Perbicaraan 1mdb Najib Dilapangkan Susulan Kebimbangan Penularan Covid 19


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini melapangkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selepas peguam utama beliau Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan pasukan pembelaan dikatakan adalah kontak rapat seorang individu yang disyaki dijangkiti COVID-19.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan perbicaraan hari ini dilapangkan selepas seorang wakil dari Tetuan Shafee & Co iaitu Nur Farhah Mustaffa memaklumkan mahkamah bahawa seluruh pasukan pembelaan 1MDB kini melakukan kuarantin sendiri selepas menghadiri majlis kenduri keluarga yang dihoskan Muhammad Shafee di rumahnya pada 7 Mac.

“Pada kira-kira 12 tengah hari, isteri Tan Sri telah menerima panggilan daripada iparnya yang bekerja dengan seorang individu yang baru sahaja diuji positif bagi COVID-19 di ibu pejabat Sirim Berhad di Shah Alam.

“Iparnya dan rakan sekerja yang dijangkiti itu duduk bersebelahan di pejabat. Beliau (ipar) telah diarah untuk menjalani ujian bagi COVID-19 pada pagi ini,” kata Nur Farhah sambil menambah bahawa majlis itu telah dihadiri ipar Muhammad Shafee serta pasukan pembelaan 1MDB.

Semalam, Sirim telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengesahkan bahawa seorang kakitangannya telah diuji positif bagi COVID-19.

Ketika Nur Farhah bercakap, ruang yang dikhaskan untuk pasukan pembelaan Najib kosong dan Muhammad Shafee sendiri tidak kelihatan di mahkamah.

Najib dilihat sekadar memerhatikan prosiding itu dari kandang tertuduh.

Sequerah berkata beliau memerlukan dua pucuk surat rasmi daripada pasukan pembelaan, satu yang mengesahkan bahawa ipar Muhammad Shafee telah menjalani ujian bagi COVID-19 manakala satu lagi yang mengarahkan pasukan pembelaan 1MDB diketuai Muhammad Shafee menjalani kuarantin sendiri.
“Tanpa kedua-dua surat ini, saya tidak nampak sebab perbicaraan tidak boleh diteruskan esok," kata beliau.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang kini mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, bagaimanapun tidak membantah penangguhan itu.

Sri Ram berkata beliau juga telah diminta untuk menjalani ujian itu kerana merupakan kontak rapat dengan dua pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19.




“Saya dijadualkan menjalani ujian kedua esok. Saya memahami kebimbangan pengamal perubatan susulan penularan virus itu yang begitu pantas,” katanya.

Sebagai respons, Sequerah bergurau dengan menyatakan bahawa penularan virus itu mungkin lebih pantas daripada perjalanan prosiding perbicaraan 1MDB.

Apabila perbicaraan bersambung semula, Muhammad Shafee dijangka meneruskan pemeriksaan balas terhadap saksi kesembilan pendakwaan iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Najib, 67, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/03/perbicaraan-1mdb-najib-dilapangkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penumpang Kongsi Gambar Pesawat Lengang Susulan Penularan Wabak Covid 19

Penumpang Kongsi Gambar Pesawat Lengang Susulan Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 448 hits
Seorang pengguna sosial media telah berkongsi beberapa foto dan video di mana keadaan sebuah pesawat kosong tanpa penumpang akibat penularan Covid 19 di seluruh dunia Perjalanan ke Florida Vietnam dan New York kelihatannya telah terjejas ke...
Gesaan Najib 5 Tindakan Kerajaan Pn Patut Buat Mengelakkan Penularan Covid 19

Gesaan Najib 5 Tindakan Kerajaan Pn Patut Buat Mengelakkan Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 313 hits
Pada pendapat saya kerajaan PN patut 1 Mengeluarkan perintah kuarantin mandatori untuk14 hari kepada semua peserta acara ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling itu termasuk ahli keluarga di rumah mereka Mereka yang telah disaring dan didap...
Kes Najib Di Tangguh Peguam Di Kuarantin Kerana Covid 19

Kes Najib Di Tangguh Peguam Di Kuarantin Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Kes perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya masuk hari ke 35 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis terpaksa ditangguhkan selepas peguam bela beliau Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikuara...
Gbp Usd Melemah Susulan Langkah Langkah Boe Untuk Melawan Covid 19

Gbp Usd Melemah Susulan Langkah Langkah Boe Untuk Melawan Covid 19

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 204 hits
GBP USD meneruskan sell off selepas Bank of England memutuskan untuk mengurangkan Kadar Rasmi Bank sebanyak 0 50 dalam mesyuarat semalam Ahli MPC mengundi sebulat suara untuk keputusan ini Wabak Coronavirus boleh menjejaskan ekonomi yang se...
Peguam Najib Shafee Abdullah Disah Negatif Covid 19

Peguam Najib Shafee Abdullah Disah Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 254 hits
Perbicaraan kes Najib Razak ditangguhkan selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah beliau menjalani kuarantin berikutan Covid 19 PETALING JAYA Ketua pasukan peguam mewakili bekas perdana menteri Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah disahkan n...
I Told You So Najib Says On Economic Impact Of Covid 19

I Told You So Najib Says On Economic Impact Of Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 260 hits
Najib Razak today hit out at Lim Guan Eng for dismissing a possible economic downturn from the Covid 19 outbreak days after Putrajaya said it expected the nation s gross domestic product to drop by between 0 8 and 1 2 Lim the former finance...
Najib Razak Cadang Pencarum Dibenarkan Keluar Wang Akaun 2 Kwsp Hadapi Covid 19

Najib Razak Cadang Pencarum Dibenarkan Keluar Wang Akaun 2 Kwsp Hadapi Covid 19

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 298 hits
Prihatin dengan keadaan isu semasa terutama wabak Covid 19 kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa mereka bakal memberikan bantuan kewangan kepada pihak yang memerlukan semalam ...
Mana Mungkin Malaysia Bebas Impak Ekonomi Covid 19 Najib Beritahu Guan Eng

Mana Mungkin Malaysia Bebas Impak Ekonomi Covid 19 Najib Beritahu Guan Eng

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 322 hits
Najib Razak membidas bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menolak kemungkinan negara berdepan risiko kemelesetan ekonomi akibat Covid 19 selepas kerajaan baru menganggarkan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar akan merosot sebanyak ...
Gagal Bendung Penularan Covid 19 Tempoh Perintah Kawalan Mungkin Dilanjutkan Ts Muhyiddin Yassin

Gagal Bendung Penularan Covid 19 Tempoh Perintah Kawalan Mungkin Dilanjutkan Ts Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 413 hits
nbsp Kerajaan tidak teragak agak melanjutkan tempoh Perintah Kawalan pergerakan jika masih ramai gagal mematuhi arahan berkenaan sehingga menyukarkan usaha pihak berwajib mengekang penularan wabak Covid 19 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri