Perempuan Makin Menua Tiada Lagi Nak Bersuka Ria Cuma Hidup Nak Tenang Tenang






Zaman muda, perasaan nak tahu apa saja dan terokai dunia sentiasa membuak-buak. Masa inilah kawan mesti sentiasa ada untuk bersuka ria dan berkongsi cerita. Belum lagi dapat bercuti dan keluar bersama-sama. Kalau boleh masa muda inilah nak rasai pengalaman dan bersuka ria. Belum lagi ‘bergosip, dengan kawan-kawan. Opss…Malah, darh muda ini, hatinya cepat panas, memberontak, tak suka ini dan itu. Semua ada.
Tapi, bila usia makin meningkat, perangai pun dah sedikit demi sedikit berubah. Kurang rasa panas baran, tak suka. Lebih penting, bila dah mendirikan rumah tangga, perempuan biasanya akan lebih menumpukan kepada rumah tangga. Kiranya zaman bersuka ria atau orang cakap ‘zaman laro’ itu dah tak ada dah. Ini belum lagi perubahan pada diri kita. Makin menua, lebih fikirkan kepada dunia akhirat dan tak tahu bila ajal akan tiba. Betul tak? Inilah perubahan ketara bila perempuan makin menua. Nak tahu apa lagi, ikuti perkongsian daripada Siti Suryani Yaakop ini ada benarnya.


Zaman Bersuka Ria Dah Berlalu Orang perempuan bila dia sedar dia makin ‘menua’….


1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga. 
2. Dah tak ada kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa. 
3. Dia dah tak berapa nak membeli terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun tak apa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi. 
4. Dia malas layan drama. “Ikut kau lah Bedah”. Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu. 
5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana. 
6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya. 
7. Dia banyak bersendiri. ‘Me time’ dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. ‘Me time’ sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri. 
8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, tak apa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat. 
9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana. 
10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar…’Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian’. 
11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.
Mingguan Wanita : Zaman muda dah berlalu. Sekarang tumpukan pada keluarga dengan besarkan anak-anak dan nak hidup tenang tenang, malas nak fikir perkara remeh temeh. Buang masa. 


Kredit: Siti Suryani Yaakop 
Kredit : MingguanWanita
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/perempuan-makin-menua-tiada-lagi-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Mula Nak Marah Anak Pakar Kongsi Buat 3 Cara Ni Automatik Tenang

Ibu Ayah Mula Nak Marah Anak Pakar Kongsi Buat 3 Cara Ni Automatik Tenang

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 328 hits
Apabila seorang ibu atau ayah jerit pada anak hey hey diamlah Mama papa tengah pening ni Apa yang dicontohkan pada anak itu Ketika seorang ibu atau ayah kata pada anaknya japlah tak leh sabar sikit ke dengan suara tinggi apa yang sedang dia...
Resepi Kuah Kacang Pekat Sangat Simple Nak Sediakan

Resepi Kuah Kacang Pekat Sangat Simple Nak Sediakan

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 218 hits
Kuah kacang antara menu wajib yang perlu ada pada hari raya dan biasanya dihidang bersama nasi impit serta satay Cara penyediaanya mudah tetapi semasa menumis pastikan api dalam keadaan sederhana agar bahan tumis tidak terlalu masak atau ha...
Nak Buat Prank Pun Jangan Sampai Pegang Tangan Bini Orang Netizen Tegur Youtuber Buat Content Sampah

Nak Buat Prank Pun Jangan Sampai Pegang Tangan Bini Orang Netizen Tegur Youtuber Buat Content Sampah

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 285 hits
Demi meraih views followers dan kemahsyuran di media sosial ada sesetengah content creator yang sanggup melakukan prank melampaui batas biarpun terpaksa menampakkan diri itu kurang cerdik di mata penonton Baru baru ini seorang YouTuber mela...
Nak Tau Kisah Nabi Saw Dengan Buah Limau Baca Ni

Nak Tau Kisah Nabi Saw Dengan Buah Limau Baca Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 358 hits
NAK TAU KISAH NABI SAW DENGAN BUAH LIMAU BACA NI Selamat pagi sahabat kesayangan Jom baca satu kisah menarik mengenai akhlak Nabi SAW terhadap pemberian orang kepada baginda Nak tau kisah Nabi SAW dengan buah limau Baca ni Suatu hari Rasulu...
Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 197 hits
NAK TAU KATEGORI PROSPEK ATAU PELANGGAN DALAM BISNES KORANG MEH BACA PERKONGSIAN MENARIK NI Zaman sekarang tak dinafikan ramai orang libatkan diri dalam bisnes tak kiralah bisnes offline atau online Tapi rasanya kalau cikla tanya sahabat ci...
Nak Dapat Semperit Cantik Ranggup Penjual Biskut Kongsi Tipnya

Nak Dapat Semperit Cantik Ranggup Penjual Biskut Kongsi Tipnya

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 222 hits
Biskut semperit antara biskut yang mempunyai peminat tersendiri Teksturnya yang gebu ranggup dan cair dalam mulut pasti buatkan sesiapa saja menggemarinya Jika sebelum ini biskut semperit klasik sahaja yang popular kini dengan peredaran zam...
Hiburan Ingat Nak Minta Sedekah Pemuda Tunjuk Kad Oku Buat Kanak Kanak Kelu

Hiburan Ingat Nak Minta Sedekah Pemuda Tunjuk Kad Oku Buat Kanak Kanak Kelu

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 147 hits
Selalunya orang kurang upaya atau lebih dikenali sebagai OKU dipandang rendah terhadap masyarakat kerana kekurangan yang dimiliki oleh individu ini menjadikan masyarakat bersikap prejudis terhadap mereka Seringkali individu OKU dianggap seb...
Apa Yang Anda Perlu Faham Bila Nak Perkenalkan Produk Baru Dalam Pasaran

Apa Yang Anda Perlu Faham Bila Nak Perkenalkan Produk Baru Dalam Pasaran

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 154 hits
Semalam saya baca sebuah buku pemasaran Isinya menarik Buku itu ditulis oleh Seth Godin Bagi yang belum kenal atau dengar nama dia ni elok buat carian sikit tentang dirinya Pergi juga baca blog yang saya buat pautan pada namanya di atas tu ...
Wanita Bekas Housekeeping Hotel Kongsi Tips Rahsia Yang Berguna Buat Anda Kalau Nak Bermalam Di Hotel

Wanita Bekas Housekeeping Hotel Kongsi Tips Rahsia Yang Berguna Buat Anda Kalau Nak Bermalam Di Hotel

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 371 hits
Gambar Hiasan Biasanya bilik hotel akan dikemas oleh pekerja dalam jangka masa 30 minit atau kurang daripada itu Oleh itu ada kemungkinan kebanyakan peralatan di hotel mungkin tidak sebersih yang anda jangkakan meskipun ianya kelihatan berk...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat