Perang Iran Israel Rakyat Harus Bersatu Hadapi Krisis Ekonomi Geopolitik


 
HarapandailyJune 24, 2025
Oleh FAIZ FADZIL


Perang Iran-Israel yang tercetus sekarang berpunca daripada sikap imperialisme Israel yang mahu meluaskan kuasanya di Asia Barat sedangkan Israel sendiri adalah negara menduduki (occupied) dengan merampas tanah sah milik rakyat Palestin sejak 1948.
Siri-siri serangan dan pembunuhan kejam Israel merupakan satu perbuatan genocide dan melanggar batas Hak Asasi Manusia.




Konsep “2 States Solution” yang dicanang sebagai penyelesaian konflik ini merupakan satu kesilapan besar kerana pengiktirafan negara yang disebut Israel memberikan lesen sah kepada mereka untuk menyerang rakyat Palestin, dan kini menyerang Iran.
Sedangkan, sejarah pembentukan negara yang disebut Israel ini berpunca daripada satu kumpulan militan yang dikenali “haganah”.
Ada yang mengaitkan siri peperangan di Asia Barat termasuk di Palestin, Afghanistan, Iraq, Libya dan Syria merupakan isu agama.


Jika ia isu agama, sudah pasti negara umat Islam yang menguasai Asia Barat bersatu menentang serangan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat.
Jika atas nama agama, sudah pasti negara-negara Arab ini tidak akan berdiam diri melihat peperangan-peperangan ini berlaku.
Ataupun adakah kerana berbeza mazhab atau suku kaum membuatkan mereka bersikap sebegini?
Naif sangatlah umat Islam jika sanggup membiarkan ribuan manusia dibunuh hanya kerana perbezaan ini.


Justeru, ada yang mengatakan Israel angkuh bukan sebab kekuatannya, tetapi sebab kelemahan negara umat Islam untuk bersatu.
Sebab itu, peperangan ini perlu dilihat dari sudut kemanusiaan dan bukannya agama.
Isu kemanusiaanSebagai parti Islam yang progresif dan inklusif, AMANAH seharusnya ke depan dalam menyedarkan rakyat Malaysia bahawa isu peperangan ini bukanlah isu agama, tetapi isu kemanusiaan.
Kemanusiaan melangkaui perbezaan agama dan kaum, jika rakyat Eropah berani bersuara menentang peperangan ini, kenapa tidak rakyat Malaysia walaupun pelbagai kaum.
Keamanan yang dibina di negara ini boleh menjadi contoh kepada masyarakat antarabangsa bahawa perbezaan tidak mengatasi kemanusiaan.
Inilah kefahaman geopolitik yang harus difahami rakyat Malaysia terutama umat Islam dan oleh itu, peranan tokoh-tokoh agama adalah sangat penting untuk mula bercakap dan bersyarah tentang isu ini bagi membangkitkan kesedaran rakyat bahawa penyatuan membela kemanusiaan adalah tanggungjawab bersama.
Saya mula mempelajari geopolitik apabila melihat foto almarhum ayahanda saya dengan as-Syahid Hassan Nasrallah sewaktu saya masih remaja.
Ketika itu, almarhum banyak berkongsi berita peperangan di Asia Barat. Mereka berdua berbeza, tetapi bersatu dan bersama dalam isu peperangan dan perjuangan membela Palestin. Ketika Iraq diserang, almarhum ayahanda memberikan sokongan kepada Iraq.




Ketika Iraq diserang, almarhum ayahanda memberikan sokongan kepada Iraq. Saya masih di tingkatan 1, saya berpeluang bertanya kepada beliau kenapa menyokong Iraq sedangkan Saddam Hussein itu zalim dan pernah berperang dengan Iran.
Lalu almarhum menjelaskan dengan satu ayat “Iraq melawan Amerika”. Justeru, tidak hairan bilamana almarhum boleh bersama dengan musuh politik demi melawan musuh yang lebih besar.




Semalam, genap 23 tahun pemergian almarhum Fadzil Noor, tetapi prinsip, pemikiran dan legasi politiknya bahawa “the bigger enemy is the real enemy” tetap relevan sehingga ke hari ini.
Yang lebih membimbangkan adalah kesan peperangan Iran-Israel ini boleh mencetuskan krisis ekonomi.


Harga barang makanan boleh melonjak yang akan memberikan kesan kepada kos sara hidup rakyat dan jika perang ini berpanjangan, ia boleh menjejaskan perdagangan yang boleh memberikan impak kepada isu pekerjaan.
Ketika tercetusnya perang Russia-Ukraine, harga ayam tempatan melonjak kerana kenaikan harga import dedak.
Atas kesedaran ini, kerajaan Madani menggerakkan halatuju keterjaminan makanan (food security) bagi memastikan bekalan makanan sentiasa cukup.


Namun, usaha ini masih di peringkat awal dan oleh itu, Malaysia masih bergantung kepada import dan peperangan ini boleh menjejaskan bekalan makanan diimport yang mencecah hampir RM79 bilion setahun setakat 2023.
Krisis antarabangsa
Apa sahaja krisis global sama ada peperangan atau kesihatan akan memberikan kesan kepada ekonomi negara.


Ketika krisis Covid-19, ekonomi negara mengecut, nilai dagangan lemah dan lebih 140,000 orang kehilangan pekerjaan akibat penutupan ribuan kilang dan syarikat. PKS tidak mampu meneruskan perniagaan mereka tatkala hutang yang semakin menggunung.
Peperangan Iran-Israel jika berpanjangan boleh mencetuskan krisis antarabangsa berskala besar dan sudah pasti boleh meningkatkan harga minyak yang memberi kesan kepada kadar inflasi.




Ini adalah kerana negara-negara Asia Barat adalah negara pengeluar minyak dan Iran juga adalah anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan menduduki tangga ke-9 pengeluar minyak terbesar dunia.


Serangan ke atas infrastruktur minyak dan ganggunan logistik boleh menjejaskan pengeluaran minyak dan kekurangan bekalan bahan bakar ini akan meningkatkan harganya.
Oleh itu, rakyat Malaysia perlu bersatu berhadapan pergolakan ini. Amalan jimat dan hemat berbelanja perlu dipupuk seawal mungkin supaya kita mempunyai simpanan berhadapan sebarang krisis ekonomi jika berlaku.


Kerajaan Madani digesa untuk mempelbagaikan strategi pelaburan dan perdagangan, menetapkan dasar fiskal yang lebih mampan dan memastikan penyediaan dana yang cukup kepada sektor perniagaan terutama PKS adalah antara strategi penting bagi mengurangkan beban rakyat sekiranya krisis pergolakan global ini semakin serius.




*FAIZ FADZIL merupakan Setiausaha Agung AMANAH.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/perang-iran-israel-rakyat-harus-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perang Iran Dan Israel Ramai Yang Kata Ini Hanya Drama Wayang

Perang Iran Dan Israel Ramai Yang Kata Ini Hanya Drama Wayang

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 651 hits
Ini Komen seorang kawan aku dalam group Whatsap apabila aku sering berkongsi tentang perang yang berlaku dalam tiga hari ini Jawapan pertama aku kata Bang Rxxxx ni baca propaganda Israel agaknya Jangan kata Iran Kat Malaysia ni pun ramai ya...
Krisis Iran Israel Menteri Luar Iran Bertemu Presiden Putin Hari Ini

Krisis Iran Israel Menteri Luar Iran Bertemu Presiden Putin Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 334 hits
Araghchi mengadakan pertemuan dengan Presiden Erdogan di Pusat Kongres Lutfi K rdar di luar sesi ke 51 Majlis Menteri Luar OIC di Istanbul pada 22 Jun 2025 Foto Anadolu AgensiISTANBUL 23 Jun Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menyatakan bahaw...
Kisah Penceritaan Kiyai Perang Israel Dan Iran

Kisah Penceritaan Kiyai Perang Israel Dan Iran

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 265 hits
Hamdan Taha Asalamualaikum sahabatPagi ni saya nak cerita pengalaman 25 tahun dulu semasa pengembaraan ke indonesia berjumpa Keyai demi perjuangan satu ketika dulu dalam banyak kisah hari ni saya nak cerita tentang pandangan seorang keyaie ...
Kajian Ai Grok Gagal Saring Fakta Ketika Krisis Israel Iran

Kajian Ai Grok Gagal Saring Fakta Ketika Krisis Israel Iran

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 230 hits
AI chatbot Grok dibangunkan oleh xAI milik Elon Musk dilaporkan memberi respons yang bercanggah dan mengelirukan ketika pengguna cuba menyemak maklumat mengenai konflik Israel Iran Salah satu masalah utama ialah kegagalan Grok membezakan ka...
Arahan Mengejut Dunia Pemimpin Besar Seru Rakyat Keluar Dari Iran Israel Apa Yang Sebenarnya Berlaku

Arahan Mengejut Dunia Pemimpin Besar Seru Rakyat Keluar Dari Iran Israel Apa Yang Sebenarnya Berlaku

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 826 hits
Arahan Mengejut Dunia Pemimpin Besar Seru Rakyat Keluar Dari Iran Israel Apa Yang Sebenarnya Berlaku Kami tak tahu sama ada kami akan selamat atau ini hari terakhir kami melihat langit negara ini Nadia 28 tahun warga asing yang terkepung di...
T19f23 Balik Ke Kuala Lumpur Dari Kota Bharu Menaiki Bas Ekspres Musafir

Japan Honours Sarawak Premier With Order Of The Rising Sun

Jumlah Pekerja Asing Sah Di Malaysia Menurun 13 Peratus

Sultan Ibrahim Leaves For Historic State Visit To Saudi Arabia First By A Malaysian Monarch In Decades

Rahsia Bentuk Dan Warna Kulit Telur Panduan Bijak Pilih Telur Segar

Friends Will Not Get Offended Easily Says Indonesian Envoy After Rtm Broadcast Mix Up

Emirates Adds Another Best International Airline Award To Its Portfolio Of Accolades

Tips Beli Powerbank Kapasiti Jenama Ciri Keselamatan Yang Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maklumat Penutupan Kk Mahmoodiah Dan Arah Tuju Kes Ringan

Penghargaan Kepada Pejuang Kental Tetap Berdaya Walau Dalam Keadaan Sukar

Pengantar Kepada Ketahanan Mental Dan Emosi

Pemimpin Bersatu Tuntut Rm1 Juta Daripada Rakan Separti Atas Video Fb

Dream Beyond Borders Maldivian Music Takes Centre Stage In Malaysia This November

Selangor Budget 2026 Should Increase Allocations For Needy Economic Sectors And Social Groups