Siri 3 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif


 
Genosid di Gaza: Sudah tiba masanya untuk minda yang lebih inklusifKita perlu menekankan ciri-ciri progresif dan keterangkuman di dalam semua ajaran agama yang utama jika kita mahu mengharungi kekejaman yang kita saksikan hari ini.



Kemudian terdapat pula pertuduhan rasuah yang masih perlu dihadapi oleh Netanyahu serta perubahan undang-undang yang kejam – yang telah ditentang oleh rakyat Israel – melibatkan pengekangan bidang kuasa kehakiman. Hanya seorang ideolog yang komited kepada ideologi Zionisme boleh merasionalkan tindakan yang dahsyat serta kehilangan nyawa yang besar di kawasan Gaza sekarang. Tampaknya, Netanyahu langsung tidak mempunyai hati nurani.

Pun begitu, AS dan mereka yang di Barat langsung tidak mempunyai keberanian moral untuk menentang kezaliman zaman moden ini. Tidak mungkin kerajaan AS dan Eropah dapat membersihkan darah yang kini juga mengalir di tangan mereka. Prasangka serta rasa bersalah mereka ini sendirilah yang telah membutakan mereka daripada mengambil pendirian yang jelas. Beralah kepada kerajaan Israel ini mesti dihentikan.

Adalah wajar bagi semua negara untuk memfailkan tindakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sudah tiba masanya untuk institusi antarabangsa ini menyatakan sikap mereka tentang kebebasan dan keadilan. Mereka perlu mempertanggungjawabkan Netanyahu atas segala jenayah perang yang dilakukannya. Jika ia gagal, ia seakan-akan mendorong yang lain pula untuk melakukan jenayah serupa.

Rakan saya Peter Shambrook, dalam buku terbarunya Policy of Deceit – Britain and Palestine 1914-1939, menganalisa sumber utama melibatkan urusan UK dengan pemimpin Arab, terutamanya dalam proses surat-menyurat 1915-17, yang menunjukkan bagaimana Britain bermuka-muka. Ini menyerlahkan keterlibatan UK dalam menyumbang kepada isu Israel-Palestin hari ini.

Masalah utamanya wujud di dalam Deklarasi Balfour 1917, di mana Britain membuat janji kepada pertubuhan Zionis yang tidak sesuai dengan janji yang mereka buat kepada pemimpin Arab ketika itu.

Surat itu, yang ditulis oleh Arthur Balfour, berjanji untuk memudahkan penubuhan rumah kebangsaan Yahudi di Palestin selagi “ia tidak melakukan apa-apa yang boleh menjejaskan hak sivil dan agama masyarakat bukan Yahudi sedia ada di Palestin”.

Kegagalan Britain mengenai peruntukan terakhir ini adalah jelas sehingga hari ini.

Negara-negara Eropah dan AS perlu mengambil pendirian yang tegas terhadap Netanyahu, di mana jika ia gagal, peristiwa baru-baru ini boleh berkembang menjadi krisis yang lebih serius dengan menarik pemain-pemain lain seperti Lubnan, Syria, Jordan, Arab Saudi, Mesir dan Iran. Ini akan menyebabkan keruntuhan dasar AS di Timur Tengah.



READ MORE:  Israel-Gaza 'war': Ceasefire failure and hospital strike aftermath

 
Sudah tiba masanya negara-negara ini memahami kehendak masyarakat global serta jurang yang wujud di antara kepentingan nasional mereka dengan rasa jijik rakyat mereka sendiri terhadap dasar dan realiti yang dihadapi mereka.

Zionisme semuanya adalah soal menubuhkan negara etno-nasionalistik. Ia secara eksklusifnya mengenai orang Yahudi dan malangnya, ia lebih menonjol daripada agama Yahudi itu sendiri. Apabila ideologi mengatasi kepercayaan yang ada pada sesuatu kaum, maka ia menimbulkan cabaran yang serius.

Ia semua berkisar tentang segelintir “orang yang terpilih”, hak mereka ke atas tanah asal mereka, dan ini menimbulkan pandangan serong tentang kemanusiaan. Kaum lain dipinggirkan menjadi bukan manusia, dan ini, dalam fikiran mereka, mengabsahkan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan terhadap orang lain.

Kita menyaksikan bagaimana hal ini dimainkan di banyak tempat. Itulah sebabnya mengapa segala ideologi yang hanya berpusatkan etno – sama ada Zionisme atau “Hindutva” di India atau “ketuanan Melayu” – adalah idea yang secara asasnya hanya memecahbelahkan manusia.

Idea yang sedemikian hanya mewujudkan aparteid secara mental atau pengasingan dan perpecahan yang kemudiannya wujud menerusi dasar yang merendahkan pihak lain – dasar yang bersifat unilateral dan meminggirkan kepentingan serta hak pihak yang lain. Ketakutan terhadap yang lain itulah kemudian yang menjadi daya penggerak.

Idea populis itulah yang menghakis fabrik demokrasi hari ini.

Kita perlu memberi tumpuan kepada isu-isu yang membina dan menyatukan orang ramai, memenuhi keperluan mereka dan meningkatkan rasa hormat antara satu sama lain di luar garisan dan sempadan kaum, agama, kelas atau warna kulit.

Dalam dunia yang saling berkait dan saling bergantung hari ini, kita menyeru agar masyarakat saling menghormati kemanusiaan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berperikemanusiaan. Ini hanya mungkin apabila iman mentakrifkan cinta dan yang lain menjadi penting.

Kita perlu menekankan ciri-ciri progresif dan keterangkuman di dalam semua ajaran agama yang utama jika kita mahu mengharungi kekejaman yang kita saksikan hari ini. Dapatkah pelajaran sejarah hari ini menyumbang kepada masa depan yang lebih baik?

K Haridas
Editor bersama, surat berita Aliran
13 November 2023


Terjemahan oleh: Zikri Rahman





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/siri-3-genosid-di-gaza-sudah-tiba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siri 2 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif

Siri 2 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 242 hits
Genosid di Gaza Sudah tiba masanya untuk minda yang lebih inklusifKita perlu menekankan ciri ciri progresif dan keterangkuman di dalam semua ajaran agama yang utama jika kita mahu mengharungi kekejaman yang kita saksikan hari ini Sungguh tr...
Siri1 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif

Siri1 Genosid Di Gaza Sudah Tiba Masanya Untuk Minda Yang Lebih Inklusif

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 253 hits
Genosid di Gaza Sudah tiba masanya untuk minda yang lebih inklusif Kita perlu menekankan ciri ciri progresif dan keterangkuman di dalam semua ajaran agama yang utama jika kita mahu mengharungi kekejaman yang kita saksikan hari ini Kita teru...
Masaalah Utama Nak Duit Mudah Dan Tak Mau Kerja Lebih Minda Miskin Jiwa Penggemis

Masaalah Utama Nak Duit Mudah Dan Tak Mau Kerja Lebih Minda Miskin Jiwa Penggemis

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 245 hits
30 peratus tidak minat program eKasih kerajaan cari kaedah terbaikKementerian Ekonomi sedang meneliti kaedah proses pemutihan yang terbaik untuk membasmi kemiskinan tegar secara lebih teratur dan bersasar Menterinya Rafizi Ramli berkata cab...
Malaysia Sedia Hantar Lebih Banyak Sarung Tangan Getah Ke Gaza

Malaysia Sedia Hantar Lebih Banyak Sarung Tangan Getah Ke Gaza

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 224 hits
MALAYSIA bersedia untuk menghantar lebih banyak sarung tangan getah untuk kegunaan pasukan perubatan di Semenanjung Gaza kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Fadillah Yusof Beliau berkata sarung tangan ge...
Pesawat Pertama Bawa Kanak Kanak Dari Gaza Terima Rawatan Tiba Di Uae

Pesawat Pertama Bawa Kanak Kanak Dari Gaza Terima Rawatan Tiba Di Uae

papar berkaitan - pada 19/11/2023 - jumlah : 320 hits
Pesawat pertama bawa kanak kanak dari Gaza terima rawatan tiba di UAE Dikemas kini 29 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Nov
Zionis Lancar Lebih 1 000 Serangan Fosforus Putih Di Gaza

Zionis Lancar Lebih 1 000 Serangan Fosforus Putih Di Gaza

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 271 hits
BharianonlineGENEVA Pemantau Hak Asasi Manusia Euro Med mengesahkan tentera rejim Israel melancarkan lebih 1 000 serangan artileri mengandungi fosforus putih yang diharamkan di peringkat antarabangsa sejak tercetusnya perang berdarah di Sem...
Aina Abdul Sanggup Habiskan Lebih Rm500 000 Untuk Busana Amp Mikrofon

Aina Abdul Sanggup Habiskan Lebih Rm500 000 Untuk Busana Amp Mikrofon

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 142 hits
Penyanyi terkenal Aina Abdul mendedahkan telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM520 000 untuk tiga mikrofon serta lima busana eksklusif yang digayakan pada konsert Aina Abdul 3 0 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini malam semalam Difaham...
Ajak Anak Buat Aktiviti Ini Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah

Ajak Anak Buat Aktiviti Ini Bentuk Peribadi Untuk Masa Depan Lebih Cerah

papar berkaitan - pada 20/11/2023 - jumlah : 387 hits
Melentur buluh biarlah dari rebungnya begitulah perumpamaan didikan ibu ayah untuk membesarkan anak anak yang cemerlang berfikiran terbuka sentiasa positif Untuk membentuk peribadi anak ibu ayah haruslah menjadi contoh yang baik supaya menj...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan