Percutian Bandung Day 1 Part 1 Makan Di Kampiun Bistro Setelah Sampai Je Bandung
Percutian Bandung Day 1, Part 1 : Makan di Kampiun Bistro Setelah Sampai Je Bandung - Touch down Bandung, Indonesia kira-kira jam 2 petang waktu Bandung (waktu Malaysia 3 petang). Plus minus, cop passport dan menanti luggage. Dekat pukul 2.45 petang juga baru settled ! Pak supir dai Kiki Travel dah menanti kami. Oleh kerana dah dekat 3 petang, itinerary yang sepatutnya nak ke Pasar Baru tu tak jadi, daddy decides untuk cari makan dan ke kedai kain.
Baca juga : Naik Malindo Ke Bandung
Percutian Bandung Day 1 Makan di Kampiun Bistro Setelah Sampai Je BandungUntung dapat pak supir Agib, semua gambar dia tolong amekkan
Pak supir kami, Agib cadangkan kami ke Chand Moda Textile je, di situ ada 2 kedai makan. Samada masakan minang atau masakan serba ada. Hehe. As usual, kami pilih kedai makan Kampiun Bistro Steak & Grill. Kat sini nak roti canai, western, masakan Indon semua ada.
Kami nak kena jaga makan anak-anak juga, depa kang tak makan sangat masakan sunda atau minang ni.
Menu di Kampiun Bistro Steak & Grill Bandung
all day breakfast
semua jenis air ada, pilih aje
Kami amek 2 jenis sim kad SIMPATI dari pak supir. Murah je.. RM20 untuk 5GB, tahan dalam 3 hari jugaklah. Oleh kerana takut tak cukup data, kami beli 2 sim kad data dari SIMPATI. Total RM40 untuk 10GB. Okaylah kan dari nak bayar roaming RM38/day. Haha padahal Digi Kami tu FREE roaming dah 5GB. Tu stand by paling last lah !
Sebelum makanan sampai, bagi Daim main phone sekejap... sambil test wifi Bandung.
Wah semua kedai kat Bandung ni ada WIFI tau. Tak kira kedai makan, kedai kain, hotel (of cos la kan), memang jimat data ni haaa hehe !
Lajuu giler data internet depa. Kalau tak ada anak ramai. Mau siap 10 blog post ni hehe.
posing tunggu makanan sampai
dah beranak pinak ni selalu lupa posing dengan suami tercinta. anak jeles, nak photoboom gak :)
Sibuk si Dhia ni nak coke, oleh kerana sat gi nak pi cari kain, takut mood bebudak ni swing. Daddy approved, bagi Dhia oder Coke. Tapi ada syarat..kena makan habis dulu dan coke ni kena share dengan mummy haha.
Yeaaayyy. Nasi ayam penyet daddy dah sampai. Sesiap beritahu daddy jangan makan sambal sangat, takut perut tak serasi. Kita banyak nak berjalan 4 hari ini.
Daddy tu dah la ada gastrik yang kritikal.
Sedapnya tengok daddy makan, mummy ni pulak, kalau berjalan atau travel selera makan tu hilang terus. Tak makan pun tak apa..gituu.
Separuh jalan tengah makan, anak pulak nak terkencing hehe. Gitulah bapa mithali. Stop makan, uruskan anak-anak dulu.
Fries untuk Daim, tapi kaka abang nya yang perabihkan sama hehe.
Dhia makan carbonara lah. apa lagi, share dengan mummy jugak. Mummy malas nak order memacam kang tak abes. Biasanya mummy makan share gitu je lah.
Nanti dinner baru makan bebetul hehe. Lepas semua urusan selesai.
Dzal pulak makan roti bbom, ntah mana gambar ntah. Busy nau mummy uruskan anak, nak makan, dok bincang itinerary lagi dengan daddy. Sebab plan asal dah bertukar, nak kena arrange dan masukkan slot lain. Tak nak bazir masa gitu aje !
Duduk kedai makan je dah spend 1 jam. Nasib baik Chand Moda Textile ni sebelah je dengan Kampiun Bistro ni.
Baca juga : Menginap di Favehotel Bandung Indonesia
Alamat Tempat Makan Halal Kampiun Bistro Steak & Grill Bandung Indonesia
Kot-kot ada yang nak cari tempat makanan HALAL di Bandung. Boleh lah singgah sini.
Alamat Tempat Makan Halal Kampiun Bistro Steak & Grill Bandung Indonesia :-
Tone's Square Jl Kebon Kawung 24, BandungTel : 022 420 2769Instagram : @kampiunbistro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2019/02/percutian-bandung-day-1-makan-di-kampiun-bistro-bandung-indonesia-restoran-halal.html