Memahami Makna Yang Tersurat Dan Tersirat Melalui Peralihan Kuasa




Dari masa ke semasa, topik peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, terus menjadi bualan dan kadangkala hangat diperkatakan.Tidak saja kepada orang awam dan wartawan yang suka bertanyakan perkara itu, di Dewan Rakyat sendiri pun topik itu kerap menjadi soalan celahan Ahli-Ahli Parlimen yang mahukan kepastian.Semalam, ketika Anwar membahaskan Belanjawan 2020, beberapa Ahli Parlimen BN bangun bertanyakan soalan tersebut dengan sasaran utama ialah tempoh Tun Mahathir memegang jawatan Perdana Menteri dan tarikh penyerahan jawatan kepada beliau sebagai penggantinya.Secara tersuratnya, sebagaimana yang dijelaskan oleh Anwar, perjanjian berkaitannya telah pun dimetrai pada 7 Januari 2018, empat bulan sebelum PRU14 dan ketika beliau masih di dalam penjara ketika itu.Perjanjian itu mengatakan sekiranya PH menang PRU14, Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Timbalan Perdana Menteri dan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8 setelah dibebaskan daripada penjara dan layak memegang jawatan tersebut.Seiringan dengan itu, dua perkara lain yang dipersetujui dalam perjanjian itu ialah membebaskan Anwar daripada penjara seberapa segera yang boleh dan kemudian memohon pengampuan daripada Yang Dipertuan Agong bagi membolehkannya kembali aktif serta memegang jawatan dalam politik.Meskipun tiada tempoh masa disebut, tetapi yang jelas ialah hanya Anwar dinamakan sebagai pengganti tunggal jawatan Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.Dalam hal ini, Anwar turut menyebut, isu peralihan kuasa itu bukan boleh diputuskan oleh dirinya seorang dan tidak boleh juga dibuat sendirian oleh Tun Mahathir.Ia sebaliknya, tegas beliau, akan ditentukan oleh ketua-ketua parti gabungan dalam PH.Itu adalah yang tersurat, manakala yang tersiratnya ialah sebagaimana kita sedia maklum, semua ketua-ketua parti iaitu Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP, Mohamad Sabu selaku Presiden Amanah dan Anwar sendiri selaku Presiden PKR, sentiasa berpegang teguh kepada perjanjian peralihan kuasa itu.Kesemua mereka tetap mahukan Anwar menjadi pengganti Tun Mahathir.Sama ada tempoh penyerahan jawatan itu dua tahun, dua tahun setengah atau kurang daripada itu, ketua-ketua parti bersama anggota lain dalam Majlis Presiden PH yang akan membuat penentuan akhirnya.Selain itu, sebaik PH menang PRU14 lalu, Anwar segera dibebaskan dan permohonan pengampunannya juga diterima dengan senang hati oleh Yang Dipertuan Agong.Apa yang tersirat daripada hakikat ini ialah Tun Mahathir selaku Perdana Menteri sendiri mahu kedudukan Anwar sebagai penggantinya tidak diragui atau ditangguh-tangguhkan.Lebih daripada itu, Yang Dipertuan Agong yang sedia memberi pengampuan juga menggambarkan kesediaan baginda melancarkan lagi proses peralihan kuasa itu.Jika Tun Mahathir mahu, beliau tentu saja boleh melengah-lengahkan proses pembebasan dan pengampunan buat Anwar.Makna kata, secara tersiratnya Tun Mahathir memang sejak awal mahu Anwar sebagai penggantinya.Dengan sendirinya, tindakan Tun Mahathir menyediakan laluan itu bermakna usaha sesetengah pihak yang berterusan mahu beliau menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal tiada kerelevannya.Di sebalik pelbagai pihak masih ada keraguan terhadap peralihan kuasa itu, tetapi jika difahami apa yang tersurat dan tersirat berhubung perjanjian itu, tiada apa-apa masalah besar yang menjadi halangan untuk ia dilaksanakan sebenarnya.Yang belum pasti hanya masanya saja, namun setakat ini Anwar nampaknya tetap sabar menunggu janji itu ditunaikan, manakala Tun Mahathir masih kekal dengan ikrar janji yang akan dikotakannya itu.Kecuali jika  ada pihak yang sengaja cuba mencari masalah, maka bukan saja peralihan kuasa akan bermasalah, malah PH pun berdepan masalah. (ShahbudinHusin 17/10/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/memahami-maona-yang-tersurat-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zuraida Pkr Kena Siasat Jika Ada Komplot Halang Peralihan Kuasa

Zuraida Pkr Kena Siasat Jika Ada Komplot Halang Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 350 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menggesa parti itu menjalankan siasatan sekiranya wujud komplot dalaman bagi menghalang proses peralihan kuasa Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan terdapat usaha belakang tabir untuk ...
Peralihan Kuasa Tun M Anwar Berlaku Ikut Jadual

Peralihan Kuasa Tun M Anwar Berlaku Ikut Jadual

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 241 hits
Pakatan Harapan tidak berganjak daripada keputusan sebelum pilihan raya umum ke 14 berkenaan peralihan kuasa antara PM Tun Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata rancangan peralihan yang dipersetuj...
Kenapa Hishamuddin Cuba Halang Peralihan Kuasa

Kenapa Hishamuddin Cuba Halang Peralihan Kuasa

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 436 hits
Berikut adalah antara petikan kata kata Anwar Ibrahim di Parlimen semalam ketika menjawab celahan Bung Mokhtar Radin Ahli Parlimen Kinabatangan berkaitan peralihan kuasa ketika beliau membahaskan Belanjawan 2020 Saya harap kalau Kinabatanga...
Anwar Optimis Peralihan Kuasa Lancar

Anwar Optimis Peralihan Kuasa Lancar

papar berkaitan - pada 4/10/2019 - jumlah : 232 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis pelan peralihan kuasa perdana menteri akan berjalan dengan lancar Keyakinan itu disuarakan calon perdana menteri yang dinamakan Pakatan Harapan itu ketika isu jawatan itu hangat dengan ura ura a...
Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

Peralihan Kuasa Anwar Minta Hishammuddin Jangan Gadai Prinsip Kerana Ugutan

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 423 hits
Peralihan kuasa Kenyataan terselindung Anwar MP BN cetus lagi tanda tanya Anggota Parlimen BN hari ini berulang kali mengusik Presiden PKR Anwar Ibrahim berhubung ketidaktentuan dalam soal beliau menjadi perdana menteri menggantikan Dr Maha...
Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

Mahathir S Tersirat And Tersurat Message In The Kongres Maruah Melayu

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 585 hits
So why shout and scream that the Malays are failures because they do not have as much money as the non Malays Is a rich corrupt fasiq Malay better than a poor taqwa Malay Mahathir wants to see a Malay with quantity not a Malay with quality ...
Bior Betik Tsunami Bakal Berlaku Dalam Pkr Azmin Cabar Perjanjian Peralihan Kuasa Wujud

Bior Betik Tsunami Bakal Berlaku Dalam Pkr Azmin Cabar Perjanjian Peralihan Kuasa Wujud

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 531 hits
Azmin Beri Gambaran Tidak Lagi Sokong Anwar Sebagai PM Ke 8 Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat memberi gambaran beliau sudah bersedia meninggalkan PKR dan bersama kepimpinan Tun M apabila membuat kenyataan seperti ini Azmin yang juga M...
Pkr Ada Bukti Cubaan Rampas Kuasa Kata Saifuddin Nasution

Pkr Ada Bukti Cubaan Rampas Kuasa Kata Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 293 hits
Strategi pihak tertentu yang menyusun perancangan tersembunyi dengan mempunyai agenda tertentu dan mengkhianati amanah rakyat disifatkan hanya mahu menyelamatkan diri dan tidak mencerminkan perjuangan Pakatan Harapan Setiausaha Agung PKR Sa...
Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Investor Partnering Benefits Risks

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Realme P3 Ultra Akan Tiba Di Malaysia 16 Jun Ini

Waspada Taktik Penipuan Jualan Anak Pokok Buah Ceri Dan Tembikai Yang Menyalahgunakan Nama Serta Logo Mardi

Kurung 3 Lelaki Dalam Pangsapuri Empat Penjaga Ditahan

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord