Ioi Properties Group Mulakan 2024 Dengan Dua Acara Sambutan Tahun Baharu Yang Meriah


Hi Korang,
Sebagai permulaan yang meriah untuk 2024, IOI Properties Group telah menganjurkan bukan satu, tetapi dua sambutan Tahun Baharu serentak di IOI City Mall, Putrajaya dan IOI Mall Puchong


Kedua-dua acara yang dianjurkan dengan kerjasama Astro Radio telah memeriahkan peralihan ke tahun baharu. Menampilkan pelbagai persembahan pentas oleh artis tempatan, pilihan makanan yang lazat dari trak makanan, dan pelbagai aktiviti sampingan, sambutan Tahun Baharu tersebut diraikan dengan rasa optimis dan ceria bersama


Berikutan kejayaan pesta kira detik tahun lepas, IOI Properties Group menyemarakkan lagi sambutan kali ini dengan menjalinkan kerjasama Astro Radio. Kehadiran personaliti radio dari stesen HITZ, ERA, MY dan GOXUAN yang menjadi hos, sambil menghiburkan penonton dengan keletah mereka, telah menambahkan lagi keterujaan sepanjang malam sambutan itu

“Kami berasa bangga dengan sambutan orang ramai di kedua-dua lokasi, dan berharap mereka yang hadir dapat berseronok seperti mana kami berseronok menganjurkan acara ini. Saban tahun, pesta kira detik ke Tahun Baharu anjuran kami telah mengumpulkan orang ramai untuk menikmati malam sambutan yang ceria dan positif. Sambutan kali ini turut tiada bezanya. Kedua-dua pusat beli-belah kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai dari komuniti untuk menyambut tahun 2024, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan hebat kami yang telah menjayakan semuanya. Ini adalah permulaan yang menakjubkan untuk 2024, dan IOI Properties Group teruja dengan peluang yang bakal hadir di tahun baharu untuk kita semua!” kata Chris Chong, Ketua Pegawai Operasi IOI Properties bagi Pelaburan Hartanah (Malaysia)



Di IOI City Mall, Putrajaya, acara ekstravaganza itu telah bermula pada jam 6 petang di Symphony East dengan pemberian hadiah kepada pengunjung – diselingi dengan persembahan api – untuk menambahkan keterujaan dalam kalangan orang ramai. Tambahan pula, pentas dihidupkan dengan pelbagai persembahan muzik oleh bintang-bintang tempatan terkemuka, termasuk Gary Chaw, Misha Omar, Amir Masdi, Ara Johari, Haqiem Rusli, Asyraf Nasir, Yonnyboii, Midnight Fusic dan FS (Fuying & Sam). Para penonton juga turut disajikan dengan penampilan istimewa oleh finalis muda dari "The Chosen One", sebuah pertandingan nyanyian realiti yang popular untuk mencungkil bakat baharu



Sementara itu, pentas di tempat letak kereta terbuka IOI Mall Puchong menyaksikan persembahan barisan artis yang sama hebat seperti Jeryl Lee, Jestinna Kuan, Perry Kuan, Nicole Lai, Jie Ying, Juztin Lan, Joe Chang, Jasmine Chang, Danial Wong, Jack Yap, dan Te3n Official. Persembahan malam tersebut telah dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian yang hebat daripada finalis "Battleground Malaysia: Road to Gold", pertandingan tarian jalanan terbesar di Malaysia

Selain daripada persembahan muzikal dan tarian, suasana sambutan di kedua-dua lokasi dihangatkan lagi ala karnival dengan pelbagai aktiviti dan trak makanan. Segalanya tersedia untuk semua termasuk kanak-kanak yang turut dihiburkan dengan penampilan maskot daripada rancangan kegemaran mereka

Apabila tiba detik dua belas tengah malam, pemandangan langit di kedua-dua IOI City Mall dan IOI Mall Puchong disinari percikan bunga api pelbagai warna yang memukau sebagai kemuncak sambutan ambang Tahun Baharu yang hebat

Dengan pelbagai persembahan dan pengalaman yang ditawarkan, serta kehadiran pengunjung yang bersemangat, kedua-dua sambutan Tahun Baharu IOI merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Untuk mengikuti acara menarik lain yang akan datang, sila layari laman media sosial IOI City Mall di https://www.instagram.com/ioicitymallmy/ atau IOI Mall Puchong di https://www.instagram.com/ioimallpuchong/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2024/01/ioi-properties-group-mulakan-2024.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ucapan Admin Group Whatsap Sempena Tahun Baru 2024

Ucapan Admin Group Whatsap Sempena Tahun Baru 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 155 hits
PENUTUP TIRAI 2023 Kami di pihak Admin GROUP PALOH ERA 90AN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang terus bersama kami sepanjang tahun 2023 Maafkan kami saudaraku yang terguris dgn persembahan berita dan pendapat gur...
Klcc Tiada Bunga Api Tetapi Trx Mall Bakal Ada Sambutan Tahun Baru 2024 Daftar Segera

Klcc Tiada Bunga Api Tetapi Trx Mall Bakal Ada Sambutan Tahun Baru 2024 Daftar Segera

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 180 hits
The Exchange TRX Mall katanya akan buat sambutan New Year di TRX Raintree Park Plaza Ada OPPA dan Artis Hollywood Clean Bandit buat persembahan tapi katanya kena register untuk tengok Show register kat The Exchange TRX mobile app Dari sini ...
Sumedang Kembali Diguncang Gempa Dua Kali Di Awal Tahun 2024

Sumedang Kembali Diguncang Gempa Dua Kali Di Awal Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 135 hits
Gempa susulan pascagempa bermagnitudo 4 8 di Sumedang Jawa Barat kembali terjadi
Senarai Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Di Setiap Negeri

Senarai Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Di Setiap Negeri

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 286 hits
Menjelang tahun baru banyak acara sambutan ambang tahun baru 2024 akan diadakan di beberapa lokasi peringkat negeri Jika dulu setiap kali acara sambutan tahun baru dimeriahkan dengan percikan bunga api Itulah acara kemuncaknya Tapi tidak se...
7 Pov Azam Tahun Baharu 2024

7 Pov Azam Tahun Baharu 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 184 hits
Azam Tahun Baharu adalah matlamat atau keputusan untuk membuat perubahan positif dalam hidup pada permulaan tahun Azam adalah sumber motivasi untuk mencapai tujuan tertentu Ia boleh melibatkan pelbagai perkara seperti perubahan gaya hidup p...
Selamat Tahun Baharu 2024

Selamat Tahun Baharu 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 216 hits
Assalamualaikum Selamat Petang SELAMAT TAHUN BAHARU 2024 Semalam merupakan malam terakhir bagi tahun 2023 Harini kita dah pun melangkah ke tahun yang baharu iaitu tahun 2024 Kalau scroll tiktok korang akan tengok bermacam macam ramalan untu...
Bundaran Hi Pagi Ini Usai Perayaan Tahun Baru 2024 Warga Keluhkan Beberapa Taman Rusak

Bundaran Hi Pagi Ini Usai Perayaan Tahun Baru 2024 Warga Keluhkan Beberapa Taman Rusak

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 101 hits
Agus menyayangkan aktivitas warga malah merusak taman Padahal harusnya perayaan tahun baru tak merusak taman di sekitar
Selamat Tahun Baru 2024 Perjuangan Harus Diteruskan

Selamat Tahun Baru 2024 Perjuangan Harus Diteruskan

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 182 hits
Selamat Tahun Baru 2024 Perjuangan harus diteruskan Selamat Tahun Baru 2024 Inilah masanya untuk bergerak ke depan Berjuang untuk dirimu sendiri dan juga orang orang yang kamu sayangi Hidup mesti ada peningkatan pergerakan menjadi semakin b...
Bab 1 Januari 2024 Selamat Tahun Baru 2024

Bab 1 Januari 2024 Selamat Tahun Baru 2024

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 148 hits
Selamat tahun baru Happy New year 2024 Tahun baru kita buka buku baru dimulai dengan bab 1 Januari Tahun 2024 merupakan tahun lompat Jadi ada 366 hari dalam tahun 2024 Dapatlah anak buaah saya sambut birthday tahun ni sebab tarikh lahir dia...
Kenyataan Cukai Jalan Oleh Bjak

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

218 Fibonaci

Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas

Persediaan Awal Haji



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


777 3 67 Slot777 Pg Slot777 Top 10 By Debora Punpro777 Us

Kisah Pemuda Bani Tamim Di Akhir Zaman

Strategic Alliances For Business

Vaksin Astrazaneca Ditarik Balik Bukti Kukuh Perlu Tolak Ihr 2005 Malaysia Tribune 08 05 2024

Faja Skali Angga Dermawan Chord

Biodata Akhyar Rashid Penyerang Kebangsaan Malaysia