Percutian Akhir Tahun 2023 Healing 4 Hari Di Kedah Perlis Yang Tenang Dan Damai


Dah 3,4 bulan hari asyik cakap yang dia rindu nak balik kampung dan terakhir kami balik kampung pun pada petang hari raya yang lepas dan bulan Jun pun kami ke Penang tanpa singgah ke Kedah. Umi bukan apa, susah nak cari siapa yang akan ganti rutin jaga bonda dipagi hari tapi dah siap bagitau pada adik yang umi nak balik kampung 3,4 hari.





Tup-tup seminggu sebelum umi balik kampung, suami Kak Ndak pulak masuk hospital dan rutin terus berubah sebab disebelah petang adik kena ganti. Kak Jang yang menetap di Kajang datang cover dekat 2 minggu lepas suami Kak Ndak masuk hospital tapi jadual balik kampung pula waktu cuti Krismas.  Tapi adik cakap, ok jer dia akan tetap cover pagi Khamis, overnite dan cover dari pagi hingga abang yang sulung sampai disebelah malam.


Bila nak bercuti ni, bukan jadual umi sorang jer kena diatur, cuti anak-anak yang bekerja pun kena masuk sekali dan jadual umi membabitkan rutin menjaga bonda.


21.12.2023 / KhamisHabibi kata nak spend masa kat kampung sepenuhnya dan bermalam di rumah pusaka 1 malam, 1 malam di rumah kakak ipar dan 1 malam di Penang. Kemudian ditukar 2 malam di kampung dan 1 malam di Penang.
Last minit, umi minta habibi tukar program balik kampung pagi ke tengahari kerana kesian kat adik yang kena cover hingga malam dan cikcha pula ada kelas. Jadi setidaknya dapat cover waktu pagi pun dah kira ok kan.



Kain baju dah siap pack, dan sarapan pagi pulak umi buat bihun goreng dengan kuantiti banyak, jadi selebihnya buat bekal dan Cik Meya buat sandwich ayam sejuk. Memang dah malas nak makan kat R&R sebab musim cuti ni ramai orang, makanan sejuk dan mahal. Jadi penat sikit tak per asal tak sakit hati.


22.12.2023 / JumaatSegar dan tenang waktu pagi kat sini dengan saujana mata memandang, kehijaun bendang yang luas terbentang

Breakfast dengan nasi kuning dengan ayam goreng seketul harganya RM2 dan kuih muih berharga RM0.50 sen lagi


Lunch kami pula dengan lauk bantut ikan ruan dan ikan puyu bakar, gulai ikan ruan, ayam goreng kicap, sambal belacan memang terlajak berpinggan-pinggan




Bila dah kenyang, mata masing-masing dah kuyu dah habibi ambil peluang untuk lelap sebab nak ke laut pada sebelah petang.



Kami yang tinggal ni bersantai depan bendang seleapas balik dari rumah sepupu habibi yang jaraknya sepelaung, kemudian  menikmati petang di laman rumah pusaka yang tenang hingga gelap cuaca. 
Malam tu, tak ada aktiviti walau rasa nak keluar ke pekan tapi malas melebihi segalanya.heee

23.12.2023 / sabtuTeam mengai sampai rumah subuh dan nasib tak menyebelahi, tangkapan tak berapa banyak mungkin sebab angin kuat.
Cadangannya nak ke Pekan Rabu tapi hujan. sebenarnya bukan sebab hujan saja tapi lebih pada tak tahu apa nak dibeli tapi kalau pergi memang macam-macam akan dibeli selain terhabis masa kat sana. Kalau ikut plan asal bermalam di Penang, dan bertolak balik pagi Isnin tapi Penang tak ada air. Kata adik ipar,  air dah ada tapi kita faham bila dah beberapa hari tak ada air, pasti air pun slow atau nak naik ke tingkat 4 tu ambil masa. 
Kami keluar awal untuk ke Nat sungai Korok, nak ke Nat Pokok Getah hanya dibuka hari Ahad.

Nat yang tak sempaat uat kami penat tapi ada juga jualan yang menarik seperti rangan antik, pakaian, ikan segar dan sayuran segar, Ada kawan haii pesan  lapan kilo kacang poi, dan umi pun eli sekilo untuk kami dan kuih putu perak.
Konon nak cari reakfast kat sini tapi tak de gerai pulak yang menarik, jadi haii awa kami ke kedai Kopi O Kampung tapi kena sidai, mungkin sea kami sampai dah lewat jam 10 pagi kot.  Nanti kat lain entri la umi cerita.

Apa pun dah plan nak lunch kat rumah SiL, on the way ke sana nampak pulak mentarang. ak orang mengidam, memang tak oleh lepas eli mentarang untuk juadah tengahari.

Diseakan dah agak lewat, haii pun eli mentarang yang sudah siapa diperisi, maka jadilah lauk mentarang dengan umaq nyoq. Nanti umi kongsi resepi kat entri lain

elesai makan dan rehat tu, kami ke rumah tauke ikan gelama jeruk dan belacan homemade. siL ikut sekali sebab dia yang tahu dna urusann untuk booking ikan masin dia yang buat. Selesai sesi membeli,  kami hantar sil balik dan kami terus perjalanan JJCM. 

Kat singgah nak mengopi kat Bukit Tau tapi tau-tau diaorang tak open order sebab over orer katanya. Tunggu la juga kot-kot boleh minum kopi sea tempat viral kan tapi hampa. Ahh dua kali kena dalam sehari.
Next, JJCM kami kat Perlis untuk ngopi dan KC Iman cadang kami ke Sechaone. Risau la jugak selepas dua kali tak bernasi baik.

Kat sini kami lepak paling lama sebab kawan KC Iman datang jumpa dan tempat ni memang estatik gitu dan rasanya umi dan habibi jer orang tua.


Lastly kena cari makan sebab sechaone tu cuma tea time je, jadi bila dah agak lewat malam, perut masing-masing kembali lapar dan kena cari nasi kan.

Nikmati makan malam dengan view malam sambil tengok bot nelayan
Bermalam lagi di Kerpan sebab tak nak ambil risiko dengan kami enam orang dan kat rumah adik ipar tu empat orang, memang jenuh rasanya kalau bab mandi dan buang air bagai.


24.12.2023 /  AhadPepagi lagi umi dan habibi ke pasar untuk cari breakfast tapi agak lewat, nasi kuning adik Bibah dah habis dan kenalah beli nasi kuning di gerai lain. Memang tak puashati tapi nak buat macam mana kan. Umi siap beli bihun untuk bekalan lagi, jimat duit, jimat masa kan.
Lepas breakfast, kami pun gerak meninggalkan kampung walau rasa pendek betul percutian. SiL pula buatkan nasi goreng dan umi beli 4 bungkus bihun, untuk dibuat tapau dalam perjalanan sampai habibi kata tak usah membazir. Ishh lelaki ni mana nak faham kan yang kita ni nak jimat duit dan nak jimat masa supaya tak berhenti makan, apatah lagi bila makan kat R&R tu dah lah sejuk, mahal dan tak sedap. Ada tak yang tak sakit hati?


Jadi supaya tak sakit hati baik kita tapau atau masak dari rumah je.
"I dah jemu makan kat Mat Jasak" umi dah siap-siap bagitau habibi bila dia cakap KY nak makan mee kat Ipoh. serius dah jemu sebab dah lebih 5 kali makan kat situ kalau singgah Ipoh atau semata-mata singgah untuk makan kat situ.


Kes tiada air di Penang, jadi kami terus ke destinasi seterusnya. Kesian adik habibi yang mengharap kami singgah bermalam tapi bab air memang tak boleh nak kompromi kan.


Perut anak-anak pun dah terisi dengan bihun jadi dah rasa lega walau anak-anak ni bukan anak kecil tapi bila perut kenyang, kita pun rasa tenang kan.



Akhirnya selepas menempuh jalanraya, kami sampai ke Ipoh dan lokasi yang dituju tu nanti umi kongsi kat next entri.


Nota :
Lappy ni buat hal, sampai hilang mood untuk menulis. Mana taknya, huruf Ss, bB, 8  kena copy paste sebab tak keluar dahlah tu huruf yang sering digunakan. Kalau nampak ayat yang kurang huruf tu, maknanya umi tak perasan la nak tambah tau. 


Apa pun kena redha kan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2024/01/percutian-akhir-tahun-2023-healing-4.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menutup Akhir Tahun 2023 Oikn Bagikan Perkembangan Pembangunan Ibu Kota Nusantara

Menutup Akhir Tahun 2023 Oikn Bagikan Perkembangan Pembangunan Ibu Kota Nusantara

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 93 hits
OIKN menggelar diskusi terbuka bersama media dalam rangka membagikan informasi perkembangan terbaru pembangunan Ibu Kota Nusantara
Dividen Asb 2023 Adalah 5 25 Sen Lebih Tinggi Dari Tahun Lepas

Dividen Asb 2023 Adalah 5 25 Sen Lebih Tinggi Dari Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 166 hits
Yang ditunggu tunggu kini telah tiba Setiap tahun pastinya ramai yang ingin ketahui berapakah pengagihan pendapatan atau biasa kita panggil dividen yang diberi untuk unit Amanah Saham Bumiputera Seperti yang diumumkan oleh ASNB pada 21 Dise...
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2023

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2023

papar berkaitan - pada 25/12/2023 - jumlah : 195 hits
The Colours of Life Selamat Menyambut Hari Natal 2023 pada semua pengunjung blog khususnya buat penganut agama Kristian Raikan dengan penuh keharmonian dan nikmati bersama yang tersayang https youtube com shorts oAPkxhVGjc0 feature share mk...
Jadual Keputusan Malaysia Vs China B 23 Perlawanan Persahabatan Tier 2 Tahun 2023

Jadual Keputusan Malaysia Vs China B 23 Perlawanan Persahabatan Tier 2 Tahun 2023

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 281 hits
Musim bola sepak tempatan kini sudah menutup tirai Penyokong dan peminat bola sepak tanah air terutamanya perlu menunggu sehingga Mei tahun hadapan baru musim baru bermula Ini bermakna hampir 5 bulan kita tidak disajikan dengan aksi bola se...
Lagu Paling Popular Tahun 2023 Malaysia

Lagu Paling Popular Tahun 2023 Malaysia

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 390 hits
GALAKSI VIRAL Tahun 2023 menyaksikan ramai bakat baru yang meletop dengan dendangan lagu popular masing masing Lagu Malaysia apakah yang paling popular tahun 2023 Jom tonton video di bawah untuk mengetahuinya Credit galaksiviral Youtube Cha...
Impian Hari Lahir Ke 45 Tahun Mahu Sambut Di Mekah Siti Nurhaliza Bawa Anak Anak Tunai Umrah

Impian Hari Lahir Ke 45 Tahun Mahu Sambut Di Mekah Siti Nurhaliza Bawa Anak Anak Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 219 hits
Sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 45 tahun hari ini penyanyi nombor satu negara Dato Sri Siti Nurhaliza memilih untuk menyambutnya di Tanah Suci Mekah bersama ahli keluarga Menerusi Insta Storynya Dato Siti berkongsi video sedang dala...
Percutian Tahun Baharu Ke Lombok Indonesia Yang Memukau Dengan Pantai Biru Dan Cantik

Percutian Tahun Baharu Ke Lombok Indonesia Yang Memukau Dengan Pantai Biru Dan Cantik

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 289 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Masih belum terlewat lagi Maha nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 kepada semua tak kira di mana korang berada Tahun ni korang sam...
Covid 19 Naik Lagi Menkes Minta Masyarakat Pakai Masker Selama Libur Akhir Tahun

Covid 19 Naik Lagi Menkes Minta Masyarakat Pakai Masker Selama Libur Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 240 hits
Imbauan ini mengingat penularan Covid 19 dilaporkan kembali meningkat dalam beberapa waktu terakhir
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian