Peralihan Kuasa Kerajaan Baharu Tak Mungkin Berlaku Tun Abdul Hamid



Entah mengapa, apabila saya terbaca dakwaan DS Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mendapat majoriti bilangan ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menubuhkan kerajaan baru dan menunggu untuk menghadap DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong (YDPA) di masa terdekat, saya tidak fikir peralihan kuasa akan berlaku. Jika dakwaannya benar pun, saya harap, malah percaya, YDPA akan membubarkan Parlimen dan PRU15 akan diadakan.
Apabila terbaca pula berita YDPA masuk IJN dan tidak akan menerima sesiapa menghadap, saya fikir tentu akan ada ahli-ahli Parlimen, terutama sekali yang dikatakan daripada UMNO itu, yang akan undur balik

Ini kerana pada masa ini UMNO nampak semakin kuat. Gandingannya dengan PAS, jika berterusan, disokong oleh tsunami patah balik orang Melayu, akan membolehkan UMNO dan PAS menambah bilangan ahli-ahli Parlimennya. Oleh itu, mengapa mereka hendak meninggalkan PN pada masa ini?
Sebaliknya, mungkin ahli-ahli Parlimen itu disogok, dijanjikan jawatan Menteri dan lain-lain, atau mereka merasakan kerajaan PN tidak selamat kerana mampunyai majoriti yang sangat nipis dan boleh tumbang bila-bila masa dan menamatkan tempoh mereka menjadi ahli Parlimen. Dengan menyokong kerajaan baru, mereka mengharapkan kerajaan baru itu akan lebih kuat dan kekal hingga ke akhir penggal yang bererti mereka dapat menjadi ahli Parlimen sekurang-kurangnya selama dua tahun lagi

Kemudian keluar pula kenyataan DS Zahid Hamidi, selaku Presiden UMNO. Beliau mengatakan ramai ahli-ahli Parlimen UMNO yang menyokong DS Anwar, beliau menghormati tindakan mereka dan beliau tidak boleh menghalang mereka

Membaca kenyataan itu, saya terus terfikir bahawa DS Zahid terlibat dalam komplot itu. Mengapa beliau begitu rela dengan apa yang berlaku itu? Ingat semula kata-katanya apabila DS Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi. (Rujuk rencana saya bertajuk “Adakah UMNO keluar PN kerana marah Najib didapati bersalah?” (04.08.2020)). Kenyataan itu seolah-olah hendak demoralize ahli-ahli Parlimen UMNO lain supaya turut serta

Kemudian keluar pula senarai 19 orang ahli Parlimen UMNO yang dikatakan menyokong DS Anwar. Kita boleh bahagikan mereka kepada tiga kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada DS Najib, DS Zahid dan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang sedang menghadapi pertuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah. Kumpulan kedua terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang pernah menjadi Menteri dan Menteri Besar. Kumpulan ketiga adalah ahli-ahli Parlimen biasa

Reaksi spontan saya adalah seperti tidak percaya bahawa mereka sanggup memecahbelahkan UMNO, meninggalkan PN, menyertai DS Anwar dan bekerjasama dengan DAP

Mari kita lihat alasan-alasan yang mungkin menyebabkan mereka berbuat demikian. Bagi kumpulan pertama, mungkin mereka telah dijanji atau mengharapkan pertuduhan terhadap mereka akan ditarik balik. Jika itulah yang dipersetujui antara mereka dengan DS Anwar atau yang mereka harapkan, ia sangat-sangatlah mendukacitakan. Ia menunjukkan bekas Presiden PKR yang juga bekas Timbalan Pedana Menteri dan bakal Perdana Menteri; bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri; 
Presiden UMNO dan bekas Timbalan Perdana Menteri; bekas Menteri dan ahli-ahli Parlimen, masih tidak faham sempadan bidang kuasa Eksekutif dan kebebasan Peguam Negara. Mereka seolah-olah berfikir kerajaan boleh mengarahkan Peguam Negara menarik balik pertuduhan atau semua Peguam Negara adalah seperti TS Tommy Thomas yang menarik balik pertuduhan terhadap Lim Guan Eng, Ahli Parlimen, Ahli DUN dan penyokong-penyokong PH

DS Najib yang telah disabitkan dan dihukum pula mungkin mengharapkan DS Anwar akan memohon pengampunan bagi pihaknya seperti yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir mengenai DS Anwar apabila PH berkuasa. Saya telah menghujahkan bahawa ia adalah penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan dan Lembaga Pengampunan. (Lihat rencana-rencana saya bertajuk “Pengampunan Dato’ Seri Anwar atas dasar apa?” (12.05.2018); “Kuasa pengampunan”(03.05.2018); “Pengampunan Dato’ Seri Anwar dan Keadilan kepada Saiful”(14.05.2018); “Kuasa di atas keadilan” (31.08.2018); “Pengampunan dan pembatalan kehilangan kelayakan untuk menjadi ahli Parlimen” (11.10.2018) dan “Peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan selepasnya” (09.01.2019))

Mengenai kumpulan kedua, kemungkinan mengapa mereka menyokong penubuhan kerajaan baru itu ialah kerana mereka tidak mendapat jawatan dalam kerajaan TS Muhyiddin. Maka mungkin mereka mengharapkan sesuatu daripada kerajaan DS Anwar

Mengenai kumpulan ketiga, mereka mungkin merasa lebih selamat mengikuti Presiden parti dan bekas Presiden parti dan mengharapkan kerajaan baru akan dapat bertahan hingga ke akhir penggal dan mereka juga akan dapat menjadi ahli Parlimen hingga ke akhir penggal

Kita perhatikan, jika benar pun kumpulan 19 orang ini menarik balik sokongan mereka terhadap TS Muhyiddin dan menyokong DS Anwar sebagai Perdana Menteri, mereka tidak melompat parti. Ertinya mereka tidak keluar dari UMNO. Akibatnya, dalam UMNO akan ada dua kumpulan, satu kumpulan dalam kerajaan dan satu kumpulan lagi sebagai pembangkang. Ini amat pelik dan saya tidak fikir ia pernah berlaku dalam dunia. Mungkin DS Zahid dan DS Najib bercadang untuk menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO yang tidak mengikut mereka. Adalah menghairankan bahawa mereka sanggup bekerjasama dengan DAP

Kedudukan DS Anwar nampak lebih kuat apabila Lim Guan Eng menyatakan kesemua ahli Parlimen DAP menyokong DS Anwar. Timbul soalan bagaimana DAP juga boleh bekerjasama dengan UMNO, terutama sekali dengan DS Najib dan DS Zahid. Atau, sanggupkah mereka melupakan permusuhan mereka? Amanah juga menyokong DS Anwar sepenuhnya. Kali ini nampak seolah-olah Dato’ Seri Anwar, akhirnya, berjaya juga menjadi Perdana Menteri

Selepas itu keluar pula senarai Jemaah Menteri kerajaan baru

Seperti dijangka, selepas beberapa hari, seorang demi seorang menafikan penglibatannya. Lim Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan lagi. Katanya, beliau berada di Sandakan apabila DS Anwar menelefonnya dan memberitahunya beliau (DS Anwar) telah mempunyai majoriti. Talian telefon tidak terang. Beliau sangkakan ahli-ahli Parlimen yang menyokong DS Anwar itu adalah daripada GPS di Sarawak bukan daripada parti-parti lain (maksudnya UMNO). Sebab itulah beliau mengatakan DAP menyokongnya. Keadaan berubah apabila mereka mengetahui UMNO juga bersama, kerana DAP tidak boleh bekerjasama dengan UMNO. Anehnya, ahli-ahli Parlimen UMNO yang dikatakan terlibat dan menafikan penglibatan mereka juga memberi alasan yang sama: mereka tidak dapat bekerjasama dengan DAP

Tibalah malam penentuan PRN Sabah. Di luar jangkaan, GRS menang walaupun dengan hanya majoriti tiga kerusi

Sampai hari Isnin 28.09.2020. Keluarlah berita TYT Sabah bersetuju melantik DSP Hajiji sebagai Ketua Menteri. Tidak kiralah DS Bung Moktar atau DSP Hajiji, kesannya kerajaan GRS tertubuh.
Tidak dapat dinafikan keputusan itu adalah satu tamparan kepada PH. DS Anwar dan PKR yang hanya menang dua kerusi juga merasakan kesannya. Cubaan DS Anwar menumbangkan kerajaan PN nampak akan gagal seperti perisytiharannya dalam bulan September 2008. Ertinya, keinginannya menjadi Perdana Menteri gagal lagi

Ada tiga kemungkinan yang menyebabkan terbitnya cerita itu: Pertama, DS Anwar sengaja membuat cerita untuk membantu sekutunya dalam PRN Sabah

Kedua, ahli-ahli Parlimen UMNO itu hendak memerangkap DS Anwar kerana mereka menghendaki PRU15 diadakan segera

Ketiga, memang betul pada mulanya ada komplot begitu tetapi, setelah beberapa hari, seorang demi seorang ahli-ahli Parlimen UMNO yang terlibat itu menafikannya kerana reaksi ahli-ahli UMNO dan orang Melayu yang tidak menyetujuinya

Saya tidak fikir DS Anwar sengaja membuat cerita untuk membantu sekutunya dalam PRN Sabah. Ini kerana keputusan PRN itu tidak akan menambah atau mengurangkan bilangan ahli-ahli Parlimen yang, kita percaya, akan menyokongnya. Setelah malu (kita menganggap beliau masih tahu malu) kerana kegagalan komplot September 2008, beliau tentu tidak akan mengulanginya, melainkan dalam komplot 2008 itu juga pada mulanya beliau dijanjikan sokongan tetapi ahli-ahli Parlimen yang dikatakan akan menyokongnya itu menarik balik sokongan mereka. Jika demikian, ertinya beliau tidak belajar daripada pengalaman itu

Mengenai kemungkinan kedua, pada 24 09 2020, Isham Jalil, Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor (mengikut sebuah rencana dalam Suara Merdeka, Setiausaha Agung Barisan Nasional Selangor) menulis:
“Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong sesiapa (i.e. sama ada menyokong Anwar atau menarik balik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional) bukan bermakna beliau (Zahid) atau UMNO menyokong pembentukan kerajaan yang baru dengan Anwar sebagai Perdana Menteri

Sebab jika Ahli-ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan daripada kerajaan atau menjadi berkecuali, maka Anwar masih tidak boleh jadi Perdana Menteri secara automatik

Ini kerana besar kemungkinan Parlimen akan dibubar untuk pilihanraya yang baru

Oleh itu keputusan Presiden UMNO semalam adalah suatu langkah yang bijak dan betul ke arah pembubaran Parlimen dan pilihanraya yang baru secepat mungkin untuk mengakhiri impasse dan ketidakstabilan politik dan ekonomi yang kita hadapi sekarang demi kepentingan rakyat dan negara.”
Pada malam terakhir berkempen PRN Sabah, DS Zahid menerbitkan rakaman video menyeru pengundi mengundi BN. Tetapi wajahnya kelihatan tidak ceria. Kata-katanya seolah-olah terbit dari mulut, bukan dari hati

Pada 26 September 2020, hari mengundi di Sabah, terbit pula berita:
“Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah ‘masuk perangkap selepas termakan umpan’ dipasang oleh pihak-pihak tertentu.”
Menteri Wilayah Persekutuan itu amat pasti bahawa rancangan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) lebih awal memang sudah lama ada dalam pemikiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin; Perikatan Nasional (PN), Muafakat Nasional (MN) dan Barisan Nasional (BN)

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, lagi cepat PRU-15 diadakan maka semakin cepat Ketua Pembangkang berkenaan menjadi tidak relevan dalam dunia politik Malaysia.”
Bagi saya, teori itu adalah usaha untuk memberi jalan keluar kepada DS Zahid apabila komplot itu nampak akan gagal untuk menyelamatkan Presiden UMNO itu daripada kemarahan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu yang mungkin mengorbankan jawatan Presidennya

Saya tidak percayakan teori itu kerana, pertama, bilakah DS Zahid pernah berkata beliau mahukan PRU15 diadakan segera? Kedua, jika DS Zahid, DS Najib dan kumpulan 19 itu mahukan PRU15 diadakan segera, mereka sepatutnya berhadapan dengan TS Muhyiddin, beritahunya mereka menarik balik sokongan mereka terhadapnya dan minta beliau menghadap YDPA untuk menasihatkan Baginda membubarkan Parlimen. Itu lebih direct. Ketiga, jika YDPA tidak membubarkan Parlimen tetapi melantik DS Anwar menjadi Perdana Menteri, siapa yang terjerat

Kita sampai kepada kemungkinan ketiga iaitu pada mulanya memang ada komplot begitu yang bererti DS Najib, DS Zahid dan kumpulan 19 itu terlibat. Perhatikan, hingga ke akhirnya, DS Najib, DS Zahid, DS Abdul Azeez Abdul Rahim, DS Mohamed Nazri Aziz dan Datuk Mohamad Alamin tidak menafikan penglibatan mereka. Untuk memberi jalan keluar kepada mereka, maka dikeluarkanlah teori mereka memasang jerat kepada DS Anwar itu

Apakah kesan kegagalan komplot September 2020 itu

Setelah dua kali komplot bulan September DS Anwar berakhir dengan kegagalan, saya fikir kredibiliti DS Anwar sudah habis. Beliau telah menjadi budak yang memekik “serigala”

Mengikut kenyataan DS Ismail Sabri yang dibuat di Sabah, MT dan ahli-ahli Parlimen UMNO telah membuat keputusan:
1. Jika hendak menyokong sesuatu gabungan, ia mestilah dibuat secara en bloc, bukan secara individu;
2. Sesiapa yang memberi sokongan secara individu akan dipecat dari parti;
3. Sokongan tidak akan diberi jika dalam gabungan itu ada DS Anwar atau DAP

Saya percaya apa yang dikatakan oleh DS Ismail itu

Adalah jelas, jika kumpulan 19 itu terlibat, mereka telah melanggar keputusan-keputusan itu. MT patut keluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka. Jika mereka tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan, mereka patut dipecat. UMNO perlu membersihkan diri daripada ahli-ahli, walau Presiden dan bekas Presiden, yang tidak setia kepada parti

1 10 2020
[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me

MR :   Memang pun tak ada asas yang baik tentang wujud peralihan kuasa 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/peralihan-kuasa-kerajaan-baharu-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kali Nak Masuk Hospital Ketika Peralihan Kuasa Kata Abdul Hadi

Dua Kali Nak Masuk Hospital Ketika Peralihan Kuasa Kata Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 295 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendedahkan dia hampir dimasukkan ke wad kerana terlalu bekerja keras untuk memastikan peralihan kuasa berjalan lancar pada penghujung Februari lalu Abdul Hadi yang terlibat secara langsung dalam proses tersebu...
Pecat Semua Mp Umno Yang Sokong Datuk Seri Anwar Cadang Tun Abdul Hamid Mohamad

Pecat Semua Mp Umno Yang Sokong Datuk Seri Anwar Cadang Tun Abdul Hamid Mohamad

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 302 hits
Mengikut kenyataan DS Ismail Sabri yang dibuat di Sabah MT dan ahli ahli Parlimen UMNO telah membuat keputusan 1 Jika hendak menyokong sesuatu gabungan ia mestilah dibuat secara en bloc bukan secara individu 2 Sesiapa yang memberi sokongan ...
Anwar Hanya Tunggu Perkenan Agong Untuk Mengadap Hasrat Bentuk Kerajaan Baharu

Anwar Hanya Tunggu Perkenan Agong Untuk Mengadap Hasrat Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 273 hits
KUALA LUMPUR Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menunggu perkenan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk menghadap bagi mengemukakan hasrat membentuk kerajaan baharu Ketua Whip PKR Datuk ...
Pemimpin Sarawak Nafi Mereka Beri Sokongan Untuk Anwar Ibrahim Tubuh Kerajaan Baharu

Pemimpin Sarawak Nafi Mereka Beri Sokongan Untuk Anwar Ibrahim Tubuh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 304 hits
KUCHING Pemimpin Gabungan Parti Sarawak menafikan mereka menyokong ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan negeri akan t...
Ahli Parlimen Umno Nafi Bersama Anwar Bentuk Kerajaan Baharu

Ahli Parlimen Umno Nafi Bersama Anwar Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 287 hits
Sebanyak 19 nama Ahli Parlimen dari UMNO yang dikatakan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu tampil seorang demi demi menafikan penglibatan mereka Nama yang telah tular di media sosial itu ialah Datuk Seri Shah...
Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

Menteri Kabinet Sangkal Dakwaan Anwar Dapat Sokongan Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR Beberapa menteri kabinet memanfaatkan media sosial masing masing untuk menyangkal dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau mendapat sokongan kukuh dan meyakinkan untuk membentuk kerajaan persekutuan yang b...
Anwar Ibrahim Kerajaan Baharu Di Sokong Mp Melayu Islam Bumiputera

Anwar Ibrahim Kerajaan Baharu Di Sokong Mp Melayu Islam Bumiputera

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa bahawa dia telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada ahli ahahli parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru Katany...
Kerajaan Perpaduan Diketuai Tun Solusi Terbaik Negara

Kerajaan Perpaduan Diketuai Tun Solusi Terbaik Negara

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 351 hits
Selamatkan malapetaka negara dari kerakusan dan kegilaan kuasa politikDanPeningkatan covid19 yang semakin membimbangkan Majlis Ekonomi Negara dan Majlis Keselamatan Negara perlu diperkasakan dan paling di hadapan Letakkan Anwar di Majlis Ek...
Pertubuhan Pelajar Sokong Kerajaan Baharu

Pertubuhan Pelajar Sokong Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 197 hits
September 23 2020 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia menyokong pembentukan kerajaan baharu yang disifatkan sebagai pembentukan kerajaan asal iaitu dari mandat rakyat melalui Pilihanraya Umum yang lalu Presidennya Ahmad Farhan Rosli...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Makanan Perlis Paling Popular

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Panduan Produk Kesihatan

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Tafsir Mimpi Gajah

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Lyodra Tak Selalu Memiliki Chord

No Campaign Elements In Kkb Hari Raya Open House Selangor Mb Tells Bersih

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Essential Guide To Safe Well Water Maintenance

Drama Dia Pria Terhebat

Jambu Batu Kandungan Nutrisi Dan Manfaatnya Untuk Kesihatan