Perbaharui Lesen Lynas Kerajaan Ikut Laporan Pakar


sitifatimah Laporan kata tidak bahaya, sisa diletakkan di satu tempat sahaja: Dr M Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR– Tun Dr Mahathir Mohammad berkata, kerajaan akan tetap berpegang kepada keputusan berhubung pembaharuan lesen operasi kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd, dan akan mengikut pandangan pakar serta saintis yang memahami mengenai bahaya sisa radioaktif.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak boleh selalu mendengar pandangan popular terutamanya apabila ada segelintir pihak yang menggunakan media alternatif untuk menyalurkan idea mereka sehingga siapapun yang menentang akan dikecam.

“Sekarang saya mahu mengikut apa yang dilaporkan oleh pakar. Jika ia merupakan bahan sangat berbahaya, maka kita tentu akan menyelesaikannya, Tetapi laporan itu mengatakan bahawa (ia) tidak berbahaya…sisa diletakkan di satu tempat sahaja.

“Mungkin terdapat satu penumpuan…kita bersedia untuk menyuraikannya tetapi kita tidak boleh eksport kerana tiada siapa yang mahu menerimannya, dan kita tidak boleh membuangnya ke laut juga kerana ikan akan mati. Jika betul, kita mahu mengikut pandangan pakar,” kata beliau selepas merasmikan Kongres Perangkaan Dunia ke-62 anjuran International Statistical Institute (ISI) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Dr Mahathir mengulas dakwaan oleh beberapa pihak bahawa pembaharuan lesen Lynas merupakan suatu yang memalukan negara.

Pada 15 Ogos, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) mengumumkan lesen operasi kilang nadir bumi milik syarikat perlombongan Australia, Lynas Corp itu diperbaharui selama enam bulan.

Sebelum ini, lesen operasi Lynas dilanjutkan selama tiga tahun pada 2016 sehingga 2 September tahun ini.

Bagaimanapun, pembaharuan lesen Lynas, yang beroperasi di Gebeng Kuantan itu, kali ini disertakan dengan beberapa syarat utama. 

Antara syarat yang dikenakan terhadap kilang nadir bumi itu ialah pemindahan proses ‘Cracking and Leaching’ ke luar negara dan pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).

Lynas juga mesti menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan berkaitan penggunaan semula residu radioaktif WLP sebagai Condisoil dalam bidang pertanian.

Perdana menteri juga menjelaskan bahawa adalah sukar bagi kerajaan untuk memutuskan mengenai isu itu selepas pakar mengesahkan bahawa tidak bahaya.

“Pandangan orang ramai satu perkara, pandangan pakar pula satu perkara lagi. Adakah kamu mengikut pandangan popular atau mengikut pandangan pakar Jika mengikut pandangan popular, tiada apa yang boleh dilakukan kerana setiap kali kita bercadang melakukan sesuatu, akan ada yang menentangnya,” katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan mempunyai pilihan, sama ada menghapuskan industri dan hilang kredibiliti dari segi berurusan dengan pelaburan langsung asing, atau meneruskannya dan mengurus apa yang dianggap sebagai masalah.

“Kita boleh mengurus masalah itu. Tidak ada masalah. Sebenarnya di kabinet, kami telah membincangkannya…,” kata beliau. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/perbaharui-lesen-lynas-kerajaan-ikut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlulah Teliti Sebelum Memperbaharui Lesen Lynas

Kerajaan Perlulah Teliti Sebelum Memperbaharui Lesen Lynas

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dilihat sangat berhati hati dan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan memperbaharui lesen pengoperasian kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng Kuantan selama enam bulan Penger...
Lesen Lynas 500 Bantah Keputusan Kerajaan

Lesen Lynas 500 Bantah Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 288 hits
Tindakan kerajaan melanjutkan lesen kilang Nadir Bumi Lynas di Gebeng Kuantan selama 6 bulan lagi pasti akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya ke 15 nanti Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet berkata tindakan kerajaan i...
Penurunan Harga Hartanah Kerajaan Negeri Tidak Menerima Sebarang Laporan

Penurunan Harga Hartanah Kerajaan Negeri Tidak Menerima Sebarang Laporan

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 263 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sokongan Bagi Dap Pkr Mungkin Merosot Jika Lesen Lynas Diperbaharui Kata Penganalisis

Sokongan Bagi Dap Pkr Mungkin Merosot Jika Lesen Lynas Diperbaharui Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 331 hits
Kerajaan akan membuat keputusan selewat lewatnya 15 Ogos ini sama ada ia akan memperbaharui lesen operasi Lynas di Gebeng Kuantan yang akan tamat pada 2 September ini PETALING JAYA Seorang penganalisis politik memberi amaran sokongan terhad...
Anwar Kerajaan Di Gesa Kaji Semula Syarat Kelulusan Lynas

Anwar Kerajaan Di Gesa Kaji Semula Syarat Kelulusan Lynas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan melanjutkan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng Kuantan yang sepatutnya tamat September ini kepada enam bulan Menurut Anwar perbincang...
Kontroversi Isu Lynas Zuraida Dakwa Ikut Keputusan Kabinet

Kontroversi Isu Lynas Zuraida Dakwa Ikut Keputusan Kabinet

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 450 hits
PEKAN Kabinet telah membuat perbincangan dan mendapat persetujuan bersama untuk kilang memproses nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng dekat sini terus melaksanakan operasinya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin ...
Kerajaan Akan Ambil Kira Kebimbangan Kepada Kilang Lynas

Kerajaan Akan Ambil Kira Kebimbangan Kepada Kilang Lynas

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 269 hits
SEPANG Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kerajaan akan mengambil kira kebimbangan rakyat terhadap kilang nadir bumi Lynas Malaysia di Gebeng Kuantan walaupun penyiasat telah mengisytiharkan bahawa kilang itu tidak merbahaya Lembaga Pe...
Lynas Kerajaan Pusat Dapat Lampu Hijau Bina Fasiliti Pelupusan Kekal

Lynas Kerajaan Pusat Dapat Lampu Hijau Bina Fasiliti Pelupusan Kekal

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 341 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berucap pada Majlis Sesi Town Hall bersama pemilik tanah kawasan MAS Kampung Baru di Pintu Utama Perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu Jalan Raja Alang Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Ker...
Pakar Ekonomi Gesa Kerajaan Perluas Asas Cukai Perkukuh Hasil Cukai Tidak Langsung

Pakar Ekonomi Gesa Kerajaan Perluas Asas Cukai Perkukuh Hasil Cukai Tidak Langsung

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 333 hits
Pakar ekonomi berkata keutamaan kerajaan sekarang ialah memulihkan disiplin dan integriti kewangan tanpa mengetepikan pertumbuhan serta projek sedang berjalan selain memastikan kepatuhan percukaian serta kecekapan pentadbiran PETALING JAYA ...
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm