Amaran Tuan Ibrahim Jangan Sampai Kerajaan Baharu Perak Dikuasai Pakatan Harapan


Faiz Zainudin
-December 6, 2020 9:00 AM
Umno mahukan kerusi MB Perak yang dikosongkan oleh Ahmad Faizal Azumu daripada PPBM tetapi PAS enggan menyertai pembentukan kerajaan negeri baharu.
IPOH: Pendirian muktamad PAS berhubung kemelut politik negeri itu menjadi tumpuan susulan peletakan jawatan oleh Ahmad Faizal Azumu semalam untuk memberi laluan kepada pelantikan menteri besar baharu.

Persoalan pokok adalah sama ada PAS akan memberikan sokongan kepada calon Umno sekiranya diperkenan sebagai Menteri Besar baharu oleh Sultan Perak.

Lebih-lebih lagi, jika calon Umno untuk jawatan itu terpaksa bergantung kepada Adun Pakatan Harapan (PH) bagi memperolehi sokongan majoriti di DUN Perak.

Lewat semalam, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengajak Umno ke meja perbincangan untuk memastikan Perikatan Nasional (PN) terus menerajui Perak sepenuhnya.

Beliau menegaskan kerajaan negeri yang bakal dibentuk harus dipastikan sebagai “bukannya kerajaan yang dikuasai oleh pembangkang.”

“Ia (Perak) harus kekal di bawah kerajaan PN. Ini perlu dijaga dan kalau ada apa masalah, perlu ada perundingan bersama. Apa pun, saya perlu menghormati Umno dan yakin parti itu ada jalan penyelesaian,” katanya.

Kenyataan Tuan Ibrahim menyusul selepas Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan menegaskan parti itu tidak akan menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri baru tetapi hanya mahu “berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional.”

Kenyataan beliau dikeluarkan setelah beberapa pemimpin Umno menegaskan kekosongan jawatan MB Perak patut diisi calon parti itu kerana ia mempunyai jumlah Adun paling ramai.
Kenyataan Takiyuddin itu boleh ditafsirkan sebagai PAS tidak akan menyertai barisan kepimpinan kerajaan negeri dan menerima jawatan berkaitan yang akan diputuskan oleh menteri besar baharu yang bakal dilantik.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria akur pihaknya terikat dengan keputusan PAS pusat susulan penyingkiran Faizal sebagai ketua kerajaan negeri.

“Soal pembentukan kerajaan baharu kita serah kepada pucuk pimpinan. (Untuk) PAS Perak, setakat ini kita tunggu arahan dan keputusan dari pucuk pimpinan untuk pembentukan kerajaan negeri sebab ini melibatkan politik nasional,” kata beliau.

Faizal adalah timbalan presiden PPBM yang mempunyai lima Adun di Perak manakala PAS mempunyai tiga.

Walaupun Umno mempunyai 25 Adun, tanpa sokongan padu PPBM dan PAS, parti itu terpaksa mengharapkan sokongan PH untuk meraih kerusi MB.

Razman, yang juga Adun Gunung Semanggol, menegaskan, keutamaan pihaknya ialah terus menegakkan PN sebagai kerajaan negeri.

Beliau berkata ketetapan itu selaras dengan keputusan pucuk pimpinan PAS menyokong kerajaan pimpinan Faizal sebelum ini menerusi permuafakatan PAS, Umno, dan PPBM.

“Jadi kita telah setuju untuk (terus) mempertahankan kerajaan PN yang telah kita persetujui bersama (sebelum ini),” kata beliau.

“Prinsip PAS adalah kita tidak akan bersama PPBM sahaja tanpa Umno dan tidak akan bersama Umno sahaja tanpa PBBM,” katanya.

Namun, prinsip itu tentunya sukar didokong sepenuhnya jika kenyataan Takiyuddin membawa maksud PAS tidak akan menyertai kerajaan baharu sekiranya calon Umno di lantik menggantikan Faizal.

Yang pasti, apa jua pendirian muktamad PAS Pusat, ia akan dipatuhi pimpinan negeri.

“Sekarang kita tunggu arahan pimpinan pusat (sama ada akan sertai pentadbiran kerajaan baru atau tidak),”kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Perak, Abd Qahar Syam kepada FMT.

Pentadbiran Faizal tumbang selepas beliau hilang sokongan majoriti wakil rakyat di DUN menerusi usul undi percaya yang dibentangkan Umno.

Sebanyak 48 Adun, termasuk 24 daripada Umno, tidak menyokong kepimpinan Faizal, sekali gus memaksa beliau meletak jawatan semalam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/amaran-tuan-ibrahim-jangan-sampai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikatan Atau Pakatan Umno Pilih Kerajaan Perak

Perikatan Atau Pakatan Umno Pilih Kerajaan Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 344 hits
Ahad 06 Dis 2020 08 10 AM MYTPenjajaran politik luar biasa mungkin berlaku di Perak jika kompromi antara Bersatu PAS dan Umno gagal dicapai Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 6 Dis Pendirian Umno agar kerajaan Perikatan Nasional dan semu...
Pakatan Harapan Did Not Suffer Any Loss In Perak

Pakatan Harapan Did Not Suffer Any Loss In Perak

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 306 hits
MP SPEAKS We in Harapan have always held on to our principles and in the whole Perak episode Harapan has not suffered any loss 1 Since 2008 Perak has always been in the limelight due to it s political instability In the past three general e...
Pkr Sediaa Kerjasama Bentuk Kerajaan Baharu Perak

Pkr Sediaa Kerjasama Bentuk Kerajaan Baharu Perak

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 278 hits
Kesediaan PKR Perak untuk bekerjasama dengan mana mana parti yang dapat menubuhkan Kerajaan Negeri Perak yang stabil adalah keutamaan demi kebaikan rakyat dalam menghadapi pandemik Covid 19 dan kemuraman ekonomi Menurut Pengerusi Majlis Pim...
Kerajaan Baharu Di Perak Nada Pas Sudah Lain

Kerajaan Baharu Di Perak Nada Pas Sudah Lain

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 309 hits
December 6 2020 Pas melihat dua aspek dalam isu pembentukan kerajaan baharu di Perak sama ada menyokong tetapi tidak berada dalam pentadbiran atau bersama menyertai kerajaan Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya percay...
Pas Enggan Sertai Kerajaan Baharu Perak Apakah Maksudnya

Pas Enggan Sertai Kerajaan Baharu Perak Apakah Maksudnya

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR PAS mahu mempertahan kerajaan Perikatan Nasional di Perak dan enggan menyertai kerajaan baharu yang akan dibentuk susulan peletakan jawatan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas hilang sokongan di Dewan Undanga...
Kemelut Politik Perak Patut Selesai Secara Rundingan Terlebih Dahulu Tuan Ibrahim

Kemelut Politik Perak Patut Selesai Secara Rundingan Terlebih Dahulu Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 316 hits
Oleh Disember 5 2020 2 25pmMenteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir serta petugas di Pusat Pemindahan Banjir di SK Tiong Kota BharuKOTA BHARU PAS menyifatkan kemelut politik y...
Dap Sahkan Berunding Dengan Umno Tapi Gagal Tubuh Kerajaan Baharu Di Perak

Dap Sahkan Berunding Dengan Umno Tapi Gagal Tubuh Kerajaan Baharu Di Perak

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 369 hits
December 11 2020 10 55 PMPETALING JAYA DAP mengesahkan parti itu mengadakan rundingan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan negeri perpaduan di Perak namun usaha itu gagal kerana antara lain Umno enggan memperuntukkan jawatan EXCO kerajaan ...
Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Titah Sultan Perak

Kerajaan Jangan Aniaya Rakyat Titah Sultan Perak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 271 hits
Bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid 19 Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat khususny...
Adun Pas Perak Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Negeri Perak Yang Baharu

Adun Pas Perak Tak Sertai Pembentukan Kerajaan Negeri Perak Yang Baharu

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 510 hits
Kenyataan Media PAS PusatSokongan Adun PAS Di Negeri PerakPAS mengumumkan ia tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang baharu selepas pentadbiran Ahmad Faizal Azumu tumbang setelah kalah undi percaya yang dibawa parti sekutu UMNO Mesk...
Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Tabung Emosi Aku Penuh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rafizi Nak Tunggu Jatuh Sendiri Atau Nak Turun Dengan Hormat

Jauhi Sahabat Toksik Kisah Kesan Dan Cara Menghindarinya

Continuous Learning In Business

Jalan Jalan Bukit Bendera

Drama Bukan Ipar Sempurna

Mee Kari Putih Kuah Tanpa Cili Dan Rempah Tapi Sedap Kena Cuba Baru Tahu Keenakannya