakan isu perkauman dan agama menyerang cina khususnya cina dap yang dikatakan kafir harbi maka kaum cina india amat terasa dengan fitnah tersebut Kerajaan Perikatan Nasional Pengkhianat telah mengist...
Bangga Umno Masuk Pas Kini Bangga Ke Pwtc

Bangga Umno Masuk Pas Kini Bangga Ke Pwtc

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 181 hits
Via WhatsApp Aku pernah berceramah bersama al Marhum Ust Fadhil Nor sebelum PRU 1999 di Kedah Dalam ceramah aku cerita ada JKKK Umno masuk Pas di Perlis Sampai giliran Ust Fadhil dia kata nak hairan apa di Perlis JKKK Umno masuk Pas Di Keda...
Pas Umno Menutup Kelemahannya Dengan Hanya Menfitnah Dap Sebagai Sasarannya

Pas Umno Menutup Kelemahannya Dengan Hanya Menfitnah Dap Sebagai Sasarannya

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 264 hits
Kenapa DAP dimusuhi oleh PasUmno Sesuatu perlu dilakukan untuk menutup sesuatu kelemahan Maksudnya orang Melayu mesti dihasut dan ditakutkan dengan sesuatu perkara yang sensitif Perkara apa Islam terancam hak Melayu ingin dihapuskan Kerana ...
Arak Macai Ph Jadikan Isu Politik Umno Pas Dan Bersatu Bantah Secara Profesional

Arak Macai Ph Jadikan Isu Politik Umno Pas Dan Bersatu Bantah Secara Profesional

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 431 hits
Malaysiakini akhar Pro PH menyiarkan berikutan bantahan oleh pemipim Umno PAS dan Bersatu Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan kelulusan untuk syarikat Heineken Malaysia Bhd dan Carlsberg beroperasi semasa PKP ...
Warkah Presiden Pas Kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 Umno Sahaja

Warkah Presiden Pas Kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 187 hits
Warkah Presiden PAS kpd Gerakan2 Islam Spt Tulisan Blogger2 UMNO Sahaja Tulang Besi membaca warkah Haji Hadi serta terjemahannya dengan teliti Sesiapa yang mahu membacanya boleh merujuk kepada posting original dari FB Friends of Harapan Jor...
Isu Peruntukan Umno Pas Terengganu Selesai

Isu Peruntukan Umno Pas Terengganu Selesai

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 256 hits
Isu pengagihan sumbangan sempena Covid 19 yang sebelum ini mengeruhkan hubungan di antara PAS dan Umno Terengganu sudah selesai kata bekas menteri besar Ahmad Said Bercakap kepada Malaysiakini Ahmad berkata isu berkenaan diatasi selepas bel...
Umno Tak Merasai Peruntukan Kerajaan Pas Cadang Buat Repot Polis Dan Sprm

Umno Tak Merasai Peruntukan Kerajaan Pas Cadang Buat Repot Polis Dan Sprm

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 255 hits
KUALA TERENGGANU Memang benar dakwaan Mantan Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said tidak mendapat satu sen pun daripada peruntukan bantuan Covid19 Sebaliknya Ketua Khidmat Malaysia PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat bekata ia bukan ke...
Pakatan Harapan Nak Kritik Lantikan Politik Yang Perikatan Nasional Buat

Pakatan Harapan Nak Kritik Lantikan Politik Yang Perikatan Nasional Buat

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 350 hits
SEDANGKAN PH YANG MENJANJIKAN TIADA LANTIKAN POLITIK DALAM KERAJAAN ERA MEREKA PUN BOLEH DICAPATIKAN PH sekarang sedang mainkan isu lantikan politik kerajaan PN Masa PRU14 PH janji bertulis bahawa mereka tidak akan buat lantikan politik Tet...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Continuous Learning



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

2 Minute Microwave Onsen Tamago

Jawab Persoalan Ramai Lisa Bp Sahkan Hubungan Dengan Ceo Kaya Fr D Ric Arnault

Fedtri Yahya Sambut Hari Lahir Anak Sulung Indah Sutera Jannah Yang Ke 12 Coretannya Undang Sebak

Bukan Tegur Tu Nganjing Kerajaan Yang Dia Swndiri Jadi Ketua