Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen hari ini.
Pada penutup, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 14.53 mata kepada 1,612.11 berbanding 1,597.58 ketika ditutup semalam.
Indeks bergerak antara 1,590.65 dan 1,612.78 sepanjang sesi urus niaga.
Di pasaran lebih meluas, saham untung mengatasi rugi dengan 816 berbalas 412 sementara 627 kaunter tidak berubah, 323 tidak diniagakandan 34 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 8.88 bilion unit bernilai RM4.68 bilion daripada 8.93 bilion unit semalam bernilai RM4.22 bilion.
Seorang penganalisis berkata dengan lulusnya belanjawan itu, halangan utama dari segi pembiayaan operasi kerajaan serta rancangan pembangunan telahpun selesai.
“Ini akan meningkatkan sentimen pasaran dan berserta persekitaran ekuiti yang positif, keseluruhan pasaran Bursa Malaysia kini bergerak ke arah momentum yang lebih baik sehingga akhir tahun, sekiranya tiada sebarang rintangan,” kata beliau.
Rang Undang-undang Perbekalan 2021 yang merangkumi Belanjawan 2021, telah diluluskan dengan suara majoriti selepas permohonan beberapa ahli Parlimen untuk undi belah bahagi tidak berjaya apabila hanya 13 ahli Parlimen berdiri, kurang daripada jumlah diperlukan iaitu 15 orang.
Peniaga itu menambah kelulusan belanjawan itu turut menghapuskan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya peralihan kerajaan sekali lagi, dalam masa-masa mencabar ini.
Di Bursa Malaysia, Top Glove melantun 40 sen kepada RM7.05 sebahagiannya didorong oleh pembelian semula saham, sementara Telekom Malaysia menambah 16 sen kepada RM5.00, IHH meningkat empat sen kepada RM5.60, dan Axiata naik tiga sen hingga RM3.35.
Dalam kalangan saham aktif, Vivocom turun 5 sen kepada 80.5 sen, AT Systematization naik tiga sen kepada 20 sen dan Xidelang tidak berubah pada tujuh sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 127.21 mata pada 11,567.64, Indeks FBMT 100 menambah 120.68 mata kepada 11,350.54, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 214.77 mata kepada 13,308.63, dan FBM 70 naik 229.09 mata kepada 14,769.06.
FBM ACE menokok 21.83 mata kepada 10,601.30, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.80 mata kepada 161.41 dan Indeks Perladangan menambah 36.84 mata kepada 7,350.37. Bagaimanapun, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 22.27 mata kepada 14.205.14.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 4.13 bilion saham bernilai RM3.37 bilion daripada 4.78 bilion saham bernilai RM3.47 bilion pada hari Rabu.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 852.85 juta unit bernilai RM157.50 juta daripada 648.28 juta unit bernilai RM108.53 juta semalam.
Sementara itu, jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.90 bilion saham bernilai RM1.14 bilion daripada 2.50 bilion saham bernilai RM644.99 juta semalam.
Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 961.18 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.01 bilion), pembinaan (342.30 juta), teknologi (359.26 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (52.13 juta), harta tanah (183.64 juta), perladangan (47.38 juta), REIT (10.99 juta), dana tertutup (34,600), tenaga (722.17 bilion), penjagaan kesihatan (113.45 juta), telekomunikasi dan media (50.01 juta), pengangkutan dan logistik (173.40 juta) dan utiliti (99.14 juta).
– BERNAMA
The post Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas Parlimen luluskan Belanjawan 2021 appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/27/bursa-malaysia-ditutup-tinggi-selepas-parlimen-luluskan-belanjawan-2021/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ugut Ph Luluskan Belanjawan 2021

Jangan Ugut Ph Luluskan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 333 hits
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu membuat kenyataan mengugut pembangkang untuk mendapatkan sokongan meluluskan Belanjawan 2021 yang dibentangkannya pada 6 November lalu Ketua Pembangkang Parlimen Malays...
Peruntukan Belanjawan 2021 Jpm Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

Peruntukan Belanjawan 2021 Jpm Kementerian Kewangan Lulus Peringkat J Kuasa Selepas Undi Belah Bahagian

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 241 hits
loading KUALA LUMPUR 30 Nov Peruntukan bagi Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan dalam Belanjawan 2021 lulus di peringkat jawatankuasa hari ini selepas undi belah bahagian yang dijalankan menyaksikan lebih 100 Ahli Parlimen meny...
Apa Akan Berlaku Jika Belanjawan 2021 Tidak Di Luluskan Darurat Atau Pilihanraya Baharu

Apa Akan Berlaku Jika Belanjawan 2021 Tidak Di Luluskan Darurat Atau Pilihanraya Baharu

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 386 hits
Belanjawan Negara Malaysia bagi tahun 2021 yang dibentang pada 6 November 2020 oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz masih dibahaskan oleh ahli ahli Dewan Rakyat di peringkat dasar dengan pengundian di peringkat dasar dijangka...
Bantahan Belanjawan 2021 Dihargai Bukti Perjuangan Malaysia Baharu Akan Tetap Diteruskan

Bantahan Belanjawan 2021 Dihargai Bukti Perjuangan Malaysia Baharu Akan Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 221 hits
Pada 28 November 2020Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat 27 November 2020 Saya hargai bantahan terhadap undian Belanjawan 2021 di Parlimen semalam kerana ini membuktikan bahawa pe...
Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan Capai Kata Sepakat Lulus Belanjawan 2021

Ahli Parlimen Di Gesa Ketepikan Perbezaan Capai Kata Sepakat Lulus Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 231 hits
nbsp KUALA LUMPUR Para pemerhati menggesa ahli Parlimen untuk mengetepikan perbezaan mereka dan mencapai kata sepakat untuk meluluskan cadangan Belanjawan 2021 pada sesi pengundian di Parlimen yang dijangka pada 25 November ini nbsp Penguru...
Hanya 20 Peruntukan Boleh Di Belanjakan Sekiranya Belanjawan 2021 Tidak Di Luluskan

Hanya 20 Peruntukan Boleh Di Belanjakan Sekiranya Belanjawan 2021 Tidak Di Luluskan

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR Hanya 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan iaitu perbelanjaan penuh yang pada dasarnya adalah pencen dan pembayaran hutang yang boleh dibelanjakan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan kata Maybank Investment Bank Bh...
Anwar Arah Ahli Parlimen Ph Sokong Belanjawan 2021

Anwar Arah Ahli Parlimen Ph Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 339 hits
Arahan saat akhir diberikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada pemimpin Pakatan Harapan menyebabkan ahli ahli Parlimen PKR dan DAP tidak meminta undi belah bahagi sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah semalam more...
Belanjawan 2021 Tiga Fokus Utama Kebimbangan Rakyat Perlu Dipinda O2 Malaysia

Belanjawan 2021 Tiga Fokus Utama Kebimbangan Rakyat Perlu Dipinda O2 Malaysia

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 249 hits
Kerajaan disaran meminda Rang Undang Undang Perbekalan 2021 dalam memastikan penyampaian yang lebih menyeluruh dapat dinikmati rakyat Penganalisis Penyelidikan O2 Malaysia Anis Anwar Suhaimi berkata ia meliputi tiga perkara asas iaitu ranta...
Kkm Harap Ahli Parlimen Membuat Keputusan Bijaksana Pada Pengundian Belanjawan 2021

Kkm Harap Ahli Parlimen Membuat Keputusan Bijaksana Pada Pengundian Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 265 hits
PUTRAJAYA Kementerian Kesihatan Malaysia berharap Ahli ahli Parlimen yang dijangka mengundi bagi kelulusan Belanjawan 2021 hari ini akan melakukannya dengan baik dan penuh kebijaksanaan bagi kebaikan rakyat dan negara kata Ketua Pengarah Ke...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


1 31 2023

Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja