Perihal Beruk Kera Dan Katak






1. Antara kehebatan berbahasa ialah membuat perumpamaan kerana ia dapat menghidupkan sesuatu makna dalam benak manusia dan mudah difahami dan kekal dalam ingatan memori. Selain perumpamaan berbahasa, kreativiti seni lakaran, gambar atau potret mampu menjelaskan seribu perkataan yang sukar dijelaskan.

2. Tular sebuah potret melakarkan suasana dalam dewan Parlimen Malaysia yang ahlinya dilukis terdiri dari spesis primat dan amfibia kecuali Speaker Dewan dan dua pegawai bertugas. Walaupun secara satiranya ia adalah sebuah kritikan pedas dari perspektif pengkarya seni lukisan, hakikatnya lukisan ini mahu menggambarkan realiti seolah-olah institusi parlimen sudah bertukar menjadi sidang para beruk dan katak-katak.

3. Saya menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka walaupun saya tidak bersetuju sikap melabel secara pukal ke atas semua ahli parlimen apatah lagi kemuliaan dewan parlimen digambarkan begitu rupa. Setiap ahli parlimen mahupun para pelawat ditetapkan untuk tunduk hormat sebelum duduk di kerusi masing-masing sebagai memuliakan dewan. Saya tidak fikir kita berbuat demikian ketika memasuki zoo atau kandang haiwan!

4. Ahli Legaslatif adalah nama kepada tugas mulia yang diamanahkan, walaupun masyarakat lebih selesa memanggil kami ahli parlimen atau Yb. Syarat untuk layak sebagai ahli legaslatif bagi Dewan Rakyat ialah seseorang perlu memenangi kawasan parlimen atau konstituensi yang ditandinginya dengan majoriti mudah. Keberadaan mana-mana Ahli Parlimen dalam dewan yang mulia adalah mewakili kelebihan undi yang diperolehinya secara demokrasi berpilihanraya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengundinya yang akan 'menghukum' atau 'memberi kredit' kepada wakil-wakil mereka berpandukan kepada prestasi masing-masing. Menghukum semua ahli dewan rakyat sebagai beruk, kera dan monyet agak keterlaluan wa imma atas piawaian sebuah satira. Hormatilah pilihan majoriti para konstituen (pengundi) masing-masing kerana mereka tidak mahu disabitkan sebagai pengundi beruk dan kera!

5. Sebagai seorang MP Muslim, saya turut protes satira politik ini kerana ia melanggar etika dan adab berpandukan nilai-nilai dalam Al Quran dan Sunnah Nabi kita s.a.w. Surah Hujurat ayat ke 11 jelas melarang mencemuh dan merendah-rendahkan sesuatu golongan serta melarang gelar-menggelar dengan panggilan yang buruk (dalam hal ini lebih buruk, sebuah lukisan). Malah mereka yang tidak berhenti berbuat demikian (bertaubat) dia disebut oleh Allah sebagai orang yang zalim. Hadis Riwayat Muslim jelas menunjukkan antara sikap sombong seseorang kerana dua perilakunya iaitu Menolak Kebenaran dan Merendah-rendahkan manusia. Satira dalam apa jua bentuknya perlulah menghormati adab-adab seorang Muslim.

6. Saya mengakui perasaan kekecewaan rakyat tetapi kita harus adil dan bersifat objektif seperti bertanya soalan lebih besar kepada orang politik yang memainkan sentimen perkauman dan agama sempit, budaya jatuh menjatuhkan sehingga mempermainkan mandat rakyat, fitnah-memfitnah serta tawar-menawar pangkat dan kedudukan untuk lompat parti. Ini lebih bahaya kepada institusi politik negara dan kestabilannya.

7. Di sebalik semua ujian ini, kami Ahli Parlimen rentas blok dan parti berjaya mendapat sokongan 2/3 demi kepentingan rakyat seperti undi 18, perjanjian Malaysia untuk Sabah/Sarawak dan terakhir persetujuan bersama menggubal akta lompat parti. Kami akur dengan titah YDPA yang menasihati dengan tegas perlunya kestabilan politik. Saya tidak fikir beruk, kera dan monyet mahupun katak sendiri mampu melakukan demikian. Rakyat boleh sahaja menilai melalui sesi persidangan yang dibuat secara langsung, bukan semua MP seperti ditanggap. Media pula suka menonjolkan berita sensasi bertikam lidah tetapi jarang melaporkan ide-ide bernas dan perbahasan yang beradab sebagai bahan berita.

