Perantisiswa 60 Permohonan Fasa 1 Lulus Tapisan Awal Kata Annuar


 
Annuar Musa berkata pengagihan peranti bagi fasa 1 akan diselesaikan terlebih dulu sebelum memulakan pengagihan fasa 2, pada Oktober. (Gambar Facebook)KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata sebanyak 60% daripada hampir 100,000 permohonan untuk fasa 1 PerantiSiswa telah diluluskan menerusi tapisan awal dan pemohon akan memperoleh peranti masing-masing, bulan ini.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk menyelesaikan pengagihan bagi fasa itu sebelum memulakan pengagihan fasa 2, pada Oktober dan dijangka selesai pada November depan.
“Hampir 400,000 unit peranti itu kita ada (untuk diagihkan) tahun ini, kalau (memerlukan) jumlah lebih itu kerajaan perlu buat ketetapan lain dengan peruntukan tambahan dan perolehan, jadi itu kita kira kemudian, kita selesaikan yang ini dulu.
“Fasa 1 dan 2 ini kita mahu selesaikan dalam 90 hari, dan usaha ini melibatkan kerjasama antaranya Jemaah Menteri, Ahli Parlimen, pemimpin tempatan, pegawai tinggi kementerian supaya cepatkan agihan tanpa banyak kerenah dan mudahkan pelajar dapat peranti segera,” katanya kepada pemberita.
Annuar berkata, pengagihan PerantiSiswa perlu disegerakan dan kerajaan sedang membuat penjadualan pengagihan supaya selaras dengan pembekal, terutama di Sabah dan Sarawak berikutan keadaan logistik di kawasan pedalaman yang mencabar.
Pada 3 Sept, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melancarkan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi memberikan bantuan peranti tablet berjenama kepada pelajar kumpulan B40 yang memerlukan.
Tablet jenama Samsung dipilih sebagai pemenang tender bagi program berkenaan untuk membekalkan peranti itu mengikut lima zon iaitu Zon Sabah dan Sarawak, Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan.
Annuar berkata, baki 40% permohonan fasa 1 program itu pula sedang diteliti termasuk melibatkan kes rayuan bagi memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut.
Beliau berkata, dalam proses tapisan rayuan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi pengajian masing-masing dan pentadbir sekolah telah diberikan amanah untuk meneliti rayuan sebelum kementerian meluluskan permohonan.
“Jika ada pelajar yang mereka (MPP dan pentadbir) tahu layak tetapi tapisan awal secara dalam talian tidak melayakkan mereka atas pelbagai sebab, maka kita beri kelonggaran kelulusan, tujuan kita hendak beri kepada seberapa ramai pelajar yang benar-benar layak.
“Ramai juga memohon tetapi jika tidak layak, maka tidak bolehlah kerana kita memikul amanah, ini (kemudahan) untuk keluarga B40 dengan garis pendapatan keluarga RM5,000 ke bawah. Ada juga ramai orang biasa bukan pelajar minta, tetapi saya kata tidak bolehlah,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/perantisiswa-60-permohonan-fasa-1-lulus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Perantisiswa Fasa 2 Kini Dibuka Bantuan Tablet Percuma Bernilai Rm800 Untuk Semua Pelajar Ipt

Permohonan Perantisiswa Fasa 2 Kini Dibuka Bantuan Tablet Percuma Bernilai Rm800 Untuk Semua Pelajar Ipt

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 379 hits
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang tergolong dalam keluarga B40 mereka berpeluang menerima inisiatif peranti tablet beserta jalur lebar di bawah Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia menerusi Belanjawan 2022 Dalam Belanjawan 2022 yang d...
Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 Dibuka Sehingga 30 September 2022

Permohonan Perantisiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 Dibuka Sehingga 30 September 2022

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 311 hits
Fasa pertama untuk Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah pun berakhir dan kini Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 sudah bermula dari 1 Ogos 2022 yang lepas sehingga hujung bulan ini iaitu 30 September 2022 Untuk kali in...
Terkini Bkm Fasa 3 Dalam Proses Pengkreditan Semakan Status Permohonan Kini Dibuka

Terkini Bkm Fasa 3 Dalam Proses Pengkreditan Semakan Status Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 249 hits
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri baru baru ini telah mengeluarkan jadual tarikh tuntutan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia bagi bulan September 2022 Tarikh pembayaran ini adalah bagi pembayaran fasa 3 dan tuntutan bayaran secara tunai di Ba...
Dasar Monetari Negara Bukan Bawah Kuasa Kabinet Pasukan Jihad Kata Annuar

Dasar Monetari Negara Bukan Bawah Kuasa Kabinet Pasukan Jihad Kata Annuar

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 153 hits
Annuar Musa berkata jika harga barang meningkat kerajaan tidak akan berdiam diri sebaliknya berusaha mengambil langkah intervensi untuk membantu rakyat MELAKA Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa menyangkal tuduhan ia ga...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 333 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Pemenjaraan Najib Tidak Membantu Ph Kata Pemerhati

Pemenjaraan Najib Tidak Membantu Ph Kata Pemerhati

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 303 hits
PEMENJARAAN Najib Razak tidak akan melemahkan pengaruh media sosial bekas perdana menteri itu mahupun Umno kata pakar Liew Wui Chern pensyarah di Jabatan Komunikasi Massa di Universiti Tunku Abdul Rahman berkata Najib masih ada pasukan untu...
Nampak Bapa Panas Bawah Khemah Pengantin Terus Dukung Masuk Ke Bilik Ramai Kata Si Isteri Beruntung

Nampak Bapa Panas Bawah Khemah Pengantin Terus Dukung Masuk Ke Bilik Ramai Kata Si Isteri Beruntung

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 283 hits
RATA rata anak lelaki khususnya anak sulung mempunyai hubungan yang rapat dengan bapa mereka Meskipun sudah meningkat dewasa dan melangkah ke alam rumah tangga hubungan erat dan kasih anak terhadap si bapa tetap utuh seperti sebelumnya Begi...
Jangan Boikot Pas Jika Tak Dicalonkan Kata Sanusi

Jangan Boikot Pas Jika Tak Dicalonkan Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 229 hits
Sanusi Md Nor meminta ahli dan pemimpin yang tidak dipilih sebagai calon supaya akur dengan keputusan parti ALOR SETAR Ahli dan pemimpin PAS yang tidak dipilih sebagai calon diminta akur dengan keputusan itu serta tidak memboikot parti dala...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini