Jangan Boikot Pas Jika Tak Dicalonkan Kata Sanusi


 
Sanusi Md Nor meminta ahli dan pemimpin yang tidak dipilih sebagai calon supaya akur dengan keputusan parti.ALOR SETAR: Ahli dan pemimpin PAS yang tidak dipilih sebagai calon, diminta akur dengan keputusan itu serta tidak memboikot parti dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Sanusi Md Nor berkata, PAS peringkat kawasan juga dilarang memboikot calon, jika kerusi itu diberi kepada parti rakan.
“Calon-calon pilihan raya, saya nak minta satu saja. Sekiranya orang atau rakan yang kita harapkan jadi calon tidak terpilih atas sebab tertentu, sama ada calon lebih baik atau kawasan kita cadang diberikan kepada rakan politik, dilarang memboikot parti semasa pilihan raya.
“Selepas keputusan dibuat PAS Pusat (berhubung calon), sebarang rombongan untuk mengubah keputusan, melobi, menukarnya diharamkan.
“Untuk maju ke depan sebagai model parti politik terbaik Malaysia, pemimpin dan ahli PAS tidak akan boikot parti, jika hasrat diri tidak tercapai, kita akan laksanakan apa saja keputusan pimpinan PAS,” katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke-68.
Tanding 80 kerusi Parlimen
Sanusi berkata, PAS menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen dalam PRU15, separuh berbanding PRU14.
“Daripada 80 kawasan itu, Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat sedang menganalisa kawasan yang mencapai KPI untuk berada dalam senarai 80 kawasan PAS akan tanding.
“Mana-mana kawasan yang tidak capai KPI akan digugurkan, akan diganti kawasan lain yang didapati ada peningkatan prestasi baik dari segi persiapan jentera mahupun keperluan lain untuk hadapi pilihan raya, di mana sasaran PAS menang paling kurang minima 40 kerusi Parlimen.
“Jika ada 40 kerusi di Parlimen, tidak ada parti yang dapat menubuhkan kerajaan persekutuan tanpa PAS.”
Mengulas soal lambang “bulan” untuk kegunaan beberapa negeri, Sanusi berkata, perkara itu akan dibincangkan mesyuarat pimpinan Perikatan Nasional.
“Saya harap parti kita akan buat keputusan paling baik, paling untungkan PAS. Kita kena runding dengan rakan politik kita, kena setuju. Kalau kita gagal buat juga, rakan tak setuju, pecah tuan-tuan puan-puan, ia membawa kerugian lebih besar daripada kita tak guna logo bulan, jadi kita kena berlapang dada selepas keputusan dibuat.” - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/09/jangan-boikot-pas-jika-tak-dicalonkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tidak Dijemput Ke Muktamar Pas 2022 Jangan Putar Belit Berlagak Suci Kata Suraya Kepada Pas

Umno Tidak Dijemput Ke Muktamar Pas 2022 Jangan Putar Belit Berlagak Suci Kata Suraya Kepada Pas

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 307 hits
Pas sepatutnya lebih ikhlas dan bercakap benar kepada rakyat soal jemputan kepimpinan Umno ke Muktamar Pas 2022 bukannya putar belit dan berlagak suci berlagak suci atau 8220 play victim 8221 dalam soal ini demikian menurut Datuk Suraya Yaa...
Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

Pru15 Umno Ada Pelbagai Skandal Tak Mampu Dapat Majoriti Mudah Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 504 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal menjelang pilihan raya umum ke 15 Katanya semua parti termasuk Barisan Nasional akan berdepan...
Sukar Elak 3 Penjuru Pn Dijangka Lawan Bn Di Banyak Negeri Kata Sanusi

Sukar Elak 3 Penjuru Pn Dijangka Lawan Bn Di Banyak Negeri Kata Sanusi

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 227 hits
freemalaysiatoday com September 2 2022 10 00 AMMenurut Sanusi Md Nor agak mustahil untuk melihat pertembungan dua penjuru selepas mengambil kira jumlah calon dari semua parti ALOR SETAR Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor me...
Jangan Berunding Dalam Gelap Dengan Pas Tok Mat Beritahu Pemimpin Umno

Jangan Berunding Dalam Gelap Dengan Pas Tok Mat Beritahu Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 368 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan tidak mengetahui dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkait rundingan antara kedua dua parti PETALING JAYA Umno mengingatkan pemimpinnya supaya tidak mengadakan rundingan dalam gelap susulan kenyataan...
Jangan Sesuka Hati Musnah Kolam Takungan Di Puncak Gunung Inas Kata Mb Kedah

Jangan Sesuka Hati Musnah Kolam Takungan Di Puncak Gunung Inas Kata Mb Kedah

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 284 hits
Jangan sesuka hati musnah kolam takungan di puncak Gunung Inas kata MB Kedah Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2
Muafakat Nasional Perintah Dari Tuhan Mursyidul Am Pas Kata

Muafakat Nasional Perintah Dari Tuhan Mursyidul Am Pas Kata

papar berkaitan - pada 23/8/2022 - jumlah : 296 hits
PETALING JAYA Umno diminta mempertimbangkan semula kerjasama dalam Muafakat Nasional kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang menggunakan frasa perintah Tuhan untuk menegaskan keperluan penyatuan tiga parti Islam untuk berdepan pilihan raya ...
Pas Bermimpi Raih Sokongan Pengundi Atas Pagar Kata Penganalisis

Pas Bermimpi Raih Sokongan Pengundi Atas Pagar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 244 hits
freemalaysiatoday com September 5 2022 7 45 AMAbdul Hadi Awang ketika berucap dalam Muktamar PAS ke 68 berkata parti itu berjaya menembusi tembok perkauman PETALING JAYA Seorang penganalisis berkata PAS bermimpi jika percaya ia mampu memena...
Drama Pak Su Ammara

Ai And Automation Set To Dominate The Industrial Sector By 2026

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Empat Punca Roti Puri Tidak Menjadi Gelembung Seperti Yang Diharapkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Senjata Subtil Kekuatan Kata Kata Dalam Mendapatkan Pujian

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Haliza Maysuri Jelaskan Sebab Sarung Busana Rm185 000 Pada Malam Gala Bukan Untuk Bermegah Tapi

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu