Kes Najib Di Tangguh Peguam Di Kuarantin Kerana Covid 19



KUALA LUMPUR: Kes perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya masuk hari ke-35, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Khamis terpaksa ditangguhkan selepas peguam bela beliau, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dikuarantin kerana mempunyai kontak rapat dengan seorang ahli keluarga yang disyaki dijangkiti COVID-19.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguh kes tersebut ke satu tarikh yang belum diputuskan lagi.

Pun begitu, beliau mengarahkan pasukan pembelaan untuk menyerahkan surat pengesahan kemasukan adik ipar Muhammad Shafee di Hospital Sungai Buloh dan surat kuarantin yang dikeluarkan kepada peguam itu, selewat-lewatnya pagi esok.

Jika gagal menyerahkan kedua-dua dokumen itu, Collin Lawrence  memberitahu, kes perbicaraan akan berlangsung seperti biasa.
Terdahulu, peguam Noor Farhah Mustaffa yang mewakili Muhammad Shafee memberitahu mahkamah, yang Muhammad Shafee dinasihatkan oleh pakar perubatan untuk melengkapkan kuarantin 14 hari di rumah selepas mempunyai kontak rapat dengan adik iparnya yang disyaki dijangkiti COVID-19, dalam satu manjlis kenduri di rumahnya di Bukit Tunku, di sini Sabtu lalu.

“Tan Sri (Muhammad Shafee) menerima panggilan daripada isterinya pukul 12 tengah hari tadi dan dimaklumkan perkara itu,” katanya.

Noor Farhah juga menambah yang kesemua 11 pekerja agensi kerajaan, tempat adik ipar peguam itu bekerja, termasuk individu yang telah disahkan positif wabak tersebut dikuarantin di Hospital Sungai Buloh.

Menurutnya, adik ipar Muhammad Shafee duduk bersebelahan dengan salah seorang pekerja agensi yang dikesan positif itu dan keputusan pengesahan dijangka keluar esok.

Dalam pada itu, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pendakwaan dalam kes 1MDB itu memberitahu, beliau sedar akan kepentingan keperluan untuk dikuarantin.

“Yang Arif saya juga akan menjalani ujian pengesahan (COVID-19) kali kedua esok selepas saya mempunyai kontak dengan salah seorang individu yang dipercayai dijangkiti wabak itu sebelum ini,” ujarnya.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB ) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur di antara 24 Feb 2011 dengan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.#sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/03/kes-najib-di-tangguh-peguam-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Najib Shafee Abdullah Disah Negatif Covid 19

Peguam Najib Shafee Abdullah Disah Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 262 hits
Perbicaraan kes Najib Razak ditangguhkan selepas peguam Muhammad Shafee Abdullah beliau menjalani kuarantin berikutan Covid 19 PETALING JAYA Ketua pasukan peguam mewakili bekas perdana menteri Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah disahkan n...
Covid 19 Itali Rancang Kuarantin 16 Juta Rakyat Lebih 1 000 Kes Dalam Masa 24 Jam

Covid 19 Itali Rancang Kuarantin 16 Juta Rakyat Lebih 1 000 Kes Dalam Masa 24 Jam

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 345 hits
Itali 8 Mac Itali dilaporkan mula mengenakan kuarantin ke atas 16 juta penduduk negara berkenaan bagi mengekang wabak COVID 19 Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte telah mengeluarkan perintah berkurung ke atas satu pertiga daripada rakyat n...
Kes Positif Covid 19 Meningkat Kepada 83 Agong Titahkan Rakyat Bantu Penularan Wabak

Kes Positif Covid 19 Meningkat Kepada 83 Agong Titahkan Rakyat Bantu Penularan Wabak

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 545 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani penularan COVID 19 di negara ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Is...
Covid 19 Lagi 10 Kes Positif Dilapor Dalam Negara Hari Ini

Covid 19 Lagi 10 Kes Positif Dilapor Dalam Negara Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR 7 MAC Sepuluh kes baharu Covid 19 dilapor setakat 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif positif Covid 19 di negara ini sebanyak 93 kes kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata kesemua...
Singapura Sahkan Lapan Lagi Kes Baharu Positif Covid 19

Singapura Sahkan Lapan Lagi Kes Baharu Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 380 hits
Singapura sahkan lapan lagi kes baharu positif Covid 19 Dikemas kini 57 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Mar 2020 11 09PM
Peguam Negara Perlu Rujuk Semula Kes Adib Ltte Terowong Pulau Pinang

Peguam Negara Perlu Rujuk Semula Kes Adib Ltte Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 309 hits
Peguam Negara yang baharu Tan Sri Idrus Harun digesa supaya merujuk kembali kes kes yang telah ditutup dan masih tidak selesai demi keadilan dan kesejahteraan rakyat Sebagai contoh keadilan terhadap kematian anggota Bomba dan Penyelamat Mal...
Covid 19 Singapura Catat 138 Kes Dengan Lapan Terbaharu Positif

Covid 19 Singapura Catat 138 Kes Dengan Lapan Terbaharu Positif

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 201 hits
SINGAPURA 8 MAC Kementerian Kesihatan Singapura pada Sabtu mengesahkan lapan lagi kes jangkitan Covid 19 menjadikan jumlah kes itu di negara ini adalah 138 MOH dalam satu kenyataan di sini memaklumkan empat daripadanya adalah sebahagian dar...
Covid 19 Kes Meningkat Di Korea Selatan

Covid 19 Kes Meningkat Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 390 hits
Seoul Korea Selatan pada Sabtu melaporkan 483 lagi kes baharu Covid 19 menjadikan keseluruhan sebanyak 6 767 menyaksikan kes paling banyak dilaporkan di bandar tenggara Daegu dan wilayah Gyeongsang Utara lapor agensi berita Yonhap Setakat i...
Covid 19 Itali Merekodkan Lematian Terbesar 15 Juta Penduduk Kuarantin Giuseppe Conte

Covid 19 Itali Merekodkan Lematian Terbesar 15 Juta Penduduk Kuarantin Giuseppe Conte

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 253 hits
COVID 19 Itali Merekodkan Lematian Terbesar 15 Juta Penduduk Kuarantin Giuseppe Conte ROME Lebih 15 juta penduduk diletakkan di bawah perintah kuarantin di utara Itali bermula awal hari ini serentak dengan kelulusan diberikan pihak kerajaan...
Jackfruit And What Are The Dishes Or Snacks Made From This Fruit

Kembali Ke Realiti Kehidupan

Ringgit Opens Higher Against Greenback After Washington Pauses Tariffs

15 Evacuated After Kajang Flash Flood

Prk Ayer Kuning Polis Kenal Pasti Individu Cenderung Buat Provokasi

Startup Ecosystem And Innovation

Harvard Archives Discovering Treasures Of History

Flavors Of Malaysia S 13 States At Doubletree By Hilton Johor Bahru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bawa Makaroni Carbonara Ke Jamuan Raya Sekolah Anak

Majlis Penyampaian Hadiah Bagi Kempen Double Treats Double Fortune Anjuran Elba Malaysia

Qi Razali Feat Kis Aisha Lagu Cinta Chord

Bertambah Setahun Lagi

Lirik Lagu Datang Dan Pergi Mucien

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project