Penjelasan Azam Baki Buktikan Sikap Telus Dan Keterbukaan Kata Penganalisis


MALAYSIA NOW
Menurut penganalisis, tindakan Azam memberi penjelasan kepada LPPR adalah mengikut saluran yang betul.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki pada sidang media di Putrajaya. Tindakan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki yang memberikan penjelasan mengenai isu urusniaga saham semalam membuktikan sifat integriti yang tinggi sebagai seorang penjawat awam, kata penganalisis.
Menurut Noor Mohamad Shakil Hameed yang merupakan timbalan pengarah pejabat Naib Canselor UPM dan penganalisis isu semasa, semua pihak harus menerima penjelasan beliau dengan terbuka dan tidak perlu membangkitkan isu kebertanggungjawaban ketua pesuruhjaya SPRM dalam hal ini.
“Selaku pemimpin tertinggi sebuah agensi antirasuah negara, kita perlu menghargai kesanggupan beliau untuk menjelaskan isu ini kepada media dan rakyat secara amnya.
“Sebagai seorang penjawat awam, kita harus faham beliau menjawab kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang bertindak selaku badan pemantau bebas SPRM yang mana ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Justeru, tindakan beliau menjawab dan memberi penjelasan kepada LPPR adalah mengikut saluran yang betul dan kita sepatutnya percaya serta tidak harus mempertikaikannya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Pada Selasa, Azam dalam satu sidang media di Putrajaya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan terhadap beliau yang mengatakan dirinya mempunyai kawalan ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat.
Beliau menganggap ia satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif terhadapnya dan menjatuhkan reputasinya dan SPRM.
Mengulas lanjut, Shakil berkata, meskipun pelbagai tohmahan dan tuduhan dilemparkan kepada Azam dan SPRM, beliau tidak harus gentar untuk terus menjalankan tugas yang diamanahkan dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rasuah.
“SPRM adalah satu agensi yang sangat penting untuk membanteras gejala rasuah dan Suruhanjaya ini perlu meneruskan agenda ini tanpa rasa tertekan walaupun menerima pelbagai tekanan daripada mana-mana pihak.
“Ketegasan SPRM dalam menjalankan siasatan dan tangkapan terhadap pesalah rasuah tidak kira latar belakang politik menyebabkan timbul rasa tidak senang dikalangan sesetengah pihak dan tidak dinafikan pihak-pihak terbabit cuba mewujudkan persepsi negatif kepada SPRM.
“Kenapa isu mengenai saham ini tidak dibangkitkan pada 2015 dan kenapa baru sekarang. Ini jelas menunjukkan ada agenda daripada pihak tertentu yang sengaja mahu mengalihkan perhatian rakyat kepada kes siasatan yang sedang SPRM jalankan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) Jais Abdul Karim berkata, langkah Azam membuat penjelasan adalah satu tindakan yang tepat dan selaku penjawat awam yang mempunyai tanggungjawab besar dalam suruhanjaya tersebut, beliau sudah melaksanakan tugas yang cukup baik.
“Perkara ini sepatutnya tidak perlu ditimbulkan kerana pelbagai persepsi akan berlaku tetapi apabila digembar-gemburkan dan ada unsur ‘pembunuhan politik’ yang sedang berlaku, sesi penjelasan ini terpaksa diadakan.
“Bagaimanapun, apabila kita melaksanakan tugas dengan baik tentu ada ranjau dan duri yang perlu ditempuhi dan berharap pihak SPRM terus bersedia berdepan dengan serangan yang lebih besar selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata, pihaknya berpuas hati dengan penjelasan diberikan Azam sekali gus membuktikan bahawa ketua pesuruhjaya SPRM itu tidak mempunyai isu yang ingin disembunyikan.
Katanya, biarpun masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan KP SPRM itu, namun dia berharap agar agenda membasmi rasuah dapat berjalan seperti biasa.
“Alhamdulillah, semalam beliau telah memberikan penjelasan berhubung pemilikan saham atas namanya dalam sidang media yang diadakan bersama Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).
“Bagi saya itu sudah mencukupi kerana isu ini bukanlah terlalu kompleks (rumit) kerana apa yang kita mahukan adalah penjelasan darinya dan beliau sudah pun berbuat demikian kepada LPPR sebagaimana dituntut oleh banyak pihak,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, biarpun perkara itu sudah dijelaskan Azam, memang akan sentiasa ada pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga penjelasan yang dibuat.
Katanya, perkara ini biasa terjadi kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apatah lagi kepada SPRM sebagai sebuah agensi yang menyiasat pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa.
“Memang dalam kita tegas terhadap sesuatu perkara, akan wujud pihak yang sentiasa tidak akan berpuas hati dengan kita.
“Apabila kita berdiam diri pun mereka akan mempertikai. Bila memberi penjelasan pun akan tetap mempertikaikannya.
“Tetapi dari sini kita boleh nampak niat sebenar pihak-pihak berkenaan yang sudah pasti sebenarnya bukan ingin mendengar penjelasan tetapi mempunyai agenda lain,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/penjelasan-azam-baki-buktikan-sikap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azam Baki Tak Pernah Dipanggil Beri Penjelasan Abu Zahar Cuba Mengelirukan

Azam Baki Tak Pernah Dipanggil Beri Penjelasan Abu Zahar Cuba Mengelirukan

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 217 hits
Dalam sidang media dua hari lalu Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang memberitahu Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberi penjelasan berken...
Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

Isu Saham Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Berpuas Hati Penjelasan Azam Baki

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 240 hits
PUTRAJAYA Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau Pengerusi LPPR Tan Sri Abu ...
Kita Sibuk Dengan Azam Baki Mereka Sibuk Dengan Luluskan Projek Kata Anwar

Kita Sibuk Dengan Azam Baki Mereka Sibuk Dengan Luluskan Projek Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 380 hits
freemalaysiatoday com January 11 2022 10 25 PMIsu rasuah lebih besar seperti kertas Pandora konsesi Spanco Sdn Bhd dan Digital Nasional Berhad perlu juga diberi perhatian kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim PETALING JAYA Rakyat tidak sepat...
Saya Tidak Melakukan Sebarang Jenayah Azam Baki

Saya Tidak Melakukan Sebarang Jenayah Azam Baki

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 205 hits
WARTA RAKYAT KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki tiada halangan sekiranya kes yang didakwa membabitkan dirinya dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan SPRM Beliau juga sedia menyerahkan kepada budi bicara Le...
Azam Baki Perlu Berehat Sementara Atau Digantung Tugas

Azam Baki Perlu Berehat Sementara Atau Digantung Tugas

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 236 hits
SHAH ALAM Isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki yang hangat diperkatakan seharusnya mendorong pemimpin nombor satu itu berundur sementara waktu Pengerusi Yayasan Keperihati...
Hadi Seemingly Backing Macc S Azam Baki Claims Trial By Media Make Clean Officials Lame Ducks

Hadi Seemingly Backing Macc S Azam Baki Claims Trial By Media Make Clean Officials Lame Ducks

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 199 hits
PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang hit out at the media today accusing them of playing judge and executioner in the stock trading controversy implicating MACC chief Tan Sri Azam Baki Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR Jan 9 PAS pre...
Police Send Azam Baki Case To Securities Commission

Police Send Azam Baki Case To Securities Commission

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 221 hits
Federal CID director Abdul Jalil Hassan said the report against MACC chief Azam Baki pertained to him allowing his brother to use his trading account to buy shares PETALING JAYA Police have confirmed that a report has been filed against Mal...
Azam Baki Double Trouble Ismail Akan Jadi Sasaran Juga

Azam Baki Double Trouble Ismail Akan Jadi Sasaran Juga

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 385 hits
it Soalan seterusnya dari rakyat yang sudah viral duit beli SAHAM datang dari mana Menabung sejak kecil macam auntie rose Ini soalan popular yang tidak dapat di elakan Nak tanya juga kenapa GENG penyamun melokmanadamkan diri mereka memperta...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik