Perdebatan Merugikan Dua Pihak
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat semua, Naim doakan semua baik-baik sentiasa di dalam lindungan Ilahi. Pada malam ini, Naim berkongsi pandangan sisi berkenan isu-isu semasa sedang hanya di Malaysia amnya. Semua sedia maklum apa berlaku tentang bantuan di Gaza.
Perkara ini hangat pada dua tiga hari lepas tentang misi bantuan ke Gaza tempoh hari oleh pendakwah terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Ebit Lew. Manakala aktivitis NGO Kemanusian di Gaza , Palestin ialah Nazir Al Nuri. Masing-masing membawa satu perkara sangat baik iaitu membantu saudara-saudara di Palestin. Agar kurang enak jika perkelahi mereka membawa satu kesan buruk kepada masyarakat di Malaysia dan membuat masyarakat berpuak-puak iaitu satu pihak defend Ustaz Ebit dan satu lagi pihak kepada Nadir Al Nuri. Dan akhirnya Zionis bertepuk tangan dan berkata kepada kita kembali "Koyak You Too". So, siapakah yang rugi iaitu Umat Islam yang rugi sangat.
Kedua-dua pihak ada sisi baik dan sisi gelap. Kenapa masyarakat awam bersungguh-sungguh membuka sisi gelap kedua-dua pihak. Walhal diri kita pun ada sisi gelap. Apakah sisi gelap sahabat-sahabat semua? Iaitu AIB . Kenapa kita bersungguh-sungguh membuka aib orang walhal Allah tutup AIB diri sendiri. Jika Allah buka hijab orang tentu kita meroyan tahu AIB diri kita tersebar. Berhentilah masyarakat menjadi lisan-lisan jahat menyebar kejahatan di media sosial. Masing-masing mereka bekeluarga dan jika tekanan sebegini membuat anak-anak mereka stress dengan dunia luar.
Budaya Troll 'Allah Sayang Semua'
Pertama sekali, Naim sedih melihat masyarakat awam menjadi agama sebagai bahan sindiran. Kenapa menjadi seorang yang kurang ajar. Dengan sikap sebegini membawa kepada murka Allah. Kalian tidak takut kepada murka Allah? Covid ini pun asbab kepada murka Allah. Masih kalian tidak sedar diri lagi, Cukuplah dengan sikap pentingkan diri sendiri. Naim tertarik kepada nasihat dari Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim di facebook beliau.
Jika melibatkan perihal kepada Agama kita anuti adalah satu kekerasan sangat zalim. Iaitu kurang ajar kepada Sang Pencipta kita semua. Jika ada senipis iman persis kulit bawang pasti mereka tidak kurang ajar sebegini. Cukuplah menjadi tidak cerdik di zaman 2021. Wake up to reality kepada semua masyarakat di luar sana.
Naim hendak share satu posting berkenan dua individu yang sangat bagus kita hadam bersama-sama. Insha ALlah,
Ini sedikit sahaja screenshoot posting beliau, jika ingin membaca full posting boleh klik pada gambar di atas.
Sahabat-sahabat semua, kemana sahaja kita pergi di atas dunia tidak lari kepada keegoan masing-masing. Setiap dari mereka berdua ada ego masing-masing dan tidak terlepas melakukan kesilapan . Sudah menjadi suratan dunia setiap manusia tidak terlepas melakukan dosa . Cukuplah Nabi Muhammad menjadi contoh terbaik kepada kita semua. Kita masih berada di bulan Zulhijjah lebih baik rendahkan ego dan memohon maaf. Bertepatan konsep berhijrah di bulan Zulhijjah.
Jiraiya pernah cakap : Maaf memecahkan TEMBOK kebencian.Keegoan manusia akan mencipta bibit pepecahan di dalam komuniti manusia. Tinggi ego membawa diri ke lembah dendam. Hati mula berakar kesumat amarah akhirnya peperangan tercetus jua.Berdamailah demi masa hadapan
Setakat ini sahaja coretan Naim. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua. AMin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2021/07/perdebatan-merugikan-dua-pihak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)