Mama Jangan Cemas Sangat Bila Anak Cirit Birit Elak Hentikan Cirit Birit Dengan Ubat


Berdepan dengan masalah anak yang mengalami cirit birit memang memenatkan. Ditambah dengan rasa kasihan yang teramat sangat melihat anak lemah tidak bermaya. Ibu jangan cemas kalau berhadapan dengan situasi ini. Biar saja anak membuang semua kuman dalam badan dan elakkan bagi ubat untuk hentikannya?
Menurut Dr Khairul Azman Mohd Khalid daripada Hospital Pakar Annur Bandar Baru Bangi, masalah cirit birit dikalangan kanak-kanak sememangnya harus diberikan perhatian lebih. Namun ibu bapa perlu elakkan memberi ubat untuk hentikan masalah ini sebaliknya memantau perkembangan anak.
Cirit birit atau diarrhea adalah keadaan dimana bayi atau kanak kanak kerap membuang air besar, mengeluarkan najis yang sangat berair atau cair.

 
Kanak kanak lebih kerap di serang penyakit cirit birit berbanding dengan orang dewasa. Cirit birit atau diarrhea adalah salah satu cara badan kita membuang atau menghilangkan kuman atau toksin, oleh sebab itulah di kalangan kanak kanak, ubat ubat yang menghentikan cirit birit tidak boleh di gunakan sama sekali.
Selagi kuman tidak dikeluarkan dengan cepat, selagi itulah cirit birit tidak akan reda. Jadi mama jangan cemas, sebaiknya biarkan sahaja kesemuanya dikeluarkan. Biasanya cirit birit berlaku bersama demam, muntah muntah, sakit perut dan kurang air (dehydration).

Penyebab Cirit Birit
Penyebab utama adalah jangkitan kuman dan virus contohnya Rotavirus, bakteria seperti salmonella , e. coli, dan parasit seperti giardia. Kadang kala cirit birit boleh berlaku disebabkan oleh keracunan makanan, malabsorption seperti ‘lactose intolerance’ dan kesan samping ubat ubatan seperti antibiotik.
Apa Mama Perlu Buat
Di sebabkan penyakit cirit birit ini kebanyakannya akan pulih dengan sendiri (self limiting), bagaimanapun perkara paling penting dalam merawat masalah ini adalah mencegah dari dehydration atau kekurangan air.

* Sentiasa berikan susu badan atau ORS (oral rehydration salt) kepada bayi dan kanak kanak kecil. Penyakit ini biasanya sembuh dalam masa 7 hingga 14 hari. Memberi air sahaja tidak mencukupi kerana yang hilang bukan sahaja air sahaja, tetapi garam seperti kalium (potassium) yang penting untuk peristalsis (pergerakan usus).
* Bagi kanak kanak pra sekolah ke atas, penyakit cirit birit biasanya dialami tidak terlalu teruk, hanya galakkan mereka minum minuman seperti Gatorade atau ORS. Makan bubur yang di letakkan garam seperti sup dan sebagainya.
* Kajian mendapati minuman susu kultur atau probiotik boleh menolong dalam rawatan cirit birit.

* Cirit birit dan muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan biasanya sembuh dalam masa 24 hingga 48 jam sahaja. Rawatan yang disyorkan adalah sama, iaitu dengan menggunakan ORS.
Bagaimana mengesan dehydration (kurang air) pada bayi dan kanak kanak kecil?
Dehydration boleh di bahagikan kepada mild ( sedikit dehydration) , moderate dan severe ( sangat teruk).
Mild dehydration – Biasanya bayi akan mengalami masalah kekeringan pada bibir dan mulut, kanak kanak masih cergas tetapi kehausan dan masih boleh minum air.
Moderate dehydration – Terdapat tanda tanda seperti ubun ubun yang tenggelam, mata yang cengkung, kulit kurang tegang, tetapi kanak kanak tersebut masih sedar malah boleh bercakap dan menangis serta minum tetapi kelihatan sangat letih.

Severe dehydration – Kanak-kanak biasanya akan mengalami tanda tanda seperti di moderate dehydration tetapi kanak kanak biasanya tidak sedar, tidak boleh bercakap dan tak boleh minum air langsung. Nadi susah dirasa dan jika berada dalam keadaan yang kritikal, kanak-kanak akan pengsan.
Bagi kes moderate dan severe dehydration, biasanya perlu di masukkan ke hospital untuk rawatan. Jika cirit birit berlaku beserta dengan ruam atau berak berdarah, jangan tunggu sebaliknya ibu bapa perlu segera mendapat rundingan doktor.
Adakah cara untuk mencegah cirit birit di kalangan kanak kanak?
Susu ibu adalah sangat baik dan kajian mendapati bayi yang di berikan susu ibu kurang mendapat penyakit cirit birit. Walau bagaimanapun terdapat vaksin untuk mencegah cirit birit.

Vaksin Rotavirus boleh didapati di negara kita. Bagaimanapun vaksin ini mesti di berikan sebelum bayi berumur 3 bulan. Manakala untuk vaksin Rotateq pula perlu diberikan sebelum usia bayi mencapai 5 bulan untuk vaksin Rotarix. Selepas umur tersebut vaksin tersebut tidak lagi boleh di berikan.
Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah meneruskan pemberian makanan dan susu seperti biasa kepada anak-anak. Hanya perlu memantau daya dehidrasi anak-anak. Pastikan mereka tidak mengalami dehidrasi melampau.
Jika anak-anak anda mengalami ketiga-tiga ciri yang disebutkan di atas, segeralah untuk berjumpa dengan doktor, bagi rawatan dan tindakan selanjutnya.
The post Mama Jangan Cemas Sangat Bila Anak Cirit Birit, Elak Hentikan Cirit Birit Dengan Ubat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mama-jangan-cemas-sangat-bila-anak-cirit-birit-elak-hentikan-cirit-birit-dengan-ubat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demam Cirit Birit Selesema Penyakit Selalu Terjadi Masa Raya Sedia Ubat Awal Elak Kelam Kabut

Demam Cirit Birit Selesema Penyakit Selalu Terjadi Masa Raya Sedia Ubat Awal Elak Kelam Kabut

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 903 hits
Bila anak demam cirit birit atau selesema ibu ayah tak senang duduk dibuatnya Malah raya pun jadi tak bermakna Sebab itu pentingnya untuk sediakan payung sebelum hujan Beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya Jauh atau dekat ramai ak...
Jangan Guna Sudu Beri Ubat Berisiko Dan Bahaya Pada Anak Jika Terlebih Atau Terkurang Dos

Jangan Guna Sudu Beri Ubat Berisiko Dan Bahaya Pada Anak Jika Terlebih Atau Terkurang Dos

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 391 hits
Menurut kajian terkini penggunaan sudu yang tidak tepat saiz untuk mengukur ubat cecair akan menyebabkan kesukaran menentukan dos Ini kerana amaun ubat cecair yang dituang ke dalam sudu akan bergantung kepada saiz sudu tersebut lalu mengaki...
Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

Anak Mengamuk Ibu Ayah Jangan Ikut Sangat Tapi Kena Tahu Beza Tantrum Meltdown

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 540 hits
Anak mengamuk adalah perkara biasa bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil Cabaran bermula apabila si kecil mencecah 1 tahun hingga 3 tahun Namun terdapat perbezaan besar antara tantrum dan meltdown Tantrum biasanya ialah ledakan emosi yang...
Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

Nak Beraya Sakan Boleh Tapi Bekalan Ubat Anak Jangan Lupa Ni Ubat Ubatan Wajib Bawa Balik

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 771 hits
Pastinya ramai yang dah pulang ke kampung halaman untuk beraya Bagi yang masih lagi dalam proses mengemaskan barang anak anak pastikan barangan penting anak tidak tertinggal Bukan saja baju dan kelengkapan raya tetapi paling penting adalah ...
Hormat Karya Seni Orang Lain Jangan Berlagak Diva Kekwat Sangat Penaja Dekorasi Meletop Tegur Neelofa

Hormat Karya Seni Orang Lain Jangan Berlagak Diva Kekwat Sangat Penaja Dekorasi Meletop Tegur Neelofa

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 322 hits
Penaja dekorasi program MeleTop hari ini meluahkan rasa kesal dan terkilannya dengan tindakan hos program tersebut Neelofa yang didakwa berlagak diva dan tidak menghormati karya seni mereka Menurut pemilik dan founder Glowing Party House Ma...
Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube

Jangan Biarkan Anak Terlalu Leka Dengan Youtube

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 358 hits
Dua tiga hari lepas aku ada terbaca status Rakan Blogger Safura berkongsi tentang nasihat doktor yang tidak menggalakkan penggunaan smartphone dengan kerap oleh anak anak Sebab utama penggunaan yang kerap dalam tempoh yang lama akan memberi...
Ha Jangan Nak Membawang Sangat Ya Makan Bawang Lagi Baik

Ha Jangan Nak Membawang Sangat Ya Makan Bawang Lagi Baik

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 611 hits
Ha jangan nak membawang sangat ya makan bawang lagi baik Tak pasal pasal bawang juga yang selalu dikaitkan dengan membawang ya Bawang adalah salah satu bahan pelengkap kepada masakan kita kalau tak ada tu masakan kita macam kurang rasa betu...
Siang Elok Main Tiba Tiba Malam Suhu Anak Naik Jangan Gelabah Buat Tip Doktor Ni

Siang Elok Main Tiba Tiba Malam Suhu Anak Naik Jangan Gelabah Buat Tip Doktor Ni

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 349 hits
Apa yang harus anda lakukan jika anak tiba tiba sahaja mengalami suhu tinggi Terus bawa ke hospital Tak tahu nak buat apa Perkara paling penting ialah jangan panik Anda perlu melihat keadaan anak atau bayi anda di rumah dengan lebih dekat J...
Kalau Anak Lemah Dalam Pembelajaran Jangan Marah Tapi Sokong Mereka Ini Caranya

Kalau Anak Lemah Dalam Pembelajaran Jangan Marah Tapi Sokong Mereka Ini Caranya

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 357 hits
Sebagai ibu bapa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan seseorang Percaya atau tidak dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa anak anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran Ibu bapa mempunyai tanggungjawab ...
Skipping Pro Najib Rally Nothing To Do With Dap Say Umno Leaders

Kad Debit I Bank Islam Visa Tabung Haji Syarat Dan Cara Mohon

Telefilem Dosa Tak Terampun Lakonan Fauziah Ahmad Daud Nad Zainal

Psychology Of Liars Kebenaran Yang Ditakuti Antivaksin

Beli Durian 1o1 Dan Durian Kampung Pula

From Thrill Seeking Dinosaur To Crypto Icon The Story Of Pino

Cuti Umum Johor 2025 Hari Kelepasan Am Cuti Sekolah

Kru Cetak Sejarah Industri Hiburan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Fobia Takut Tak Bertempat Tapi Boleh Kacau Hidup

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Bagaimana Berjimat Duit Untuk Pergi Melancong

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

Tular Video Wanita Makan Nasi Lauk Bunga Raya Atas Kubur Netizen Persoal Ajaran Puak Mana Ni

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government