Lukisan Perangai Katak Dan Beruk Wakil Rakyat


Memang sudah agak lama rakyat mahu menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap prestasi, perangai, dan hati budi hodoh wakil-wakil rakyat.

Namun rasa hormat pada institusi politik keseluruhannya dan mungkin bimbang akan risiko “keselamatan” dan tindak balas undang-undang seperti Akta Hasutan kerana mempersendakan wakil rakyat, kejengkelan itu hanya dipendam.

Bagaimanapun akhirnya apa yang terbuku di minda mereka kini dapat diluahkan dengan jelas, puas, dan mungkin juga buas. Sesungguhnya mujur ada unsur istimewa dalam sistem politik negara yang mampu mengizinkan rakyat bersuara.

Segala pujian dan rasa terima kasih kini dirafakkan kepada Sultan Selangor yang bistari mencerahkan suara terpendam rakyat dalam bentuk seloka dan mungkin juga sindiran yang diabadikan dalam kamar bacaan baginda.
Adalah dilaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas melihatnya dan menggantung lukisan berkenaan di bilik bacaan peribadi baginda.

Lukisan berkenaan menggambarkan suasana di Dewan Rakyat dipenuhi “Orang Utan dan katak” mencuri tumpuan baginda. Dalam catatan di Facebook Pejabat Diraja Selangor ada disebutkan:

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

“Sebaik melihatnya, baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ‘private study room’

Baginda berhasrat melelong lukisan itu suatu hari nanti dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.

Hemah Sultan Sharifuddin itu segera menarik minat rakyat pelayar internet. Rata-rata warganet menganggap karya itu sesuatu yang kreatif dan sarat “maksud yang mendalam”.

“Daulat tuanku, sangat dalam maksud lukisan ini. Pelukis yang hebat,” kata Jamie Long.

“Tersurat sangat makna gambar ini. Harapnya Tuanku juga dapat melihat dan tegur pemimpin politik seperti gambar yang Tuanku beli tu,” komen pengguna Facebook lain.

Mohamad Nasrullizam Yunus pula menyifatkan lukisan itu memberi gambaran bahawa ahli politik di negara ini “sungguh hina”.

“Kalau 222 orang (Ahli Parlimen) tu tak malu, tak tahulah,” balas individu lain.

Dalam keterujaan mereka, tiada pula warganet yang membilang berapa jumlah katak yang menjadi Yang Berhormat dan berapa pula angka beruknya – jika ada sekurang-kurangnya 39 ekor katak, maka mesejnya mirip realiti Parlimen Malaysia.

Untung rakyat ada ruang untuk meluahkan isi hati mereka yang membuak malu menonton siaran langsung wakil-wakil rakyat terjerit bak beruk dan menguak mencelah perbahasan persis “katak memanggil hujan” ketika sidang diadakan.

Namun setakat ini belum ada pihak yang menegur atau sudi apatah lagi mengecam secara terbuka sikap “keberukan” dan “kekatakkan” yang dipamerkan tanpa segan silu itu.

Namun kewarasan dan firasat bening Sultan Selangor amat disanjung meskipun karya berkenaan hanya tergantung di istana baginda buat masa ini.

Adalah terkilan juga Facebook Diraja itu tidak menyebut siapa pelukis berwawasan tajam itu dan berapa pula harga karya berkenaan.

Sebenarnya kerimasan rakyat sudah pernah diutarakan oleh seorang ulama tempatan, Badlishah Alauddin, yang juga Imam Besar Masjid Negeri Pahang yang mengingatkan bahawa jika rakyat berperangai beruk natijahnya mereka akan dikurniakan pemimpin bersikap beruk jua.

Caragaya Badlishah agak berlapik. Teguran beliau ialah rakyat harus memastikan tatasusila dan perangai politik mereka sendiri haruslah mulus agar tidak mengundang wakil rakyat berperangai beruk menjadi pemimpin mereka.

Memang perangai keberukan atau orang utan dan siasah “kekatakkan” amat mengaib dan menghampakan rakyat. Bayangkan kerana perangai sedemikian politik bercelaru. Dalam tempoh tiga tahun sudah ada tiga orang dilantik jadi Perdana Menteri.

Kini sering persidangan Dewan Rakyat jadi perhatian apabila wakil-wakil beruk dan katak berkenaan sibuk bertegang leher untuk menghapus fenomena keberukan dalam sistem politik Malaysia.

Agak melucukan apabila difikirkan bahawa tiada orang siuman mahu dinisbahkan sebagai katak dan beruk. Bagaimanapun perangai buruk mereka ini sudah dirakam di kanvas lukisan! Itu karya seni
Agaknya berapa ramai pihak yang akan membuat bidaan jika Sultan Selangor benar-benar mahu melelong lukisan berkenaan?

Belum pun bergerak jauh rakyat disajikan dengan drama beruk dan katak baru. Persoalan yang melucukan ialah bagaimana mahu meluluskan Akta Anti-Lompat Parti jika sikap keberukan dan kekatakkan ini masih menjadi label politik negara?

Pemimpin-pemimpin politik ambil iktibar. Daulat Tuanku

Oleh: Bakar Suar

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/04/lukisan-perangai-katak-dan-beruk-wakil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hayatilah Lukisan Beruk Katak Di Parlimen

Hayatilah Lukisan Beruk Katak Di Parlimen

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 281 hits
Minggu ini banyak berita menarik mendapat tempat dalam kalangan pembaca Antara yang terus menjadi perbincangan ialah sebuah lukisan sarat dengan haiwan seolah olah menggambarkan suasana sidang Parlimen di negara ini Keunikan lukisan belum d...
Lukisan Orang Utan Katak Di Dewan Rakyat Curi Perhatian Sultan Selangor

Lukisan Orang Utan Katak Di Dewan Rakyat Curi Perhatian Sultan Selangor

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 153 hits
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli karya seni itu selepas melihatnya dan menggantung lukisan berkenaan di bilik bacaan peribadi PETALING JAYA Sebuah lukisan memperlihatkan suasana di Dewan Rakyat dipenuhi orang u...
Perihal Beruk Kera Dan Katak

Perihal Beruk Kera Dan Katak

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 457 hits
1 Antara kehebatan berbahasa ialah membuat perumpamaan kerana ia dapat menghidupkan sesuatu makna dalam benak manusia dan mudah difahami dan kekal dalam ingatan memori Selain perumpamaan berbahasa kreativiti seni lakaran gambar atau potret ...
Hiburan Siapa Si Katak Tu Sultan Selangor Beli Lukisan Bawa Maksud Mendalam Netizen Jadi Teruja

Hiburan Siapa Si Katak Tu Sultan Selangor Beli Lukisan Bawa Maksud Mendalam Netizen Jadi Teruja

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 160 hits
Semalam kecoh di media sosial Twitter terutamanya apabila page rasmi telah memuat naik sebuah foto memaparkan Sulatang Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sedang berdiri bersebelahan sebuah hasil seni berupa satu lukisan Namun...
Pergi Sekolah Gaduh Dengan Cikgu Siap Bawa Reporter Siapalah Undi Dia Ni Jadi Wakil Rakyat Netizen

Pergi Sekolah Gaduh Dengan Cikgu Siap Bawa Reporter Siapalah Undi Dia Ni Jadi Wakil Rakyat Netizen

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 418 hits
The ReporterTular di media sosial video menunjukkan seorang wakil rakyat mempertikaikan tindakan seorang guru di hadapan pintu masuk sekolah tidak membenarkan kenderaan ibu bapa pelajar masuk ke kawasan sekolah Menurut sumber wakil rakyat b...
Sultan Selangor Beli Lukisan Ahli Parlimen Sebagai Katak Monyet

Sultan Selangor Beli Lukisan Ahli Parlimen Sebagai Katak Monyet

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 200 hits
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dipercayai telah membeli sebuah lukisan yang memaparkan ahli ahli Parlimen dengan rupa haiwan seperti katak dan monyet Lukisan tersebut kini diletakkan di dalam bilik istirehat peribadi Sultan Selangor Pem...
Prosedur Rakyat Malaysia Memasuki Thailand

Prosedur Rakyat Malaysia Memasuki Thailand

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 266 hits
PROSEDUR RAKYAT MALAYSIA MEMASUKI THAILAND Mulai April 2022 Malaysia dah di istihar endemik untuk Covid 19 Mysejahtera sahaja yang di perlukan oleh rakyat bukan warganegara Malaysia untuk memasuki Malaysia Berbeza dengan rakyat Malaysia nak...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi