Umrah 2019 Dari Malaysia Ke Madinah


Hello lovely readers .. Assalamualaikum ..
Seperti yang pernah Misz-ella janjikan, ini adalah perkongsian Misz-ella tentang perjalanan serta pengalaman mengerjakan Umrah Misz-ella yang pertama, pada 26hb November 2019 yang lalu.

Dihantar oleh Aiman dan Mama ke KLIA ..
Kalau ikutkan perancangan awal, Misz-ella sepatutnya menunaikan Umrah bersama Mama, Aiman dan ahli-ahli keluarga yang lain tetapi "Kun Fa Ya Kun" itu milik Allah dan perancangan Allah itu adalah lebih indah .. maka ditulis Norzaila Binti Ismail pergi menunaikan Umrah bersama AM Berkat Travel & Tours dan bukan Persada Global Holidays. 



Keluarga Alop turut datang dari Taiping untuk hantar adiknya ke Tanah Suci
Sebenarnya, perjalanan menunaikan Umrah itu bermula di sini, di bumi Malaysia sebaik sahaja saya berniat untuk pergi. Maka bermulalah persiapan mental dan spiritual, dalam hati sudah berniat untuk menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. 


Kursus umrah anjuran AM Berkat Travel & Tours di Menara JCorp, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur, pejabat AM Berkat. Alhamdulillah cara penerangan ringkas tetapi padat dan mudah difahami.
Memandangkan saya membuat keputusan untuk menunaikan Umrah seorang diri tanpa ditemani oleh mana-mana ahli keluarga yang lain, maka saya serahkan segalanya pada Y Bhg Datuk Radzi Mansor, Pengarah Urusan AM Berkat Travel & Tours, termasuklah urusan mendapatkan saya 'roommate' .. urusan kursus Umrah, urusan nak duduk di hotel mana, itinerary .. saya berlapang dada dan ikut sahaja. Kepada Allah saya berserah dan berdoa "Moga Allah SWT permudahkan urusan saya di sana"


Roommate saya, Datin Hamidah yang di  'match' kan oleh Datuk Radzi sejak di Malaysia lagi. Means dari Malaysia kami telah berkenalan dan bertemu beberapa kali. Walau tak panjang pertemuan kami semasa di Malaysia, tetap mesra. Sempat Misz-ella kenalkan Datin Hamidah kepada mama dan aiman semasa di airport .. peramah kawan Kakchik, merendah diri walaupun berpangkat Datin, kata Mama. Tolong tengok-tengokkan Ella ye .. dia sorang-sorang dan pertama kali ke sana .. kata Mama. Ehh .. tak da lah .. kita sama-sama jaga, kata Datin Hamidah.


Bersama jemaah AM Berkat Travel & Tours yang lain dan Datuk Radzi
Penerbangan ke Kota Madinah dari KLIA melalui penerbangan Saudi Airlines berjalan lancar, cuaca pun cantik. Selamat mendarat di Prince Mohammed Bin Abdul Aziz International Airport, Madinah pada jam 6:30 petang dan segala urusan lain selesai pada jam 8 malam. Urusan di kaunter Imigresen berjalan lancar. Airport Madinah agak cantik tapi Misz-ella lupa nak ambik gambar .. mungkin kerana masih terkasima dan tak percaya yang saya sudah menjejakkan kaki di tanah haram ini.


Di Madinah, kami tinggal di Rove Hotel, tak jauh dari Masjid Nabawi, lebih kurang 150m sahaja, perlu lintas 2 jalan besar. Ya Allah .. tak boleh bayangkan betapa indahnya perasaan berada di Kota Madinah ini. Memandangkan kami tiba dah lewat, selepas check in, kami makan malam dan solat di bilik hotel sahaja. Esok pagi baru kami akan mula solat di Masjid Nabawi *excited dah Misz-ella masa ini*

Bersambung di bahagian ke 2, soon .. soon .. You all jangan lupa datang and check it out, k.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2020/01/umrah-2019-dari-malaysia-ke-madinah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Di Malaysia Selalu Dikutuk Dihina Dicaci Sajat Syukur Jalani Umrah Bersama Keluarga

Saya Di Malaysia Selalu Dikutuk Dihina Dicaci Sajat Syukur Jalani Umrah Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 1298 hits
Usahawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Bin Kamaruz Zaman meluahkan rasa syukur setelah selesai menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya di tanah suci Makkah BACA Sajat berkongsi detik yang penuh bermakna itu di ...
Pengalaman Umrah Yang Berbeza Hanya 3 Jam Perjalanan Naik Keretapi Laju Dari Madinah Ke Mekah

Pengalaman Umrah Yang Berbeza Hanya 3 Jam Perjalanan Naik Keretapi Laju Dari Madinah Ke Mekah

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 492 hits
Sudah pasti bagi mereka yang akan mengerjakan umrah mahupun haji pelbagai persiapan akan dilakukan untuk memastikan ibadah berjalan lancar Persediaan mental dan fizikal perlu dilaksanakan Menerusi perkongsian saudara di akaun Facebooknya be...
Umrah 2019 Masjid Nabawi Raudah Air Zam Zam

Umrah 2019 Masjid Nabawi Raudah Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 822 hits
Assalamualaikum lovely readers Hari ke dua di bumi para anbia bangun pagi dah berada di Kota Madinah Al Munawarrah Ya Allah bagaikan bermimpi Misz ella dapat berada di sini tapi itu lah realitinya Setelah saya terlepas peluang untuk menunai...
Mohonlah Pada Allah Selamatkan Malaysia Mufti Wilayah Saran Tunai Solat Hajat

Mohonlah Pada Allah Selamatkan Malaysia Mufti Wilayah Saran Tunai Solat Hajat

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 275 hits
Mohonlah Pada Allah Selamatkan Malaysia Mufti Wilayah Saran Tunai Solat Hajat Masjid masjid dan surau surau di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat bagi memohon perlindungan daripada Allah untuk selamat Malaysia daripada g...
Seorang Warga Tempatan Dikuarantin Akibat Coronavirus Di Malaysia

Seorang Warga Tempatan Dikuarantin Akibat Coronavirus Di Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 954 hits
TERKINI 25 01 2020 Sabtu YB Datuk Seri Dzulkifly Ahmad Menteri Kesihatan baru sahaja mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari negara China telah dikuarantin di Hospital Besar Kuala Lumpur untuk tujuan pemantauan Baru sahaja...
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih Lebih 150k Tandatangan

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 535 hits
Petisyen Tuntut Kerajaan Sekat Pelancong China Masuk Malaysia Dilancarkan Raih lebih 150k Tandatangan Penularan wabak koronavirus dilihat semakin kritikal termasuklah di Malaysia apabila sehingga kini empat orang sudah disahkan dijangkiti w...
Korea Utara Yang Zalim Pun Halang Pelancong Malaysia Tunggu Ada Kematian

Korea Utara Yang Zalim Pun Halang Pelancong Malaysia Tunggu Ada Kematian

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 372 hits
Beberapa negara sudah melaksanakan larangan masuk pelancong dari China berikutan penularan wabak coronavirus termasuk Korea Utara Penutupan sementara sempadan Korea Utara telah bermula sejak Rabu lalu kata Young Pioneer Tours menerusi satu ...
A 40 Year Old Man From Wuhan Has Now Become The 4th Infected Victim In Malaysia

A 40 Year Old Man From Wuhan Has Now Become The 4th Infected Victim In Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 345 hits
The man arrived in Johor by bus from Singapore on 22 January img alt Small thumb 0826f8e60e6907f8190c18d5a9121751 src https images says com uploads user avatar 557899 small thumb 0826f8e60e6907f8190c18d5a9121751 jpg img By Sadho 26 Jan 2020...
Khazanah Files Police Report On Leak Of Malaysia Airlines Board Papers

Khazanah Files Police Report On Leak Of Malaysia Airlines Board Papers

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 245 hits
Upset and shocked by what appears to be a leak of the entire board papers on Malaysia Airlines Bhd Khazanah Nasional Bhd wants police to act Sources said the country s sovereign wealth fund lodged a police report on the matter yesterday The...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025