Percutian Tahun Baharu Ke Lombok Indonesia Yang Memukau Dengan Pantai Biru Dan Cantik


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Masih belum terlewat lagi Maha nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua tak kira di mana korang berada. Tahun ni korang sambut tahun baharu dekat mana?. Maha buat pertama kali sambut kat luar negara walaupun tak jauh hanya negara jiran. Tapi ia satu pengalaman yang sangat menyeronokkan



Maha nak kongsikan kepada korang pengalaman Maha pergi bercuti ker Pulau Lombok Indonesia atau ada orang pangil dengan julukan Pulau 1000 Masjid. Ini memang betul yer kerana sepanjang perjalanan Maha di Pulau Lombok tak sampai beberapa meter korang boleh jumpa masjid. Malah ada sesetengah tempat terdapat dua masjib besar yang berhadapan. Mereka bergilir-gilir melakukan solat Jumaat untuk dua Masjib tersebut



Itu kehebat yang korang dapat lihat di Pulau Lombok ini. Ia juga berada di wilayah Nusa Tenggara Barat Indonesia. Kalau ikutkan waktu di Lombok dan Malaysia tiada beza sama sahaja tidak lambat dan tidak lewat. Cuma kat sini kalau waktu Maghrib mereka gelap cepat di mana pukul 6.00 petang tu dah gelap. Waktu subuh mereka pula awal kalau pukul 6.00 pagi tu dah cerah. Namun angin kat sana sangat sedap lembut sambil dipukul angin kerana dikelilingi laut. Tapi kalau waktu tengah hari tu memang panas teriklah

Penerbangan Hari Pertama Di Lombok
Itu tadi sikit intro tentang suasana di sana. Betul kata orang jauh perjalanan luas pemandangan dan panjang pengetahuan. Maha pergi dengan kawan berdua sahaja daripada KLIA2 menaiki penerbangan AirAsia direct selamat 3 jam. Kalau korang rasa tak nak bosan 3 jam dalam flight tu boleh sahaja naik flight transit tapi lambat sikit lah. Kami bertolak flight pukul 2.05 petang dan sampai kat sana lebih kurang pukul 5.00 petang



Kami sampai kat Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok iaitu lapangan terbang baru lebih cantik dan sangat luas. Ia juga dikenali dengan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Zainuddin Abdul Madjid. Hanya satu-satu lapangan terbang di pulau tersebut. Kat sana untuk transport koran tak perlu risau ada sahaja Grab atau juga Taxi lapangan terbang. Tapi korang kena pandai tawar harga kerana daripada lapangan terbang nak pergi hotel kami duduk di Senggigi sepatutnya 230,000.00rupiah. Tapi masa kami ambil Taxi tu kena RM300,000 rupiah daripada harga yang asal 400,000rupiah. Kena juga tawar menawar ok

Supir Pak Luluk Sangat Baik Orangnya

Jadi kami naik Taxi dan Alhamdulillah kami dapat pemandu atau Pak Supir Taxi seorang bapak yang sangat baik dan ramah. Kat sana semua pemandu akan menawarkan untuk menjadi pemandu pelancongan kepada korang kalau korang tiada ambil mana-mana pakej. Jadi bapak yang kami ambil ni namanya Pak Luluk (+62 823-4020-2837) korang boleh ambil khidmat supir dengan beliau contact direct no tu. Maha sangat rekemen ambil dengan Pak Luluk ni. Ini kerana harga yang ditawarkan sangat berbaloi dan juga tempat yang dijanjikan semua dibawa. Siap bercerita tentang sejarah dan juga bagi panduan untuk berada di sesetengah tempat supaya tidak kena scam atau kena perkara yang tidak baiklah



Akhirnya kami sampai kat The Jayakarta Lombok Beach Resort & Spa yang terletak di Senggigi dekat dengan Bandar Mataram. Tapi bapak supir tu cakap sejak tahun 2021 adanya Litar Lumba Mandalika di sana kawasan Senggigi tidak lagi semeriah dulu. Kalau nak duduk kawasan yang makin naik dan meriah dengan pelancong dan segala aktiviti yang hidup siang malam boleh duduk hotel area Baturiti di Kuta Pujut, Lombok Tengah




Tapi nak buat macam mana kami dah booking dalam applikasi AirAsia untuk flight dan hotel jadi dah dapat diskaun tetaplah juga duduk hotel tu. Alhamdulillah hotel yang kami duduk tu walaupun ia hotel dengan rekabentuk yang lama tapi sangat selesa dan luas. Berada betul-betul dekat dengan Pantai Senggigi. Cuma situ yang kurang menarik pantainya berpasir hitam tidak di bahagian lain pulau ini. Maha tanya dengan pak supir tu dia sendiri tidak pasti kena pantai pasir sepanjang Senggigi tu berwarna hitam. 
Kawasan Dekat Dengan Bandar Dan Jualan Cenderamata
Tak sanka rupanya Hotel Jayakarta yang kami duduk tu dekat dengan beberapa tempat menarik. Paling dekat hanya jalan kaki 2 minit sahaja iaitu Sasaku dan juga Lombok Exotic. Dua ini adalah tempat jualan oleh-oleh Lombok yang sangat besar dan juga popular. Dalamnya ada macam-macam barang boleh beli bawa pulang. Korang tahu hari pertama sampai sahaja kami dah shopping barang oleh-oleh wakakaka. Barang daripada pakaian, kain hela, selendang, beg, makanan dan juga hiasan rumah untuk di hadiahkan kepada kawan-kawan nanti





Seronok bila masuk memang rambang mata jadinya tak tahu nak beli apa sebab harga pun berpatutan dan juga banyak cenderahati. Tapi Maha beli jugalah beberapa barang ada baju nak hadiakan kepada keluarga dan juga barang hiasan untuk kawan-kawan hehehe. Sana boleh pakai duit tunai rupiah juga boleh guna card Visa atau Mastercard. Jadi mudahlah korang nak membeli



Satu lagi yang dekat dengan hotel yang kami duduk adalah tempat makan. Satu-satunya makanan yang popular di Lombok adalah Ayam Taliwang. Korang wajib cuba makan menu yang menjadi identiti kat sana. Ayam Taliwang ni menurut pak supir yang bawa kami ia adalah ayam yang masih muda dimasak dengan bakar bersama beberapa rempah. Sambal yang diberikan juga sangat sedap dan menyelerakan. Restoran yang berhampiran dengan hotel kami duduk adalah Kedai Setia Pak Jenggot. 


Set Ayam Taliwang Bersama Nasi Putih

Rupanya kedai makan ni popular juga yer dikalangan pelancong. Dibuka dari pagi hingga malam korang boleh nak makan apa sahaja ada Ayam Penyet, Bakso, Bebalong, Nasi Goreng, Plecing dan bayak lagi. Malam memang kami makan kat sini sahaja tempat pun cantik dan menarik. Dekorasi simple sahaja tapi selesa. Makanan sedap dan sangat rekomen

Perjalanan Hari Kedua Di Lombok
Setelah makan malam tadi kami balik hotel tidur dan janji dengan pak supir tuk datang ambil kami esok nak bawa jalan-jalan tempat menarik sekitar Lombok. Kos bayaran satu hari perjalanan hanya 600,000rupiah sahaja. Cuma tidak termasuk bayaran parking kat tempat yang dikenakan cas parking sahaja. Tak mahal pun tu dalam 10,000rupiah. Selain itu, semua dah termasuk minyak dan juga makan untuk pak supir tu murahkan. Jadi masuk hari kedua kami bangun awal kerana nak bersiap dan sarapan di hotel



Kalau Maha bercuti akan cari hotel yang ada sekali sarapan sebab kadang-kadang kita tak tahu sempat atau tidak nak cari tempat makan lain yang jauh. Kat hotel ni best sarapan kami bukan sahaja berhadapan dengan kolam renang tapi juga berhadapan dengan Pantai Senggigi yang berpasir hitam. Walaupun pasir hitam tapi tetap cantik cuma kami tak berani nak mandi pantai tu sebab persisir pantai agak juram ke bawah. Sarapan pagi makan Nasi Goreng atau tak pun Mee Segera yer mereka sediakan. Ada jugalah makanan lain seperti kuih-muih tradisional dan juga pasti, roti serta buah-buahan. Minuman semua jus buah segar tau




Cuma pak supir tu nasihatkan pada kami kalau nampak ada orang jualan di sepanjang tepi pantai kat Senggigi tu janganlah cuba untuk membeli. Bukan tidak mahu membantu mereka tapi barang yang dijual tiada kualiti cepat rosak. Sebab itu ia dijual murah kalau baju tu sehelai boleh dapat 20,000rupiah sahaja tapi sekali pakai dan cuci terus rosak ramai pelancong sudah terkena. 



Kemudian tepat pukul 8.00 pagi pak supir datang dan kami naik kereta terus untuk pergi tempat pertama yang dituju iaitu area Litar Lumba Mandalika. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 20 minit yer nak sampai ke sana memang jauh. Kami sampai sahaja terus pergi kat Tanjung Aan tak nak buang masa. Masa Maha naik bukit sikit tu ingat biasa-biasa sahaja Masha  Allah pemandangan pantai yang sangat cantik




Walaupun curam tinggi dan pantai kat bawah tu rasa berbaloi perjalanan jauh kami nak sampi sini. Selalu kat sini kalau hujung minggu akan ramai orang tempatan atau pelancong bersantai waktu petang untuk lihat matahari terbenam. Tapi kami tidak menginap berdekatan area situ jadi terlepas semua pemandangan menarik tu. Dapat lihat pantai yang memutih dan air laut yang jernih membiru sangat kagum dan cantik giler kat Lombok ni. Kami berada kat situ lebih kurang dalam 20 minit juga bergambar sakan. 



Lepas tu kami teruskan pula ke lokasi kedua iaitu Pertamina Mandalika International Circuit yang menjadi litar kebanggaan warga Indonesia. Pertama kali dibina dan siap dibuka pada tahun 2021. Tak dapat masuk dalam kami cuma bergambar dipintu masuk. Dapat melihat daripada luar pun dah cukup. Tapi tidak yer pak supir bawa kami ke satu kawasan dipanggil Bukit Seger Putri Mandalika




Kat sini ada sejarah tersendiri tau, menurut pak supir dia sempat bercerita di mana terdapat seorang gadis cantik yang menjadi kegilaan jejaka serata wilayah. Kerana terlalu ramai dan semua orang suka dan jatuh cinta kepada gadis jelita ini maka akhirnya gadis ini membuat keputusan membunuh diri dengan terjun dari Bukit Seger untuk mengelak dari berlaku pertumpahan darah merebutkan gadis ini. Sampai begitu sekali yer. Kalau sampai kat bawah bukit tu ada dibinakan replika batu seorang gadis yang dikejar orang kampung untuk mengahwininya sebagai salah satu kisah orang dulu-dulu yang ada di sini




Kami panjat bukit tu tidaklah tinggi sangat cuma masuk kena bayaran 5,000rupiah. Kat atas bukit tu dapat lihat pemandangan laut yang sangat cantik digambarkan secantik gadis yang membunuh diri di situ. Juga dari atas bukit itu dapat dilihat bucu litar paling tajam dalam Sircuit Mandalika. Jadi menjadi tumpuan orang ramailah untuk bergambar kat situ. Bila waktu petang penuh juga orang nak ambil gambar sunset. Tapi kami sampai tengahari jadi tak dapat nak tengok matahari terbenam





Cukup sampai sini untuk posting pertama ni dah terlalu panjang. Tapi perjalanan Maha tak habis lagi tau kat situ. Ada lagi beberapa tempat menarik yang nak cerita dan juga sejarah yang ada pada lokasi seterusnya pada posting yang akan datang. Korang tunggu sahaja update kat blog Maha ni ok. Apa pun bercuti dengan seronok menggunakan Klook dengan harga tawaran hebat dan menarik. Selamat bercuti semua. 









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/01/percutian-tahun-baharu-ke-lombok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Di Pantai Kuta Mandalika Dan Perkampungan Sasak Sade Di Pulau Lombok Indonesia

Jalan Di Pantai Kuta Mandalika Dan Perkampungan Sasak Sade Di Pulau Lombok Indonesia

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 190 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Posting ni nak sambung lagi percutian Maha ke Pulau Lombok Nusa Tegara Barat Indonesia Kalau datang Lombok ni memang cukup banyak pa...
Lokman Adam Malam Ini Kita Sambut Tahun Baharu Bukan Kerajaan Baharu

Lokman Adam Malam Ini Kita Sambut Tahun Baharu Bukan Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 230 hits
HarapanDaily comAKMAL MANAF nbsp Malam ini saudara saudara kita akan sambut Tahun Baharu tanpa kerajaan baharu Itu sindiran Datuk Lokman Noor Adam terhadap blok pembangkang Perikatan Nasional Pengarah Komunikasi UMNO itu berkata beliau yaki...
Ioi Properties Group Mulakan 2024 Dengan Dua Acara Sambutan Tahun Baharu Yang Meriah

Ioi Properties Group Mulakan 2024 Dengan Dua Acara Sambutan Tahun Baharu Yang Meriah

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 331 hits
Hi Korang Sebagai permulaan yang meriah untuk 2024 IOI Properties Group telah menganjurkan bukan satu tetapi dua sambutan Tahun Baharu serentak di IOI City Mall Putrajaya dan IOI Mall Puchong Kedua dua acara yang dianjurkan dengan kerjasama...
Malam Tahun Baru Sejumlah Jalan Menuju Pantai Kuta Dan Gwk Ditutup

Malam Tahun Baru Sejumlah Jalan Menuju Pantai Kuta Dan Gwk Ditutup

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 84 hits
Polda Bali akan melakukan rekayasa lalu lintas di sekitar obyek wisata Pantai Kuta dan di Daya Tarik Wisata Garuda Wisnu Kencana
Selamat Tahun Baharu 2024

Selamat Tahun Baharu 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 296 hits
Assalamualaikum Selamat Petang SELAMAT TAHUN BAHARU 2024 Semalam merupakan malam terakhir bagi tahun 2023 Harini kita dah pun melangkah ke tahun yang baharu iaitu tahun 2024 Kalau scroll tiktok korang akan tengok bermacam macam ramalan untu...
Percutian Akhir Tahun 2023 Healing 4 Hari Di Kedah Perlis Yang Tenang Dan Damai

Percutian Akhir Tahun 2023 Healing 4 Hari Di Kedah Perlis Yang Tenang Dan Damai

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 322 hits
Dah 3 4 bulan hari asyik cakap yang dia rindu nak balik kampung dan terakhir kami balik kampung pun pada petang hari raya yang lepas dan bulan Jun pun kami ke Penang tanpa singgah ke Kedah Umi bukan apa susah nak cari siapa yang akan ganti ...
7 Pov Azam Tahun Baharu 2024

7 Pov Azam Tahun Baharu 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 307 hits
Azam Tahun Baharu adalah matlamat atau keputusan untuk membuat perubahan positif dalam hidup pada permulaan tahun Azam adalah sumber motivasi untuk mencapai tujuan tertentu Ia boleh melibatkan pelbagai perkara seperti perubahan gaya hidup p...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults