Sekiranya 3 4 Minggu Lahir Tali Pusat Bayi Belum Tertanggal Segera Rujuk Doktor


Tali pusat bayi memainkan peranan yang sangat penting sewaktu bayi di dalam kandungan. Tali pusat mula terbentuk pada usia janin lebih kurang 5 minggu dalam kandungan.
Tali pusat ini bersambung dengan ‘placenta’ atau uri dan memainkan peranan untuk menyalurkan darah yang kaya dengan nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh janin untuk terus hidup dan berkembang di dalam rahim si ibu. Darah yang telah ternyah-oksigen daripada bayi juga ‘dikembalikan’ kepada uri melalui tali pusat. Jadi tali pusat bolehlah dianggap seperti ‘talian hayat’ bagi bayi.
Apakah yang berlaku sewaktu kelahiran bayi?
✔️ Setelah bayi dilahirkan, tali pusat ini tidak lagi diperlukan. Beberapa ketika setelah bayi selamat dilahirkan, tali pusat yang bersambung dengan uri akan disepit menggunakan ‘cord clamp’ bagi mengelakkan darah daripada uri terus disalurkan kepada bayi. Jika tidak, ada kemungkinan terlalu banyak darah akan tersalur ke dalam sistem peredaran darah bayi yang boleh membawa pelbagai komplikasi. Tali pusat kemudian digunting supaya terpisah daripada uri. Bayi tidak merasa sakit sewaktu tali pusat ini digunting kerana tiada sistem saraf atau deria rasa pada tali pusat.

✔️ Adalah sangat penting tali pusat ini digunting dengan menggunakan alatan yang ‘steril’. Menggunakan alatan seperti pisau cukur atau gunting yang berkarat boleh menyebabkan jangkitan ‘tetanus’ yang merbahaya. Penyakit tetanus pada bayi sudah tidak dilihat dalam komuniti yang mengamalkan proses kelahiran bayi yang selamat. Namun masih ada juga kes-kes sebegini di negara kita iaitu jika kelahiran berlaku di luar dari fasiliti hospital / klinik.
✔️ Tali pusat yang ada pada bayi akan menjadi kering, berubah warna dan mengecut. Kebiasannya tali pusat yang telah kering itu akan jatuh dengan sendirinya dalam masa 2 minggu. Maka tinggallah struktur yang kita kenali sebagai ‘pusat’ pada permukaan perut bayi. Pusat ini pula mengambil masa antara 5 hingga 7 hari untuk kering sepenuhnya.
Bagaimana menjaga pusat bayi baru lahir ?
✅ Pastikan tali pusat dan kawasan di sekelilingnya berada dalam keadaan bersih dan kering. Lazimnya, ibu bapa akan dibekalkan dengan ‘alkohol’ atau bancuhan ‘antiseptik’ untuk mencuci pusat bayi. Namun, terdapat juga data yang menunjukkan bahawa mencuci tali pusat dengan air yang bersih diikuti dengan mengelap untuk mengeringkannya sudah memadai.
✅ Sewaktu mengenakan lampin atau ‘diapers’ , pastikan tali pusat bayi tidak terutup oleh lampin/diapers. Letakkan tali pusat itu di luar lampin supaya ia tidak terkena air kencing atau najis bayi. Ini akan membantu proses tali pusat untuk mengering.
✅ Tidak perlu meletakkan bedak atau ubat-ubatan tradisional pada pusat bayi yang mungkin menganggu proses semulajadi penanggalan tali pusat tersebut. Air bersih sudah memadai.
✅ Sewaktu tali pusat belum lagi tertanggal, memandikan bayi dengan cara mengelap menggunakan kain yang basah atau dengan menjirus lebih digalakkan daripada kaedah mandian yang menyebabkan tali pusat itu terendam lama dalam air. Tali pusat bolehlah dilap setelah bayi dimandikan.
✅ Jangan tarik tali pusat itu walaupun ia kelihatan akan tertanggal pada bila-bila masa sahaja lagi. Biarkanlah proses itu berlaku secara semulajadi.
Tanda- tanda jangkitan pada pusat
✔️ kawasan sekeliling pusat kelihatan merah
terdapat nanah, darah atau bau yang kurang menyenangkan pada pusat
✔️ bayi demam, kurang aktif dan kurang menyusu
Sekiranya anda melihat tanda tanda mencurigakan pada pusat seperti yang dinyatakan di atas, bawalah bayi ke hospital dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Jangkitan pada pusat yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan darah yang merbahaya pada bayi.
Berjumpalah juga dengan pengamal perubatan sekiranya terdapat pendarahan pada tali pusat atau tali pusat masih belum tertanggal setelah bayi berusia 3 – 4 minggu.
Sumber: Klinik Dr Asmah
Tinggalkan Komen

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beautifulnaara.blogspot.com/2019/06/sekiranya-3-4-minggu-lahir-tali-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Izin Akan Segera Habis Fpi Belum Perpanjang Skt

Izin Akan Segera Habis Fpi Belum Perpanjang Skt

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 208 hits
Senada Direktur Jenderal Politik dan Pemerintahan Umum Kemendagri Soedarmo meski waktunya tinggal 10 hari lagi semuanya tergantung dari FPI sendiri
2 Minggu Bercerai Aliff Aziz Nak Rujuk Semula

2 Minggu Bercerai Aliff Aziz Nak Rujuk Semula

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1350 hits
MALAYSIAKINI Setelah hampir dua minggu bercerai pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memberi bayangan ingin rujuk kembali bersama bekas isterinya Bella Astillah Ya Allah satukanlah jodoh kami Seandainya dia bukan jodohku jadikanlah aku jodohnya ...
Ingatkan Kucing Rupanya Bayi Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Beg Dibuang Di Kawasan Semak

Ingatkan Kucing Rupanya Bayi Bayi Masih Bertali Pusat Ditemui Dalam Beg Dibuang Di Kawasan Semak

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 522 hits
Seorang bayi perempuan dipercayai berusia kurang seminggu ditemui di dalam beg yang dibuang di bawah pokok dalam kawasan semak Individu yang menemui bayi itu Paridah Johuran 53 berkata dia menemui beg tersebut pada jam 10 30 pagi semalam di...
Hiburan Tidak Mahu Komen Status Rujuk Aliff Belum Tentu Untuk Saya Bella Astillah

Hiburan Tidak Mahu Komen Status Rujuk Aliff Belum Tentu Untuk Saya Bella Astillah

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 302 hits
Bella ketika dihubungi pihak media berkata dia sendiri tidak pasti apakah maksud disebalik status Aliff itu Buat masa ini dia enggan memberikan sebarang komen mengenai kontroversi rumah tangganya lagi Belum tentu status itu ditujukan kepada...
Simpan Tali Pusat Bisa Berujung Dengan Manfaat Menjaga Kesehatan Di Masa Depan

Simpan Tali Pusat Bisa Berujung Dengan Manfaat Menjaga Kesehatan Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 258 hits
Tali pusat yang kita miliki ketika lahir ternyata masih bisa dimanfaatkan pada masa depan bahkan saat usia lanjut Penggunaan sel punca dari darah tali pusat atau stem cell bisa digunakan untuk mengobati kanker darah tumor padat seperti limf...
Hampir 5 Tahun Tak Simpan Dengan Betul Ni Cara Tepat Simpan Tali Pusat Anak

Hampir 5 Tahun Tak Simpan Dengan Betul Ni Cara Tepat Simpan Tali Pusat Anak

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 450 hits
Orang orang tua selalu berpesan tali pusat anak yang baru dilahirkan harus disimpan dengan baik Jadi tak hairanlah ada di antara kita yang menyimpan elok dalam botol atau uncang plastik di rumah dengan alasan untuk kegunaan apabila anak sak...
Bayi Ini Termungil Di Dunia Saat Lahir Beratnya Sama Dengan Sebuah Apel

Bayi Ini Termungil Di Dunia Saat Lahir Beratnya Sama Dengan Sebuah Apel

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 216 hits
Si bayi lahir prematur pada usia kandungan 23 pekan tiga hari dari yang seharusnya 40 pekan dalam kandungan Dokter mengatakan kepada ayahnya bayi itu diperkirakan hanya akan bertahan satu jam sebelum meninggal
Salah Daftar Akaun Bank 300 000 Belum Terima Bsh

Salah Daftar Akaun Bank 300 000 Belum Terima Bsh

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 722 hits
Putrajaya Penyaluran fasa kedua Bantuan Sara Hidup 2019 tidak dapat dikreditkan ke akaun kira kira 300 000 penerima berikutan nombor akaun bank yang didaftarkan tidak tepat kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Bagi BSH 2019 pembayaran bagi pe...
Sby Saya Akan Wujudkan Impian Ibu Ani Yang Belum Diwujudkan

Sby Saya Akan Wujudkan Impian Ibu Ani Yang Belum Diwujudkan

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 245 hits
SBY Saya akan Wujudkan Impian Ibu Ani yang Belum Diwujudkan Selanjutnya jenazah Ani Yudhoyono dipindahkan ke mobil jenazah dan menuju pangkalan militer Paya Lebar Singapura
Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

Kemaskini S Pay Global Tukar Telefon Username Password Baru

Cucur Nasi Pedas Sedap Rangup Dan Mengenyangkan

Create Buzz And Attract Investors

Cerita Makan Kedai Tomyam Hujung Minggu Di Melaka

Govt Sets Provisional Anti Dumping Duties On Pet Imports From China Indonesia

Pelesenan Mandatori Media Sosial Komitmen Malaysia Perangi Ancaman Dalam Talian


echo '';
Siapa Ezwan Zain Ini Biodata Lelaki Yang Didakwa Sebagai Mr E Kekasih Baru Erra Fazira

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Personal Collection White Dove Produk Penjagaan Bayi Dan Kanak Kanak Lembut Dan Hipoalergenik

Kerjasama Lincoln University College Dan Cengild G I Medical Centre

Resepi Ayam Madu Crispy Chinese Style Padu Gila Wajib Cuba

Gubal Undang Undang Yang Keras 5 Warga Asing Didenda Rm1 200 Kerana Merusuh

Lirik Lagu Selamat Tinggal Kenangan Valdy Nyonk Zinidin Zidan

Perkeso Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2024 A Must Have For Every Housewife