Percutian Singkat Di Kampung Atas Tol Terengganu
Walau dah lama tapi nak simpan sini sebagai kenangan
Tarikh: 18 - 20 Mac 2022Lokasi: Kampung Atas Tol, Terengganu Darul ImanPenginapan: Ditaja oleh myBIL (rumah beliau sendiri)
HARI PERTAMA(18 Mac 2022 (Jumaat)
Percutian singkat tanpa perancangan (main redah je masa ni), sebelum anak-anak kembali ke sekolah. Pengalaman pertama menaiki kereta ke arah Pantai Timur bersama keluarga. Jauhnya rasa.
Dak Kakak menghadiri kelas secara online di dalam kereta. Asalnya kelas PdPRnya sebelah pagi tapi disebabkan guru kelas dak Kakak terlibat dengan urusan rasmi di sekolah, maka kelasnya ditunda ke sebelah petang. Memang ikutkan perancangan, selepas habis kelas dak Kakak, kami terus gerak ke Terengganu. Sudahnya terpaksalah dak Kakak online dalam kereta.
Akhirnya nampak juga signboard yang ditunggu-tunggu
Lebuhraya Pantai Timur (LPT)Susur keluar Plaza Tol Ajil
myBIL bagi peta ikut laluan depan tapi kami p ikut jalan belakang. Hahaha..
AlhamdulillahSelamat sampai di rumah myBIL selepas hampir enam jam memandu
Nah.. tersandar kepenatan.
Aku nak pandu en. Hubby tak bagi
Malamnya.
Jalan-jalan tinggalkan jejak di KTC Mall, Kuala Terengganu sebelum late night dinner
Terjumpa pula dengan kawan lama ketika sekolah rendah dulu
Gelaran yang dah lama aku tak dengar - 'Kaki Kuda' Inilah gelaran aku yang satu ketika dulu aktif dalam acara balapan di sekolah
My 2nd Bodyguard after en. Hubby
Jambatan Angkat, Kuala Terengganu
Melihat dari dekat, sekadar memenuhkan jadual percutian kami
HARI KEDUA(19 Mac 2022 - Sabtu)
Lokasi: Pasar Payang, Kuala Terengganu
Melihat bagaimana cara untuk membayar parking.
Hari pertama myBIL menemani kami membeli-belah. Sekadar mencuci mata dan membeli sedikit souvenir sebagai kenangan
Eh.. terkedepan pulak kereta tu
Hujan turun dengan lebat walau sekejap. Kami hanya berehat di rumah sambil menikmati makanan yang kami beli. Tersandar kekenyangan + kepenatan. Anak-anak berehat di ruang atas sementara kami terkebil-kebil di ruang tamu. Ni kes malas nak panjat tangga tidur dalam bilik di atas. Terus lena di ruang tamu rumah
HARI KETIGA(20 Mac 2022 - Ahad)
Kali ni hanya berdua dengan en. Hubby
Murtabak Pasar Payang
Sedap sangat murtabak ni, sampai la ni teringat-ingat. Lokasi, kalau dari pintu gerbang masuk pasar tu sebelah kiri sekali. Aku suka tengok brader yang amik order tu, agaknya itu yang makin sedap aku makan.. wakakaka.
Selesai semua, petangnya kami berangkat pulang. Cukuplah tiga hari dua malam kami di Terengganu. Mungkin akan kembali lagi yang pasti tak tahu bila
Perjalanan balik:Misi mencari Sata
Bersih je tempatnya
Merasalah mendengar desiran ombak + kencangnya angin..
Tak lama pun, sekejap je di tepian pantai itu
Simpan sini sebagai kenangan
Moga selamat sampai di rumah
Kawasan Rehat Perasing.Jauh ke dalam R&R nya. Singgah sekadar meninggalkan jejak di situ
Jalan sesak..
Risaunya lahai kalau sesak sepanjang jalan
Rupa-rupanya pihak LPT menutup laluan kerana laluan di hadapan mendap
Laluan kontra dibuka demi keselamatan pengguna lebuhraya,
Alhamdulillah.
Selamat sampai rumah lewat tengah malam. Itupun disebabkan en. Hubby singgah di Temerloh berjumpa kawan sambil makan malam di kedai makan. Mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan kembali ke rumah
Antara kenangan istimewa dari Terengganu
Anak kucing berkaki enam
Kucing kami si Comot..
Berterima kasih dengan jiran sebelah yang menjaga sepanjang percutian kami. Sangat berterima kasih pada beliau
#RemajaPurba: Banyak perkara aku terlepas untuk berkongsi di sini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2022/04/percutian-singkat-di-kampung-atas-tol.html