Raja Media Sosial Perdana Menteri Fb Kini Seakan Sudah Hilang Gagah Beraninya


 
Ketika menyeru ahli-ahli UMNO agar memberikan solidariti kepada Najib Razak yang kini berada di saat-saat genting, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai “Raja Media Sosial”.
Memang tidak dinafikan, sejak hilang jawatan Perdana Menteri pada 2018, Najib adalah “Raja Media Sosial” di negara ini dan banyak pihak lain pula melabelnya sebagai “Perdana Menteri FB”.
Ini kerana di laman FBnya, semua benda Najib cuba tunjuk pandai dan gagah perkasa seolah-olah tiada langsung rasa lemah serta takut dalam dirinya.
Tun Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Mahiaddin Md Yasin, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Rafizi Ramli dan malah sesiapa saja, semua disanggahnya dengan gaya pandai dan serba tahunya dalam semua perkara.
Berkali-kali beliau turut menyatakan tidak pernah takut kepada sesiapa dalam perjuangannya dengan sesekali pula memetik ungkapan popular Anwar – lawan tetap lawan.
Lantaran itulah juga beliau buat pertama kali dalam hidupnya sedia berdebat dengan Anwar, meski kemudian diketahui banyak syarat-syarat diletakkannya.
Ketika kempen PRK atau PRN, Najib sentiasa saja mempamerkan dirinya berkempen di tempat-tempat kunjungan ramai bagi menunjukkan kehadirannya sentiasa mendapat perhatian.
Pantang jumpa mikrofon di pentas ceramah atau konvensyen, atas kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN, suatu jawatan baru yang diwujudkan khas untuknya, Najib seolah-olahnya adalah panglima perang yang ucapannya penuh dengan cara dan kaedah bagaimana untuk memenangi pilihan raya.
Kadang-kadang mendengar ucapannya itu menjadikan ramai orang terlupa bahawa UMNO dan BN buat pertama kali telah hilang kuasa di bawah kepimpinannya.
Itulah Najib sejak 2018 yang lalu.
Bagaimanapun gaya hebat serta gagahnya di media sosialnya seperti telah berakhir semalam.
Dalam meluahkan rasa kecewanya semalam kerana permohonan peguamnya, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri ditolak oleh mahkamah dengan sebelum itu permohonan membawa bukti baru dan menangguhkan pendengaran rayuan juga ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, Najib yang dulunya gagah dan sedia melawan, tiba-tiba sudah bertukar lemah serta merintih inginkan simpati.
Ternampak tiada langsung semangat melawan seperti yang ditunjukkan oleh Anwar atau beberapa pemimpin dunia lain yang kental perjuangan mereka dalam berhadapan kes di mahkamah.
“Saya ingin merekodkan bantahan saya yang paling kuat berhubung prosiding rayuan hari ini, dengan hak saya untuk hidup, kebebasan dan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil dipertaruhkan.
“Dan para peguam saya, yang telah cuba menarik diri mereka sendiri kerana mereka tidak dapat atau sanggup mewakili saya lagi, masih dipaksa oleh Mahkamah Persekutuan untuk terus duduk di bangku peguam bela dengan tujuan bahawa saya diwakili.
“Dalam keadaan peguam saya tidak bersedia untuk rayuan ini, bermakna saya tidak mempunyai peguam yang berkesan.
“Saya kini berada dalam situasi di mana hak saya untuk mendapatkan peguam dan perbicaraan yang adil cuma ilusi,” tegas Najib lagi.
Begitu pun Najib menafikan motifnya itu adalah untuk melengah-lengahkan kes rayuannya.
“Saya tidak malu untuk mengatakan, saya terdesak,” tambahnya lagi.
Apa yang menghairankan di sini, dalam usaha untuk meneruskan pembelaannya dan oleh kerana tarikh rayuan kesnya untuk didengar sudah lama ditetapkan, beliau sepatutnya marah kepada peguamnya yang mahu menarik diri daripada mewakilinya itu.
Malangnya yang dijadikan sasaran kekecewaan dan bantahan ialah hakim serta Mahkamah Persekutuan kerana menolak penangguhan perbicaraan.
Tidak ada terdengar Najib meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap peguamnya.
Dalam hal ini, benarkah tujuan sebenar Najib bukan untuk melengah-lengahkan perbicaraan selama tiga atau empat bulan lagi, mungkin dengan harapan dalam tempoh penangguhan tersebut, Parlimen akan dibubarkan dan PRU15 akan diadakan terlebih dahulu?
Apa pun, meneliti kenyataan media Najib semalam, wataknya daripada “Raja Media Sosial” dan “Perdana Menteri FB” telah berubah dengan sekelip mata.
Selain keceriaan di wajahnya tidak lagi kelihatan, watak gagah, berani, suka mencabar dan gemar “mentroll” lawan politiknya sebagaimana yang gemar dilakukannya selama ini seakan sudah melayang pergi daripada dirinya.
Di kala ini, perkataan lawan tetap lawan juga barangkali sudah terpadam terus daripada memorinya.
Najib kini adalah sosok yang kelihatan lemah dan penuh simpati di sebalik hari-hari penentuan semakin dekat menghampirinya. – ShahbudinHusin 19/08/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/raja-media-sosial-perdana-menteri-fb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Ajak Akar Umbi Pertahankan Raja Media Sosial Najib

Zahid Ajak Akar Umbi Pertahankan Raja Media Sosial Najib

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 156 hits
agendaily com17 08 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan 87 pertuduhan di mahkamah termasuk jenayah rasuah manakala bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dihukum penjara 12 tahun dan denda selain berdepan ban...
Kenyataan Media Yab Perdana Menteri Kerajaan Telus Isu Littoral Combat Ship Arah Siasatan Disegerakan

Kenyataan Media Yab Perdana Menteri Kerajaan Telus Isu Littoral Combat Ship Arah Siasatan Disegerakan

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 173 hits
KENYATAAN MEDIA YAB PERDANA MENTERI KERAJAAN TELUS ISU LITTORAL COMBAT SHIP ARAH SIASATAN DISEGERAKAN Kerajaan memandang serius isu Littoral Combat Ship yang sedang dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perkara ini dibincang...
Mahkamah Tempat Terbaik Buat Najib Buktikan Beliau Serba Tahu Seperti Di Media Sosial Rafizi

Mahkamah Tempat Terbaik Buat Najib Buktikan Beliau Serba Tahu Seperti Di Media Sosial Rafizi

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 164 hits
Pendengaran rayuan kes korupsi dana SRC International oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak yang bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan adalah forum terbaik untuk rakyat mengikuti kehandalan Ahli Parlimen Pekan itu Menurut Timbalan Pres...
Saya Insan Yang Lemah Aliff Syukri Mohon Maaf Undur Diri Dari Media Sosial

Saya Insan Yang Lemah Aliff Syukri Mohon Maaf Undur Diri Dari Media Sosial

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 220 hits
Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil membuat permohonan maaf kepada semua orang terutama ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya Aliff di...
Kecoh Di Semua Media Sosial Dan Ramai Jugak Yang Kata Tak Sedap Dan Mahal Betul Ke

Kecoh Di Semua Media Sosial Dan Ramai Jugak Yang Kata Tak Sedap Dan Mahal Betul Ke

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 185 hits
Lokasi Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur MalaysianStreetfood RacunAzfarBadrul PasukanAsik LanjutkanDikamu RacunHobbyMakan
Menghendap Seseorang Di Media Sosial Adalah Satu Jenayah Boleh Dihukum Penjara Denda

Menghendap Seseorang Di Media Sosial Adalah Satu Jenayah Boleh Dihukum Penjara Denda

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 153 hits
Bukan sahaja menghendap secara fizikal malah perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang Undang Kanun Keseksaan 2022 Akta Kanun Keseksaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mas ...
Bank Perlu Tanggung Wang Pelanggan Hilang Kata Timbalan Menteri

Bank Perlu Tanggung Wang Pelanggan Hilang Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 164 hits
Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah menggesa pelanggan teraniaya membuat laporan polis selain kepada bank masing masing PETALING JAYA Institusi kewangan dan bank perlu bertanggungjawab terhadap kehilangan wang simpanan pelanggan ...
5 Tips Menjaga Kesehatan Mental Ketika Berada Dalam Lingkungan Media Sosial

5 Tips Menjaga Kesehatan Mental Ketika Berada Dalam Lingkungan Media Sosial

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 351 hits
Lingkungan Media Sosial Memang ketika bicara mengenai media sosial sampai kapanpun tidak akan habisnya Hal ini dikarenakan tingkah polah para netizen di Indonesia sudah masuk dalam kategori tidak sopan sedunia Menurut hasil riset tingkat ke...
Berlegar Di Media Sosial Kelibat Syarikat Penghantar Makanan Yang Baru Rider Dah Mula Tinggalkan Grab Ke

Berlegar Di Media Sosial Kelibat Syarikat Penghantar Makanan Yang Baru Rider Dah Mula Tinggalkan Grab Ke

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 261 hits
Di tengah tengah ketidakpuasan hati yang timbul dalam kalangan penghantar makanan terhadap syarikat induk kini berlegar di media sosial tentang perkhabaran adanya sebuah syarikat penghantar makanan yang baru bersaing dengan perkhidmatan sed...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut