Perancis Larang Pukul Anak Islam Boleh Bagaimana



Ibu Bapa dan keluarga Malaysia Ditahan Di Sweden Kerana 'Mendera' Anak?
PARIS - PERANCIS. Parlimen Perancis melulusan rang undang-undang mengenai 'hukuman dera' yang melarang ibu bapa memukul anak mereka.

Ia memperoleh 51 undi sokongan manakala satu menolak ketika proses pengundian pada awal pagi tadi selepas perbahasan pada lewat malam. Ia bagaimanapun perlu dikemukakan kepada Senat untuk diluluskan.

Difahamkan, matlamat utama undang-undang itu adalah untuk mendidik dan mengubah pandangan masyarakat tentang isu tersebut memandangkan 85 peratus ibu bapa di negara terbabit menggunakan hukuman seumpama itu - BBC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam Islam boleh, pukul untuk mendidik.. Tapi bagaimana?

Islam membenarkan tindakan memukul dalam mendidik anak-anak. Namun begitu, ia tidak bermakna ibu bapa mempunyai kebebasan mutlak untuk memukul anak-anak mereka. Mereka terikat dengan peraturan Allah, Tuhan yang menjadikan anak-anak dan juga ibu bapa. Anak-anak hanya boleh dipukul dengan syarat-syarat yang dibenarkan oleh agama berlandaskan al-Quran, sunnah dan juga pandangan para ilmuan Islam.

1. Anak Berumur 10 Tahun Ke Atas.
Anak yang belum berumur 10 tahun, tidak wajar dirotan atau disebat. Namun hukuman yang lebih ringan boleh dilakukan mengikut tahap pemikiran anak itu. Tahap umur ini berdasarkan hadith Rasulullah saw yang hanya membenarkan anak berumur 10 tahun dipukul dalam kesalahan mengabaikan solat. Kesalahan ini amat besar dalam Islam, maka amat tidak wajar ibu bapa memukul atas kesalahan lain yang lebih kecil.

2. Kesalahan yang dilakukan biarlah setimpal dengan hukuman.
Kesalahan yang kecil perlu dibetulkan dengan teguran dan nasihat berterusan. Memukul hanya untuk kesalahan besar seperti meninggalkan solat. Kayu ukur yang digunakan bagi menilai besar atau kecilnya kesalahan itu perlulah kayu ukur agama, bukan kayu ukur dunia. Ukurannya bukan nilai kerugianyang ditanggung akibat kesalahan, namun nilai kemurkaan Allah atas sesuatu kesalahan.

3. Anak telah tahu bahawa apa yang dilakukan itu salah.
Ibu bapa tidak layak menghukum anak, jika mereka tidak mendahuluinya dengan mendidik. Ibu bapa wajib memastikan anak mendapat didikan, sama ada melalui didikan di rumah atau di sekolah. Mendidik anak bukan semata-mata dengan menghantarnya ke sekolah. Apa yang lebih penting ibu bapa menunjukkan contoh yang baik dan sentiasa memantau akhlak dan ilmu anak-anak. Jika anak-anak jahil, bapa dan ibulah yang perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu.

4. Tidak memukul dalam keadaan marah.
Jika anda sedang marah, tangguhkan dahulu niat untuk memukul anak itu. Anda boleh meredakannya dengan berwuduk dan beristighfar.

5. Alat memukul yang wajar.
Alat memukul biarlah tidak terlalu menyakitkan. Janganlah sampai berlaku kecederaan atau luka. Syaikh Syhamsudin Al-Inbab memberikan pandangannya bahawa alat yang boleh digunakan untuk memukul anak haruslah:Ukurannya sederhana, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.Rotan tidak terlalu baharu dan basah sebab ia berat dan dapat melukaiBoleh juga menggunakan alat lain seperti pakaian, ranting dan seumpamanyaApa yang penting di sini ialah pukulan bukan untuk menyakitkan tetapi untuk mendidik. Lebih baik jika ibu bapa sendiri mengetahui tahap mana kesakitan apabila memukul anak menggunakan alat berkenaan. Caranya ialah dengan memukul diri sendiri menggunakan alat tersebut. Jika ibu bapa berasa sakit, tentulah anak yang masih kecil dan lemah itu berasa lebih sakit. Dengan cara ini, ibu bapa tentu lebih terkawal apabila menghukum anak-anak.
6. Tidak melaksanakan hukuman di hadapan anak-anak lain.
Antara panduan yang diberikan oleh para ilmuah ialah saranan agar ibu bapa tidak menghukum anak mereka di hadapan adik beradik lain. Lebih-lebih lagi hukuman itu dikenakan ke atas anak yang lebih tua. Langkah ini diambil bagi mengelakkan beberapa kesan negatif, antaranya untuk tidak menjatuhkan air muka seorang kakak atau abang di hadapan adik-adiknya, bagi mengelakkan risiko dendam dan persaingan tidak sihat dan sebagainya.7. Memberitahu kepada anak sebab hukuman sejurus sebelum pukulan dilakukan.
Sebelum pukulan dilakukan, bapa atau ibu patut duduk dan memanggil anak untuk bertemu secara berhadapan dan memberitahu kepadanya bahawa dia telah melakukan kesalahan besar dan perlu dihukum. Jelaskan bahawa hukuman ini adalah untuk menjadikan dia lebih berhati-hati, beringat dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ulangi pernyataan sayang kepada anak anda.8. Bilangan pukulan.
Tidak ada dalil yang nyata tentang had bilangan pukulan yang dibolehkan. Namun hakikatnya sekali pukulan sudah memadai untuk mencapai maksud mendidik. Mungkin pukulan 2 atau 3 kali boleh dilakukan bagi anak yang mengulangi kesalahan sama, atau jika kesalahan itu terlalu serius. Namun jika lebih dari itu dirasakan berlebihan, walaupun ada pendapat yang membolehkan pukulan tidak lebih daripada 10 kali.Sebenarnya perkara yang utama ialah bukannya kuantiti pukulan, tetapi nilai emosi di sebalik pukulan itu. Oleh yang demikian, amat tidak wajar jika anak yang bersalah itu dipukul berkali-kali tanpa ehsan dan rasa kasihan. Pukulan begini bukan sahaja zalim, bahkan tidak menimbulkan keinsafan yang tulus di hati anak-anak.9. Kekuatan pukulan.Memukul anak tidak wajar terlalu keras. 
Pertamanya anak-anak itu masih kecil dan lemah. Tubuh badan mereka masih belum mampu menanggung pukulan yang kuat seperti orang dewasa.Keduanya, pukulan ini adalah untuk mendidik, bukan menyakitkan. Maka, pukulan yang sederhana sudah memadai.Ketiga, nilai pengajaran dalam pukulan bukan terletak pada tahap kesakitan akibat pukulan itu, tetapi terletak pada berapa dalamnya perasaan insaf akan kesalahan yang dilakukan. Keinsafan ini boleh diperdalam dengan nasihat dan curahan perasaan ibu bapa sebelum dan selepas hukuman dilakukan.Keempat, jika anak terbiasa dengan hukuman yang menyakitkan, mereka akan menjadi kebal dengan hukuman seumpama itu pada masa akan datang. Akibatnya sebarang pukulan tidak akan membawa erti lagi.Kelima, lagikan hukuman bagi kesalahan hudud tidak boleh terlalu kuat, maka dalam kes ini amat tidak wajar hukuman anak dilakukan lebih keras daripada hukuman hudud. Dalam mengendalikan hukuman hudud, Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata, “Jangan kamu angkat ketiakmu.” Maksudnya jangan merotan hingga sepenuh tenaga dan mengangkat tangan sehingga kelihatan ketiak. Maka dalam merotan anak syaratnya tentu perlu lebih ketat.10. Anggota badan yang boleh dipukul.
Tempat yang wajar ialah kaki dan tangan. Dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda, “jika salah seorang di antara kamu memukul, maka waspadalah bahagian wajah.” Maka memukul wajah serta kepala; termasuk pukulan dengan tangan seperti menampar atau menumbuk tidak diizinkan.Dari konteks perubatan, pukulan pada muka berbahaya kerana di situ terdapat banyak saraf yang sensitif. Memukul di bahagian kepala pula boleh melemahkan atau merosakkan otak.11. Berhenti memukul bila anak menyebut nama Allah.Imam Tarmizi meriwayatkan dari Said Al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda, “jika salah seorang daripada kamu memukul pelayannya lalu dia menyebut nama Allah, maka hendaklah dia mengangkat kedua tangannya (berhenti memukul).” Para ulama berhujah bahawa hadith ini melarang ibu bapa daripada terus memukul anak yang menyebut nama Allah.

Demikianlah beberapa syarat kepada kebenaran untuk memukul anak-anak. Islam membenarkan pukulan sebagai jalan terakhir dalam usaha mendidik anak-anak. 

(Sila rujuk artikel ditulis oleh Ustazah Ros Izanuri bt Jamaluddin dan merupakan huraian daripada buku “Pendidikan Anak Menurut Islam” oleh Abdullah Nasih Ulwan)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/perancis-larang-pukul-anak-islam-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Cara Ini Jika Dilakukan Dari Awal Boleh Buat Anak Pintar Sihat Dan Kuat Terbukti Berkesan

5 Cara Ini Jika Dilakukan Dari Awal Boleh Buat Anak Pintar Sihat Dan Kuat Terbukti Berkesan

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 312 hits
Ada pelbagai cara untuk membesarkan anak mengikut acuan tersendiri Hal ini termasuklah dalam memastikan anak dapat dibentuk menjadi insan yang pintar mindanya dan pada masa yang sama sihat dan kuat fizikalnya juga Dalam memenuhi hasrat memi...
5 Cara Kreatif Gantung Kain Sewaktu Pantang Bersunat Ibu Bapa Boleh Praktikkan Untuk Anak Anak

5 Cara Kreatif Gantung Kain Sewaktu Pantang Bersunat Ibu Bapa Boleh Praktikkan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 3239 hits
Sudah menjadi budaya negara ini mula sahaja musim cuti persekolahan maka ramailah ibu bapa akan sibuk melaksanakan tuntutan syariat Islam iaitu berkhatan kepada anak lelaki Pada waktu inilah kebiasaanya kanak kanak lelaki yang disunatkan ak...
Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

Anak Menangis Mengamuk Nak Telefon Cara Mudah Mama Boleh Praktik Untuk Elakkan Anak Minta

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 554 hits
Satu hal yang membuatkan mama papa rungsing tapi tak mampu nak bertindak cara bagaimana adalah perihal masalah telefon bimbit pada anak Menangis mengamuk dan meronta ronta antara perkara biasa setiap kali tidak diberikan telefon Pening dibu...
Gaji Suami Cuma Rm2500 Sebulan Tapi Boleh Sara Kami 8 Orang Anak Beranak Ini Cara Yang Saya Amalkan

Gaji Suami Cuma Rm2500 Sebulan Tapi Boleh Sara Kami 8 Orang Anak Beranak Ini Cara Yang Saya Amalkan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 400 hits
Tip Murah Rezeki Walau Gaji Kecil Cukup Sara Anak RamaiSuami Tak Pernah Kedekut Dengan Isteri Dan Anak anak Biasanya bila dapat gaji suami saya akan settlekan semua bil bil elektrik air telefon insurans loan bank duit van anak dan sewa ruma...
Taman Permainan Boleh Jadi Tempat Merbahaya Ikuti Tip Taman Permainan Yang Selamat Untuk Anak

Taman Permainan Boleh Jadi Tempat Merbahaya Ikuti Tip Taman Permainan Yang Selamat Untuk Anak

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 944 hits
Taman permainan merupakan satu keseronokan untuk kanak kanak tapi bukan kepada ibu bapa kerana menurut mereka taman permainan boleh mengundang bahaya Penting untuk ibu bapa memastikan peralatan dan permukaan yang tidak sesuai serta perlakua...
Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri

Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 427 hits
Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman Justeru dia rasa malu dan terancam setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan ...
Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

Marah Anak Mudah Nak Jadi Tenang Susah Follow Tip Ini Boleh Cepat Redakan Kemarahan

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 511 hits
Sebenarnya kita memang di beri pilihan untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana Semuanya bergantung kepada kita mahu pilih jalan A atau jalan B Kerana ketahuilah hidup ini tidak selalunya indah langit tidak selalu cerah Itu semua kita tidak bo...
Nanti Oklah Ada Adik Mesti Boleh Bercakap Jangan Sedapkan Hati Jika Anak Lambat Cakap

Nanti Oklah Ada Adik Mesti Boleh Bercakap Jangan Sedapkan Hati Jika Anak Lambat Cakap

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 333 hits
Terlebih dahulu ingin saya memohon maaf kerana saya bukanlah seorang pakar terapi pertuturan akan tetapi anakanda saya adalah salah seorang yang pernah menghadapi masalah lambat dalam pertuturan Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illalla...
Bukan Senang Jaga Anak Lepas Berpisah Selalu Berbual Banyak Lakukan Aktiviti Bersama Antara Tip Yang Boleh Dilakukan

Bukan Senang Jaga Anak Lepas Berpisah Selalu Berbual Banyak Lakukan Aktiviti Bersama Antara Tip Yang Boleh Dilakukan

papar berkaitan - pada 8/12/2018 - jumlah : 385 hits
Bukan senang membesarkan anak sendirian Tetapi anda perlu kuatkan semangat Tiada siapa yang menginginkan perkahwinan berakhir dengan penceraian Dan kajian juga menunjukkan memang ada kesan sampingan kepada anak anak terutamanya di usia anak...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls