Orang Muo yang tinggal di daerah Muo, sudah semestinya mengenali dan cinta dengan mi bandung asli Muo. 
Perniagaan produk mi bandung Mak Pon terus berkembang maju. Kini mereka telah memiliki 3 unit bangunan rumah kedai di Taman Lembah Padang, Jalan Junid Muar. Satu unit menempatkan kilang memproses, satu unit lagi menempatkan stok bahan mentah, dan sebuah lagi menempatkan produk-produk keluaran perencah Mak Pon.
Mi Bandung Biasa menggunakan bahan udang kering gred B
Perusahaan produk perencah mi bandung Mak Pon kini diurus bersama oleh anak-anaknya termasuklah En Nafis dan isterinya Pn Azie. Anak-anak merekalah yang bertanggungjawab mengembangkan perniagaan ini di mana pasaran bukan saja di Johor malah ke seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak, luar negara Singapura dan Brunei.
Perencah Mi Bandung Mak Pon sebenarnya ada dua jenis;i. Perencah Mi Bandung Biasa menggunakan udang kering gred B ii. Perencah Mi Bandung Power menggunakan udang kering gred A. 


Sekiranya anda ingin mendapatkan perencah mi bandung Mak Pon boleh ke kedainya;Taman Lembah Padang, Jalan Junid 84000 Muar 




|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |