Perginya Dr Li Wenliang Doktor Yang Beri Amaran Tentang Koronavirus



Perginya Dr Li Wenliang doktor yang beri amaran tentang koronavirusDr Li merupakan individu terawal bercakap mengenai koronavirus ini sebagai ancaman awam.Dr Li Wenliang, doktor yang beri amaran tentang koronavirus meninggal dunia

BEIJING: Dr Li Wenliang, doktor di Wuhan, China yang telah memberi amaran tentang kewujudan koronavirus baharu (2019-nCoV) disahkan meninggal dunia pada jam 2.58 pagi ini.Perkara ini dimaklumkan Hospital Pusat Wuhan dalam kenyataannya melalui akaun media sosial weibo.

"Pakar oftalmologi Li Wenliang dari hospital ini, yang menghidap pneumonia akibat jangkitan koronavirus baharu, meninggal dunia jam 2.58 pagi pada 7 Februari 2020 walaupun setelah berbagai usaha dilakukan.


"Kami ucapkan takziah dan meratapi pemergiannya," kata kenyataan itu sebentar tadi.




Makluman daripada Hospital Pusat Wuhan tentang kematian Dr Li.

Doktor berusia 34 tahun itu disahkan menghidap koronavirus pada 1 Februari lalu setelah mengalami demam dan batuk-batuk sejak 10 Januari akibat dijangkiti salah seorang pesakitnya.

Dr Li merupakan individu terawal bercakap mengenai koronavirus berkenaan sebagai ancaman awam.

Terdahulu, media tempatan melaporkan kematian Dr Li sebelum menarik balik berita tersebut setelah disangkal pihak hospital.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan mengucapkan takziah atas pemergian Dr Li.

“Kami amat sedih atas pemergian Dr Li Wenliang. Apa yang kita perlu buat ialah meraikan usaha yang telah dilakukannya,” kata Pengarah Eksekutif WHO, Dr Mike Ryan yang dimaklumkan pemberita tentang pemergian Dr Li.

At today's #2019nCoV media briefing @DrMikeRyan was asked about reports that Dr Li Wenliang had passed away, and he expressed condolences.

WHO has no information on the status of Dr Li. pic.twitter.com/59UzWpcfa7— World Health Organization (WHO) (@WHO) February 6, 2020 Pada 30 Disember lalu, Dr Li memberi peringatan kepada rakan-rakannya dalam aplikasi mesej WeChat supaya berhati-hati susulan kejadian di sebuah pasar makanan laut di tempatnya.


Katanya, tujuh individu yang makan di pasar itu telah jatuh sakit dan didiagnosis dengan penyakit pernafasan yang serius serta dikuarantin di hospital tempat dia bekerja.

Dr Li memberitahu rakan-rakannya, ujian yang dilakukan menunjukkan pesakit dijangkiti sejenis virus yang mempunyai simptom sama seperti SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).

Beliau menasihati rakan-rakannya agar memberi amaran kepada ahli keluarga secara peribadi, tetapi tidak lama selepas itu, paparan skrin (screenshot) mesej yang dihantarnya menjadi tular.

Bagaimanapun, kerana tindakannya itu, beliau dituduh menyebarkan khabar angin dan dipanggil oleh pengurusan hospital untuk menjelaskan bagaimana dia tahu tentang virus itu, sebelum dipanggil ke balai polis tempatan kerana menyebarkan khabar angin.

Dr Li kemudiannya dilaporkan menandatangani satu kenyataan yang memperakui dia melakukan kesalahan dan berjanji tidak akan mengulanginya, sebelum dibebaskan.

Dia yang merupakan pakar mata, kembali bekerja selepas itu. Tanpa pengetahuannya, salah seorang pesakit yang dirawatnya adalah pembawa virus.


Selepas mengalami batuk, demam dan kesukaran bernafas, Dr Li dimasukkan ke unit rawatan rapi dan disahkan positif koronavirus pada 1 Februari lalu.
PERGINYA SEORANG HERO
Beberapa jambangan bunga diletakkan di Hospital Besar Wuhan di Jiang’an, Wuhan, Hubei sebagai penghormatan dari orang ramai kepada “whistleblower” Dr Li Wenliang, 33 yang telah meninggal kerana jangkitan virus Wuhan pada 7/7/20 jam 2:58 pagi.

Hospital Besar Wuhan adalah juga hospital terakhir Dr Li Wenliang bertugas sebagai ophthalmologist dan disini juga dia meninggal.

Di Beijing tulisan besar diatas salji bermaksud “Selamat jalan Dr Li Wenliang”.


Dr Li telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak polis Wuhan dan dituduh sebagai penyebar khabar angin pada 3/1/20 apabila dia memberi amaran tentang virus Wuhan pada 30/12/19.

Polis memberi amaran supaya beliau “berhenti dari membuat berita palsu” dan dipaksa menurunkan tandatangan bahawa apa yang dikatakannya termasuk didalam “kelakuan haram”.

Surat peringatan dikeluarkan oleh Biro Polis Wuhan yang memerintahkan Li untuk menghentikan "menyebarkan khabar angin" mengenai "SARS" yang ditandatangani oleh Li dan dua pegawai. Li mengunggahnya ke akaun Weibonya.

Li menyatakan “kebenaran” bukan khabar angin. Hari ini 35,000 orang telah dijangkiti virus Wuhan dan lebih 700 telah meninggal dunia. Pihak berkuasa Wuhan terus menyembunyikan kes virus sehingga 14/1, namun terpaksa mengakuinya apabila virus ini dikesan di Thailand pada 13/1 dari seorang pelancung Wuhan ketika wabak di Wuhan semakin merebak.

Pada 23/1 kerajaan Pusat mengunci bandar Wuhan apabila keadaan tidak terkawal.

Dr Li Wenliang dilahirkan pada 12 Oktober 1986 di Beizhen, Liaoning, China. Dalam tahun 2004, beliau belajar perubatan di Universiti Wuhan dan mendapat ijazah Sarjana Perubatan (Master of Medicine) pada tahun 2011.

Selepas tamat pengajian, beliau bekerja di Xiamen, Fujian, selama tiga tahun. Dia kembali ke Wuhan pada tahun 2014 sebagai pakar mata dan penglihatan di Hospital Besar Wuhan.

Pakar mata dan penglihatan kita panggil ophthalmologist. Mereka adalah doktor pakar dengan ijazah post graduate setelah selesai ijazah undergraduate yang dipanggil MBBS (Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan). Walaupun dipanggil doktor, mereka bukan doktor seperti doktor PhD. Doktor PhD akan terlibat dengan research.

Anda jangan keliru dengan optometrist ketika anda pergi buat cermin mata. Optometrist bukan “doktor mata” walaupun mereka juga mempunyai ijazah tetapi dalam bidang optometry.

Pada 30 Disember 2019, Li melihat laporan seorang pesakit yang menunjukkan keputusan positif dengan tahap keyakinan tinggi dari ujian coronavirus SARS. Pada jam 5:43 petang hari yang sama beliau berkata dalam kumpulan WeChat alumni sekolah perubatannya, "Terdapat 7 kes disahkan SARS berpunca dari Pasar Makanan Laut Huanan.” Dia juga menyiarkan laporan tersebut dan keputusan imbasan CT pesakit. Pada jam 6:42 petang beliau menambah, "berita terkini adalah, ia telah mengesahkan bahawa mereka adalah jangkitan coronavirus, tetapi virus yang tepat adalah jenis lain (subtype).”

Dia juga menjelaskan apakah coronavirus dalam mesejnya. Kerana hukuman daripada pihak berkuasa, Li hanya meminta rakan-rakannya untuk "mengingatkan ahli keluarga dan orang tersayang untuk berjaga-jaga", namun perbincangan itu mendapat perhatian nitizen secara meluas.

Dr Li mendapat jangkitan virus dari pesakitnya yang mengidap glaucoma tetapi juga membawa virus Wuhan.

Mayat Dr Li telah pun dibakar sebelum sempat keluarga nya menyaksikan. Beliau meninggalkan balu dan seorang anak lelaki. Ketika meninggal isteri Dr Li sedang mengandung anak mereka yang kedua.

李文良博士再见! (Farewell Dr Li Wenliang!).



RSS Feed Widget
rePublish Update Berita MalaysiaPerginya Dr Li Wenliang doktor yang beri amaran tentang koronavirus Medium perkongsian sosial berbentuk media. Artikel adalah percuma untuk diulang siar atau dikongsi di jaringan sosial. Credit dan penghargaan adalah hakmilik Cyusrie yang merupakan sumber asalnya. Trimas and Much more respect from Malaysiaisme


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiaismalaysia.blogspot.com/2020/02/perginya-dr-li-wenliang-doktor-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Beri Amaran Awal Wabak Koronavirus Meninggal Dunia

Doktor Beri Amaran Awal Wabak Koronavirus Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 228 hits
MALAYSIAKINI Salah seorang doktor paling awal yang memberi amaran berkenaan penemuan koronavirus baru di Wuhan dan ditegur pihak berkuasa kerana berbuat demikian meninggal dunia awal pagi tadi Li Wenliang pakar mata berusia 34 tahun meningg...
Doktor Malaysia Catat Kes Pertama Pulih Koronavirus Tahniah

Doktor Malaysia Catat Kes Pertama Pulih Koronavirus Tahniah

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 275 hits
Seorang kanak kanak perempuan warga China yang dijangkiti novel koronavirus dan dirawat Hospital Sultanah Maliha Langkawi disahkan pulih sepenuhnya dari virus berkenaan dan dibenarkan pulang Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abd...
Koronavirus 039 Doakan Kami 039 Kata Doktor Hospital Sungai Buloh

Koronavirus 039 Doakan Kami 039 Kata Doktor Hospital Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 494 hits
Seorang wanita memakai penutup muka ketika melintasi pengimbas haba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 21 Januari 2020 Foto ReutersKUALA LUMPUR 27 Jan Ekoran masalah koronavirus yang kini merebak ke Malaysia seorang doktor menzah
Doktor Rawat Pesakit Koronavirus 10 Hari Tanpa Henti Meninggal Dunia

Doktor Rawat Pesakit Koronavirus 10 Hari Tanpa Henti Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 545 hits
SEORANG doktor meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut selepas merawat pesakit dijangkiti koronavirus selama 10 hari berturut turut Dr Song Yingjie 27 merupakan ketua paramedik di sebuah klinik di wilayah Hunan yang terletak di sem...
Ini Doktor Yang Beri Amaran Awal Tapi Dituduh Sebar Berita Palsu

Ini Doktor Yang Beri Amaran Awal Tapi Dituduh Sebar Berita Palsu

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 300 hits
MALAYSIAKINI Pada awal Januari lalu pihak berkuasa China di bandar Wuhan cuba untuk menyembunyikan berita mengenai penemuan koronavirus baru Apabila seorang doktor memberi amaran kepada rakan rakan perubatannya mengenai wabak berkenaan dia ...
Mendiang Dr Li Pernah Ditahan Disaman Serta Diarah Tutup Mulut Tentang Koronavirus

Mendiang Dr Li Pernah Ditahan Disaman Serta Diarah Tutup Mulut Tentang Koronavirus

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 248 hits
Baru baru ini kita dikejutkan dengan kematian seorang doktor China yang dikatakan orang pertama memberi amaran tentang wabak penyakit Koronavirus ini Doktor Li Wenliang diangkat menjadi hero selepas kerajaan menyedari amaran yang diberikan ...
Koronavirus Waris Terlalu Emosi Bapa Mertua Meninggal Gigit 2 Doktor Dan Koyak Sut Hazmat

Koronavirus Waris Terlalu Emosi Bapa Mertua Meninggal Gigit 2 Doktor Dan Koyak Sut Hazmat

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 322 hits
Dua doktor yang bekerja siang malam untuk menyelamatkan pesakit positif koronavirus telah digigit oleh waris pesakit selepas bapa mertuanya yang berusia 68 tahun meninggal dunia dipercayai akibat wabak itu Suspek dilapor menyerang dua dokto...
2 Doktor Cedera Digigit Sut Hazmat Dikoyakkan Waris Selepas Bapa Mertuanya Meninggal Dunia Akibat Koronavirus

2 Doktor Cedera Digigit Sut Hazmat Dikoyakkan Waris Selepas Bapa Mertuanya Meninggal Dunia Akibat Koronavirus

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 558 hits
The ReporterDua doktor yang bekerja siang malam untuk menyelamatkan pesakit positif koronavirus telah digigit oleh waris pesakit selepas bapa mertuanya yang berusia 68 tahun meninggal dunia dipercayai akibat wabak itu Suspek dilapor menyera...
2 Doktor Thailand Berjaya Sembuhkan Pesakit Koronavirus

2 Doktor Thailand Berjaya Sembuhkan Pesakit Koronavirus

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 543 hits
Pihaknya memaklumkan telah melaporkan penemuan itu kepada jurnal perubatan dan akan menggunakan ubat ubatan itu pada pesakit lain Foto AP Photo Gemunu AmarasingheDoktor Thailand dakwa ubat selesema AIDS mampu sembuh pesakit koronavirusDUA d...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda