Perginya Rafizi Tidak Mengurang Kembalinya Tidak Menambah



Seorang pemimpin muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan spekulasi Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli bakal melakukan kemunculan semula dalam PKR hanyalah sebagai perkhabaran yang tidak memberi nilai tambah kepada parti.
Khairil Anwar Mohd Amin, Sinar Harian
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Damansara, Syed Badli Shah Syed Osman berkata, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan hakikat PKR tidak pernah menerima rekod peletakan jawatan Rafizi sebagai Naib Presiden parti itu yang dilantik sehingga kini.
Justeru, beliau menjelaskan secara teknikalnya Rafizi bukanlah layak dianggap membuat kemunculan semula dalam dunia politik jika berbuat demikian, sebaliknya lebih kepada tindak-tanduk seorang pemimpin yang baru ‘terjaga dari lena’ setelah sekian lama ‘menghilangkan diri’.
“Bagi saya tiada istilah ‘comeback’ kepada Rafizi sekiranya beliau berbuat demikian kerana berdasarkan rekod parti, PKR tidak pernah menerima surat peletakan jawatan Rafizi.
“Justeru, beliau sebenarnya sudah diberi ruang luas untuk berpolitik dan membantu parti yang mengalami pelbagai kesusahan selepas peristiwa ‘Langkah Sheraton’, tetapi mengapa Rafizi enggan berbuat demikian? “Saya tegaskan kalau Rafizi hendak buat ‘comeback’, buat ‘comeback’ betul-betul. Sehingga kini, sebahagian besar ahli parti hanya menganggap perginya Rafizi tidak mengurang, kembalinya beliau tidak menambah,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Selasa.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus kemungkinan Rafizi dan juga seorang lagi bekas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal membuat kemunculan semula dalam PKR dan politik tanah air dalam masa terdekat bagi mengukuhkan kembali parti itu.
Sinar Premium difahamkan sebilangan besar penyokong muda dan pemimpin PKR sedang berusaha memujuk Rafizi untuk kembali mengemudi parti itu dengan menawarkan pelantikan jawatan Timbalan Presiden parti itu sewaktu pemilihan PKR pada April nanti.
Bahkan, bekas Ahli Parlimen Pandan itu seolah-olah memberikan reaksi positif menerusi ciapan Twitter apabila beliau menjelaskan akan mempertimbangkan permintaan itu terlebih dahulu.
Sebelum ini, Rafizi dan Nurul Izzah melepaskan jawatan dalam parti secara bersama dan mengumumkan pengunduran diri dari dunia politik sekitar tahun 2019 susulan masalah dalaman parti itu.
 
Spekulasi Rafizi dan Nurul Izzah bakal mewarnai semula pentas politik tanah air semakin kuat bertiup kencang menjelang pemilihan PKR pada April ini
 
KUKUHKAN PARTI 
Mengulas lanjut, Syed Badli Shah yang juga bekas Naib Ketua AMK Pusat itu menegaskan fokus utama PKR adalah untuk mengukuhkan struktur kepimpinan parti dan menyingkirkan saki-baki ahli-ahli yang pro kepada kartel PKR diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Jelas beliau lagi, terdapat banyak jawatan penting dalam seperti Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang perlu diisi selepas dikosongkan ‘kartel’ Azmin dengan ahli-ahli PKR perlu memastikan pemimpin dipilih benar-benar amanah dan setia kepada parti.
“Bagi saya paling penting adalah pengukuhan parti, bukannya ‘comeback’ pemimpin yang lari apabila parti berada dalam keadaan susah.
“Kalau tanya saya, apa beza Rafizi dengan Azmin, saya akan jawab Azmin khianati parti tetapi dia keluar parti, manakala Rafizi langsung tidak ambil peduli pasal PKR, tetapi sibuk berhajat hendak dapat jawatan tinggi,” ujarnya lagi.
Syed Badli Shah turut menyifatkan Rafizi tidak layak diberikan laluan mudah bagi dilantik sebagai Timbalan Presiden PKR yang baharu susulan beliau gagal melaksanakan tugas selaku Naib Presiden PKR dilantik sebelum ini.
“Dengan beliau lebih diingati sebagai Naib Presiden PKR yang tidur, layakkah ahli-ahli parti membentangkan permaidani merah kepada Rafizi untuk kembali diangkat sebagai Timbalan Presiden?
“Saya tiada masalah kalau prestasi Rafizi sewaktu memegang jawatan Naib Presiden adalah cemerlang. Namun beliau bukan sahaja gagal menunaikan amanah, sebaliknya bertindak mengkritik parti dan Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) secara terbuka.
“Justeru, apa bezanya Rafizi dengan Mohamed Azmin jika kehadirannya dalam PKR hanya sekadar menambah ribut dalam cawan?” tegas Syed Badli Shah lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/02/16/perginya-rafizi-tidak-mengurang-kembalinya-tidak-menambah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Kembali Rafizi Semoga Memberi Lebih Manfaat Kepada Parti

Selamat Kembali Rafizi Semoga Memberi Lebih Manfaat Kepada Parti

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 164 hits
Welcome tapi tak maksud saya suka dia bekas setpol Anwar komen Rafizi kembali aktif February 17 2022 Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ketika ditanya berkaitan sikapnya terhadap Rafizi Ramli menganggap ia amat sensitif untuk dijawab PETAL...
Anwar Sidesteps Poser On Rafizi S Return For Now

Anwar Sidesteps Poser On Rafizi S Return For Now

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 260 hits
Anwar Ibrahim sidestepped a question regarding the possible return of former lawmaker Rafizi Ramli to active politics but promised to address the issue at a later date The PKR president when met at Universiti Selangor in Shah Alam this morn...
Be A Boss Instead Of Appeasing Lesser Leaders Zaid Tells Rafizi

Be A Boss Instead Of Appeasing Lesser Leaders Zaid Tells Rafizi

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 153 hits
Rafizi Ramli who is in the midst of consulting his stakeholders including God on his possible return to active politics should be a leader instead of a follower according to Zaid Ibrahim From what I have read about him he is more suited as ...
Berdasarkan Sumber Diyakini Rafizi Berkemungkinan Akan Kembali Membantu Pkr Menjelang Pru Ke 15

Berdasarkan Sumber Diyakini Rafizi Berkemungkinan Akan Kembali Membantu Pkr Menjelang Pru Ke 15

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 172 hits
February 16 2022 Ketika pemilihan parti semakin menghampiri gesaan agar Rafizi Ramli kembali aktif dalam politik dan menawarkan diri untuk bertanding kedengaran semakin kuat Untuk rekod PKR akan mengadakan pemilihan pada April tahun ini Seb...
Rafizi Dan Nurul Akan Kembali Aktif Di Barisan Hadapan

Rafizi Dan Nurul Akan Kembali Aktif Di Barisan Hadapan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 188 hits
NORMAN RADZUANJika benarlah Rafizi dan Nurul Izzah akn aktif kembaliIA BERITA BAIK MENGAPA PERLU DIHINA Saya terpaksa menulis mengenainya kerana saya berasa sedih apabila di saat parti hendak berlawan dgn lawan iaitu BN PN Pejuang dan Waris...
Ada Yang Kata Rafizi Merajuk

Ada Yang Kata Rafizi Merajuk

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 148 hits
Hanya yang kenal beliau secara ikhlas akan tahu tindakan beliau adalah untuk menyedarkan anggota parti dan pimpinan tentang apa yang bakal berlaku dan bagaimanakah kesannya kepada parti Anda boleh lihat dan rasa akibatnya secara jelas sekar...
Rafizi Tunjuk Reaksi Positif

Rafizi Tunjuk Reaksi Positif

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 192 hits
Sehingga kini Rafizi Ramli masih belum memberi jawapan yang jelas sama ada beliau akan kembali ke arena politik atau sebaliknya Menielang pemilihan PKR April ini ramai yang mendesak dan menyuarakan harapan agar bekas Ahli Parlimen Pandan it...
Kena Istikharah Dulu Kata Rafizi Bila Diminta Aktif Politik Semula

Kena Istikharah Dulu Kata Rafizi Bila Diminta Aktif Politik Semula

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 325 hits
MALAYSIA DATELINEBekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan membuat solat istikhrah terlebih dahulu setelah digesa sesetengah pihak supaya beliau aktif semula dalam politik Menjawab ciapan reformis Rafizi menjelaskan beliau...
Naib Presiden Tidur Rafizi Bingkas Jawab Pkr

Naib Presiden Tidur Rafizi Bingkas Jawab Pkr

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 213 hits
Rafizi menjelaskan beliau telah menyerahkan surat penarikan diri dan peletakan jawatan dalam PKR kepada Anwar 2 Oktober 2019 Gambar kecil Rafizi SHAH ALAM Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli menafikan dakwaan beliau tidak...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2