Pergolakan Politik Nasional Pengaruhi Prk Semenyih


Datuk M Periasamy Penganalisis politik MIC PERIASAMY: Ulasan-ulasan orang Melayu terhadap PH dalam media sosial akhir-akhir ini menunjukkan pemikiran orang Melayu kini berubah malah terganggu kerana mereka beranggapan kuasa politik mereka yang diwaris sejak merdeka kian merosot. - Gambar fail

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu antara calon Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), PSM dan Bebas.

Pas yang bertanding pada ilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak bertanding kerana memberi laluan kepada calon BN.

Kempen PRK Semenyih dilihat  berjalan lancar sejak hari penamaan calon pada 16 Februari lalu.

Pelbagai janji dan harapan diberikan kepada pengundi Semenyih oleh calon-calon yang bertanding dalam usaha meraih undi untuk memastikan kemenangan masing-masing.

Calon PH, selaku calon mewakili  parti memerintah, berjanji akan membangunkan kawasan Semenyih, termasuk membina sebuah hospital  sekiranya menang.

Di samping itu, kerajaan pusat PH juga mengumumkan untuk membayar RM100 sebagai bantuan sara hidup kepada warga bujang dan RM100 kepada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini.

Manakala, calon PSM mengecam kerajaan PH yang dianggapnya sombong kerana enggan mendengar suara rakyat.

Calon bebas pula lebih memberi tumpuan kepada slogan ‘kebajikan orang tua dan miskin tanpa mengira kaum'.
 
Sampaikan isyarat

Di sebalik itu, calon BN menyeru pengundi Semenyih menggunkan PRK kali ini untuk menyampaikan isyarat kepada kerajaan pusat bahawa rakyat kini tidak berpuas hati dengan kerajaan PH yang bukan sahaja gagal menepati janji-janji yang diberikan kepada mereka pada PRU14.

Selain itu, calon BN turut menekankan bagaimana rakyat telah terperdaya dengan janji-janji yang tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan PH.

Walaupun pelbagai janji diberikan oleh calon PH dan kerajaan PH ketika ini untuk melahirkan persepsi feel good terhadap kerajaan PH, reaksi rakyat khususnya pengundi Semenyih didapati bersikap negatif terhadap pengumuman-pengumuman tersebut.

Mereka menganggapnya sebagai sogokan untuk memancing undi. Misalnya cadangan kerajaan PH untuk mengapuskan tol di beberapa lebuh raya (LDP, SPRINT, KESAS dan SMART), tidak termasuk Lebuh Raya PLUS pada waktu bukan puncak (11 malam sehingga 5 pagi) menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat.

Malah cadangan kenakan kadar tol yang sama di samping dikenakan bayaran tambahan sebagai congestion charge pada waktu puncak untuk menganti semula kekurangan hasil kutipan tol dijangka menimbulkan bukan sahaja keresahan malah kemarahan di kalangan pengundi dan pengguna jalan raya.

Jadi, mekanisme baru kutipan tol ini  dijangka menimbulkan ketidakpuasan back lash di kalangan pengguna jalan raya tol kerana langkah ini  mengingatkan pengalaman mereka apabila kerajaan PH mengapuskan GST dan mengenakan semula cukai SST selepas menguasai Putrajaya.

Rakyat yang mengharapkan pengurangan harga barang dengan penghapusan GST, kecewa melihat harga barang tidak turun-turun dengan pengenalan semula SST tetapi semakin naik.

Sokongan Pas

Dalam pada itu, dakwaan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad  kononya Pas tidak akan menyokong UMNO dalam PRK Semenyih, yang tular di dalam media perdana termasuk  media sosial pada awalnya dijangka merosakkan sokongan ahli Pas kepada calon BN.

Namun, tindakan pantas kepimpinan Pas  Pusat dalam menyangkal dakwaan Dr Mahathir didapati telah mengurangkan kerosakan yang dijangka disebabkan dakwaan berkenaan kepada vote bank untuk calon BN.

Malah kepimpinan Pas Pusat dan jentera Pas Selangor yang bersemangat turun padang meraih sokongan untuk calon BN bukan sahaja mematahkan dan menimbulkan kesangsian terhadap dakwaan Dr Mahathir malah memantapkan hubungan antara Pas dan BN.

Dalam pada itu, pada PRU14, calon PH  daripada Bersatu, pimpinan Dr Mahathir memperoleh 23,428 undi, menewaskan calon BN, Pas dan PSM dalam persaingan empat penjuru.

Tetapi, perlu diingat, calon PH pada waktu itu menang di atas simbol PKR dan bukan simbol PH.
 
Meskipun calon PH menang dengan majoriti yang agak besar iaitu 8,964 undi, kemenangan calon PH pada PRU14 adalah disebabkan oleh sokongan hebat pengundi bukan Melayu terutamanya Cina dan India dan sebahagian 30 peratus pengundi Melayu.

Namun, komen dan ulasan-ulasan orang Melayu terhadap PH dalam media sosial akhir-akhir ini menunjukkan pemikiran orang Melayu kini berubah malah terganggu kerana mereka beranggapan kuasa politik mereka yang diwaris sejak merdeka kian merosot.

Calon BN pula dijangka mendapat sokongan jitu daripada ahli dan penyokong  tegar Pas di Semenyih yang dianggarkan lebih kurang 6,000 pengundi.
   
Jadi, meskipun pada awalnya ramai beranggapan bahawa pengundi Melayu, selaku komposisi terbesar dalam DUN Semenyih, mampu menentukan keputusan PRK ini, pergolakan dan pencaturan politik terkini, terutamanya di antara PKR dan Bersatu dijangka mempengaruhi pola pengundian di kalangan pengundi Melayu.

Apapun, perkembangan baru politik nasional, terutamanya perubahan mind set sebahagian besar pengundi Melayu terhadap kerajaan PH, peralihan sokongan sebahagian besar pengundi India daripada PH kepada BN, kekurangan penglibatan pemimpin dan jentera DAP, parti komponan utama PH, dalam kempen menyokong calon PH, jelas menunjukkan PH sukar mempertahankan kerusi Semenyih kali ini.

Sebaliknya, peluang bagi calon BN  merampas kerusi Semenyih semakin hari kini semakin adalah cerah.


*Datuk M.Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/pergolakan-politik-nasional-pengaruhi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Dun Semenyih Calon Barisan Nasional Mendahului

Prk Dun Semenyih Calon Barisan Nasional Mendahului

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 330 hits
Pilihan Raya Kecil PRK DUN Semenyih yang berlangsung hari ini nampaknya berjalan dengan lancar dan berjaya melebihi sasaran keluar mengundi apabila mencatat 73 35 peratus iaitu sebanyak 53 411 orang pengundi telah keluar tunaikan tanggungja...
Prk Semenyih Pemuda Umno Tuduh Ph Beri Rasuah Politik

Prk Semenyih Pemuda Umno Tuduh Ph Beri Rasuah Politik

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 437 hits
Dua keping gambar ditularkan dalam Facebook Asyraf Wajdi BANGI Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih yang bakal berlangsung 2 Mac ini semakin panas apabila Pergerakan Pemuda UMNO hari ini menuduh Pakatan Harapan melakukan rasuah politik untuk mem...
Prk Semenyih Konspirasi Suratan Atau Kebetulan Karier Politik Pakatan Harapan Kini Di Bucu Meja Utama

Prk Semenyih Konspirasi Suratan Atau Kebetulan Karier Politik Pakatan Harapan Kini Di Bucu Meja Utama

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 460 hits
Ribut melanda ikatan dalam Pakatan Harapan sudah bocor dihidu ramai namun sebagaimana lazim perkara tersebut tetap dinafikan pemimpin PH Tuding menuding atas kesilapan keputusan Siapa Meluluskan sudah bermain di permukaan sejak penamaan cal...
Prk Semenyih Cukuplah Sekali Kita Kena Tipu Jangan Kena Tipu Lagi Batin Aleh Minta Orang Asli Semenyih Undi Bn

Prk Semenyih Cukuplah Sekali Kita Kena Tipu Jangan Kena Tipu Lagi Batin Aleh Minta Orang Asli Semenyih Undi Bn

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 612 hits
Seorang Tok Batin meluahkan apa yang masyarakat Orang Asli di PDM Ulu Semenyih rasai sejak 9 bulan PH memerintah Malaysia Pendedahan ini dibuat Batin Aleh ketika ditemui semalam Beliau yang kecewa dengan cara PH sekarang turut membongkar pe...
Prk Semenyih Ph Mendahului Tapi Kajian Um

Prk Semenyih Ph Mendahului Tapi Kajian Um

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 318 hits
SEMENYIH Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Universiti Malaya bagi PRK DUN Semenyih mendapati populariti PH mendahului berbanding parti lain
Prk Semenyih Polis Dan Pasangan Undi Awal Esok Spr

Prk Semenyih Polis Dan Pasangan Undi Awal Esok Spr

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 423 hits
THE MALAYSIAN TIMES SEMENYIH Seramai 858 orang daripada keseluruhan 951 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih akan menunaikan kewajipan mereka untuk mengundi esok Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Aziza...
Prk Semenyih Amaran Anwar Kepada Mahathir Sahkan Wujud Konspirasi Domino

Prk Semenyih Amaran Anwar Kepada Mahathir Sahkan Wujud Konspirasi Domino

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 327 hits
Tepat 4 September 2019 akan genaplah 21 tahun kisah yang menggemparkan seluruh negara terjadi Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di pecat oleh Dr Mahathir atas alasan moral dan bermulalah era reformasi dan demo...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Utilizing Crowdfunding For Business

Pemandu E Hailing Pengguna Muslim Wajiib Abaikan Grab Kenyataan Media Ppim 26 04 2024

Selamat Bersara Contoh Ucapan Hari Persaraan Poster

Juyaya Semun Ngintu Gawai Chord

Bahaya Kemiskinan By Dr Hm Rakib S H Pekanbaru Riau

Alya Iman Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla Di Viu