Perasuah Jutawan Azam Baki Dan Abu Kassim Yang Anda Tidak Kenal






Ketua Pesuruhjayanya SPRM, Datuk Seri Azam Baki merupakan  seorang JUTAWAN yang mengumpul kekayaan sejak tahun 2013 iaitu apabila dia dilantik Pengarah Bahagian Perisikan SPRM pada tahun 2013 dengan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarganya.


Penyalahgunaan kuasa ini telah berlaku dalam pengetahuan serta penglibatan Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, iaitu Tan Sri Abu Kassim yang  melantik Azam Baki ke jawatan tersebut. Abu Kassim juga merupakan payung dan mentor kepada segala kejahatan Azam Baki. Abu Kassim sendiri merupakan seorang jutawan semasa menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya. Bank Negara Malaysia boleh mengesahkan perkara tersebut.


Hari ini, kami nak dedahkan satu perkara tentang kekayaaan Azam Baki yang merupakan ‘Open Secret’ kepada khalayak, cumanya tak pastilah sebelum ni semua pihak benar-benar tidak tahu atau tutup sebelah mata sahaja.


Pada tahun 2014, Azam Baki merupakan pemegang saham yang ke-12 terbanyak dalam sebuah syarikat Public Listed, KBES Berhad dengan jumlah 1.9 juta saham. Bagaimana seorang penjawat awam dengan pangkat Jusa C dari keluarga yang biasa mampu menjadi di antara 30 pemilik saham terbesar KBES Berhad? Hebatkan Azam Baki? Lagi Hebat Abu Kassim yang buat-buat tak tau. Tak Percaya? Sila rujuk Laporan tahunan KBES Berhad tahun 2014.


https://www.malaysiastock.biz/Handler/GetReport.ashx?file=AR/2015/5/26/5079%20-%201638517051481.pdf&name=KBES-AnnualReport2014.pdf - *Sila rujuk M/S 87.*


Jika anda teliti penama-penama 30 pemegang saham terbesar tersebut, hebatnya Azam Baki apabila saham yang dilimiki dia lebih banyak berbanding dengan pemegang saham no.17 yang bernama Rafidah binti Abdul Aziz.


Cuba tengok buku Laporan tahunan 2015 syarikat yang sama pula, Azam Baki merupakan pemegang Saham terbesarke-19 dengan jumlah saham 1 juta. Mesti tertanya-tanyakan kenapa jumlah saham dah kurang? Mana tidaknya, cuba tengok penama pemegang saham ke-8 tertinggi - *Nasir bin Baki* yang juga merupakan adik Azam Baki - yang memegang saham berjumlah 3.72 juta.  


Dalam Syarikat yang sama, seorang lagi kawan akrab Azam Baki iaitu Dato’ Sri Lim Kok Han atau lebih mesra “Teleng” juga merupakan pemegang saham berjumlah 2.3 juta pada tahun 2014 dan 2.7 juta pada tahun 2015. Siapa payung siapa ini?


https://www.malaysiastock.biz/Handler/GetReport.ashx?file=AR/2016/4/28/5079%20-%201019526812104.pdf&name=KBES_AR2015.pdf - *sila rujuk M/S 88 & 89.*


Bukan setakat itu sahaja,  Dato’ Sri Teleng juga merupakan rakan kongsi Abu Kassim dan anaknya yang kononnya Abu jadi mangsa dalam kes siasatan 1MDB tetapi Abu lah bantu Bossku dengan memberi statement yang duit RM2.6 b bukan dari 1MDB. Abu ini orang kuat bossku pada ketika itu untuk kekal status quonya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.


Anak Abu Kassim, Mohammad *Hazmi Abu Kassim* merupakan pemegang saham  *Syarikat Prolific Group Sdn Bhd* di mana keluarga Dato’ Sri Teleng memegang 51% saham syarikat tersebut. Malahan, Prolific Group Sdn Bhd yang mempunyai  revenue hampir *RM7 juta setiap tahun* didapati tidak membayar cukai sejak 10 tahun yang lalu. 


Kekayaan Azam Baki bukan melibatkan sekadar sebuah syarikat public listed tetapi Azam Baki juga merupakan pemegang waran No.5 antara 30 pemegang waran terbesar syarikat Excel Force Berhad sebanyak 2.1 juta waran. 


Kami sharekan link untuk tatapan anda semua.


“Kebetulan” Dato’ Sri Teleng juga memegang jumlah waran sebanyak 328 ribu. Betul ke milik Teleng atau dia tolong pegang untuk mentor Azam Baki? 


http://www.insage.com.my/ir/interactiveAR/EFORCE/interactiveAR2015/118/ - Rujuk M/S 117


Selama ini, seorang Ketua Pesuruhjaya yang kononnya merupakan calon yang terbaik untuk menjunjung jawatan yang disegani itu, rupa-rupanya seorang penipu serta pengkhianat yang berjaya menipu rakyat dengan mengkhianati amanah yang dipertanggungjawabkan dengan bertopengkan perwatakan seorang yang baik. 
*KITA SEMUA TERTIPU !!*


Sudah sampai masanya rakyat bangkit untuk mendesak Azam Baki dilucutkan jawatannya dengan serta merta dan siasatan terperinci dijalankan terhadap dia dan mentornya, Abu Kassim.


Kami Keluarga Malaysia mahu Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri mengambil tindakan tegas untuk menyelamatkan maruah SPRM dan negara.  


*“WE ARE WATCHING YOUR ACTION MR.PM”.*




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/perasuah-jutawan-azam-baki-dan-abu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macc Advisory Board Members Dispute Abu Zahar S Clearing Of Azam Baki

Macc Advisory Board Members Dispute Abu Zahar S Clearing Of Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 233 hits
Six members of the MACC Anti Corruption Advisory Board have disputed their chairperson Abu Zahar Ujang s account relating to the shareholding controversy involving MACC chief commissioner Azam Baki They noted that Abu Zahar during a press c...
Azam Baki Tak Pernah Dipanggil Beri Penjelasan Abu Zahar Cuba Mengelirukan

Azam Baki Tak Pernah Dipanggil Beri Penjelasan Abu Zahar Cuba Mengelirukan

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 224 hits
Dalam sidang media dua hari lalu Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang memberitahu Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberi penjelasan berken...
Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela

Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 380 hits
ANALISA ISU Edmund L Gomez dan Azam Baki PELETAKAN jawatan Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perunding SPRM baru baru ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian dan menganalisa apakah sebab musababnya Peletakan itu buka...
Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya Enam Anggota Lppr

Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya Enam Anggota Lppr

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 199 hits
KUALA LUMPUR 8 Jan Enam anggota Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah hari ini berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang Rabu lepas berhubung kontroversi melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suru...
Penjelasan Azam Baki Buktikan Sikap Telus Dan Keterbukaan Kata Penganalisis

Penjelasan Azam Baki Buktikan Sikap Telus Dan Keterbukaan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 195 hits
MALAYSIA NOW Menurut penganalisis tindakan Azam memberi penjelasan kepada LPPR adalah mengikut saluran yang betul Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada sidang media di Putrajaya Tindakan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Bak...
Ismail Sabri Diberi Masa Tujuh Hari Rehatkan Azam Baki Jika Tidak

Ismail Sabri Diberi Masa Tujuh Hari Rehatkan Azam Baki Jika Tidak

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 258 hits
MALAYSIA DATELINEBiro Mobilisasi AMANAH Nasional memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bertindak merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki Ketuanya Mohd Sani Hamzan berkata pihaknya ...
Ahli Parlimen Rayu Agong Campur Tangan Isu Azam Baki

Ahli Parlimen Rayu Agong Campur Tangan Isu Azam Baki

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 267 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub merayu kepada Yang di Pertuan Agong untuk melakukan dan menyatakan sesuatu berhubung isu pembelian saham dikaitkan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Azam Baki T...
Jika Pm Berwibawa Azam Baki Mesti Diarah Bercuti

Jika Pm Berwibawa Azam Baki Mesti Diarah Bercuti

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 273 hits
Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki perlu bercuti dari tugas rasmi dan disiasat sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berwibawa Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim...
Mgnews Isu Azam Baki Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup Ma

Mgnews Isu Azam Baki Rakyat Perlu Bangkit Elak Negara Jadi Korup Ma

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 266 hits
Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik bercakap kepada media selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di IPD Dang Wangi Kuala Lumpur
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku

Wanita Lari Dipercayai Ikut Tomboy

Najib Bos Saya Sahabat Seperti Adik Beradik Zahid