Nanti Oklah Ada Adik Mesti Boleh Bercakap Jangan Sedapkan Hati Jika Anak Lambat Cakap


Terlebih dahulu, ingin saya memohon maaf kerana saya bukanlah seorang pakar terapi pertuturan (SLP) akan tetapi anakanda saya adalah salah seorang yang pernah menghadapi masalah lambat dalam pertuturan. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar.
Terima kasih tidak terhingga buat Puan Aishah Binti Kassim, pakar terapi pertuturan. Sokongan dan bengkel yang berterusan dari beliau membuatkan saya sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa. Saya akui, kadangkala saya juga hampir terkandas di tengah jalan.
Ingatlah wahai Ibu bapa, JANGAN BERPUTUS ASA ! Jangan sesekali anda berada di zon selesa dan menganggap anak anda tidak mempunyai masalah pertuturan. Ibu bapa yang berkata :
Lama2 ok lah tu ! Anak saya baru seorang, ada adik nanti mesti boleh bercakap ! Anak saya tiada sepupu dan tidak pergi ke nurseri/montessori sebab itu dia lambat bercakap ! Semua orang cakap anak saya seorang yang bijak. Nanti masuk sekolah, dia mesti boleh bercakap ! Saya kerap ke luar negara dan berpindah randah. Mungkin sebab itu dia lambat bercakap ! Tunggulah dia 3 tahun. Banyak masa lagi ! Anak saya semua video kat youtube dia tahu. Abc semua dia ingat. Cuma tak nak bercakap je (kes saya) Kesemua kenyataan di atas adalah kenyataan ibu bapa yang takut/tidak mahu menerima hakikat atau kenyataan bahawa anak mereka bermasalah. Saya juga pernah menjadi seperti itu. Untuk para bonda di luar sana, Tuhan telah mengurniakan kita dengan gerak hati yang sangat kuat terhadap anak. Selalulah percaya akan naluri keibuan anda. Seorang pakar kanak-kanak juga sering mengingatkan saya perkara yang sama.
“Anda sangat bertuah kerana Tuhan telah mengangkat darjat anda menjadi seorang Ibu” – Dr Ong, Klinik Ong, Ampang, Selangor.
Carilah pakar terapi pertuturan yang anda selesa dan serasi dengan anak. Dari utara hingga ke selatan saya telah mencari pakar terapi pertuturan sebelum membuat keputusan pakar mana yang menjadi pilihan hati.
Orang kata, biarlah berhabis duit tapi mana nak cari anakku sayang seorang. Ingin saya tegaskan di sini, jika sehingga kini anak anda masih melayan kotak magis (TV), masih memegang gadget, masih mencari tab untuk melihat rancangan kegemaran dan apa jua jenis hiburan yang boleh menghalang mereka dari berkomunikasi secara dua hala, SILA HENTIKAN dengan segera, secepat mungkin. Jangan pernah kita terlupa, anak kita mempunyai kuasa paling hebat di dunia untuk memanipulasikan kita. Kenapa saya menggelarnya kotak magis? Kerana pada saya, kotak magis itu mampu mengalihkan perhatian anak, membuatkan mata mereka melekat seperti gam, sanggup menahan lapar dan dahaga, ketawa seorang diri dan mampu meniru segala aksi yang tertera di kotak magis. Sungguh hebat penangan kotak magis itu !
Saya akui, kesilapan saya adalah memberi anak saya bermain ipad dan membuka kotak magis itu ketika saya dan suami sedang sibuk membuat kerja masing-masing. Kita terlupa bahawa ada seorang manusia kecil yang sedang melihat dan meniru setiap pergerakan kita di rumah. Remember – children see, children do  ! Melihat anak-anak orang lain yang kerap bermain tab dan menonton TV tetapi masih petah berkata-kata membuatkan saya selalu berada di zon selesa (in denial). Sedangkan anak saya juga sangat jarang bermain ipad dan menonton TV. Jadi, di mana silapnya kami sebagai Ibu bapa?
Berbekalkan ilmu yang saya pelajari dari Puan Aishah Kassim, sedikit pengalaman serta perkongsian dari ibu bapa yang lain, Dr Sofiah Ali (SDMC), pinterest dan Google, akhirnya saya dan suami telah mengambil tindakan yang sangat drastik dengan menghentikan sebarang jenis unsur hiburan yang ada di dalam rumah, menyimpan semua remote TV, menjual ipad dan tab serta melarang penggunaan telefon pintar di hadapan anak.

Cabaran lebih tertumpu kepada saya kerana saya adalah suri rumah dan sibuk mengajar pada sebelah malam. Its all about distractions ! Ya, itulah yang paling mujarab dan berkesan buat anakanda tersayang. Alihkan perhatian mereka. Apa yang anda perlu buat adalah kerap bermain bersama anak. Main ! Main ! Main ! Main ! Usia 0 – 6 tahun merupakan usia emas mereka (Golden Age). Sedangkan Rasulullah SAW sendiri menganjurkan kepada kita untuk sentiasa berlemah lembut  terhadap anak dan mendidik anak selaras dengan zaman mereka. Saya faham itu bukan perkara yang mudah lebih-lebih lagi kepada Ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil yang lain. Perhatian perlu diberikan sama rata kepada anak-anak yang lain. Untuk Ibu bapa seperti ini, You have my respect !
Sehingga saya menulis ini, anak saya masih di sebelah sedang menganggu bondanya sambil berceloteh. Alhamdulillah, Maha Suci Allah Yang Maha Memberi, celoteh beliau bukan lagi di dalam bahasa german (jargon/gibberish/baby talk). Seperti yang saya katakan tadi, saya bukanlah pakar terapi pertuturan. Tetapi saya adalah pakar terapi pertuturan untuk anak saya sendiri. Pengalaman dan cabaran dari Ibubapa lain yang telah sudi berkongsi sangat membantu dan saya hargai selama ini. Pedulikan kata-kata/aura negatif dari persekitaran, anak kita peraturan kita. Bantulah anak anda dengan segera jika mereka memerlukan bantuan. Jangan terlambat atau menyesal di kemudian hari. Selalulah melihat yang terbaik di dalam diri anak kita, kerana jika bukan kita sebagai Ibubapa, siapa lagi yang mereka harapkan.
Jujur saya katakan, saya menangis ketika pertama kali mendengar lirik lagu ‘Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal‘. Mempunyai maksud yang tersendiri lebih-lebih lagi jika mempunyai anak syurga seperti beliau. Memetik kata-kata arwah tokwan saya ‘Biar anak yang menangis, jangan pula kamu yang menangis. Tak guna keluar airmata darah sekali pun di kemudian hari dan menyesal sebab tak pandai menjaga anak’.
Rabbi yassir wala tu ‘assir, Rabbi tammim bil khair. Ya Allah Kau permudahkan jangan Kau susahkan, Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan. Amin.
Ikhlas – Bukan guru bahasa dan bukan pakar terapi pertuturan. 
Sumber: momethodology.wordpress.com
 
The post “Nanti Oklah, Ada Adik Mesti Boleh Bercakap”. Jangan Sedapkan Hati Jika Anak Lambat Cakap appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nanti-oklah-ada-adik-mesti-boleh-bercakap-jangan-sedapkan-hati-jika-anak-lambat-cakap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Panik Walaupun Anak Dah Darjah Satu Dan Tak Boleh Membaca

Jangan Panik Walaupun Anak Dah Darjah Satu Dan Tak Boleh Membaca

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 395 hits
Oleh Anak tak boleh baca lagi semasa darjah satu Ok sebelum mak ayah panik kita cek dulu 1 Anak anda ada sebarang masalah pembelajaran atau kesihatan yang disahkan oleh pakar Jika tiada JANGAN PANIK 2 Anak anda boleh bercakap dan berkomunik...
Anak Demam Terlebih Bagi Ubat Boleh Rosakkan Hati Terkurang Dos Suhu Badan Tak Turun

Anak Demam Terlebih Bagi Ubat Boleh Rosakkan Hati Terkurang Dos Suhu Badan Tak Turun

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 764 hits
Sila ambil perhatian ibu dan ayah Anak Demam semua biasa bagi ubat demam kan Sebelum beli ubat demam untuk anak sila baca panduan ini dulu Ubat demam ialah ubat over the counter yakni boleh di beli tanpa prescription doktor Post ini bertuju...
Anak Yang Dah Terbiasa Dibacakan Buku Sebelum Tidur Boleh Jadi Cepat Pandai Dan Petah Bercakap

Anak Yang Dah Terbiasa Dibacakan Buku Sebelum Tidur Boleh Jadi Cepat Pandai Dan Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 470 hits
Membaca buku pada anak sebelum tidur sangat bagus terutama dalam merangsang otaknya Tak perlu tunggu anak masuk tadika untuk buat rutin ini Seawal setahun pun dah boleh mulakan walaupun anak masih belum memahaminya Bukan sahaja baik untuk p...
Kalau Anak Sakit Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut

Kalau Anak Sakit Tunjukkan 3 Tanda Bahaya Ini Tolong Cepat Bawa Ke Hospital Lambat Bertindak Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 430 hits
Apabila anak sakit ibu ayah mesti risau Tapi jangan sekali kali terlepas pandang 3 tanda tanda ini tindakan awal anda membawa mereka ke hospital mampu menyelamatkan nyawa Anak kecil terdedah kepada pelbagai jangkitan Sememtelah antibodi yan...
Jangan Risau Anak Susah Dengar Cakap Tapi Takutlah Jika Mereka Perhati Perbuatan Mak Ayah

Jangan Risau Anak Susah Dengar Cakap Tapi Takutlah Jika Mereka Perhati Perbuatan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 366 hits
Jangan takut anak anak susah nak dengar cakap Tapi takutlah anak anak kerana mereka sentiasa memerhatikan kita Sebab itulah tanda parenting yang baik sebenarnya bukan terletak kepada bagaimana anak kita behave tetapi sebenarnya terletak kep...
Panggil Nama Buat Tak Tahu Tengok Tv Boleh Fokus Lama Anak Ada Ciri Ni Kena Ambil Perhatian

Panggil Nama Buat Tak Tahu Tengok Tv Boleh Fokus Lama Anak Ada Ciri Ni Kena Ambil Perhatian

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 287 hits
Buat keje sikit dah lari Duduk kejap je dah bangun Kita pergi dekat je dia lari Dia tak nak main dengan saya Panggil nama pun tak respon panggil banyak kali baru pusing Anak saya kalau tengok tv dia fokus lama Jika ada tanda macam ni jangan...
Jangan Cakap Pasal Kebebasan Media Kalau Sendiri Tak Praktikkan Gobind

Jangan Cakap Pasal Kebebasan Media Kalau Sendiri Tak Praktikkan Gobind

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 227 hits
KUALA LUMPUR Tak perlu berbicara atau meminta kebebasan media kalau diri sendiri pun tidak mengamalkan apa yang diminta Itu kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo ketika menjawab soalan Datuk Seri Nancy Shukri yang ingin me...
Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

Jangan Sesekali Ajar Anak Main Telefon Pintar Biarkan Dia Bosan Atau Menangis

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 511 hits
Jangan Bagi Anak Main Handphone Biarkan Dia Bosan Rasa bersalah pula kalau biarkan anak kebosanan Cepat saja kita rangkakan aktiviti dek kasihankan mereka Takpun dihulurkan saja smartphone sementara menunggu hidangan sampai di restoran Baru...
Boleh Jadi Kaya Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

Boleh Jadi Kaya Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 2962 hits
Boleh Jadi Kaya Tapi Jangan Sampai Jadi Hamba Kepada Kekayaan Seram tengok zaman sekarang orang berlumba nak jadi kaya raya Masa belum kaya niat semua suci murni Tapi bila dah kaya orang miskin dipandang sipi Itulah realiti Islam tidak mela...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi