Perikatan Atau Pakatan Umno Pilih Kerajaan Perak


Ahad, 06 Dis 2020 08:10 AM MYT
Penjajaran politik luar biasa mungkin berlaku di Perak jika kompromi antara Bersatu, PAS dan Umno gagal dicapai. — Foto oleh Ahmad Zamzahuri
KUALA LUMPUR, 6 Dis — Pendirian Umno agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan semua exco di Perak dikekalkan menunjukkan masih ada ruang kompromi antara gabungan itu untuk menyelesaikan kemelut politik berhubung pembentukan kerajaan negeri.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali berkata ia juga menunjukkan bahawa situasi yang berlaku hanya bertujuan menukar Menteri Besar sahaja, bukan gabungan kerajaannya.

“Kenyataan Umno itu mungkin melegakan banyak pihak, ia menandakan bahawa masih terdapat kompromi antara Bersatu, PAS dan Umno untuk mengekalkan status quo sedia ada,” katanya ketika menjadi tetamu rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam tadi.

Kelmarin, Umno melalui Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan PN di Perak mesti dikekalkan dan semua exco juga mesti diteruskan.

“Umno juga berpendirian bahawa Bersatu dan PAS harus mendukung kerajaan PN di negeri Perak,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mazlan juga berpandangan situasi yang berlaku di Perak merupakan simulasi politik yang tidak terjangka dan percaya pihak yang terlibat akan membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan nasib rakyat diutamakan.

“Mungkin pihak yang berada di Perak boleh bertenang dan saya percaya ahli politik sedang berunding, mereka ada fikiran sendiri, yang penting kebajikan rakyat Perak perlu diambil kira dalam situasi negara berdepan pandemik Covid-19 dan ketidakseimbangan ekonomi, ahli politiik perlu membuat keputusan terbaik,” katanya.

Krisis pembentukan Kerajaan Negeri Perak tercetus selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kelmarin.

Dalam undian terhadap usul yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) itu, Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.

Ahmad Faizal semalam meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr Anuar Shah Bali Mahomed pula berkata penjajaran politik luar biasa mungkin berlaku di Perak jika kompromi antara Bersatu, PAS dan Umno gagal dicapai.

Beliau berkata gabungan antara Umno dengan pembangkang iaitu Amanah dan PKR mungkin berlaku memandangkan tiada mana-mana parti yang boleh membentuk kerajaan sendiri kerana tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk berbuat demikian.

“Tiada mana-mana parti yang memperoleh 30 kerusi (majoriti mudah) sekarang ini, maka terpaksa membuat gabungan dan pelantikan menteri besar yang ke-14 perlu ada gabungan untuk membentuk kerajaan negeri.

“Yang saya boleh jangkakan di sini kemungkinan yang pertama status quo iaitu perubahan menteri besar sahaja yang besar kemungkinan datang daripada Umno itu sendiri kerana mempunyai 25 kerusi, status quo kekal iaitu 34 mewakili kerajaan (BN 25 kerusi, Bersatu 5 kerusi, PAS 3 dan Gerakan 1) ataupun berlaku penjajaran politik yang luar biasa melibatkan pembangkang dan kerajaan.

“Saya ambil satu contoh, BN ada 25 kerusi (jika) bergabung dengan PKR dan Amanah mereka mempunyai sekitar 33 kerusi, dan jika kompromi antara Bersatu, Umno dan PAS itu tidak dapat dicapai mungkin situasi di luar jangka itu boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata ini sekali gus menarik perhatian banyak pihak yang menantikan sama ada penjajaran politik dan gabungan kerajaan negeri yang berbeza dengan negeri lain akan berlaku di Perak.
 — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/perikatan-atau-pakatan-umno-pilih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Mesyuarat Mt Umno Kerajaan Pn Perak Harus Dikekalkan

Keputusan Mesyuarat Mt Umno Kerajaan Pn Perak Harus Dikekalkan

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini memutuskan agar kerajaan Perikatan Nasional Perak terus dipertahankan Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan kerjasama tersebu...
Tiga Adun Pas Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu Umno Atau Pun Tak Sokong Langsung

Tiga Adun Pas Sekadar Tidak Sertai Kerajaan Baharu Umno Atau Pun Tak Sokong Langsung

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 261 hits
KUALA LUMPUR Seorang veteran UMNO tertanya adakah PAS sekadar tidak akan sertai kerajaan baharu pimpinan parti Melayu itu atau tidak akan juga menyokong kerajaan pimpinan parti itu Bekas menteri Tan Sri Shahrir Samad menimbulkan hal itu sel...
Umno Bn Mn Akan Bermesyuarat Bincang Isu Kerajaan Baru Di Perak Malam Ini

Umno Bn Mn Akan Bermesyuarat Bincang Isu Kerajaan Baru Di Perak Malam Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Umno Barisan Nasional dan Muafakat Nasional akan mengadakan mesyuarat bermula malam ini bagi membincangkan situasi pembentukan kerajaan negeri Perak Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno ...
Kerajaan Pn Perak Perlu Terus Dipertahan Umno

Kerajaan Pn Perak Perlu Terus Dipertahan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 240 hits
110 total views 109 views today KUALA LUMPUR Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO malam ini memutuskan kerajaan Perikatan Nasional Negeri Perak melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri UMNO PAS dan Bersatu perlu terus dipertahankan Perkara itu...
Nazri Aziz Cadang Umno Amanah Dan Pkr Tubuh Kerajaan Di Perak

Nazri Aziz Cadang Umno Amanah Dan Pkr Tubuh Kerajaan Di Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri negeri itu ...
Dap Perak Sedia Bekerjasama Dengan Umno Untuk Menubuhkan Sebuah Kerajaan Pelbagai Bangsa Yang Kukuh Dan Stabil

Dap Perak Sedia Bekerjasama Dengan Umno Untuk Menubuhkan Sebuah Kerajaan Pelbagai Bangsa Yang Kukuh Dan Stabil

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 259 hits
IPOH 6 Dis Selepas Parti Amanah Rakyat menyatakan kesediaan bekerjasama dengan mana mana parti bagi membentuk kerajaan baharu di Perak hari ini DAP satu lagi parti komponen Pakatan Harapan menyuarakan perkara sama Pengerusi DA
Umno Pilih Anwar Atau Kekal Bersama Muhyiddin

Umno Pilih Anwar Atau Kekal Bersama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 284 hits
November 23 2020 Mungkin semakin ramai yang tidak berminat untuk mengikuti perkembangan memartabatkan kembali mandat rakyat di waktu pandemik Covid 19 ini Ia memberi kelebihan kepada kelangsungan kerajaan pintu belakang yang diragui keabsah...
Umno Mula Rasa Tersepit Kerajaan Baru Perak Masih Teka Teki

Umno Mula Rasa Tersepit Kerajaan Baru Perak Masih Teka Teki

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 181 hits
Jatuhnya Ahmad Faizal Azumu atau Peja sebagai Menteri Besar Perak berikutan gagal dalam undi percaya di Dun Perak semalam adalah agenda yang memang dirancang oleh UMNO Secara mudahnya tindakan itu ialah kerana UMNO dengan jumlah kerusi terb...
Amaran Tuan Ibrahim Jangan Sampai Kerajaan Baharu Perak Dikuasai Pakatan Harapan

Amaran Tuan Ibrahim Jangan Sampai Kerajaan Baharu Perak Dikuasai Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 288 hits
December 6 2020 9 00 AMUmno mahukan kerusi MB Perak yang dikosongkan oleh Ahmad Faizal Azumu daripada PPBM tetapi PAS enggan menyertai pembentukan kerajaan negeri baharu IPOH Pendirian muktamad PAS berhubung kemelut politik negeri itu menja...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Linkedin Menjadi Mitra Plan Indonesia Buka Peluang Kerja Bagi 400 Pencari Kerja Baru Di Jawa Tengah

5 Hidden Features Of Wordpress Com

Hospital Kuala Pilah

From Gear To Gear Exploring The Mechanics Of Ram And Dodge Transmissions

Satisfy Your Pup S Cravings Exploring The World Of Natural Dog Treats