Pakar Ekonomi Gesa Kerajaan Perluas Asas Cukai Perkukuh Hasil Cukai Tidak Langsung


Manirajan RamasamyPakar ekonomi berkata, keutamaan kerajaan sekarang ialah memulihkan disiplin dan integriti kewangan tanpa mengetepikan pertumbuhan serta projek sedang berjalan, selain memastikan kepatuhan percukaian serta kecekapan pentadbiran. PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi menggesa kerajaan supaya memperluas asas cukai negara, selari dengan syor Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) supaya dikurangkan pergantungan pada hasil berkaitan minyak.

Bercakap kepada FMT, Hoo Ke Ping berkata, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semata-mata tidak mencukupi untuk menampung perjalanan negara.

Merujuk kepada kejatuhan harga minyak mentah dan komoditi pada 2014, beliau berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada masa itu “membantu kerajaan menghadapi keadaan tersebut”.

Beliau memberi respons kepada laporan terbaru OECD yang menyebut tentang kesan positif peningkatan penyelarasan dalam dasar alam sekitar di peringkat sub-nasional dan peluang lebih besar bagi penggunaan cukai alam sekitar, terutamanya cukai karbon.

Kajian tersebut, yang dibentangkan di Putrajaya bulan lepas oleh timbalan setiausaha agung OECD Masamichi Kono, membincangkan keperluan menjadikan kewangan awam lebih mampan, mempertingkat perolehan kemahiran, memperkukuh integriti dan menambah produktiviti.

Ia juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil langkah meningkatkan paras hasil cukai yang rendah, terutamanya dengan menghapuskan pelbagai pengecualian cukai dan meningkatkan kecekapan sistem percukaian.

Hoo mengingatkan tentang “petunjuk awal kemelesetan ekonomi” berikutan permintaan dunia yang rendah terhadap komoditi, termasuk minyak sawit, dan kesan perang perdagangan AS-China ke atas sektor elektronik.

Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan nasihat OECD supaya dihapuskan subsidi minyak dengan berkata, ia mungkin memberi kesan buruk kepada kerajaan.

“Dengan menghapuskan subsidi, kerajaan boleh dijatuhkan. Tak boleh begitu,” katanya, dengan merujuk pada langkah Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga minyak ketika beliau menjadi perdana menteri.

Pakar ekonomi, Yeah Kim Leng berkata, kebimbangan mengenai kewangan awam yang mampan, pemerolehan kemahiran dan produktiviti merupakan isu struktural jangka sederhana dan panjang yang sedia dimaklumi oleh kerajaan.

Pada masa ini kata beliau, keutamaan kerajaan ialah untuk memulihkan disiplin dan integriti kewangan tanpa mengetepikan pertumbuhan serta projek yang sedang berjalan, selain memastikan kepatuhan percukaian serta kecekapan pentadbiran.

“Keperluan meningkatkan cukai berasaskan penggunaan bukan keutamaan semasa, tetapi ia akan menjadi sebahagian daripada agenda reformasi cukai jangka panjang.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/pakar-ekonomi-gesa-kerajaan-perluas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Terpaksa Belanja 4 Kali Ganda Hasil Cukai Rokok Untuk Rawat Penyakit Akibat Rokok Timb Menteri Kesihatan

Kerajaan Terpaksa Belanja 4 Kali Ganda Hasil Cukai Rokok Untuk Rawat Penyakit Akibat Rokok Timb Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 724 hits
Shah Alam 20 Ogos Setiap RM1 cukai rokok yang dikutip RM4 digunakan kerajaan untuk merawat penyakit yang berpunca daripada amalan merokok Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye kerajaan terpaksa membelanjakan RM16 bilion setahu...
Ada Asas Zakir Naik Tidak Dapat Perbicaraan Adil Kata Ketua Badan Minoriti Kerajaan India

Ada Asas Zakir Naik Tidak Dapat Perbicaraan Adil Kata Ketua Badan Minoriti Kerajaan India

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 408 hits
Abdar Rahman Koya Zafarul Islam Khan pengerusi Suruhanjaya Minoriti Delhi berkata kerajaan BJP bawah Modi memburu pengkritiknya termasuk Zakir Naik PETALING JAYA Pengerusi sebuah suruhanjaya kerajaan mewakili kumpulan minoriti India berkata...
Anwar Kerajaan Di Gesa Kaji Semula Syarat Kelulusan Lynas

Anwar Kerajaan Di Gesa Kaji Semula Syarat Kelulusan Lynas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 503 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan melanjutkan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng Kuantan yang sepatutnya tamat September ini kepada enam bulan Menurut Anwar perbincang...
Perbaharui Lesen Lynas Kerajaan Ikut Laporan Pakar

Perbaharui Lesen Lynas Kerajaan Ikut Laporan Pakar

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 340 hits
Laporan kata tidak bahaya sisa diletakkan di satu tempat sahaja Dr M Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Foto Bernama KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kerajaan akan tetap berpegang kepada keputusan berhubung pembaharuan les...
Timbal Balik Muhibah Kerajaan Dan Kakitangan Awam

Timbal Balik Muhibah Kerajaan Dan Kakitangan Awam

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 269 hits
A Kadir Jasin Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Ia tiada kena mengena dengan apa apa jawatan yang mungkin saya pegang Kerajaan dan kakitangan ...
Kerajaan Ph Perlu Bela Nasib Pekebun Kecil Jangan Jadikan Alasan Tutup Kelemahan

Kerajaan Ph Perlu Bela Nasib Pekebun Kecil Jangan Jadikan Alasan Tutup Kelemahan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 809 hits
Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan untuk menghentikan skim bantuan tanaman semula kepada pekebun kecil sawit di seluruh negara adalah amat dikesalkan lebih lebih lagi di kala pekebun kecil yang mencecah hampir 650 000 orang kini terpaksa ber...
Sultan Kedah Zahir Syukur Prestasi Kerajaan Negeri Peroleh Rm7 75 Bilion Pelaburan

Sultan Kedah Zahir Syukur Prestasi Kerajaan Negeri Peroleh Rm7 75 Bilion Pelaburan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 914 hits
ALOR SETAR 5 Ogos Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menzahirkan rasa syukur terhadap prestasi kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah berjaya menarik pelaburan asing bernilai R...
Kerajaan Perlu Teruskan Cadangan Mansuh Upsr

Kerajaan Perlu Teruskan Cadangan Mansuh Upsr

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR 5 Ogos Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan perlu meneruskan cadangan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan memberi fokus antaranya dalam aspek kemenjadian murid Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir K...
Bukan Kerajaan Pimpinan Saya Pinjam Wang Dari Jepun Kata Najib

Bukan Kerajaan Pimpinan Saya Pinjam Wang Dari Jepun Kata Najib

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 364 hits
Najib Razak mempersoalkan Fuziah Salleh kenapa tidak menyentuh RM175 juta yang diterima kerajaan daripada Lynas baru baru ini PETALING JAYA Najib Razak menolak alasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang mendakwa P...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku