Perdana Menteri


blogtunm.blogspot.com Tun M 1. Kerajaan Ismail Sabri bersetuju untuk memberi tanah dan membuat rumah yang bernilai RM100,000,000 konon sebagai menghargai khidmat Najib sebagai Perdana Menteri.
2. Apa dianya sumbangan Najib kepada negara? Yang kita tahu ialah ia didapati bersalah mencuri duit Kerajaan, menghilang duit Kerajaan berbillion Ringgit. Dia dihukum penjara 12 tahun dan denda lebih dari 200 juta Ringgit. Ia sedang dibicara terhadap lebih 800 juta $AS yang ada dalam banknya. Dan dia tidak dapat jelas bagaimana ia memperoleh wang yang sebegitu banyak. Ini bukan perkara lama. Ini perkara sekarang dan masa depan kerana sampai puluhan tahun Kerajaan Malaysia terpaksa bayar faedah sebanyak 2 billion Ringgit setahun dan hutang pokok 42 billion. Anak cucu kita akan tanggung beban ini.
3. Ia juga merosak parti UMNO yang buat pertama kali kalah dalam PRU-14. Pentadbiran negara juga dirosakkan sehingga pegawai tinggi terpaksa dihentikan kerana rasuah.
4. Ekonomi negara hancur. Dan sekarang ini keadaan politik tidak stabil sehingga dalam masa tiga tahun berlaku pertukaran Perdana Menteri tiga kali.
5. Negara ini yang dahulu dikenali sebagai Asian Tiger sekarang menjadi kleptokrasi iaitu negara pencuri yang diperintah oleh pencuri, hasil pemerintahan Datuk Seri Najib.
6. Dunia pandang hina kepada Malaysia sekarang.
7. Untuk semua ini dan banyak lagi Kerajaan Ismail Sabri melulus 2.7 ekar tanah bernilai 60 juta Ringgit lebih dan akan bangun sebuah rumah bernilai RM40 juta kerana mengenang “jasa” Najib.
8. Tunku Abd Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia dan berjaya memerdekakan negara hanya dapat sebuah rumah papan. Rumah Tun Razak dijadi monument. Tun Hussein pun tidak dapat apa-apa yang bernilai tinggi. Tun Rahah dapat rumah Kerajaan yang sedia ada.
9. Saya jadi Perdana Menteri selama 22 tahun tidak tuntut dan tidak dapat apa-apa selain dari pencen dan RM10,000 sebulan untuk selenggara rumah yang didiri oleh saya sendiri. Sebidang tanah di Putrajaya telah ditawar kepada saya secara percuma apabila saya bersara tetapi saya telah tolak dan sebaliknya saya beli tanah di Putrajaya dengan harga seperti yang ditawar kepada penjawat awam apabila bersara.
10. Setiap tahun saya bayar cukai tanah sebanyak RM6,071 dan cukai taksiran sebanyak RM1,792.
11. Najib yang menghancurkan negara sehingga menjadi kleptokrasi pula akan diberi RM100,000,000 tanpa dilulus oleh Parlimen – bahkan dirahsia. Najib membuat permohonan sedangkan bekas Perdana Menteri lain tidak buat permohonan untuk tanah tertentu. Sama ada Kerajaan susulan hendak balas budi atau tidak adalah hak Kerajaan.
12. Dunia ketawa melihat Malaysia di mana seorang banduan yang lesap berbillion Ringgit begitu disanjung tinggi dan dihormati.
13. Sebagaimana biasa Najib cuba salahkan saya kerana buat pindaan pada tahun 2003 kepada Akta Saraan Ahli Parlimen 1980.
14. Pindaan itu bertujuan untuk Kerajaan menimbang memberi sedikit ganjaran kepada bekas Perdana Menteri sebagai mengenang jasa mereka. Biasanya ganjaran yang diberi ialah rumah Kerajaan yang sedia ada.
15. Ia tidak bertujuan untuk memberi kemewahan atau kekayaan kepada bekas Perdana Menteri.
16. Perdana Menteri tidak perlu kepada banyak ganjaran selepas bersara kerana pencen, gratuiti dan elaun yang diperolehi lebih dari mencukupi untuk membina rumah sendiri yang selesa. Itulah yang saya lakukan.
17. Kita boleh hargai jasa seseorang Perdana Menteri tetapi tidaklah sampai menjadinya millionaire. Sumbangan mereka sebenarnya juga perlu diambil kira. Bagi seorang Perdana Menteri yang merosakan negara sehingga dihukum penjara, perlukah kita beri hadiah sampai 100 juta, sedangkan yang merdekakan negara diberi hanya sebuah rumah dinding papan berbumbung genting sahaja?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blogtunm.blogspot.com/2021/11/perdana-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majoriti Ketua Bahagian Umno Desak Perdana Menteri Segerakan Pilihan Raya Umum Ke 15

Majoriti Ketua Bahagian Umno Desak Perdana Menteri Segerakan Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Seramai 158 Ketua Bahagian UMNO yang hadir mesyuarat tergempar hari ini mendesak pilihan raya umum diadakan dengan kadar paling segera kata Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Jamal Yunos Katanya suara itu akan disampaikan kepada Per...
Kenyataan Media Yab Perdana Menteri Kerajaan Telus Isu Littoral Combat Ship Arah Siasatan Disegerakan

Kenyataan Media Yab Perdana Menteri Kerajaan Telus Isu Littoral Combat Ship Arah Siasatan Disegerakan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 188 hits
KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI KERAJAAN TELUS ISU LITTORAL COMBAT SHIP ARAH SIASATAN DISEGERAKAN Kerajaan memandang serius isu Littoral Combat Ship yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perkara ini dibincang...
Pemenjaraan Najib Bukti Rakyat Mampu Hukum Perdana Menteri Korup

Pemenjaraan Najib Bukti Rakyat Mampu Hukum Perdana Menteri Korup

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 192 hits
Pengekalan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak merupakan bukti kuasa rakyat mampu mengubah landskap politik negara dan menghumban ahli politik korup ke penjara Ketua Penerangan KEADILAN Ma...
Raja Media Sosial Perdana Menteri Fb Kini Seakan Sudah Hilang Gagah Beraninya

Raja Media Sosial Perdana Menteri Fb Kini Seakan Sudah Hilang Gagah Beraninya

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 326 hits
Ketika menyeru ahli ahli UMNO agar memberikan solidariti kepada Najib Razak yang kini berada di saat saat genting Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai Raja Media Sosial Memang tidak dinafikan sejak ...
Hiburan Tukar Lagi Menteri Alam Sekitar Cadang Guna Kereta Elektrik Buat Jemaah Menteri

Hiburan Tukar Lagi Menteri Alam Sekitar Cadang Guna Kereta Elektrik Buat Jemaah Menteri

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 194 hits
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk menggunakan kereta jenis elektrik bagi kegunaan jemaah menteri bermula tahun hadapan Ini berikutan langkah kerajaan untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar dan ...
Hina Agama Nur Syazwani Akan Dikenakan Tindakan Undang Undang Menteri

Hina Agama Nur Syazwani Akan Dikenakan Tindakan Undang Undang Menteri

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 228 hits
Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menggesa wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki didakwa kerana menghina agama Baca Beliau berkata tindakan itu perlu bagi mengelakkan lebih banyak k...
Menteri Suharso Pandemi Hambat Pencapaian Pembangunan Berkelanjutan Di Ri

Menteri Suharso Pandemi Hambat Pencapaian Pembangunan Berkelanjutan Di Ri

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 178 hits
Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa mengatakan pandemi Covid 19 telah mengganggu pencapaian Sustainable Development Goals atau tujuan pembangunan berkelanjutan yang menjadi agenda internasional Persatuan Bangsa Bangsa
Kenapa Najib Sebagai Menteri Kewangan Setuju Dengan Kontrak Lcs Yang Berat Sebelah

Kenapa Najib Sebagai Menteri Kewangan Setuju Dengan Kontrak Lcs Yang Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 150 hits
Najib Razak digesa untuk menjelaskan mengapa dia sebagai menteri kewangan sewaktu pentadbiran BN memberi layanan berat sebelah kepada kontraktor utama projek kapal tempur pesisir Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd Dalam kenyataan hari ini Seti...
Betul Ke Menteri Agama Ph Jual Aset Tabung Haji Atau Sebaliknya

Betul Ke Menteri Agama Ph Jual Aset Tabung Haji Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 254 hits
Betul Ke Menteri Agama PH Jual Aset Tabung Haji atau Sebaliknya Pelik juga ada lagi masih menjual fitnah yang Menteri PH jual aset tabung haji di sebalik Jabatan Audit Negara sendiri bagi Anugerah untuk penstrukturan pemulihan semula TH Aun...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord