Pergerakan Bayi Jangan Main Agak Agak Elak Meninggal Dalam Kandungan Masa Lahir


Pemantauan anda terhadap pergerakan bayi dalam kandungan sangat penting agar dapat mengelakkan risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan (stillbirth).
Menurut  Dr. Dharmini Veerakumaran, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Kelana Jaya Medical Centre, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan bahawa kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ialah 22 minggu.
Namun, ini tertakluk kepada negara-negara yang mempunyai teknologi neonatal (bulan pertama kelahiran) yang tinggi iaitu kelengkapan ventilator, inkubator dan sebagainya seperti di Amerika dan Australia.
Sebaliknya di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan usia 24 minggu. Anda perlu faham definisi kebolehupayaan janin untuk hidup di luar rahim ini kerana jika bayi dilahirkan pada usia 20 minggu, dia dianggap gugur. Jika dilahirkan pada umur 24 minggu, barulah dia dikatakan sebagai lahir tidak bernyawa.

Dalam pada itu, terdapat dua jenis kelahiran tidak bernyawa yang perlu anda ambil tahu. Ia ada fresh still birth (FSB) di mana bayi meninggal dalam tempoh 48 jam sebelum kelahiran dan macerate still birth (MSB).
MSB melibatkan bayi yang meninggal dunia lebih daripada 48 jam sebelum tarikh kelahirannya. Sehubungan itu, bagi kes-kes di mana si ibu tidak mengetahui usia sebenar kandungannya, maka mayat bayi yang beratnya 500 gram dianggap sebagai still birth.
PENTINGNYA CARTA PERGERAKAN BAYI Sewaktu kandungan mencecah usia 28 minggu, anda akan diminta untuk melakukan catatan di dalam carta pergerakan bayi. Biarpun kelihatan remeh, ia sangat penting untuk dititikberatkan.
Carta pergerakan yang anda perlu lakukan ini dapat dijadikan petunjuk sama ada bayi dalam kandungan sihat ataupun tidak.
PUNCA DARIPADA IBU
#1. Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu
muda iaitu umurnya bawah 20 tahun ataupun berusia (40 tahun ke atas).
#2. Menghidap penyakit tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi dapat meneruskan kehamilan.
#3. Sindrom anti phospolipid (APS)
Ia merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila di dalam saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.

#4. Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama
dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
#5. Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stres di dalam darah dan memberi tumpuan hanya pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin akan menjaga otak, jantung dan buah pinggang dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
#6. Sosial ekonomi
Still birth juga didapati terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang ambil alkohol atau dadah semasa hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko still birth.

PUNCA DARIPADA BAYI
#1. Pembesaran terbantut
Risiko still birth boleh  berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar sempurna.
#2. Pembentukan kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
#3. Air ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko still birth.
#4. Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.

NASIHAT DOKTOR Setelah hamil atau mengandaikan diri hamil, segera dapatkan pemeriksaan perubatan. Tidak semestinya anda berjumpa dengan doktor pakar. Gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh KKM dengan mengikuti rutin pemeriksaan antenatal secara berkala.
Dalam masa yang sama, jaga kesihatan diri dan kandungan. Tingkatkan kesihatan, kawal masalah yang dihadapi dan jaga pemakanan dengan mengikuti saranan diet yang baik.
Demikian juga halnya dengan rutin ujian imbasan. Lakukannya mengikut nasihat doktor bagi membolehkan beliau mengetahui keadaan bayi dari semasa ke semasa. untuk mengelakkan diri daripada mengambil sebarang suplemen yang mempromosikan kelancaran proses kelahiran. Hindari ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM.

 
20 MINIT BAYI TIDUR Sementara itu, bayi biasanya tidur (tidak bergerak) selama 20 minit dan berjaga. Jika anda mendapati pergerakan bayi kurang daripada biasa, cuba makan terlebih dahulu kemudian berehat untuk tempoh setengah jam. Setelah itu, pantau pergerakan bayi dengan lebih peka. Jika dia kurang bergerak, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sumber: Majalah Pa&Ma
The post Pergerakan Bayi Jangan Main Agak-Agak, Elak Meninggal Dalam Kandungan/ Masa Lahir appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pergerakan-bayi-jangan-main-agak-agak-elak-meninggal-dalam-kandungan-masa-lahir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Cepat Dapat Kaki Lambat Sikit Mulutnya Usia Kandungan Masa Lahir Main Peranan

Anak Cepat Dapat Kaki Lambat Sikit Mulutnya Usia Kandungan Masa Lahir Main Peranan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 390 hits
Perkembangan anak menjadi fokus utama ibu bapa sejurus selepas lahir Ia tidak dinafikan sangat mustahak untuk memastikan pencapaian si kecil sentiasa seiring perkembangan usia Namun harus diingat bayi bukanlah individu yang sama banyak fakt...
Elak Bayi Terkena Jangkitan Kuman Ini 10 Tips Penting Kalau Nak Lawat Bayi Yang Baru Lahir

Elak Bayi Terkena Jangkitan Kuman Ini 10 Tips Penting Kalau Nak Lawat Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 358 hits
Menerima berita kelahiran ahli baru memang menggembirakan Cukup seronok hingga tidak sabar satu keluarga nak pergi melawat bayi tersebut Biasanya apabila si ibu dan anak pulang ke rumah dari hospital rakan rakan serta sanak saudara pasti ak...
Elak Guna Wet Wipes Ramai Yang Terlepas Pandang Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Elak Guna Wet Wipes Ramai Yang Terlepas Pandang Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 408 hits
Ramai orang terlepas pandang Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air Apabila memandikan bayi jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang me...
Mama Jangan Cemas Sangat Bila Anak Cirit Birit Elak Hentikan Cirit Birit Dengan Ubat

Mama Jangan Cemas Sangat Bila Anak Cirit Birit Elak Hentikan Cirit Birit Dengan Ubat

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 446 hits
Berdepan dengan masalah anak yang mengalami cirit birit memang memenatkan Ditambah dengan rasa kasihan yang teramat sangat melihat anak lemah tidak bermaya Ibu jangan cemas kalau berhadapan dengan situasi ini Biar saja anak membuang semua k...
Tolak Isteri Dan Bayi Dalam Kandungan Dari Tebing Tinggi Kerana Ingin Bolot Harta

Tolak Isteri Dan Bayi Dalam Kandungan Dari Tebing Tinggi Kerana Ingin Bolot Harta

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 295 hits
UBON RATCHATHANI Thailand Seorang wanita dan bayi dalam kandungannya terselamat walaupun terjatuh dari sebuah cenuram sedalam 34 meter disyaki akibat ditolak oleh suaminya sendiri lapor akhbar Daily Mail kelmarin Lelaki itu yang dibelenggu ...
Masa Sibuklah Anak Minta Macam Macam Jangan Jerkah Tapi Peluk Dan Cium Dahinya

Masa Sibuklah Anak Minta Macam Macam Jangan Jerkah Tapi Peluk Dan Cium Dahinya

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 305 hits
Bila kita sibuk tiba tiba anak nak macam macam Apa nak buat Selalunya kita akan cakap nantilah ibu ada kerja nak buat Tak pun tanpa kita sedar terus tinggikan suara pada anak Akhir sekali bila ibu bapa dah bagi amaran macam tu anak terus ba...
Sekiranya 3 4 Minggu Lahir Tali Pusat Bayi Belum Tertanggal Segera Rujuk Doktor

Sekiranya 3 4 Minggu Lahir Tali Pusat Bayi Belum Tertanggal Segera Rujuk Doktor

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 571 hits
Tali pusat bayi memainkan peranan yang sangat penting sewaktu bayi di dalam kandungan Tali pusat mula terbentuk pada usia janin lebih kurang 5 minggu dalam kandungan Tali pusat ini bersambung dengan placenta atau uri dan memainkan peranan u...
Bayi Dipotong Keluar Hidup Hidup Daripada Mayat Ibu Meninggal Dunia

Bayi Dipotong Keluar Hidup Hidup Daripada Mayat Ibu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 375 hits
Setelah dua bulan bergantung dengan alat sokongan hidup seorang bayi yang pernah dipotong keluar dari rahim ibunya telah disahkan meninggal dunia Bayi tersebut dilaporkan meninggal dunia di Chicago Amerika Syarikat pada Jumaat lepas kerana ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik