Jangan Guna Jalan Belakang Untuk Jadi Ahli Kabinet Dap Selar Hishammuddin



(FMT) – DAP tetap menyelar Hishammuddin Hussein walaupun ahli Parlimen Sembrong itu menafikan beliau mahu berkempen dan membawa idea kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Loke Siew Fook berkata Hishammuddin perlu hormat mandat yang diberikan rakyat kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 dan memberi amaran tidak menggunakan “jalan belakang” untuk menjadi ahli Kabinet.
“Rujuk kepada kenyataan bersama ahli PH semalam.
“Mereka dah kalah, kita diberi mandat untuk tadbir negeri sehingga akhir tempoh mandat. Itu kena hormat termasuk pembangkang yang kalah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau juga menasihati Hishammuddin jangan kucar-kacirkan kerajaan.
“Jangan lupa mereka kalah, jangan cuba guna jalan belakang untuk jadi anggota Kabinet,” katanya.
Terdahulu, Hishammuddin membidas tindakan PH menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut dan tidak faham kenapa PH perlu keluar kenyataan rasmi.
Semalam, Majlis Setiausaha PH menggesa Hishammuddin dan rakan-rakannya menghentikan kempen mereka yang cuba mengetengahkan idea kerajaan tanpa DAP dan Amanah.
Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Abdullah berkata, kecenderungan kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum adalah “politik usang” yang bercanggah sama sekali dengan politik “inklusif” yang dipelopori PH.
Kenyataan itu ditandatangani bersama empat setiausaha agung komponen PH iaitu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Marzuki Yahya (PPBM), Anuar Tahir (Amanah) dan Loke.
Saifuddin berkata PH berpegang kepada muafakat yang dipersetujui PKR, PPBM, Amanah, dan DAP, dan kerjasamanya dengan Warisan.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Presiden partinya, Anwar Ibrahim sudah mempunyai maklumat mengenai idea Hishamuddin dan sebab itu dibangkitkan di Dewan Rakyat semalam.
“Kita telah sepakat dalam PH dan polisi kerajaan adalah untuk mencerminkan kepelbagaian dalam negara kita.
“Dan gabungan kita telah pun bertahan sehingga hari ini tanpa ada sebarang masalah besar,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/10/16/jangan-guna-jalan-belakang-untuk-jadi-ahli-kabinet-dap-selar-hishammuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 432 hits
Peralihan kuasa Kenyataan terselindung Anwar MP BN cetus lagi tanda tanya Anggota Parlimen BN hari ini berulang kali mengusik Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung ketidaktentuan dalam soal beliau menjadi perdana menteri menggantikan Dr Maha...
Kerajaan Pintu Belakang Kalau Ph Solid Kenapa Perlu Takut Hishammuddin

Kerajaan Pintu Belakang Kalau Ph Solid Kenapa Perlu Takut Hishammuddin

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 463 hits
K jaan pintu belakang Bincang dengan PM kata Hisham Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein berkata pemimpin Pakatan Harapan yang menuduh beliau cuba membentuk kerajaan pintu belakang perlu berbincang dengan Perdana Menteri Dr Mahathir ...
Anak Tak Mahu Makan Nasi Jangan Paksa Trik Guna Lebihan Nasi Semalam Sediakan Murtabak Nasi Cheese Ni

Anak Tak Mahu Makan Nasi Jangan Paksa Trik Guna Lebihan Nasi Semalam Sediakan Murtabak Nasi Cheese Ni

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 674 hits
Bagi ibu yang mengalami masalah anak tidak suka makan nasi jangan dipaksa anak anak kita Cuba kreatifkan menu sajian setiap hari agar dapat menarik perhatian anak kita Selain bermain dengan warna dan jadikan dalam pelbagai bentuk dan rupa y...
Ahli Parlimen Dap Persoal Hala Tuju Unit Transformasi Masyarakat India

Ahli Parlimen Dap Persoal Hala Tuju Unit Transformasi Masyarakat India

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 328 hits
Mitra dahulunya dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India dengan objektif memperbaiki kehidupan kaum itu khasnya golongan B40 KUALA LUMPUR Seorang ahli Parlimen DAP kecewa dengan Unit Transformasi Masyarakat India yang...
Ahli Dap Dan Ltte Polis Akan Terus Siasat

Ahli Dap Dan Ltte Polis Akan Terus Siasat

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 628 hits
Diterbitkan Hari ini 12 34 tengahariPolis Diraja Malaysia akan terus menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan susulan jika terdapat sebarang bukti mengaitkan pemimpin DAP dengan kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelan Ketua Penolong Pen...
Hasto Jangan Ragu Ragu Tindak Aktor Intelektual Di Belakang Gerakan Radikalisme

Hasto Jangan Ragu Ragu Tindak Aktor Intelektual Di Belakang Gerakan Radikalisme

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 255 hits
Sekretaris Jenderal PDIP Hasto Kristiyanto mengatakan serangan terhadap Menko Polhukam Wiranto harus disikapi sangat serius Menurut dia pelaku bagian dari gerakan radikalisme yang tidak hanya merongrong kewibawaan negara
Jangan Guna Pengaruh Politik Ganggu Siasatan Polis

Jangan Guna Pengaruh Politik Ganggu Siasatan Polis

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 298 hits
SUSULAN beberapa laporan media sehingga 12 Oktober 2019 mengenai penangkapan beberapa pemimpin tertinggi DAP yang difahamkan terbabit secara langsung dengan pergerakan penganas LTTE atau Liberation Tigers of Tamil Eelam yang diasaskan oleh ...
Gerindra Soal Kabinet Jilid Ii Jika Berada Di Koalisi Jangan Korupsi

Gerindra Soal Kabinet Jilid Ii Jika Berada Di Koalisi Jangan Korupsi

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 225 hits
Riza menjelaskan kompetisi saat kampanye adalah hal yang wajar Usai kampanye bagi Gerindra yang terpenting adalah membangun bangsa Indonesia
Pegawai Penyelidik Pas Selar Wong Yan Ke Biadap Kaitkan Dengan Dap

Pegawai Penyelidik Pas Selar Wong Yan Ke Biadap Kaitkan Dengan Dap

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 469 hits
Oleh Siapa Yang Biadab Perbuatan biadab mahasiswa UM Wong Yan Ke di atas pentas konvokesyen dengan membuka plakad dan melaungkan Tolak rasis Undur VC Ini Tanah Malaysia telah dikecam oleh banyak pihak Ironinya perbuatan biadab itu dibela da...
Turun Anwar A Protest That Stirs Headlines

Should Motorcyclists Be Exempt From Highway Tolls

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Holiday For Mara Junior Colleges After Rugby Championship Victory

Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

From Indonesia To Saudi Arabia A Guide For Your Hajj And Umrah In Makkah Madinah

Bayi Berusia Setahun Menggigit Seekor Ular Tedung Hingga Mati

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dua Puteri Syurgaku Lelaki Ini Reda Kehilangan Bayi Kembar Yang Ditunggu 11 Tahun

Berapa Lama Sejak Anak Anda Terakhir Ambil Ubat Cacing

Kenapa Anda Perlu Miliki Dagmara Cordless Screwdriver

3 Situasi Nak Kenal Adik Beradik

Sunplay Tone Up Uv Essence Berseri Tanpa Filter Perlindungan Terhadap Uv

Reunion Yang Tak Dirancang