Pergi Klinik Kesihatan Salak Tapi Tiada Elektrik Maka Ke Tesco Kita
Sepatutnya pada petang Isnin (25 Feb 2019), Mummy dan Aina ada pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Salak pada jam 2 petang.
Oleh yang demikian, Mummy duduk di rumah bersama Aina, manakala Master pergi bekerja pada waktu pagi dan ambil cuti separuh hari pada waktu petang.
Apabila kami bergerak ke Klinik Kesihatan Salak, kelihatan jalan sesak kerana beberapa lampu trafik tidak menyala di sepanjang jalan. Rupa-rupanya tiada elektrik. Keadaan ini turut melibatkan Klinik Kesihatan Salak, patutlah tempat letak kereta lengang sahaja, selalunya susah nak dapat tempat letak kereta di Klinik Kesihatan Salak.
Temujanji Mummy untuk pemeriksaan kehamilan ditunda kepada pagi hari Rabu (27 Feb 2019).
Kemudian kami ke TESCO untuk membeli-belah.
# Aina posing tunjuk mulut comot di TESCO Putra Nilai, belum bayar dah sibuk nak makan roti tawar Gardenia.
# 25 Feb 2019 jam 16:34 hari Isnin
# dirakam kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A, imej color pop dihasilkan oleh Google Photos Assistant.
# Persiaran Utama Bbn, Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
# 20190225 201902
Petang ni Aina duduk dalam troli di TESCO Putra Nilai, agak aman berbanding selalu di mana Aina asyik nak turun berlari-lari. Pada bibirnya masih ada serdak roti yang dimakannya sebelum bayar. Bukan nak makan sangat pun, main je lebih, mahu setiap kali nampak roti Gardenia dia nak beli kalau boleh yang paling besar.
# gambar: Aina dalam troli TESCO, plastik MR. D.I.Y
# 25 Feb 2019 jam 16:28 hari Isnin
# IMG_20190225_162808.jpg 20190225 201902
# kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# TESCO Nilai Selesai membeli-belah di TESCO Putra Nilai, kami ke Pasar Malam di Taman Seroja pula untuk cari nasi lemak kegemaran Aina dan sayur-sayuran juga lauk-pauk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://interpretzz.blogspot.com/2019/02/pergi-klinik-kesihatan-salak-tapi-tiada.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29