Perdarahan Selepas Putus Haid Tanda Kanser


DR SUHAZELI ABDULLAH

Lima hingga 10 peratus perdarahan selepas putus haid berpunca daripada kanser rahim.RAMAI wanita mengadu bahawa mereka didatangi haid semula setelah putus haid beberapa tahun. Apabila mereka mengadu kepada suami, mungkin ramai yang pandang ringan, kerana persepsi ramai mengatakan normal haid datang semula setelah ‘pencen’. Malah pernah dibincangkan dalam kitab pengajian agama pun banyak kali ditekankan bahawa keluar darah semacam haid itu normal walaupun sudah menopos
 Namun jika sekiranya persoalan diajukan kepada para doktor, semua akan menjawab, wajib membuat pemeriksaan lanjut. Ahli perubatan akan mempersoalkan adakah wanita yang disahkan putus haid ini akan kembali haid semula? Ianya sesuatu yang agak mustahil kerana fisiologi seorang wanita yang putus haid akan kurang hormon kewanitaannya dan proses pengeluaran darah haid akan terhenti. Jika keLuar apa-apa darah selepas menopos akan dikira sebagai darah yang perlu dikenal pasti puncanya. Jangan dipandang enteng isu ini
 Terdapat dua pandangan dalam ilmu perubatan mengenai tempoh masa yang mengesahkan bahawa seseorang wanita telah putus haid atau sebaliknya. Pendapat yang pertama adalah tempoh masa enam bulan ketiadaan kitaran haid boleh dilabelkan sebagai menopos. Manakala pendapat kedua menyatakan tempoh masa selepas satu tahun dari haid yang terakhir
 Saya mengambil pendapat kedua kerana keyakinan yang tinggi bahawa kilang telur wanita akan mengalami kepupusan telur dalam tempoh tersebut. Ia juga suatu tempoh yang cukup selesa beserta dengan beberapa tanda fizikal dan mental yang akan dialami oleh seseorang wanita
 Kajian telah dijalankan bagi melihat bilakah umur yang biasanya seseorang wanita putus haid. Jadual di bawah menunjukkan umur kebanyakan wanita putus haid. Peratus ini hasil dari kajian ke atas wanita di pelbagai benua dan geografi
 Umur Putus Haid    (% wanita) 35—40 tahun            11.8740—45 tahun            25.9745—50 tahun            41.0350—55 tahun            14.58Sebelum 35 atauselepas 55 tahun       6.54 Bagi wanita yang putus haid kurang daripada 40 tahun diistilahkan sebagai putus haid pra-matang (premature menopause)
 Dari pembahagian di atas, majoriti umur putus haid bagi seseorang wanita adalah di antara 45 hingga 55 tahun. Tetapi median umur (kebanyakan) putus haid adalah 52.4 tahun. Tidak dinafikan bahawa umur ini bergantung kepada faktor persekitaran dan iklim, sistem tubuh badan dan keturunan seseorang wanita berkenaan
 Dalam keadaan biasa seseorang wanita berusia yang telah putus haid tidak akan mengalami haid kali kedua dalam hidupnya. Kajian menyatakan hanya lima peratus wanita akan mengalami perdarahan yang seakan-akan haid setelah putus haid
 Jika seseorang wanita yang telah putus haid mengalami perdarahan, ia dikira darah penyakit dan perlu diketahui punca-puncanya melalui siasatan lanjut. Perdarahan ini biasanya tidak tetap hari dan tidak mengikut kitaran bulan yang biasa. Ada kalanya darah yang keluar sedikit dan ada yang banyak sehingga memudaratkan
 darah penyakit ini berpunca daripada beberapa sebab seperti di bawah: 1. Masalah pembekuan darah seperti hemophilia atau jangkitan kuman
2. Wanita yang mengambil pil hormon atau ubat tradisional tertentu. Bahan yang terdapat dalam ubatan herba mungkin mengandungi hormon tersembunyi atau terproses secara semula jadi
3. Pengecutan vagina (vagina atropy) dan pangkal rahim kering menyebabkan senang terluka apabila bersenggama
4. Pembengkakan rahim (radang) tanpa sebab yang diketahui secara jelas. Mungkin perubahan tindak balas badan dan hormon atau jangkitan kuman
5. Perdarahan berpunca daripada kanser rahim, kanser pangkal rahim atau kanser ovari (kilang telur)
6. Terdapat ketulan (polyps) di dalam rahim atau pangkal rahim. Apabila diganggu semasa hubungan intim bersama suami, perdarahan boleh meletus
 Perkara yang paling membimbangkan para pakar perubatan mengenai masalah perdarahan selepas putus haid ini adalah kanser. Lima hingga 10 peratus perdarahan selepas putus haid adalah berpunca daripada kanser rahim
 Kajian perlu dijalankan oleh pakar perubatan bagi mengetahui kanser rahim ini. Antara ujian yang boleh dijalankan adalah dengan kaedah ultra sound sistem peranakan dan melakukan pensampelan peranakan wanita. Melalui kaedah ini pakar perubatan dapat mengetahui secara asas masalah yang dihadapi oleh seseorang wanita
 Oleh yang demikian, doktor akan meletakkan diagnosa awalan kanser rahim kepada sesiapa sahaja wanita yang didatangi darah selepas putusnya haid (menopos). Pemeriksaan lanjut wajib dijalankan bagi mempastikan perdarahan itu bukan berpunca daripada kanser atau sebaliknya
 Setiap daripada kita berhak untuk mendapatkan maklumat kesahihan dan pengesanan penyakit tersebut agar kita boleh bertindak cepat. Jika dibiarkan tanpa kecaknaan daripada kita, diri kita sendiri akan menanggung derita.
Silalah datang ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan. - HARAKAHDAILY 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/perdarahan-selepas-putus-haid-tanda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Jangan Besedih Allah Akan Gantikan Yang Lebih Baik

Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Jangan Besedih Allah Akan Gantikan Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 566 hits
Hikmah Utama Korang Perolehi Selepas Putus Cinta Mungkin setiap orang akan melaluinya Berdepan dengan satu rasa yang tidak seronok dan cukup menyedihkan hati sendiri Siapa mahu berdepan dengan putus cinta Kisah patah hati yang sering kita d...
Remaja 18 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kanser Perut Selepas Kerap Makan Mi Segera Setiap Malam

Remaja 18 Tahun Meninggal Dunia Kerana Kanser Perut Selepas Kerap Makan Mi Segera Setiap Malam

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 860 hits
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dari Taiwan meninggal dunia kerana menghidap penyakit kanser perut selepas menjadikan mi segera sebagai makanan hariannya Menurut laporan remaja berkenaan mula mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak s...
Seorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda Ditanggalkan

Seorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda Ditanggalkan

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 269 hits
Seorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda DitanggalkanSeorang Lelaki Berbangsa Cina Tampil Tempelak Masyarakat Cina Yang Tidak Setuju Papan Tanda Ditanggalkan
Muka Seiras Tanda Ada Jodoh Wajah Sama Dengan Pasangan Jodoh Kuat

Muka Seiras Tanda Ada Jodoh Wajah Sama Dengan Pasangan Jodoh Kuat

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 2278 hits
Muka seiras tanda ada jodoh First of all siapa yang mulakan dulu tips or petua ni Second of all yeke Hahaha Muka umi dan abi saya tak berapa nak seiras tapi Alhamdulillah berkekalan je hingga sekarang Mana bukti muka seiras tanda ada jodoh ...
Mb S Gor Arah Wujudkan Polisi Papan Tanda Jelas

Mb S Gor Arah Wujudkan Polisi Papan Tanda Jelas

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 316 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Ng Sze Han membuat kajian terperinci berkenaan papan tanda supaya wujud satu polisi yang j...
9 Tanda Badan Kekurangan Vitamin C

9 Tanda Badan Kekurangan Vitamin C

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 360 hits
9 Tanda Badan Kekurangan Vitamin C Vitamin C melindungi tubuh daripada kekurangan sistem imun Tubuh memerlukan dos tetap vitamin C untuk cegah penyakit Vitamin C bukan hanya untuk cantik tapi penting juga untuk sihat Sumber vitamin C banyak...
Khutbah Jumat Ini Tanda Tidak Cinta Pada Nabi

Khutbah Jumat Ini Tanda Tidak Cinta Pada Nabi

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 303 hits
Apa saja tanda tidak cinta pada Nabi Silakan lihat dari naskah Khutbah Jumat berikut ini
Jerawat Bernanah Penuh Di Muka Tanda Badan Banyak Toksin

Jerawat Bernanah Penuh Di Muka Tanda Badan Banyak Toksin

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 828 hits
erawat bernanah penuh di muka memang boleh menyebabkan stress dan rasa rendah diri Kalau jerawat tu tumbuh sesekali masa bulan mengambang ok la lagi kan Masalahnya jerawat bernanah tu penuh dan bertambah sepanjang masa Tak sempat kecut lagi...
Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah Biarkan Mereka Pakar

Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah Biarkan Mereka Pakar

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 410 hits
Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah Biarkan Mereka Pakar Panjat memanjat pagar sofa dan pintu grill di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak kanak Kadang kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu obses d...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord