Nurul Izzah Tak Tanding Pemilihan Pkr Mahu Fokus Tarik Pengundi Atas Pagar




FMT Reporters -April 12, 2022 
Nurul Izzah Anwar pada 2018 mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak akan bertanding bagi merebut enam jawatan tertinggi dalam pemilihan PKR
kali ini.
Bekas naib presiden PKR yang melepas jawatannya pada 17 Dis 2018 memaklumkan walaupun tidak bertanding merebut sebarang jawatan dalam pemilihan parti kali ini, beliau sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti menarik pengundi atas pagar.
“Seiring dengan komitmen penuh saya kepada usaha melindungi masa depan parti serta perjuangan yang kita kasihi – saya akan menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada kempen memenangi hati pengundi atas pagar menerusi wadah Ayuh Malaysia.
“Meski, saya tidak terlihat di dalam pesta demokrasi parti, saya tetap mendokong rakan-rakan yang bertanding dengan penuh semangat setiakawan. Moga-moga PKR mampu membidani satu lapisan kepimpinan yang gah dan komited.
“Berikan saya ruang untuk memacu gerakan Ayuh Malaysia sepenuhnya. Titik pertemuannya adalah kejayaan kita meraih semula keyakinan rakyat yang telah banyak berkorban lalu menongkah badai sosioekonomi yang perit, lebih-lebih lagi selepas dilanda pandemik tetapi kecewa dengan kemelut politik negara,” katanya di Facebook.
Beliau turut mengulangi keputusan beliau meletak jawatan pada 2018 antara lain kecewa dengan pengkhianatan dalaman yang berlaku dalam PKR.
“Suara hati saya tuntas melahirkan penolakan kepada bahang khianat yang jelas dirasakan sebelum penggulingan kerajaan yang dipilih rakyat berlaku,” katanya merujuk kepada tumbangnya kerajaan PH selepas 22 bulan mentadbir Putrajaya susulan beberapa wakil rakyat termasuk PKR menarik sokongan dan keluar parti.
“Peletakan jawatan tersebut bukanlah titik noktah akhir perjuangan di dalam parti. Sebaliknya ianya merupakan langkah introspeksi mengingatkan semua, termasuk diri saya sendiri tentang kepentingan mengembalikan keyakinan rakyat kepada kita, serta kepimpinan parti kepada perjuangan asal reformasi,” katanya.
Nurul Izzah pada 2018 mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR serta mengundurkan diri daripada pelantikannya sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/nurul-izzah-tak-tanding-pemilihan-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nurul Izzah Sits Out Pkr Polls To Focus On Wooing Fence Sitters For Ge15

Nurul Izzah Sits Out Pkr Polls To Focus On Wooing Fence Sitters For Ge15

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 177 hits
Permatang Pauh MP Nurul Izzah Anwar will not be contesting in the race for PKR top six positions The former PKR vice president who resigned from her post in December 2018 said she will instead focus on efforts to woo voters who are still on...
Rafizi Bentang Hala Tuju Umum Cai Untuk Hadapi Pemilihan Pkr

Rafizi Bentang Hala Tuju Umum Cai Untuk Hadapi Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 157 hits
Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan jawatan kanan KEADILAN bagi sesi 2022 ke 2025 Saya mengajak seberapa ramai anggota KEADILAN yang belum mendaftar sebagai Pengundi Atas Talian un...
Pemilihan Semula Anwar Sebagai Ketua Sekat Reformasi Dalam Pkr Kata Penganalisis

Pemilihan Semula Anwar Sebagai Ketua Sekat Reformasi Dalam Pkr Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 172 hits
Pemilihan semula Anwar sebagai ketua sekat reformasi dalam PKR kata penganalisis PKR dijangka akan terus bergelut untuk melakukan reformasi parti selepas Anwar Ibrahim mengekalkan jawatan presidennya bagi penggal 2022 2024 Oh Ei Sun dari In...
Nik Nazmi Tanding Naib Presiden Pkr

Nik Nazmi Tanding Naib Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 131 hits
Nik Nazmi Nik Ahmad berkata PKR perlu diperkukuhkan sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 15 PETALING JAYA Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan bertanding jawatan naib presiden pada pemilihan parti itu Mei i...
Artis Bertanding Dalam Pemilihan Pkr

Artis Bertanding Dalam Pemilihan Pkr

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 168 hits
Artis Bertanding Dalam Pemilihan PKR Dua selebriti tempatan dijangka menghangatkan lagi pemilihan parti PKR yang akan datang khususnya di bahagian Ampang Menurut sumber dalam PKR pelakon Hans Isaac dan penyanyi rap Altimet telah mendaftar u...
Muat Turun Dan Daftar Sebagai Pengundi Atas Talian

Muat Turun Dan Daftar Sebagai Pengundi Atas Talian

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 136 hits
5 April 2022 MUAT TURUN DAN DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI ATAS TALIAN Dalam Pemilihan 2018 ada 20 000 undi yang tidak dikira Jawatankuasa Pemilihan Parti pada ketika itu memberi alasan ia berpunca dari masalah teknikal yang menyebabkan pelayan ti...
Jika Undi Atas Pagar Kembali Ph Menang

Jika Undi Atas Pagar Kembali Ph Menang

papar berkaitan - pada 4/4/2022 - jumlah : 108 hits
jika undi Atas Pagar kembali PH menangPosted By on April 04 2022Kelemahan dan kekalahan Pakatan Harapan terutama di kawasan Melayu dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri kebelakangan ini dirumuskan kepada hilangnya sokongan pengundi Atas Pagar ya...
Rasa Masakan Korea Soondubu Jigae Beef Di Dubuyo

China S President To Host Official Dinner For Anwar

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner

Lirik Lagu Pendam Rasa Evanatie

Kolaborasi Skin Hero Mobile Legend X Naruto Spipudden

Filem Babah