Peralihan Kuasa Tidak Akan Berlaku Sehingga Parlimen Dibubarkan
Portal ini pernah menyiarkan artikel mengenai kuasa politik semuanya bergantung kepada angka (BACA DI SINI)...
Untuk jadi Perdana Menteri Malaysia, perlu ada 112 Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang menyokong calon Perdana Menteri tersebut...
Akhbar berbahasa Cina, SIN CHEW DAILY membuat analisa berikut :
Dr. Mahathir setakat hari ini mempunyai sokongan 100 Ahli Parlimen tidak termasuk sokongan Ahli Parlimen dari GPS Sarawak dan Warisan Sabah :
GPS Sarawak : 18 Ahli Parlimen
Warisan Sabah : 9 Ahli Parlimen
Bermakna :
Anwar Ibrahim sokongan dari 95 Ahli Parlimen (Semenanjung)...
Sekiranya Warisan (Sabah) bersama Anwar maka :
95 (Semenanjung)+ 9 (Warisan) = 104 Ahli Parlimen...
Bermakna :
Anwar hanya ada sokongan 104 Ahli Parlimen...
Belum cukup sokongan 112 Ahli Parlimen, inj bermakna Anwar perlukan lagi sokongan dari 8 Ahli Parlimen...
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, merangkap Prrsiden PEMANTAU Malaysia Baru, Dato' Lokman Adam membuat analisa :
Dr. Mahathir mempunyai sokongan daripada 48 Ahli Parlimen...
Manakala Anwar Ibrahim mempunyai sokongan dari 113 Ahli Parlimen...
Ahli Parlimen yang belum pasti ada lagi seramai 61 orang...
Cukup untuk Anwar merampas kerusi Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir...
Kedudukan Sokongan Terkini
Dr. Mahathir mempunyai sokongan seramai 65 Ahli Parlimen :
Bersatu : 26 Ahli Parlimen
PAS : 18 Ahli Parlimen
Azmin (PKR) : 15 Ahli Parlimen
UMNO (team angkat keris) : 6 Ahli Parlimen
Manakala DS Zahid Hamidi pula :
Jumlah asal Ahli Parlimen Penyatuan Ummah ada seramai 91 Ahli Parlimen, ditolak dengan 18 Ahli Parlimen PAS, yang telah memberikan pendirian akan menyokong Dr. Mahathir, maka DS Zahid Hamidi ada sokongan dari 73 Ahli Parlimen...
Ini bermakna, berkemungkinan besar Ahli Parlimen yang benar-benar sokong Anwar ada seramai 84 sahaja...
Dr. Mahathir cuma ada sokongan dari 65 Ahli Parlimen dan DS Zahid ada sokongan dari 73 Ahli Parlimen...
222 - (65+73) = 84 Ahli Parlimen...
Tidak sampai pun 112 Ahli Parlimen lagi...
Maka tiada satu kumpulan pun mempunyai sokongan Majoriti 112 untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir...
Dua sahaja kemungkinan yang akan berlaku :
》Anwar akan terus kempunan untuk merasa jadi Perdana Menteri...
Atau
》Kalau Anwar merasa pun, hanya pada tahun 2023 sejurus sebelum PRU 15...
Apa yang PASTI adalah, tiada satu pun angka-angka sokongan Ahli Parlimen ini tepat kerana sokongan kepada Dr. Mahathir dan Anwar alan sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan tawaran yang diberi dari hari ke sehari...
Dan yang paling jelas ialah, tiada satu kumpulan pun mempunyai sokongan yang mencukupi dari 112 Ahli Parlimen setakat ini...
Persoalan yang bermain di minda admin ialah, mengapa sekarang, secara tiba-tiba, perkara ini menjadi cukup hangat diperkatakan, seolah-olah ianya sengaja diviralkan...
Sedangkan kalau mengikut persetujuan Majlis Presiden Pakatan Harapan, peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas Mei 2020 dan secara dasarnya, Anwar bersetuju untuk melanjutkan tarikh itu ke Mei 2021!!!
Apa sebenarnya yang disembunyikan atau dialihkan perhatian oleh pemimpin Pakatan Harapan?
Jangan lupa, 'politics is the art of possible and anything is possible in politics!!!'
Bila admin renung dalam mangkuk peninggalan Nujum Pak Belalang, ada 2 kemungkinan :
》Ianya adalah arahan @ perancangan DAP kerana hendak mengalihkan perhatian dari isu 2 ADUN DAP yang ditangkap atas penglibatan mereka dengan kumpulan pengganas LTTE...
Dan jangan lupa, ada 2 lagi pemimpin kanan DAP, Kulasegaran dan Ramasamy, yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE...
Menimbulkan isu sensasi yang baru (sebenarnya tak berapa nak baru) tapi sentiasa hangat diperkatakan, akan memberikan mereka masa dan ruang yang secukupnya untuk merancang sesuatu supaya bukan saja 2 ADUN itu dibebas dan dilepaskan serta 2 pemimpin kanan DAP itu diselamatkan dari dikaitkan dengan kumpulan pengganas LTTE, malah yang lebih penting, membersihkan nama DAP dari sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas, walau pun hakikatnya DAP MEMANG ada kaitan dengan kumpulan pengganas, malah juga dengan Israel (BACA DI SINI)...
Kenapa penting bagi DAP?
Bukan sahaja untuk mengekalkan sokongan masyarakat pada DAP, tapi yang lebih penting, untuk menyelamatkan DAP dari tekanan supaya dibatalkan pendaftarannya oleh ROS kerana setiap pertubuhan atau organisasi yang terbukti terlibat dengan kumpulan pengganas, ajan dibatalkan pendaftarannya oleh ROS...
》Ianya sengaja diviralkan dengan penambah perisa ialah skrip 6 Jahanam menyatakan sokongan terhadap Dr. Mahathir supaya perhatian dan tumpuan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional pada PRK Tg. Piai akan terganggu...
Sokongan 6 Jahanam yang didalangi H2O sudah cukup membuatkan UMNO bergolak di saat sokongan dan keyakinan rakyat sudah kembali pada UMNO...
Kita juga jangan lupa, 18 Ahli Parlimen PAS yang sudah menyatakan sokongan terhadap Dr. Mahathir juga mampu bukan saja mengganggu gugat persediaan Gabungan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional dalam menghadapi PRK Tg. Piai, malah kalau tak ditangani dengan bijak dan tiada muafakat yang baik, ianya mampu meletakkan kerjasama antara Barisan Nasional dan PAS dalam Muafakat Nasional menjadi indah khabar dari rupa...
Kita harap pemimpin dan akar umbi Gabungan Muafakat Nasional tidak terus melatah dengan permainan Pakatan Harapan...
》'One stone kill two birds', kedua-dua sebab di atas adalah penyebab utama Pakatan Harapan mensensasikan semula isu peralihan kuasa...
Jangan lupa, penting bagi Lim Kit Siang menyelamatkan DAP dan penting bagi Dr. Mahathir menang dalam PRK Tg. Piai atau paling tidak, PPBM tidak kalah dengan majoriti yang besar...
Dan kedua-duanya adalah 'Malaysia Political Gods' yang dah berpuluh dekad dalam dunia politik!!!
Jadi, jangan kita melatah dan melupakan perkara pokok dan terus melayan isu ciptaan Pakatan Harapan...
Untuk Dr. Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri dan untuk Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, hakikatnya mereka saling memerlukan sokongan antara satu sama lain dan mereka sedar tentang perkara itu, berbalah bukan sahaja akan menyebabkan jawatan Perdana Menteri terlepas dari genggaman tapi juga akan mengakibatkan Pakatan Harapan tersingkir dari Putrajaya...
Apa yang perlu kita buat ialah pastikan kemenangan Barisan Nasional di PRK Tg. Piai dan perkukuhkan lagi cengkaman dan tekanan Muafakat Nasional ke atas kerajaan Pakatan Harapan supaya dipercepatkan PRU 15..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2019/10/peralihan-kuasa-tidak-akan-berlaku.html