Saya menghargai hak berkarya sebagaimana saya juga mengharapkan hak untuk mempertahankan diri dihormati apatah lagi apabila salah satu cabang pemerintahan iaitu Legaslatif diperlekehkan. Ini bukan soal siapa makan cili terasa pedas tetapi satira ini umpama kata orang tua-tua kita "bagaimana tidak hujan, katak bentung dalam telaga berteriak selalu"

YB DS Dr. Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Manusia Parit Buntar

13 April 2022


 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/perihal-beruk-kera-dan-katak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Ahli Parlimen Beruk Monyet Kera Keterlaluan

Hukum Ahli Parlimen Beruk Monyet Kera Keterlaluan

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 170 hits
bharian com myOleh April 13 2022 12 47pmAhli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Mujahid Yusof RawaKUALA LUMPUR Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa tidak bersetuju dengan sebuah potret melakarkan suasana dalam Parlimen yan...
Lukisan Perangai Katak Dan Beruk Wakil Rakyat

Lukisan Perangai Katak Dan Beruk Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 328 hits
Memang sudah agak lama rakyat mahu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi perangai dan hati budi hodoh wakil wakil rakyat Namun rasa hormat pada institusi politik keseluruhannya dan mungkin bimbang akan risiko keselamatan dan ti...
Hayatilah Lukisan Beruk Katak Di Parlimen

Hayatilah Lukisan Beruk Katak Di Parlimen

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 256 hits
Minggu ini banyak berita menarik mendapat tempat dalam kalangan pembaca Antara yang terus menjadi perbincangan ialah sebuah lukisan sarat dengan haiwan seolah olah menggambarkan suasana sidang Parlimen di negara ini Keunikan lukisan belum d...
Lukisan Orang Utan Katak Di Dewan Rakyat Curi Perhatian Sultan Selangor

Lukisan Orang Utan Katak Di Dewan Rakyat Curi Perhatian Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 143 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli karya seni itu selepas melihatnya dan menggantung lukisan berkenaan di bilik bacaan peribadi PETALING JAYA Sebuah lukisan memperlihatkan suasana di Dewan Rakyat dipenuhi orang u...
Ruu Anti Lompat Parti Sukar Sebab Menteri Ramai Katak

Ruu Anti Lompat Parti Sukar Sebab Menteri Ramai Katak

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 217 hits
PETALING JAYA Kerajaan sukar untuk membentang dan meluluskan Rang Undang undang Anti Lompat Parti berikutan Jemaah Menteri juga terdiri daripada katak politik sindir veteran Umno Shahrir Samad Shahrir berkata 39 ahli Parlimen yang berada di...
Menteri Pun Katak Politik Susah Nak Lulus Ruu Antilompat Shahrir

Menteri Pun Katak Politik Susah Nak Lulus Ruu Antilompat Shahrir

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 148 hits
Menteri pun katak politik susah nak lulus RUU antilompat Shahrir Tidak mudah untuk kerajaan membentang dan meluluskan rang undang undang lompat parti memandangkan jemaah menterinya turut terdiri daripada katak politik sindir veteran Umno Sh...
Sultan Selangor Beli Lukisan Ahli Parlimen Sebagai Katak Monyet

Sultan Selangor Beli Lukisan Ahli Parlimen Sebagai Katak Monyet

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 184 hits
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dipercayai telah membeli sebuah lukisan yang memaparkan ahli ahli Parlimen dengan rupa haiwan seperti katak dan monyet Lukisan tersebut kini diletakkan di dalam bilik istirehat peribadi Sultan Selangor Pem...
Ruu Anti Lompat Si Katak Lompat

Ruu Anti Lompat Si Katak Lompat

papar berkaitan - pada 18/4/2022 - jumlah : 163 hits
Untuk memastikan Najib dan Zahid tidak ke lokap UMNO had little choice but to name Ismail as PM candidate for GE15The much heralded debate between former premier Najib Abdul Razak and opposition leader Anwar Ibrahim has been set for May 12 ...
Kongsi Potret Beruk Bertengkolok Fahmi Reza Dipanggil Bukit Aman

Kongsi Potret Beruk Bertengkolok Fahmi Reza Dipanggil Bukit Aman

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 221 hits
Kongsi potret beruk bertengkolok Fahmi Reza dipanggil Bukit Aman Pereka grafik Fahmi Reza dipanggil polis untuk memberi keterangan selepas berkongsi potret seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti pakaian bangsawan Fahmi dalam ca...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini