Pecat Semua Mp Umno Yang Sokong Datuk Seri Anwar Cadang Tun Abdul Hamid Mohamad




“Mengikut kenyataan DS Ismail Sabri yang dibuat di Sabah, MT dan ahli-ahli Parlimen UMNO telah membuat keputusan:
1. Jika hendak menyokong sesuatu gabungan, ia mestilah dibuat secara en bloc, bukan secara individu;
2. Sesiapa yang memberi sokongan secara individu akan dipecat dari parti;
3. Sokongan tidak akan diberi jika dalam gabungan itu ada DS Anwar atau DAP

Saya percaya apa yang dikatakan oleh DS Ismail itu

Adalah jelas, jika kumpulan 19 itu terlibat, mereka telah melanggar keputusan-keputusan itu. MT patut keluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka. Jika mereka tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan, mereka patut dipecat. UMNO perlu membersihkan diri daripada ahli-ahli, walau Presiden dan bekas Presiden, yang tidak setia kepada parti.”

Selesai sahaja saya menulis rencana ini ( sila klik ) pada petang 29 09 2020, saya terbaca pula berita bertajuk “Zahid diberikan 7 hari untuk keluarkan Umno dari kerajaan PN”:
“Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberikan tujuh hari oleh kumpulan Datuk Seri Najib Razak agar memulakan tindakan terhadap Bersatu selepas beberapa kali Umno diperlekehkan oleh parti itu

Jika beliau gagal membebaskan Umno dari Perikatan Nasional, kempen untuk mengenepikan beliau dari Presiden Umno akan digerakkan di kalangan ahli Umno

Sehubungan itu, bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini orang kanan Najib, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pihaknya memberikan Zahid tujuh hari untuk melaksanakan perkara ini.“Tujuh hari dari sekarang, MP-MP Barisan Nasional kena ambil keputusan. Jangan tunggu lama-lama

“Hari itu strateginya, kita mahu menyokong Anwar Ibrahim. Tuanku tak mahu menerima Anwar kerana baginda berada di IJN. Kita tak boleh buat apa, Tuanku tak sihat, kita kena tunggu Tuanku….””.(Malaysia Dateline)

Ayat yang dengan jelasnya menjawab salah satu persoalan yang saya bincang ialah ayat pertama di perenggan terakhir petikan saya, “Hari itu strateginya, kita mahu menyokong Anwar Ibrahim.” Maka jelaslah terdapat komplot antara DS Anwar dan DS Najib, DS Zahid dan lain-lain dalam senarai 19 itu.
Apa akan jadi sekarang? Kita tidak tahu sama ada DS Zahid akan tunduk kepada kata dua itu. Jika beliau tunduk, melainkan semua ahli-ahli UMNO mengikut mereka, UMNO akan berpecah, paling kurang kepada dua kumpulan iaitu, pertama, kumpulan DS Najib- DS Zahid yang mahu UMNO keluar daripada kerajaan PN dan dan menyokong DS Anwar sebagai Perdana Menteri dan, kedua, kumpulan yang tidak mahu keluar. Mungkin juga akan timbul kumpulan ketiga, iaitu kumpulan yang mahu UMNO keluar daripada kerajaan PN tetapi mereka tidak mahu bekerjasama dengan DS Anwar dan DAP dan mereka mahukan PRU15 diadakan segera

Tetapi, setelah gagal berkomplot dengan DS Anwar, mungkin kumpulan DS Najib-DS Zahid juga tidak mahu bekerjasama dengan DS Anwar lagi. Dalam keadaan itu, ada kemungkinan UMNO tidak akan berpecah. Tetapi itu tertakluk kepada sama ada kumpulan ketiga itu boleh menerima kumpulan DS Najib-DS Zahid yang terang-terang telah melanggar keputusan-keputusan MT itu dan sama ada mereka mahu UMNO memasuki PRU15 dengan pemimpin-pemimpin yang menyebabkan kekalahan dalam PRU14 dan telah didapati bersalah atau sedang menjalani perbicaraan

Jika kumpulan ketiga itu tidak sanggup menerima kumpulan kedua, maka perebutan jawatan dalam UMNO tidak dapat dielakkan. Jika ahli-ahli UMNO masih tidak mahu UMNO berubah, maka tibalah masanya bagi orang Melayu meninggalkan UMNO dan mencari parti lain

Saya harap pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak terlibat dalam komplot bersama DS Anwar dan ahli-ahli UMNO amnya, akan mengambil kesempatan ini untuk membersihkan UMNO dan masuk ke PRU15 dengan wajah baru

Bagaimana jika DS Zahid tidak tunduk kepada tuntutan (demand) itu? Sudah pasti kempen menjatuhkan DS Zahid akan berlaku yang akan diikuti dengan perebutan jawatan dalam UMNO. Jika itu berlaku, saya harap kumpulan ketiga akan merebut peluang untuk membersihkan UMNO daripada pemimpin-pemimpin yang menjadi liabiliti kepada UMNO itu. Mereka akan diingati jika mereka kalah sekalipun. Wallahu a’lam.

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/pecat-semua-mp-umno-yang-sokong-datuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Ahli Parlimen Pas Sokong Muhyiddin Abdul Hadi

Semua Ahli Parlimen Pas Sokong Muhyiddin Abdul Hadi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 366 hits
KUALA LUMPUR Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan kesemua 18 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang sah mengikut Perlembagaan Beliau berkata pada masa yang sama Pas akan ...
Nur Jazlan Pertahan Kenyataan Zahid Ramai Mp Umno Sokong Anwar

Nur Jazlan Pertahan Kenyataan Zahid Ramai Mp Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 386 hits
Pemimpin Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mempertahankan kenyataan presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan Umno tidak boleh menghalang mana mana anggota parlimennya daripada menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Jazlan ...
Hisham Umno Perlu Waspada Sedar Bahaya Sokong Anwar

Hisham Umno Perlu Waspada Sedar Bahaya Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 304 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 6 19 pmUmno tidak perlu melayan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim berkenaan memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein yang menyifatkannya sebagai propaganda u...
Mp Umno Sokong Anwar Pas Tuntut Penjelasan Sejelas Jelasnya Dari Umno

Mp Umno Sokong Anwar Pas Tuntut Penjelasan Sejelas Jelasnya Dari Umno

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 399 hits
Dibayangi dengan khabar Anwar Ibrahim kini mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru PAS hari ini berkata parti itu akan mendapatkan penjelasan daripada rakan Muafakat Nasional mereka berhubung perkara berkenaan...
Rasa Tak Puas Hati Di Sabah Boleh Buat Mp Umno Sokong Anwar

Rasa Tak Puas Hati Di Sabah Boleh Buat Mp Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 429 hits
Malaysiakini Jawatan ketua menteri Sabah yang terlepas dari genggaman Umno mungkin mendorong rasa tidak puas hati beberapa ahli parlimen parti itu Ini mungkin memberi kelebihan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk mengambi...
Zahid Betul Bila Kata Ada Mp Umno Sokong Anwar Kata Nur Jazlan

Zahid Betul Bila Kata Ada Mp Umno Sokong Anwar Kata Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 358 hits
Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah betul apabila menyatakan Umno tidak boleh menghalang mana mana ahli Parlimennya daripada menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Timbalan Pengerusi Umno Johor Datuk Nur Jazlan...
Dua Ahli Parlimen Umno Sabah Tolak Senarai Palsu Sokong Anwar

Dua Ahli Parlimen Umno Sabah Tolak Senarai Palsu Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 446 hits
KOTA KINABALU 4 Okt Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menafikan dia antara Ahli Parlimen dari Sabah menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu diketuai Presiden PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim Penafian itu dibuat selepas ...
Peralihan Kuasa Kerajaan Baharu Tak Mungkin Berlaku Tun Abdul Hamid

Peralihan Kuasa Kerajaan Baharu Tak Mungkin Berlaku Tun Abdul Hamid

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 314 hits
Entah mengapa apabila saya terbaca dakwaan DS Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mendapat majoriti bilangan ahli Parlimen yang menyokongnya untuk menubuhkan kerajaan baru dan menunggu untuk menghadap DYMM SPB Yang di Pertuan Agong di masa te...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash