Kerajaan Akan Ambil Kira Kebimbangan Kepada Kilang Lynas



SEPANG - Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan kerajaan akan mengambil kira kebimbangan rakyat terhadap kilang nadir bumi Lynas Malaysia di Gebeng, Kuantan walaupun penyiasat telah mengisytiharkan bahawa kilang itu tidak merbahaya. 

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) pada Khamis mengumumkan bahawa kerajaan melanjutkan lesen operasi bagi kilang pemprosesan nadir bumi yang dimiliki pelombong Australia, Lynas Corp, bagi tempoh enam bulan lagi.

"Sudah ada siasatan dan mereka telah menyatakan tidak ada bahaya. Tetapi, sudah tentunya rakyat masih merasakan kita perlu menyingkir (kilang) itu daripada pandangan mereka. Baiklah, kita akan lihat perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat AirAsia, RedQ, di sini, hari ini.

Apabila ditanya apakah yang akan berlaku kepada Lynas selepas tempoh enam bulan itu, Dr Mahathir berkata: “(Ia) bergantung kepada data yang kita ambil."

Lesen operasi Lynas sebelum ini dilanjutkan bagi tiga tahun dari 2016 ke 2 Sept, 2019. Bagaimanapun, dengan pembaharuan lesennya, Lynas perlu mematuhi beberapa syarat yang dikenakan ke atas mereka.

Antara syarat yang ditetapkan adalah ia perlu memindahkan proses pemecahan dan pengurasannya ke negara lain dan membina tapak pelupusan kekal. 

Lynas juga perlu menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan sisa radioaktif penulenan air sebagai condisoil (produk perapi tanah) bagi pertanian.

Ditanya mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil sekiranya syarat-syarat itu tidak dipenuhi (terutamanya, memindahkan proses pemecahan dan pengurasan ke luar negara) Dr Mahathir berkata: "Kita bagi mereka masa empat tahun. Kita tidak akan menghalau mereka."

Perdana Menteri berkata walaupun permit dilanjutkan bagi enam bulan, kerajaan berharap Lynas boleh memenuhi syarat-syarat itu dengan segera. 

Mengulas mengenai rancangan perhimpunan anti-Lynas di Kuantan Ahad ini, yang dirancang diakhiri dengan pembakaran manifesto Pakatan Harapan kerana membenarkan Lynas terus berada di negara ini, beliau berkata ia tidak akan menyelesaikan apa-apa.

"Mereka boleh membakar manifesto, tetapi mereka perlu berdepan perkara ini dengan cara yang sewajarnya. Tidak bolehlah pergi berarak dan membakar manifesto dan berharap semuanya akan diselesaikan.

"Saya amat yakin sekiranya anda membakar semua manifesto pun, ia tidak akan menyelesaikan apa-apa. Ia hanya akan membuatkan orang marah," katanya.

Dr Mahathir juga mengakui semasa pakatan PH merangka manifesto itu, banyak perkara yang tidak diketahui mereka pada masa itu, dan sekarang dengan maklumat baharu yang diperoleh, mereka perlu menanganinya. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/kerajaan-akan-ambil-kira-kebimbangan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlulah Teliti Sebelum Memperbaharui Lesen Lynas

Kerajaan Perlulah Teliti Sebelum Memperbaharui Lesen Lynas

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 456 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan dilihat sangat berhati hati dan mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan memperbaharui lesen pengoperasian kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng Kuantan selama enam bulan Penger...
Anwar Kerajaan Di Gesa Kaji Semula Syarat Kelulusan Lynas

Anwar Kerajaan Di Gesa Kaji Semula Syarat Kelulusan Lynas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 496 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan melanjutkan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng Kuantan yang sepatutnya tamat September ini kepada enam bulan Menurut Anwar perbincang...
Kalau Kerajaan Gagal Tutup Lynas Satu Penghinaan Kepada Pejuang Pejuang Antinya

Kalau Kerajaan Gagal Tutup Lynas Satu Penghinaan Kepada Pejuang Pejuang Antinya

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 396 hits
OLEH WAN FAUDZIN NSSemua tahu dan mesti terima hakikat bahawa sewaktu kita menjadi Pembangkang kita telah menjalankan berbagai usaha agar kilang Lynas tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia kerana mudharatnya lebih banyak dari kebaikan unt...
Lesen Lynas 500 Bantah Keputusan Kerajaan

Lesen Lynas 500 Bantah Keputusan Kerajaan

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 342 hits
Tindakan kerajaan melanjutkan lesen kilang Nadir Bumi Lynas di Gebeng Kuantan selama 6 bulan lagi pasti akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya ke 15 nanti Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet berkata tindakan kerajaan i...
Lynas Kerajaan Pusat Dapat Lampu Hijau Bina Fasiliti Pelupusan Kekal

Lynas Kerajaan Pusat Dapat Lampu Hijau Bina Fasiliti Pelupusan Kekal

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 451 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berucap pada Majlis Sesi Town Hall bersama pemilik tanah kawasan MAS Kampung Baru di Pintu Utama Perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu Jalan Raja Alang Kuala Lumpur foto AFFAN FAUZI KUALA LUMPUR Ker...
Fuziah Isu Lynas Kerajaan Quot Tersepit Quot Kerana Pinjaman Jepun

Fuziah Isu Lynas Kerajaan Quot Tersepit Quot Kerana Pinjaman Jepun

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Terkesan dengan kritikan negatif rakyat Malaysia Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menjelaskan situasi sebenar berhubung kilang nadir bumi Lynas Corporation Ltd di Gebeng Beliau berkata kerajaan tersepit berhubung isu Lynas k
Perbaharui Lesen Lynas Kerajaan Ikut Laporan Pakar

Perbaharui Lesen Lynas Kerajaan Ikut Laporan Pakar

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 330 hits
Laporan kata tidak bahaya sisa diletakkan di satu tempat sahaja Dr M Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Foto Bernama KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kerajaan akan tetap berpegang kepada keputusan berhubung pembaharuan les...
Kerajaan Pahang Digesa Tak Lulus Tapak Pelupusan Sisa Lynas

Kerajaan Pahang Digesa Tak Lulus Tapak Pelupusan Sisa Lynas

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 359 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang digesa supaya tidak meluluskan tapak pelupusan bagi tujuan penyimpanan sisa pemprosesan nadir bumi yang dikendalikan oleh Lynas Corporation Ltd di Gebeng Ahli Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung berk...
Anwar Room For Improvement On Lynas Terms More Talks Needed

Anwar Room For Improvement On Lynas Terms More Talks Needed

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 427 hits
PKR president Anwar Ibrahim is calling for more negotiations and review on the government s recent to extend Lynas operating licence by six months I am supporting attempts to seek rapport with the government to call for a review of the deci...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikan Paus Mati Dipenuhi Plastik Petanda Alam Kita Sedang Sakit

Kehilangan Itu Bukan Hukuman Tapi Latihan Untuk Kita Belajar Bergantung Hanya Pada Nya

Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik