Pergolakan Pkr Siapa Harus Mengalah




SEBUT sahaja Parti Keadilan Rakyat (PKR), pasti semua rakyat Malaysia, baik dari semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak mengetahui akan wujudnya parti ini.
Tidak seperti PPBM dan AMANAH yang masih baru dalam arena politik negara, PKR sudah bertapak lebih 20 tahun di Malaysia dan telah melalui pelbagai jenis ujian.
PKR sendiri diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan parti komponen dalam Pakatan Harapan yang memiliki paling banyak kerusi di parlimen.
PKR boleh dikatakan sedang mencapai tahap kegemilangannya pada ketika ini, kerana telah berjaya membentuk kerajaan dan menduduki Putrajaya.
Namun, dalam kegemilangannya, muncul pula pergolakan kepimpinan yang sedang melanda parti itu ketika ini. PKR kini terbahagi kepada dua kem kepimpinan yang berbeza dan ini bukan lagi satu rahsia buat kita semua.
Di satu pihak, ahli-ahlinya menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden parti, manakala di satu pihak lagi menyokong Datuk Seri Azmin Ali yang kini nampaknya sudah tidak sehaluan dengan parti.
Perpecahan kepimpinan ini dilihat begitu membahayakan bukan hanya kepada PKR, malah memberi kesan kepada parti-parti komponen PH yang lain.
Pertembungan dua pemimpin atasan PKR turut merencatkan usaha-usaha pemulihan ekonomi negara kerana ahli-ahlinya terlalu sibuk berpolitik berbanding membuat kerja.
Penulis melihat, pergolakan kepimpinan ini hanya merugikan parti dan negara. Sepatutnya, masa yang ada boleh digunakan untuk berfikir bagaimana caranya untuk membangunkan negara, bukan berfikir untuk menyelamatkan kedudukan politik masing-masing.
Pergolakan dalaman PKR pada bulan November ini dilihat menjadi semakin parah.
Kedegilan Azmin selaku Timbalan Presiden untuk menghadiri mesyuarat telah merebak dan menjadi virus kepada
pemimpin-pemimpin yang lain.
Dikhabarkan juga Zuraidah, iaitu Naib Presiden PKR turut mengambil langkah yang sama untuk tidak menghadiri mesyuarat.
Melihat kepada kedegilan yang ditunjukkan oleh Azmin dan Zuraidah, beberapa pihak lagi mula menunjukkan perangai masing-masing.
Kepimpinan PKR Sarawak misalnya, bertegas membatalkan mesyuarat kerana Azmin selaku Timbalan Presiden tidak dijemput menjadi perasmi kongres PKR Sarawak.
Namun, kongres itu tetap diadakan pada 23 November tanpa kehadiran beberapa pemimpin tertinggi negeri, termasuklah Baru Bian (ketua PKR Sarawak).
Ingatlah wahai pemimpin PKR, rakyat adalah penentu masa depan sesebuah parti politik dan kuasa mengubah kerajaan terletak pada pengundi.
Mereka sentiasa memerhati setiap gerak-geri pemimpin politik. Jika rakyat terlalu meluat dengan ‘drama politik’ yang tanpa ada kesudahan, dikhuatiri mereka ini akan beralih arah menyokong parti lain.
Demi menghilangkan rasa meluat rakyat, PKR perlu memperbetulkan semula perjuangan parti agar tidak tersasar daripada perjuangan asal. Sasaran untuk menguasai Putrajaya kini sudah berjaya, dan sudah tiba masanya untuk fokus membuat kerja.
Pergeseran kepimpinan hanya merugikan parti. Ada pihak yang perlu mengalah, menundukkan ego dan patuh kepada arahan ketuanya.
Jika merasakan tidak lagi mampu mengikut dasar-dasar yang diperjuangkan dalam parti, keluarlah secara sukarela kerana tidak ada gunanya menjadi pengacau di dalam sesebuah parti.
Jika mahu terus kekal dalam parti, patuhlah pada arahan presiden dan bersama-sama meraikan perbezaan pendapat.
Tidak mungkin presiden yang perlu mengalah dan tunduk kepada segala desakan, kerana presiden adalah pemimpin tertinggi parti.
Ya, memang benar ketua perlu mendengar rintihan anak buahnya, namun tidak semua rintihan itu perlu disusuli dengan tindakan. Ada kalanya, ketua perlu bertindak mengikut
kewarasan akal fikiran dan perlu juga menjaga hati ahli-ahli yang lain.
Berbalik kepada kemelut yang melanda PKR ketika ini, adalah lebih baik sekiranya Azmin Ali, Zuraidah, Baru Bian dan beberapa pemimpin yang dikaitkan dengan kem Azmin Ali bermuhasabah diri dan menundukkan ego masing-masing.
Ini demi memastikan PKR sentiasa kekal utuh dan terus mendapat sokongan rakyat pada masa akan datang. PKR tidak boleh berpecah-belah.
Jika PKR berpecah dan berlakunya krisis kepimpinan yang sangat teruk, usaha mengangkat Anwar Ibrahim selaku perdana menteri Malaysia ke-8 akan menjadi terbantut.
Parti-parti komponen yang lain seperti DAP, PPBM dan AMANAH turut akan diheret sama dalam krisis ini dan kesudahannya nanti semua pihak akan rugi.
Bersama-samalah memperbetulkan semula masalah-masalah yang berlaku dalam PKR. Jangan terlalu memanjangkan hal-hal yang remeh.
Gunakan masa yang ada untuk membantu rakyat, memulihkan ekonomi negara dan berfikir untuk meringankan kos sara hidup rakyat. Ayuh pemimpin-pemimpin politik
semua, bangun dan bangkitlah untuk rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/30/pergolakan-pkr-siapa-harus-mengalah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Pemuda Pkr Zuraida Dakwa Anwar Ada Kuasa Untuk Bertindak Apa Apa Sahaja

Krisis Pemuda Pkr Zuraida Dakwa Anwar Ada Kuasa Untuk Bertindak Apa Apa Sahaja

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 319 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin berkata telah menjadi tradisi bahawa timbalan presiden parti akan dijemput merasmikan kongres sayap Pemuda dan Wanitanya KUALA LUMPUR Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mendakwa kemelut yang berlaku an...
Pkr Jangan Sibuk Politik Picisan Kata Anwar

Pkr Jangan Sibuk Politik Picisan Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 357 hits
PKR jangan sibuk politik picisan kata Anwar Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Nov 2019 12 29PM
Kekalahan Ppbm Sabotaj Pkr Dap Pan

Kekalahan Ppbm Sabotaj Pkr Dap Pan

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 484 hits
Ramai menyangka kekalahan besar ini sabotaj sekutu PPBM Mereka mahu menekan PM7 agar segera meletakkan jawatan Lebih lama lebih bahaya kepada PH dan masa depan mereka sendiri Makanya kekalahan besar ini satu petunjuk dan isyarat bahawa kepi...
5 Dampak Buruk Makan Daging Anjing Anda Harus Tahu

5 Dampak Buruk Makan Daging Anjing Anda Harus Tahu

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 251 hits
Makanan olahan berbahan dasar daging anjing kini mudah dijumpai di berbagai wilayah di Indonesia Hal ini tentu membuat resah para aktivis pecinta hewan Padahal ada beberapa dampak buruk yang ditimbulkan jika seseorang mengonsumsi daging anj...
Azan Sifatkan Ketua Wanita Pkr T Ganu Cuba Raih Publisiti Murahan

Azan Sifatkan Ketua Wanita Pkr T Ganu Cuba Raih Publisiti Murahan

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 290 hits
Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail menyifatkan Ketua Wanita PKR Terengganu Sharifah Norhayati Syed Omar sebagai cuba meraih publisiti murahan dengan membuat laporan polis atas dakwaan dikasari petugas ketika konvensyen parti peringkat neg...
Mp Bn Pkr Berjumpa Di Rumah Azmin Semalam

Mp Bn Pkr Berjumpa Di Rumah Azmin Semalam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 446 hits
Sekumpulan ahli parlimen BN malam ini berkumpul di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di Presint 10 Putrajaya Perjumpaan itu bermula pada sekitar pukul 9 30 malam dan berlangsung selama dua jam Ahli parlimen BN mengu...
National Matters Discussed At Meeting With Mps Says Pkr Man

National Matters Discussed At Meeting With Mps Says Pkr Man

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 363 hits
Bandar Tun Razak MP Kamaruddin Jaafar KUALA LUMPUR PKR man Kamaruddin Jaafar says the meeting hosted by deputy president Mohamed Azmin Ali last night was to discuss the country s future and the need for national unity among others Nothing i...
Govt Affairs First Azmin Hints Skipping Pkr Meeting Tomorrow

Govt Affairs First Azmin Hints Skipping Pkr Meeting Tomorrow

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 291 hits
Mohamed Azmin Ali s meeting with a group of Umno MPs in Putrajaya has generated intense speculation KUALA LUMPUR PKR deputy president Mohamed Azmin Ali today hinted that he might again skip his party s political bureau meeting tomorrow afte...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization