Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah Biarkan Mereka Pakar


Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah, Biarkan Mereka! – Pakar. Panjat-memanjat pagar, sofa dan pintu ‘grill’ di rumah sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak. Kadang-kadang sampai tak tahu nak marah macam mana supaya mereka tak terlalu ‘obses’ dengan aktiviti memanjat ni. Mana tidaknya, malu juga kalau pergi ke tempat awam pun anak masih suka memanjat tanpa memghiraukan orang ramai. Namun, disebalik kepada habit ini tersimpan kebaikannya yang ramai ibu bapa tak tahu. Ikuti penjelasan dari pakar.

KENAPA ANAK SUKA MEMANJAT? Kalau anak/cucu kita dah masuk umur 1.5 tahun ke 2 tahun, jangan terkejut mereka dah mula suka panjat memanjat/ meragaih sofa, pintu grill, baby cot & tangga rumah. Kadang-kadang di tempat awam & rumah orang pun anak/cucu tak reti malu. Mereka lasak memanjat sana sini ni yang buat kita rasa malu teramat sangat. Tak tau di mana nak sorok air muka kita yang handsome/ comel ni he? Ni doc share sikit info mengapa sebabnya jadi begini: Anak ketika ni suka memanjat bukannya ia HYPERAKTIF, bukan anak bermasalah atau nakal. Bukan! Bukan! Bukan! Ni perspektif fikiran ibubapa yang silap! Tapi ia adalah salah satu SKILL penting & BARU dalam perkembangan Motor Kasar pada diri & perkembangan otak anak tu ketika pembesaran dirinya.

INI MERUPAKAN PERKEMBANGAN NORMAL Anak yang baru lahir terus menyusu daripada ibunya. Emak pak & Tok Wan & Opah tak payah mengajarnya. Skill tu ANUGERAH ALLAH cara automatik dalam proses perkembangan bayi yang normal. Bagitu jua belajar meniarap, merangkak, duduk, berdiri & berjalan, uoll tak perlu bagi tution klsd semua ni kepada anak/cucu anda , bukan?

Anda tak payah ajar anak Memanjat Tpi SKILL SPECIAL MEMANJAT ni ANUGERAH ALLAH ni terjelma bila tahap perkembangan bayi tu tiba waktunya dalam perkembangan otak yang normal. Sebabnya ketika ni mereka dah mula ada Deria Vestibular ( Deria pergerakan & keseimbangan). Ini yang menyebabkan mereka suka memanjat & cuba cari & test deria tersebut lalu kelamaan dapat pupuk SKILL tu dlm dirinya dengan baik & berguna pada masa depan mereka. Memanjat memang normal & adalah satu KEPERLUAN dalam perkembangan anak-anak. Masa kecik-kecik dulu doc & anda bebas panjat pokok & main-main panjat tangga & papan gelonsor. Hihihi nasib baik tak merudum ke tanah ketika tu. Tapi zaman la ni, mak ayah sibuk dengan carrier hingga balik larut malam cari duit. No time dengan anak-anak di taman permainan. Sebab tu anak-anak zaman la ni suka memanjat dalam rumah untuk dapat skill daripada Deria Vestibular yang sedang berkembang dalam dirinya.

NASIHAT DOKTOR Biar je Anak/cucu anda nak naik turun tangga dirumah. JANGAN halang mereka menguatkan skill ni. Hanya waspada mereka daripada jatuh & cedera diri mereka je. Anak nak panjat grill rumah, bagi je. JANGAN marah atau rotankan mereka. JANGAN KATA MEREKA NAKAL! HYPERAKTIF! Patut kata good, keep it up!  Anak panjat sofa, relax je. Kalau rosak sofa tu beli le yang baru maklum la nak kasi anak develop skill. Jaga je baik-baik supaya jangan ada injury/ cedera je. Ramai mak ayah buka tv & beri gadget untuk ubah attention anak daripada memanjat. Ini tindakkan yamg tak betul & merosakkan minda & development anak dengan media tersebut tanpa aktiviti lasak. Memanjat membuat urat otot, tulang, sendi serta deria Saraf Vestibular anak/cucu berkembang cepat & lagi matang. Biar je anak/cucu memanjat! Anda RELAX je saja.
Sumber : Dr. Rahim Via Sirap Limau
Artikel Lain

Tip Untuk Mengubati Rindu Cinta Jarak Jauh, Paling Penting No. 3 tu! Ketahuilah Tip Untuk Mengubati Rindu Cinta Jarak Jauh, Paling Penting No. 3 tu! Hubungan cinta jarak jauh pasti membebankan bagi sesetengah pasangan. Rasa rindu yang cukup mendalam antara satu sama lain amat mendalam kerana jarang sekali untuk bertemu atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Perasaan jadi tidak menentu dan ada kalanya menimbulkan persoalan adakah si dia disana setia dan masih mencintai. Mungkin anda sendiri pernah mengalami perasaan ini hingga menjadi tidak keruan akibat rindu yang berlebihan. Jom pengantin kongsikan 5 tip pengubat rindu bagi anda yang menjalinkan hubungan cinta jarak jauh!

1. TERUS BERHUBUNG Biar hanya seketika pastikan anda berdua akan terus berhubung setiap kali sebelum menamatkan hari-hari anda. Skype, Google Talk atau panggilan sekadar lima minit pun memadai mahupun hanya ucapan selamat malam. Ini bukti cinta anda masih utuh buatnya. Namun usah lakukan kerana terpaksa dan pastikan anda sentiasa ada setiap kali si dia mahu berkongsi cerita. Selagi pasangan anda masih mahu berhubung maknanya si dia masih lagi serius untuk meneruskan hubungan yang dijalin walau jarak waktu dan masa memisahkan anda berdua.

2. EKSPRESIKAN PERASAAN BUAT SI DIA Sedangkan pasangan yang sering bersama pun kadang sukar untuk menyatakan perasaan sebenar apatah lagi mereka yang bercinta jarak jauh. Namun ada cara bagaimana anda boleh memperbetulkan situasi ini. Dr. Gary Chapman menerusi artikelnya ‘The Five Love Languages for Singles’, menyatakan cara terbaik meluahkan perasaan adalah dengan pemilihan kata dan ayat yang betul kepada pasangan anda. Usah mudah terlarut emosi ketika menyatakan sayang atau rindu kerana itu belum tentu akan membuat pasangan anda selesa malah lebih teruk merimaskan. Apa yang boleh dilakukan, hantarkan kiriman kata-kata pujangga cinta melalui e-mel berserta lagu yang tepat dengan perasaan anda ketika itu. Hal ini merupakan salah satu saluran yang boleh anda lakukan untuk mengekspresikan perasaan kepada si dia.

3. TULUS DAN SETIA Syarat pertama harus jujur dan telus. Tiada apa yang boleh kekal lama tanpa ketulusan juga ketelusan dalam mengukuhkan sesuatu perhubungan. Jika syarat ini tidak berjaya dipegang kedua-dua belah pihak maka kasih dijalin hanya sekadar di permukaan, sama ada kerana takut putus atau sekadar bermain tarik tali. Dr. Greg Guldner, pengarang ‘Long Distance Relationship : The Complete Guide‘ menyatakan 70% daripada pasangan yang mengalami epidemik cinta sebegini selalunya gagal dalam mempertahankan perhubungan kerana tidak mampu membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku bila berhadapan dengan situasi baru ini.

4. BERIKAN KEJUTAN Kejutan manis buat si dia adalah perkara yang sentiasa boleh anda fikirkan. Tidak salah wang yang anda laburkan setiap kali keluar bersama dulu dikumpul dan gunakan untuk memberi kejutan dengan mengunjungi si dia yang jauh. Hal ini pasti saja akan memberi keterujaan kepada pasangan selain menjadi bukti sayang kepada si dia. Jika masih belum mampu untuk melakukan perkara tersebut banyak kejutan lain boleh diberi seperti mengirimkan CD band tempatan kegemarannya atau membuat kolaj memori, kompilasi komunikasi anda berdua di media sosial seperti Yahoo Messenger dan jadikannya satu himpunan seakan cerpen. Pasti akan membuat si dia tersenyum kembali ketika membacanya.

5. RAIKAN MASA SENDIRI Cipta hobi serta minat baru agar masa lapang yang selalunya anda habiskan bersama si dia terisi. Dekatkan diri dengan aktiviti kesukaan anda seperti membeli-belah, bersukan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Aktiviti begini mampu menukar duka sendiri anda selain memberi pengalaman berbeza ia juga pasti akan membikin si dia ingin tahu lebih lagi tentang aktiviti yang anda lakukan. Elakkan dari bersendirian dan ia boleh menyebabkan anda sentiasa teringatkan si dia. Penuhi hari demi hari anda dengan aktiviti berfaedah dan boleh menceriakan hari anda!
The post Memanjat Bukan Tanda Anak Anda Bermasalah, Biarkan Mereka! – Pakar appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/memanjat-bukan-tanda-anak-anda-bermasalah-biarkan-mereka-pakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bmw Group Iktiraf Anak Iban Ini Sebagai Pakar Teknologi Automotif Tandatangani Kontrak 10 Tahun

Bmw Group Iktiraf Anak Iban Ini Sebagai Pakar Teknologi Automotif Tandatangani Kontrak 10 Tahun

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 496 hits
Seorang anak muda mencipta sejarah apabila menjadi anak Sarawak pertama yang bakal menandatangani kontrak dengan syarikat automotif terkenal dunia BMW Group Franklin Lingga Abun 20 telah ditawarkan dengan kontrak 10 tahun bersama BMW Group ...
Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 511 hits
Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka Takpun dihulurkan saja smartphone sementara menunggu hidangan sampai di restoran Baru...
Fokus Kekuatan Anak Sentiasa Positif Mereka Akan Jadi Hebat

Fokus Kekuatan Anak Sentiasa Positif Mereka Akan Jadi Hebat

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 334 hits
Semalam saya baru sahaja bertemu mentor kami master z dan master lyna Antara yang saya share eh bajet aku power lak ialah saya suka fokus kekuatan anak Cerita anak anak ini sangat best kenapa sangat best Sebab di sini bila kita fokus kita t...
Tak Perlu Stres Jika Anak Kita Tak Sepandai Anak Orang Lain Setiap Anak Dah Ada Rezeki Mereka

Tak Perlu Stres Jika Anak Kita Tak Sepandai Anak Orang Lain Setiap Anak Dah Ada Rezeki Mereka

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 361 hits
Jika ibu ibu stres anak tidak sepandai anak kawan kawan anda tanyalah kepada diri kenapa perlu stres Anak bukan trofi kita Dia adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya dengan bijak dan penuh hormat Sikap berjaya yang perlu k...
Kanak Kanak Juga Boleh Stres Ini 8 Tanda Amaran Anak Anda Sedang Tertekan

Kanak Kanak Juga Boleh Stres Ini 8 Tanda Amaran Anak Anda Sedang Tertekan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 372 hits
Oleh Nurul Nazrah Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor Bukan orang dewasa sahaja yang boleh berada dalam tekanan Bahkan anak kecil juga sudah pandai stres Kanak kanak boleh menjadi tertekan disebabkan hal keluarga rakan...
Ini Respon Anak Wanita Itu Setelah Ibu Mereka Kahwin Lelaki Muda Wanita Kahwin Lelaki Muda Viral Di Media Sosial

Ini Respon Anak Wanita Itu Setelah Ibu Mereka Kahwin Lelaki Muda Wanita Kahwin Lelaki Muda Viral Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 1088 hits
Tempoh hari tular di media sosial sekeping gambar pasangan pengantin Berita itu mula menjadi perhatian masyarakat apabila dimaklumkan usia pengantin lelaki 26 tahun sementara pasangannya 55 tahun Memandangkan perkahwinan ini dianggap luar b...
Bila Panggil Nama Anak Tapi Anak Tak Respon Risaunya Pakar Pertuturan Kongsi 3 Langkah Mudah Untuk Anak Respon

Bila Panggil Nama Anak Tapi Anak Tak Respon Risaunya Pakar Pertuturan Kongsi 3 Langkah Mudah Untuk Anak Respon

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 360 hits
Bila panggil nama anak anak tak respon atau berpaling Risau bukan Kanak kanak yang mempunyai kelewatan dalam perkembangan contohnya seperti autism kebanyakannya tidak memberikan respon kepada nama secara konsisten Ini menyukarkan kita untuk...
Ada Sebabnya Kenapa Perlu Elakkan Sarapan Tinggi Gula Pada Anak Pakar Dietetik Beri Penjelasan

Ada Sebabnya Kenapa Perlu Elakkan Sarapan Tinggi Gula Pada Anak Pakar Dietetik Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 500 hits
Ada dikalangan anak anak kita yang tidak suka mengambil sarapan pagi Mengajar anak untuk mengambil sarapan setiap pagi sebenarnya bermula daripada mama dan papa sendiri Pastikan anak anak wajib diberikan sarapan namun jangan pula diberikan ...
Biarkan Dia Bosan Jangan Bagi Anak Main Gajet Telefon Pintar

Biarkan Dia Bosan Jangan Bagi Anak Main Gajet Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 371 hits
Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka Takpun dihulurkan saja smartphone sementara menunggu hidangan sampai di restoran Barulah lega bila tengok anak buat sesuatu Tapi penemu...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya